KENYATAAN SETIAUSAHA SEKRETARIAT PH YANG BERBELIT





KENYATAAN SETIAUSAHA SEKRETARIAT PH YANG BERBELIT

Saya telah membaca kenyataan media oleh Ketua Sekretariat PH, YB Dato Safuddin Abdullah yang diviralkan hari ini.  Jika kenyataan ini benar, saya melihat satu kenyataan yang jelas tidak tepat dan adil samasekali.

Saya bersetuju apabila beliau menyatakan tidak timbul soal peralihan kuasa PM di antara Tun M dan Anwar Ibrahim.  Itu semua kita tahu dan sebab itulah kita menentang sebarang usaha secara diam-diam untuk 'sailang' perlaksanaannya.  Memang betul, tiada perjanjian bertulis atau ditetapkan tarikh peralihan kuasa patut berlaku.  Namun, saya percaya sewaktu persefahaman ini dibuat, mereka yang terlibat tentu faham akan semangat persefahaman ini kerana asasnya adalah Tun M dipilih untuk menjadi PM kerana ketika itu Anwar di dalam penjara dan tidak boleh diangkat sebagai PM.  Nah, sekarang Anwar telah bebas, telah pun menjadi Ahli Parlimen dan tiada sekatan lagi untuk beliau memegang sebarang jawatan politik mahupun di dalam kerajaan.  Jika semangat itu dihormati dengan jujur, apakah sukar untuk melaksanakan hasrat yang diinginkan oleh rakyat?

Isu tarikh peralihan kuasa, jika kita kata ianya adalah terletak kepada Majlis Presiden untuk tentukan, maka kenapa Tun M sewenang-wenangnya mengumumkan tarikh dan jangkamas peralihan kuasa tersebut?  Tun M pernah sebut tentang tempuh beliau menjadi PM hanya sekitar 2 tahun sahaja.  Ianya disebut banyak kali.  Tun M pernah sebut beliau akan menyerahkan jawatan PM setelah masalah ekonomi selesai.  Akhir sekali, Tun M sebut akan menyerahkan jawatannya selepas Persidangan APEC hujung tahun ini.  Begitu banyak sekali Tun M meletakkan tarikh tanpa dibawa ke Majlis Presiden?  

Pelik bin ajaib, di dalam banyak-banyak tarikh yang Tun M sebutkan, mengapa Ketua Setiausaha Sekretariat PH memetik kenyataan Tun M iaitu selepas Persidangan APEC tahun ini?  Sekiranya PH tidak mahu rakyat di bawah membicarakan tempuh peralihan kuasa, sewajarnya PH juga melarang Tun M dari bercakap tentang hal tersebut.  Apabila Tun M bercakap dengan berbelit-belit tentang tarikh peralihan kuasa, maka tidak pelik jika ada yang mengulasnya.  

Memang benar Mei 2020 bukanlah tarikh yang terdapat secara hitam putih di dalam persefahaman dibuat sebelum PRU14.  Tetapi tarikh selepas Persidangan APEC hujung tahun ini juga tidak terdapat hitam putihnya.  Kalau PH tidak meletakkan tarikhnya, rakyat berhak mensasarkan Mei 2020 untuk Tun M menyerahkan jawatan kepada Anwar kerana ada asasnya iaitu sekitar dua tahun tempuh itu adalah tempuh yang Tun M sendiri pernah sebut.  Kalau ikutkan rakyat yang mahukan reformasi, jika ditanya bila patut Anwar jadi PM, nescaya mereka akan kata semalam lagi Anwar patut jadi PM.  

Kenyataan Ketua Sekretariat PH itu jelas berat sebelah kerana di samping melarang rakyat membicarakan tempuh peralihan kuasa kononnya biarkan Majlis Presiden PH tentukan, tetapi di dalam masa yang sama memetik kenyataan Tun M yang mahu terus menjadi PM sehingga Persidangan APEC hujung tahun ini.   Adakah itu telah dipersetujui oleh Majlis Presiden?  Jika tidak, mengapa Ketua Sekretariat PH tidak mengeluarkan kenyataan menegur Tun M yang buat pengumuman sedemikian?  

WFAUZDIN NS

No comments: