IMG_9599

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ke pusat penamaan calon di Stadium Hang Jebat, Krubong pada 31 Oktober 2026.

MELAKA, 31 Okt – Datuk Azman Abidin daripada KEADILAN, yang juga setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdepan saingan tiga penjuru di DUN Paya Rumput pada PRN Melaka 14 November ini.

Azman, yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya, berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Rafie Ahmad dan calon parti ‘kancil’ selaku tukang kacau, Abdul Rashid Abu Bakar.

Azman juga merupakan Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan mempunyai peluang cerah untuk menumpaskan calon PN yang tidak semuanya menerima dokongan daripada pengundi Barisan Nasional (BN).

 

Paya Rumput secara tradisinya merupakan kubu kuat BN meskipun kerusi itu pernah bertukar tangan apabila PH memenanginya menerusi Bersatu pada 2018.

Kerusi campuran itu mempunyai 61% pengundi Melayu, manakala pengundi Cina membentuk 30%, diikuti India (6%).

Pada PRN 2021, calon Umno, Rais Yasin memenangi kerusi itu dengan majoriti 629 undi dalam saingan lima penjuru. Rais, yang merupakan anggota kanan exco negeri, kali ini melarikan diri ke DUN Sungai Udang.




No comments: