Langkah Lebih Tegas Bakal Diumum Tingkat Kadar Gaji, Upah Pekerja – PM Anwar

 


Langkah Lebih Tegas Bakal Diumum Tingkat Kadar Gaji, Upah Pekerja - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Himpunan Mesra Alumni UiTM di Shah Alam pada 26 September 2026. Foto Fariz Rusadio

SHAH ALAM, 26 Sep – Langkah lebih tegas bakal diperkenalkan Kerajaan MADANI menerusi pembentangan Belanjawan 2027 bagi meningkatkan kadar gaji dan upah pekerja di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu perlu diberi perhatian serius berikutan peningkatan produktiviti negara yang tidak selari dengan kadar kenaikan upah pekerja yang masih rendah.

Menurut beliau, kerajaan tidak boleh membiarkan keadaan itu berterusan terutama membabitkan syarikat besar yang mencatat keuntungan tinggi tetapi masih keberatan meningkatkan gaji pekerja.

“Saya faham kalau di restoran tidak bagi kenaikan tu tidak mudah. Tetapi ada syarikat-syarikat dalam negara kita yang untungnya beratus juta. Ada yang mencatat satu bilion ringgit.

“Tetapi untuk naik gaji pekerja, sangat sukar. Ini adalah kita mewarisi sistem yang kapitalistis. Ini masalah dia. Jadi, terpaksa kita gunakan kuasa kerajaan untuk menekan. Undang-undang tidak membolehkan.

“Kita harus berunding dengan baik. Jadi, saya di peringkat akhir dan insya-Allah saya akan umumkan pada Belanjawan 2027 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai langkah kerajaan memastikan graduan menerima gaji yang adil dan setimpal dengan kelayakan mereka pada Himpunan Mesra Alumni UiTM, di sini, hari ini.

Anwar berkata, perhatian juga perlu diberikan kepada struktur gaji graduan termasuk mereka yang memiliki kelayakan pascasiswazah, dan tidak hanya bergantung kepada penetapan gaji minimum.

“RM3,100 itu minimum. Itu pun kita nak kategorikan. Kalau minimum, kita kena lihat orang yang sudah siswazah. Kita ada pascasiswazah. Itu patut diberikan perhatian,” katanya.

Beliau berkata, usaha meningkatkan gaji pekerja perlu bergerak seiring dengan strategi menarik pelaburan berteknologi tinggi.

Katanya, kehadiran syarikat seperti Infineon, Nvidia, Microsoft dan Intel memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menyokong pertumbuhan industri berteknologi tinggi negara.

Sehubungan itu, katanya, institusi pengajian tinggi perlu memastikan kurikulum sentiasa selari dengan keperluan industri bagi melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran serta nilai pasaran lebih tinggi.

“Di Korea Selatan, produktiviti tinggi, upah pun ikut. Walaupun tidak sama, tetapi ia meningkat mengikut kadar produktiviti.

“Di Malaysia, produktiviti terus meningkat, tetapi kadar upah itu meningkat sangat lambat,” tegasnya.




Pengampunan Bersyarat: PM Anwar Tegas Pertahan Prinsip Banteras Rasuah

 


Pengampunan Bersyarat: PM Anwar Tegas Pertahan Prinsip Banteras Rasuah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi (WADAH, ABIM, PKPIM) di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, Bangi pada 26 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

BANGI, 26 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan akur dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung kes membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Bagaimanapun Anwar berkata, perkara itu tidak menghalang beliau daripada memberikan pandangan dan nasihat berdasarkan hukum, undang-undang dan kepentingan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Himpunan Mesra Alumni UiTM di Shah Alam pada 26 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pendirian kerajaan jelas Anwar iaitu negara tidak boleh bertolak ansur terhadap amalan rasuah atau perbuatan mengambil kekayaan negara untuk kepentingan peribadi.

“Bila kita bincang soal kontroversi berhubung kes Najib, saya akur dengan semangat Perlembagaan (Perlembagaan Persekutuan), tetapi ia tidak menghalang, umpamanya seorang perdana menteri memberikan pandangan dan nasihat berdasarkan hukum, undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi (WADAH, ABIM, PKPIM) di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, Bangi pada 26 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Apa nak kita sampaikan? Negara ini tidak boleh tolak ansur dengan rasuah dan amalan ‘sakau’ wang negara,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi: Menyambung Legasi Perjuangan di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi (WADAH, ABIM, PKPIM) di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, Bangi pada 26 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Majlis itu menghimpunkan lebih 2,000 ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Dalam ucapannya, Anwar turut merujuk beberapa isu melibatkan beberapa institusi yang pernah menjadi perhatian awam, termasuk Lembaga Tabung Haji, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sambil menegaskan bahawa individu yang didakwa mengambil kekayaan negara perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi (WADAH, ABIM, PKPIM) di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, Bangi pada 26 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Tabung Haji, FELDA, 1MDB, orang yang ‘menyakau’ kekayaan, harus menjawab. Jadi apa juga keputusan, tidak harus beralih untuk menyelamatkan negara kita,” kata beliau.

Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi (WADAH, ABIM, PKPIM) di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, Bangi pada 26 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim


TERUK BETUL MAKAN GAJI BUTA


 

‘Bukan siapa paling lantang, tetapi siapa paling dipercayai’, PH pertaruh rekod kerja dalam PRN Melaka

 




Pakatan Harapan (PH) menegaskan bahawa kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bukan ditentukan oleh pihak yang paling lantang bersuara, sebaliknya bergantung kepada sejauh mana sesebuah parti dan calonnya mendapat kepercayaan rakyat.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, gabungan itu akan mempertaruhkan rekod kerja, dasar serta keupayaan calonnya menyelesaikan masalah rakyat sepanjang kempen pilihan raya yang bermula hari ini.

Menurut beliau, PH memilih pendekatan kempen yang aman dan menghormati perbezaan pandangan politik, selain menolak sebarang bentuk politik kebencian, adu domba serta sentimen perkauman yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

“Kami insaf bahawa kempen pilihan raya bukan diukur kemenangan daripada pihak mana yang paling lantang tapi sebenarnya siapa yang paling dipercayai,” katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon PRN Melaka, hari ini.

Saifuddin berkata, PH menganggap pilihan raya kali ini sebagai pesta demokrasi yang sepatutnya memberi ruang kepada semua pihak mengemukakan pandangan, dasar dan tawaran masing-masing secara terbuka.

“Kami menganggap PRN ini sebagai satu pesta demokrasi. Ini adalah satu ruang kempen yang akan kami ketengahkan pendekatan yang menghormati perbezaan pandangan dalam politik riuh-rendah dengan perbezaan pandangan,” katanya.

Menolak politik kebencian

Bagaimanapun, Saifuddin menegaskan kebebasan berbeza pandangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyemarakkan kebencian atau memainkan sentimen kaum sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat.

“PH mengambil pendekatan perbezaan pandangan dihormati. Garisan merah kami ialah kami menolak sama sekali politik kebencian, politik adu domba, politik yang berteraskan membela kaum hingga menindas kaum lain.

“Itu kami tolak sama sekali. Itu garis kempen kami,” tegasnya.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, PH akan memberikan penekanan kepada kempen berasaskan dasar, idea dan pencapaian yang boleh dinilai pengundi, berbanding persaingan retorik politik semata-mata.

PRN Melaka ke-16 menyaksikan PH mempertaruhkan 24 calon, masing-masing 10 daripada PKR serta tujuh calon DAP dan tujuh Amanah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian.







BILA KALAH, SEMUA SALAH PMX! #politikmalaysia #malaysiamadani #anwaribrahim #pmx


 

YB Adly Zahari _ Bt Katil. Didoakan kejayaan semoga dapat berkhidmat lagi disana..aamiin

 


MD ZAIN BIN UDIN



AKU SETUJU...LEPAS NI MINYAK TURUN 1.20 1 LITRE. IDUP HADI BAWANG...UPPPPSSS...HADI AWANG

 





WALAUN PARTI JALANG KALAU UNDI BUKAN ISLAM JADI KAPIAQ

 







N14 Klebang.

Kawasan Majoriti Melayu.
Melayu: 67%
Bukan Melayu: 33%
Calon Islam vs calon Kafir.
PAS akan undi calon kafir untuk angkat kafir memimpin kawasan majoriti Melayu.




Krisis Negeri Sembilan: Bukit Aman Dijangka Ambil Keterangan 10 Bekas Exco Esok

 


Krisis Negeri Sembilan: Bukit Aman Dijangka Ambil Keterangan 10 Bekas Exco Esok

Kesemua sepuluh bekas exco itu memberi keterangan kepada pegawai Bukit Aman di sekitar pusat pentadbiran negeri di Seremban pada 27 September 2026.

KUALA LUMPUR, 26 Sep – Sepuluh bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan dijangka memberi keterangan kepada Bukit Aman esok.

Sepuluh bekas exco itu terdiri daripada tujuh wakil Umno, iaitu Mustapha Nagoor (Palong), Faizal Ramli (Linggi), Zaiful Bahri Idris (Chembong), Razi Ali (Sungai Lui), Asna Amin (Lenggeng), Siti Nur Umaira Hasim (Labu) dan Suhaimizan Bizar (Gemencheh).

Baki tiga lagi ialah Siow Kong Choon (Chennah) daripada MCA, wakil Pas, Fairuz Isa (Serting) dan Razali Abu Samah (Sikamat) daripada Wawasan.

Pelantikan kesemua 10 bekas ahli Exco Negeri Sembilan dibatalkan pada 20 September 2026 kerana melanggar ikrar taat setia kepada Yang Dipertuan Besar, menurut warta disiarkan pada 24 September 2026.

Menurut sumber, kesemua bekas exco itu akan memberi keterangan kepada pegawai Bukit Aman di sekitar pusat pentadbiran negeri di Seremban.

“Pegawai dari Bukit Aman akan turun ke Negeri Sembilan esok, bukan exco yang pergi ke Bukit Aman.

“Semua barisan exco sedia memberikan kerjasama penuh,” katanya kepada portal FMT.

Sumber itu bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci isu yang sedang disiasat polis, namun tidak menolak kemungkinan ia berkait rapat dengan isu adat dan perlembagaan yang berlaku di negeri berkenaan.

Warta pembatalan 10 bekas Exco Negeri Sembilan yang disiarkan pada 24 September 2026.

Sebelum ini satu laporan polis dibuat oleh parti Putra terhadap tindakan barisan exco kerajaan negeri itu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Ismail Lasim pada 15 September berkaitan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Pada 20 Sept lalu, pihak Istana Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan exco terbabit yang berkuat kuasa serta-merta sebelum perkara itu diwartakan.

Warta berkenaan menyatakan pelantikan mereka dibatalkan berkuat kuasa 20 Sept oleh Tuanku Muhriz.

Warta itu menyebut pelantikan mereka dibatalkan dan terbatal kerana melanggar ikrar taat setia kepada Tuanku Muhriz.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026.

Pemecatan itu menyusul seminggu selepas mereka mengeluarkan kenyataan didakwa mengesahkan penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar, sebelum disokong Menteri Besar Ismail Lasim keesokannya.

Bagaimanapun, perkara itu dipertikaikan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan serta Jabatan Peguam Negara.



Dalam politik, kita tak semestinya sependapat. Tapi demi rakyat, kita mesti boleh bekerjasama. #TZA


 

Penantian Terminal


 

BIAR USTADZ SOMAD TAHU PERANGAI SEBENAR PARTI PENUNGGANG AGAMA


 

Walaupun dihina, semangat Mukhlis Mubin membawa perubahan di DUN Kuala Linggi tak pernah luntur.


 

KEH KEH...


 

PH 'izin'kan BERSATU bertembung 2 kerusi dengan DAP.

 





PH 'izin'kan BERSATU bertembung 2 kerusi dengan DAP.

Apa agenda.?
PH nak tendang DAP dari gabungan mereka, atau..... DAP memang dah nak keluar pakatan sebab tak boleh terima 'PEMBELOT' kembali kepangkuan PH.?
"Mana lagi........ Melaka le.! "
🤣🤣

TAK PAYAH BISING LAH

 

NORMAN DAUD








Biasalah macam ni..

Masa PRU 15, saya jadi wakil calon PH di satu parlimen, yang ada 3 dun.
Ikut peraturan hanya dibenarkan 2 wakil mengiringi 1 calon masuk ke dewan penamaan calon.
Kami diberi satu meja bulat, cukup 12 kerusi untuk setiap wakil calon dan calon.
Pas pun masa tu saya perhati macam kami juga.. ikut peraturan
Bila masuk calon dari BN.. fuhhhh.. macam rombongan kawin masuk. Punyalah ramai.
12 kerusi tak cukup.. petugas spr ambil kerusi tambahan. Itu pun tak cukup.. masih ada yang berdiri dan petugas Spr pun nampak dah tak mampu nak kawal situasi.
Saya tak salahkan petugas spr tu.. saya faham.
Tu rombongan yang calonnya adalah PM masa tu.
Jadi bila kes macam ni saya sengih jek la baca.
Cuma kredit kepada petugas SPR tu yang berani mempertahankan peraturan walaupun berdepan dengan timbalan presiden UMNO dan sorang menteri.
Tahniah





 

IMG_9599

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ke pusat penamaan calon di Stadium Hang Jebat, Krubong pada 31 Oktober 2026.

