IMF Iktiraf Peranan Malaysia Dalam ASEAN Pacu Pertumbuhan Serantau

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 28 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memuji peranan komprehensif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 dalam mengeratkan hubungan antara negara ASEAN dengan integrasi kukuh sebagai satu blok yang berupaya menyumbang kepada perkembangan ekonomi serantau yang lebih baik.

Ini ditegaskan sendiri Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan di sini hari ini.

Menurut Anwar, pertemuan seumpamanya ini mengukuhkan hubungan erat dan konstruktif antara Malaysia dan IMF yang berteraskan rundingan berkala, bantuan teknikal serta kerjasama dasar yang rapat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 28 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Perbincangan turut menyentuh isu keseimbangan semula perdagangan global, pengukuhan rangka keselamatan kewangan antarabangsa serta pelaksanaan reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

“Malaysia kekal komited terhadap disiplin fiskal serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, dengan unjuran pertumbuhan antara 4.0% hingga 4.8% pada tahun 2025,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata IMF juga melihat ASEAN sebuah rantau yang mempunyai banyak potensi serta berkembang dengan baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 28 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Daripada maklum balas yang kita dapat daripada IMF, ASEAN adalah satu rantau yang ada banyak potensi dan telah berkembang dengan baik,” katanya.

Menurut Amir Hamzah, IMF melihat Malaysia berjaya memainkan peranan yang baik dalam mengeratkan hubungan yang ada dalam kalangan negara-negara ASEAN.

“Kalau hubungan itu lebih baik, lebih integrasi, insya-Allah ekonomi kita akan berkembang dengan baik,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 28 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Mesyuarat dua hala Perdana Menteri dengan Georgieva berlangsung selama kira-kira 25 minit.

Selain Amir Hamzah, Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour turut hadir dalam pertemuan itu.



HABIS ZAMAN KO LALU RUANG ANGKASA MALAYSIA MACAMANA PULAK ?

 



Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas sambutan meriah yang diberikan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ketika ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).






Beliau menyifatkan sambutan berlebihan itu tidak wajar, lebih-lebih lagi ketika rakyat di Gz sedang menderita akibat serangan berterusan oleh negara haram.


"Trump ialah simbol keangkuhan dasar luar Amerika Syarikat yang melindungi kekejaman pendatang haram itu."


#ohmedia #as





SALOH BELAKA PMX


 

TRUMP MASUKKAN DALAM MEDIA DIA.


 


NAK LIHAT NEGARA JATUH, BACALAH MANUSIA PEMBENCI ANWAR.


 Alif Jamil


Kalau nak tengok negara ini kononnya dah hancur lebur digadai oleh Anwar Ibrahim , boleh baca tulisan² dari kumpulan pembenci Anwar Ibrahim khususnya dari PN , Pejuang dan sekutu Ramasamy yg hidup dalam denial dan sindrom bipolar tahap 2. 






Tapi kalau nak tengok realiti sebenar negara kita hari ini, kena baca dari mereka yg takde kepentingan politik, tak bergantung tender dan menilai isu berdasarkan data serta rekod antarabangsa.


Dibawah adalah sedikit fakta yg menunjukkan Malaysia bukan sedang hancur tapi sebaliknya sedang bangkit dgn lebih baik :- 


1. Pelaburan lulus pecah rekod RM378.5 bilion (2024)


Menurut MIDA, Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah dgn nilai RM378.5 bilion pada 2024.


Daripada jumlah itu, RM170.4 bilion adalah pelaburan asing (FI) dan RM208.1 bilion pelaburan domestik (DI).


Antara pemain utama: Microsoft (US$2.2 bilion), Google (US$2 bilion), Infineon dan Intel.


Semuanya mengembangkan operasi di Malaysia.

Jadi negara yg kononnya digadai itu takkan jadi destinasi pelaburan AI dan semikonduktor dunia.


2. FDI Bersih RM40.4 billion (DOSM, 2023)


Statistik Imbangan Pembayaran oleh DOSM mengsahkan Malaysia terima RM40.4 bilion FDI bersih, aliran masuk sebenar yg dah dibukukan dalam akaun negara.


Angka ini kukuh walaupun dunia berdepan dgn ketidaktentuan geopolitik dan kadar faedah tinggi global. 


Pelabur bukan masuk sebab retorik agama bangsa, tapi sebab mereka yakin pada kestabilan dasar dan institusi kewangan negara kita.


3. Inflasi terkawal & harga barang stabil. 


Bank Negara lapor inflasi Malaysia 1.8% pada 2024, antara paling rendah di Asia Tenggara.


Sebagai perbandingan, 

Thailand sekitar 2.2%, Filipina 3.7% dan Indonesia 2.8%.


Bila harga barang stabil, kuasa beli rakyat meningkat dan itulah asas sebenar kestabilan ekonomi Madani. 


4. Defisit turun & hutang terkawal.


Kementerian Kewangan sahkan defisit fiskal turun kepada 4.3% KDNK pada 2024  menjadikan penurunan terbesar sejak lebih 15 tahun.


Kerajaan tidak potong gaji penjawat awam, tak naik cukai buta tuli sebaliknya urus perbelanjaan dgn lebih telus, kurangkan ketirisan dan rombak sistem subsidi.


5. Kedudukan kewangan kukuh & penarafan dunia.  


Tiga agensi utama S&P Moody’s dan Fitch semua mengekalkan penarafan positif terhadap Malaysia.


Kalau negara betul² tenat, agensi antarabangsa tu dah lama turunkan rating dan naikkan kos pinjaman kita. 


Tapi sebaliknya yg berlaku pelabur institusi global terus kekal dipasaran bon dan saham Malaysia.


6. Agenda rakyat tetap diutamakan. 


Program SARA, BUDI95 dan STR menyasarkan bantuan terus kepada isi rumah tanpa ketirisan.


Lebih 8.2 juta penerima mendapat manfaat langsung, termasuk subsidi petrol, tunai dan makanan asas.


Subsidi menjadi alat ekonomi yg berfokus. 

Inilah erti sebenar kerajaan reformis bukan kerajaan populis.


7. Malaysia menjadi kuasa diplomasi serantau. 


Perjanjian Damai Kuala Lumpur yg melibatkan Thailand dan Kemboja dan ditandatangani diMalaysia serta disaksikan oleh Presiden US sendiri.


Malaysia harini bukan lagi penonton tetapi pemudah cara dalam keamanan ASEAN.


Dan dipentas yg sama, Anwar Ibrahim menegur Trump tentang Ghaza dgn berani.


“Diplomacy and determination can prevail, Mr. President.”


Berani menegur kuasa besar tanpa hilang hormat itulah cara seni dalam rundingan. 


Kita menang tanpa jadi abu. 


Rakyat beruntung bila inflasi terkawal, pelaburan masuk, pekerjaan baru tercipta dan bantuan sampai tanpa ada ketirisan. 


Industri juga untung bila kadar cukai dan dasar pelaburan konsisten.


Dan negara untung bila diplomasi kita dihormati dunia.


Yang rugi hanyalah golongan yg dulu hidup mewah hasil sistem kroni sahaja.


Hakikatnya , Malaysia harini tidak ada yg tergadai apa pun. 


Maruah negara tidak tergadai.

Kedaulatan negara tidak tergadai. 

Harta negara juga tidak digadai. 

Wang negara juga tidak dicuri. 


Sebaliknya kesemuanya semakin dihormati dan disanjung tinggi. 


Yang tergadai hanya otak para pembenci Anwar Ibrahim semata². 


Sebab itu mereka tidak mampu berfikir menggunakan akal.


Mereka hanya mampu berfikir menggunakan kepala lutut sahaja. 


Dan itulah hakikat yang tak boleh disangkal..


Malaysia harini sedang bangkit dan bergerak dgn data dan fakta, bukan dgn fitnah dan dusta.




MENANTI KLIMAKS PALING PUNCAK ANWAR


MSO







Apabila presiden Amerika Syarikat Donald Trump hadir ke persidangan kemuncak Asean ke 47, menyaksikan perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand yang diinesiatifkan Malaysia, dan sekaligus memijakkan kaki ke bumi ini pada ketika Anwar menjadi perdana menteri, maka pencapaian Anwar sebagai PM dikira kemuncak.


Siapa tidak kenal, tidak kagum hatta tidak geram dan marah dengan Trump, sampai Tok Dor menggelarnya sebagai syaitan besar itu, ia berjaya dijinak Anwar untuk datang menjengok ke negara ini. Bagi Anwar itu satu sejarah seperti dicapai Najib Razak dengan kedatangan Barack Obama apabila presiden negara Uncle Sam itu datang ke sini. 


Bahkan Anwar lebuh nekad beliau bawa Trump ketika dunia mencemuhnya.


Anwar tidak peduli dan tidak perlu pun peduli dengan apa juga persepsi kejayaannya membawa Donald Trump itu, hakikatnya  secara peribadi beliau berjaya membawa presiden Amerika ke negara ini untuk disaksikan dari dekat personaliti sang Presiden itu oleh rakyat Makaysia.


Apa dicapai itu satu kebanggan buat dirinya sendiri dan kemuncak. Sebelum ini beliau telah mendekati dan menjinaki seluruh pemimpin besar dunia, China, Jepun, Korea, Russia, Peranchis, Italy, Brazil, Afrika, negara negara Arab dan lain lain.


Boleh disimpulkan semua pemimpin negara bertemu, berjabat tangan dengannya, mendengar luah dan bicaranya, soal mereka dengar atau hirau itu soal lain.


Kini apa lagi yang buru dalam hidup dan dirinya. Hampir seluruh putaran dunia dan mehnah kehidupan dan perjuangan dilaluinya. Hina nesta usah diperkatakan, itu adalah makan minumnya.


Apa lagi yang diburunya. Mungkin puncak segala puncak baginya untuk menjadi perdana menteri bagi penggal kedua. Itu sahaja yang selepas ini akan bersarang dalam kepalanya dan juga kepala kita yang menjadi peminat dan pengelih alur politiknya. Dan klimaks itu juga yang kita sama sama tunggu.


