TUDUHAN KONONNYA ANWAR BIAYAI LOKMAN ADAM UNTUK DEDAHKAN ISU VIDEO SEMBURIT TERBUKTI FITNAH



Memasuki tahun baru 2020, isu video semburit yang melibatkan Sdr Haziq bersama pasangannya yang dikatakan mirip Azmin Ali masih hangat diperkatakan, apatah lagi pihak PDRM atau Pejabat Peguam Negara masih berdiam diri tentang status terkini siasatan kes tersebut.  

Ada di antara penyokong Azmin Ali yang mengatakan bahawa tindakan MT Umno, Lokman Adam yang dilihat bersungguh2 untuk mendedahkan kes ini sehingga sanggup ke Indonesia bagi membuat ujian ke atas video tersebut di mana hasil yang diperolehi dari ujian berkenaan menyebut terdapat persamaan orang yang sama di dalam video berkenaan dengan contoh gambar Azmin Ali yang ditunjukkan oleh Lokman, tugas ini dibiayai oleh Anwar Ibrahim.  Itu tuduhan mereka terhadap Anwar kononnya Anwar mahu melenyapkan kerjaya politik Azmin.  

Tuduhan ini ternyata satu fitnah jahat ke atas Anwar Ibrahim dan saya yakin fitnah ini dibuat adalah untuk menyekat kemaraan Anwar sebagai PM ke 8 menjelang Mei 2020.  Kita tahu, Anwar telah menyerahkan sepenuhnya siasatan kes ini kepada pihak Polis dan pihak Polis juga telah menyatakan bahawa siasatan telah dibuat dan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara malangnya tujuh ke lapan kali fail kes tersebut dipulangkan kembali untuk dilengkapkan siasatan. Akhirnya pihak polis telah menghantar video berkenaan ke US untuk dibuat ujian dan sepertimana yang dinyatakan oleh pihak Polis bahawa keputusan ujian berkenaan diyakini boleh diperolehi sebelum akhir tahun 2019.  Saya tidak tahu apakah ujian tersebut telah selesai dibuat dan apakah status kes itu sekarang.

Lokman Adam melalui kenyataannya di sini https://www.youtube.com/watch?v=ObVZU9OEGts , jelas menafikan tuduhan kononnya Anwar membiayai kerja2 beliau.  Lokman secara terus terang menamakan beberapa orang yang telah membiayainya untuk ke Indonesia bahkan mengikut kata Lokman ujian juga turut dilakukan di US, tetapi keputusan ujian di US tidak akan didedahkan kerana Lokman mahu melihat sendiri apa keputusan yang diperolehi oleh pihak PDRM.  

Kita tidak mengikuti apa yang Lokman mahu buat kerana sebagai Pembangkang tentulah Lokman akan bertindak sedemikian bahkan bodohlah kalau Pembangkang tidak mengambil kesempatan atas isu ini.  Tetapi, sebagai sebuah kerajaan yang mahu melakukan reformasi atau "Rules Of Law" , kita tidak perlu menanti Pembangkang menghentam kita tetapi kita mesti bertindak dengan adil dan telus bukan kerana takut kepada serangan Pembangkang tetapi kerana prinsip kita sendiri.

Rakyat bukan mahu melihat Haziq atau Azmin bersalah, tetapi rakyat ingin melihat ketelusan dan keadilan itu dilaksanakan.  Rakyat akan bertanya, mengapa jika rakyat di bawah melakukan perkara yang sama tindakannya pantas tetapi mengapa jika melibatkan nama-nama besar ianya dilihat begitu rumit sekali?  

Apakah untuk melakukan reformasi itu kita terpaksa menanti Anwar untuk menjadi PM sedangkan rakyat mahukan reformasi dilaksanakan seawal kita mentadbir Putrajaya.  Jika tidak mampu atau tiada kekuatan untuk melaksanakannya, PM boleh memikirkan sekarang untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.  

WFAUZDIN NS