MELAKA, 31 Okt – Datuk Azman Abidin daripada KEADILAN, yang juga setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdepan saingan tiga penjuru di DUN Paya Rumput pada PRN Melaka 14 November ini.

Azman, yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya, berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Rafie Ahmad dan calon parti ‘kancil’ selaku tukang kacau, Abdul Rashid Abu Bakar.

Azman juga merupakan Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan mempunyai peluang cerah untuk menumpaskan calon PN yang tidak semuanya menerima dokongan daripada pengundi Barisan Nasional (BN).

 

Paya Rumput secara tradisinya merupakan kubu kuat BN meskipun kerusi itu pernah bertukar tangan apabila PH memenanginya menerusi Bersatu pada 2018.

Kerusi campuran itu mempunyai 61% pengundi Melayu, manakala pengundi Cina membentuk 30%, diikuti India (6%).

Pada PRN 2021, calon Umno, Rais Yasin memenangi kerusi itu dengan majoriti 629 undi dalam saingan lima penjuru. Rais, yang merupakan anggota kanan exco negeri, kali ini melarikan diri ke DUN Sungai Udang.




Dihina dan dilabel tidak matang, Mukhlis tak gentar tetap lawan di Kuala Linggi

 



Dihina, dikeji dan dilabel tidak matang, malah bapanya turut dikaitkan dengan serangan terhadap dirinya.

Namun, semua itu tidak mematahkan semangat calon muda Pakatan Harapan (PH), Muhammad Mukhlisul Mubin Julaisapiyah, untuk meneruskan perjuangan politik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.

Mukhlis yang mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH) mengakui menerima pelbagai kecaman sejak diumumkan sebagai calon PH, termasuk dipertikaikan kematangannya untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat pada usia muda.

“Macam-macam hinaan dan kejian saya dapat, macam-macam gelaran, kata tak matanglah dan sebagainya. Dan ada yang mengaitkan ayah saya juga.

“Tapi sekalipun, tidak dapat menggentarkan anak jati Kuala Linggi,” tegasnya ketika berucap pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, hari ini.

Mukhlis menegaskan, sebagai anak tempatan yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Linggi, beliau mempunyai semangat serta keazaman untuk membawa perubahan kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

“Kita lahir membesar di sini. Kita ada semangat dan iltizam yang kita ingin bawa.

“Dan berilah peluang untuk kita membawa perubahan di DUN Kuala Linggi ini,” kata Ketua Mahasiswa AMANAH Nasional itu.

Berbakti

Mengulas kritikan yang mempertikaikan kematangannya, Mukhlis memberikan jawapan tegas bahawa kecaman yang diterima tidak menghalangnya daripada terus berdiri sebagai calon PH.

“Kalau tak matang, satu dunia kecam saya takkan saya berdiri lagi di sini,” ujar Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Negeri Melaka berkenaan.

Bagaimanapun, anak muda itu tidak menafikan masih mempunyai kekurangan dan banyak perkara yang perlu dipelajari, khususnya dalam dunia politik yang baharu diceburinya.

“Saya akui. Saya banyak kelemahan, banyak kesilapan. Masih lagi belajar, masih lagi baru dalam dunia politik tetapi semangat dan hati budi untuk berbakti di DUN Kuala Linggi takkan boleh dinafikan,” katanya.

Juara Pidato Antarabangsa Malaysia-Jordan 2025 itu kemudian mengakhiri ucapan dengan laungan penuh semangat.

“Membujur lalu melintang patah. Pakatan Harapan!” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.






MB Amirudin Shari ketuai Perarakan Pakatan Harapan bagi Penamaan Calon DUN Paya Rumput PRN Melaka


 

PANAS!! DEWAN KECOH! "TAK SERTAI KERAJAAN, HANYA TANDATANGAN CSA! - UJAR RADZI JIDIN


 

"SILAP2 MERLIMAU PUN BUNGKUS" ! LOKMAN RESPON AKMAL ?


 

ERA TERBURUK DAN TERBAIK KWSP (2010 – 2026)



Riduan Esa







1. Isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kembali menjadi modal hangat di mulut orang politik. MP Arau nak tunjuk hero kepada pencarum untuk paksa kerajaan benarkan pengeluaran.


2. Ada yang menuntut pengeluaran dividen secara berterusan. Ada pula yang menuduh kononnya kerajaan hari ini meminjam duit rakyat melalui KWSP kerana sudah ketiadaan wang.


3. Tuduhan ini pelik. Sejak Akta KWSP 1991 digubal, KWSP memang diwajibkan melabur sebahagian besar dananya dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII).


3. Semua kerajaan sejak merdeka meminjam melalui bon ini. Ia dijamin kerajaan dan memberi pulangan tetap untuk KWSP membayar dividen kepada pencarum setiap tahun.


4. Lebih pelik lagi apabila pihak yang bising hari ini seolah-olah lupa apa yang berlaku kepada dana KWSP sepanjang era 2010 hingga 2017, dan era 2020 hingga 2022.


5. Jika kita mahu menilai era manakah yang paling teruk dan paling baik menguruskan wang persaraan rakyat antara tahun 2010 hingga 2026, kita tidak boleh mendengar retorik politik orang macam MP Arau . Kita mesti lihat pada angka.


6. Pertama, kita lihat Era 2010 – 2017 (Pentadbiran UMNO/BN). Dari sudut dividen, era ini mencatatkan purata tertinggi iaitu 6.36% setahun, malah pernah mencecah 6.90% pada tahun 2017.


7. Tetapi di sebalik angka dividen yang tinggi itu, era inilah yang paling banyak menggunakan dana KWSP untuk membiayai agensi luar dan komitmen di luar belanjawan rasmi (off-budget).


8. Pada tahun 2011, FELDA meminjam RM6 bilion daripada KWSP. Apabila rizab tunai FELDA merosot akibat kelemahan tadbir urus dan pembelian aset yang tidak strategik, kerajaan akhirnya terpaksa menggunakan wang pembayar cukai selepas Kertas Putih 2019 untuk menyelamatkan keadaan.


10. Pada tahun 2012 pula, FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada harga RM4.55 sesaham. KWSP menjadi antara pelabur institusi utama.


12. Apabila harga saham FGV jatuh merudum di bawah RM2.00 akibat kemelut pengurusan, KWSP terpaksa menjual kesemua pegangannya menjelang 2017. Hasilnya, KWSP menanggung kerugian modal sebenar (realized loss) sebanyak RM203.18 juta.


13. Bukan itu sahaja. Antara 2012 hingga 2017, sekitar RM21.16 bilion hingga RM29 bilion dana KWSP disalurkan kepada Pembinaan PFI Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Najib Razak menjadi Kementerian Kewangan.


14. Struktur ini digunakan untuk membiayai projek kerajaan di luar buku belanjawan negara, selain pendedahan RM1.72 bilion dalam bon berkaitan 1MDB dan anak syarikat tenaganya. Ini menjadikan era 2010 – 2017 sebagai era paling berisiko dari sudut pinjaman agensi dan pembiayaan luar belanjawan.


15. Kedua, kita lihat Era 2020 – 2022 (Pentadbiran PN / BN). Jika ukurannya ialah penyusutan dana dan kerosakan kepada masa depan pencarum, inilah era paling teruk dalam sejarah KWSP.


16. Atas nama krisis pandemik, kerajaan ketika itu meluluskan empat skim pengeluaran khas berturut-turut: i-Lestari, i-Sinar, i-Citra, dan Pengeluaran Khas RM10,000.


17. Sebanyak RM145 bilion telah dikeluarkan oleh 7.34 juta pencarum. Daripada jumlah besar itu, kerajaan tidak mengeluarkan wang fiskal sendiri, sebaliknya membenarkan rakyat mengorek tabung hari tua mereka sendiri demi meraih populariti politik jangka pendek.


18. Kesannya amat buruk. Dengan purata dividen sekitar 5.5% hingga 6.0%, kehilangan RM145 bilion daripada dana pelaburan bermakna pencarum kehilangan potensi penjanaan dividen berganda (compounding return) melebihi RM8 bilion setiap tahun.


19. Kerana terpaksa menyediakan tunai yang begitu banyak dalam masa singkat, KWSP terlepas peluang membeli ekuiti pada harga diskaun ketika pasaran global jatuh pada 2020. Purata dividen era ini jatuh ke paras terendah iaitu 5.55%, dengan 5.20% pada 2020 dan 5.35% pada 2022.


20. Ketiga, kita lihat Era 2023 – 2026 (Pentadbiran PH / Kerajaan Perpaduan). Dari sudut pemulihan saiz dana dan kawalan kecairan, era ini menunjukkan angka yang paling kukuh.


21. Tekanan politik untuk pengeluaran bersasar diselesaikan secara berstruktur melalui pengenalan Akaun Fleksibel (Akaun 3) pada Mei 2024 yang hanya memperuntukkan 10% daripada caruman baharu.


22. Hasilnya, aliran keluar hanya sekitar RM14.79 bilion, 10 kali ganda lebih kecil berbanding RM145 bilion yang bocor pada era 2020 – 2022.


23. Kawalan ini membolehkan saiz aset KWSP melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu RM1.54 trilion pada pertengahan 2026, manakala dividen kembali pulih kepada 5.50% (2023), 6.30% (2024), dan 6.15% (2025).


24. Kesimpulannya cukup jelas:


- Era 2010 – 2017 memberi dividen tinggi, tetapi menjadikan KWSP tabung pinjaman agensi bermasalah seperti FELDA, FGV, dan projek luar belanjawan.


- Era 2020 – 2022 adalah era terburuk yang menghakis RM145 bilion modal persaraan rakyat dengan dividen paling rendah demi populisme politik.


- Era 2023 – 2026 berjaya membina semula aset KWSP ke paras RM1.54 trilion dan menstabilkan dividen.


25. Wang KWSP bukan milik parti atau  politik yang hanya nak popular sebab undi. Ia adalah duit hasil  peluh dan simpanan hari tua pekerja. Mereka boleh tipu dengan kata-kata tetapi angka tidak pernah menipu.





MEJA BARU UNTUK GURU...TIADA BANGGUNAN PENCAKAR LAGI BARU.




 Lihat meja guru tersebut ,agaknya zaman bila punya mejalah huuu. Iya zaman Anwar Ibrahim tiada bangunan tinggi pencakar langit ,tetapi 

Hasil Negara kembalinya untuk Rakyat .Kembali untuk keselesaan Dan kemudahan rakyat .🥰🥰🥰


Terima kasih YB Fadhlina Sidek .





JAGA JAGA ZAID...PUJI ANWAR AKAN TAWAN PRU 16...SAT JADI KAPIAQ KOT.

 



ZAID RAMAL ANWAR MENANG PRU16, MUHYIDDIN DAN SYED SADDIQ SUDAH NAMPAK SIAPA BAKAL MENANG






KUALA LUMPUR, 31 Oktober: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berpandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), sekali gus memberi bayangan bahawa kedudukan politik Presiden PKR itu semakin kukuh.


Malah, Zaid turut mengaitkan ramalannya dengan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menurut tafsirannya kini menunjukkan sokongan terhadap Anwar.


Dalam hantaran Facebook, Zaid mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pemimpin berkenaan yang disifatkannya sudah menyedari arah politik negara menjelang pilihan raya umum akan datang.


Menurutnya, walaupun Muhyiddin dan Syed Saddiq pernah menjadi pengkritik lantang Anwar, kedua-duanya kini dilihat memahami bahawa Perdana Menteri mempunyai peluang besar untuk terus memimpin negara.


"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin Yassin dan Syed Saddiq kerana menyokong Perdana Menteri," katanya dalam hantaran berbahasa Inggeris itu.


Zaid seterusnya mendakwa kedua-dua pemimpin tersebut sudah menyedari bahawa Anwar berkemungkinan memenangi pilihan raya umum akan datang.


Beliau turut menyelitkan sindiran bahawa menyokong pihak yang bakal menang merupakan satu tindakan politik yang bijak.


"Sentiasa bijak untuk menyokong pihak yang menang," katanya.


Bagaimanapun, kenyataan Zaid itu merupakan tafsiran politik peribadinya dan tidak semestinya menggambarkan perubahan pendirian rasmi Muhyiddin atau Syed Saddiq terhadap kerajaan pimpinan Anwar.


Dalam hantaran sama, Zaid turut meluahkan harapan agar parti yang dianggotainya mengambil pendekatan serupa dengan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.


Namun, beliau menyindir bahawa partinya sebaliknya lebih cenderung memilih individu yang digelarkannya sebagai 'murid' berbanding 'guru'.


"Saya berharap parti saya sendiri turut menyokong Perdana Menteri. Tetapi mereka lebih memilih murid," katanya.


Zaid kemudian menegaskan bahawa dalam keadaan lain yang setara, seorang guru lazimnya lebih menjadi pilihan berbanding muridnya.


Kenyataan itu memperlihatkan keyakinan Zaid terhadap kepimpinan Anwar, selain membayangkan rasa tidak puas hati terhadap percaturan politik pihak yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri.


Bagaimanapun, sejauh mana ramalan Zaid mengenai kemenangan Anwar pada PRU16 menjadi kenyataan masih bergantung kepada perkembangan politik, prestasi kerajaan dan keputusan pengundi apabila pilihan raya diadakan.


#PentasNegara #AnwarIbrahim #PRU16





KDN PERLU JAWAB. BETUL ATAU SPIN.

 

Amran Jan


Menteri KDN kena jawab ni..!


Kalau tak pun..... Syam Ghaz J-Kom boleh tolong cerakinkan.! 🤭

. 



.

ADA CERITA MENARIK APABILA MENERIMA KUNJUNGAN USTAZ SOMAD.

 


Ada satu perkara menarik yang Anwar Ibrahim ceritakan ketika menerima kunjungan pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad, di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.






Rupanya, sejak menjadi Perdana Menteri, Anwar sudah berbincang dengan isterinya, Dr Wan Azizah, supaya kediaman rasmi Perdana Menteri itu sentiasa dihidupkan dengan majlis ilmu.


Walaupun beliau sendiri tidak menginap di situ, Anwar mahu Seri Perdana menjadi tempat berkumpulnya ulama, tokoh agama, ilmuwan dan masyarakat yang mahu menimba pengetahuan. Bukan sekadar sebuah kediaman rasmi yang tersergam indah.


Dan ini bukan program sekali-sekala semata-mata. Menurut Anwar, majlis ilmu bersama ulama dalam dan luar negara sudah menjadi antara pengisian berkala di Seri Perdana. Ada kalanya setiap minggu, ada kalanya dua minggu sekali.


Yang kelakarnya, Anwar sempat mengusik Dr Wan Azizah. Katanya, isterinya memang peminat ceramah Ustaz Abdul Somad. Sampai kadang-kadang kalau beliau panggil pun tak dengar kerana sedang asyik menonton ceramah ustaz itu di YouTube. Begitulah suasana santai majlis berkenaan.


Menarik juga apabila Anwar sendiri bertindak sebagai moderator. Hampir 300 peserta hadir, termasuk pelajar universiti, wakil agensi kerajaan, pendakwah muda dan pertubuhan masyarakat.


Ustaz Abdul Somad pula membawa mesej yang cukup penting. Kalau mahu umat bersatu, jangan asyik membesarkan perbezaan. Carilah persamaan. Jaga akhlak kerana cara kita melayan orang lain juga mencerminkan ajaran agama yang kita bawa.


Anwar sendiri mengakui Ustaz Abdul Somad seorang pendakwah yang berani menegur, termasuk terhadap pemerintah. Tetapi bagi beliau, teguran perlu diterima dengan hati terbuka supaya kelemahan dapat diperbaiki.


Dalam majlis yang sama, Anwar turut mengingatkan bahawa umat Islam mesti menguasai ilmu baharu seperti kecerdasan buatan dan teknologi kuantum. Kemajuan teknologi perlu berjalan seiring dengan kekuatan akidah, akhlak dan nilai kemanusiaan.


Bagi saya, inilah antara perkara baik yang wajar kita hargai. Kediaman rasmi Perdana Menteri bukan hanya boleh menjadi tempat menerima tetamu kenamaan dan mengurus urusan negara, tetapi juga tempat menyuburkan ilmu dan mempertemukan masyarakat dengan para ulama.


Kalau tradisi seperti ini dapat diteruskan, manfaatnya bukan sekadar pada mereka yang hadir. Ilmu yang dikongsikan boleh sampai kepada lebih ramai rakyat melalui rakaman dan perkongsian di media sosial.


Rumah rasmi mungkin lambang kedudukan seorang pemimpin. Tetapi apabila rumah itu dimanfaatkan untuk majlis ilmu, ada nilai yang jauh lebih besar daripada kemegahan bangunannya.


#AhmadMursi





KETUA MUNAFIK

 ANTARA CONTOH ORANG MUNAFIQ