Apakah beliau mampu untuk mencetak kejayaan paling kemuncak dalam kerjayanya itu, menjadi PM untuk penggal kedua. Itu penting dan mustahak kerana itulah yang akan menjadi noktah kepada perjuangannya. Tanpa pencapaian itu semua apa yang digenggam kini tidak bermakna. Trims.




MENGUSIK KAK WAN

 

MSO


Senyum Pagi

MENGUSIK KAK WAN





Muasir ini jarang jarang sekali nampak Kak Wan (Dr Wan Azizah Wan Ismail) mengiring suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjalankan tugasan negara. Kebanyakan “penotaan” Anwar ke seantero dunia tanpa kelibat Kak Wan sehingga ada yang tertanya tanya, apakah Kak Wah kurang sihat.


Mungkin iya, tetapi sebenarnya Kak Wan kini lebih banyak berihat dan menebus masanya yang hilang selama ini untuk bersama anak dan cucunya. Kak Wan perlu rihat lebih selepas hampir tiga dekad berjuang menyeka keringat, membekam rasa mengenang apa yang dilakukan ke atas dewanya. Kak Wan bergelumang airmata dan keringat demi suami, rakyat dan negara.


Apabila suaminya kini sudah berada dipuncak dan melalui dua fasal, pertama membebaskan suami dan kedua meketakkan suami dikerusi PM, maka tiba masa untuk Kak Wan beristirehat. 


Tetapi malam ini Kak Wan tampil penuh sumringah  dan anggun dengan mengenakan busana kesukaanya kebaya labuh dengn selempang warna kundang sekata dengan tuduh labung untuk meraikan isteri para pembesar negara dan delegasi sidang kemuncak Asean. 


Dengan penjh sifat keibuan, kasih setia seorang zaujah, Kak Wan tertenggek manja disamping suami, kelihatan sangat comel dan ayu bagaikan pengantin baru yang kehausan malam.


Bagi mereka bukan pembenci Kak Wan dan pendengki Anwar, tumpang gembira dan merasai bahgia melihat penampikan Kak Wan bersama Amwar. Kemeriah dan kesuksasan sidang Asean yang disaksikan dunia seolah meraikan persandingan lewat pasangan ini di atas pelamin dunia. 


Bukan sahaja para delegasi sidang Asean yang kagum dengan keanggunan dan kesumeringahan pasangan itu, tetapi kita juga yang melangkah sederat dalam perjuangan rakyat marhaen turut rasa bahagja. Tahniah Kak Wan dan Pak Sheikh. Trims.




HEBAT.. PATUT MELINGKUP.


 

NAJIB VS ANWAR BILA JUMPA TRUMP


 

NAJIB NAK BANTU TRUMP... HEBAT..


 

SEMOGA MELINGKUP PARTI YANG AKAN MELINGKUPKAN MELAYU KERANA HANYA DEMI KUASA.

 

HARAP ADA BERITA BAIK MALAM INI


27 October 2025


Sebagaimana maklumat disampaikan kepada saya tengahari semalam, mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan diadakan pada  malam ini (27 Oktober).


Maklumat itu disampaikan berikutan artikel saya semalam yang bertanya bila lagi Muhyiddin Yassin mahu memanggil mesyuarat PN sebagaimana pernah dijanjikannya pada 15 September lalu.


Ketika Muktamar Agung PAS di Kedah 11-16 September lalu, berikutan wujud gelombang yang mahukan PAS menerajui PN dan calon PM11 juga daripada parti itu, Muhyiddin berkata, PN akan mengadakan mesyuarat PN pada minggu depan.


Malangnya, selepas berminggu-minggu berlalu, tiada khabar berita kedengaran.


Mesyuarat malam ini akan diadakan di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, jam 8.00 malam.


Difahamkan mesyuarat malam ini diadakan selepas PAS beberapa kali bertanyakan mengenainya kepada pentadbiran PN.


Dijangka dua isu utama akan menjadi tajuk perbincangan malam ini.


Pertama, calon PM11 mewakili PN dan kedua, siapa sepatutnya menerajui PN bagi menghadapi PRU16 akan datang.


Sebagaimana diketahui umum, PAS sebelum ini secara terbuka tidak setuju dengan ketetapan Bersatu mencalonkan Muhyiddin sebagai calon PM11.


Bagi PAS, biarlah calon PM11 itu ditetapkan selepas PN beroleh kemenangan terlebih dahulu.


Kemudian Haji Hadi Awang juga menyebut, mereka yang berusia lebih 70 tahun tidak sepatutnya dinamakan sebagai sebagai calon Perdana Menteri.


Walaupun Haji Hadi berkata, kenyataannya itu merujuk kepada dirinya sendiri, tetapi mereka yang faham seni politik turut merasakan ia adalah sindiran kepada Muhyiddin yang sudah mencecah usia 80 tahun  tapi masih ghairah mahu menjadi Perdana Menteri.


Terbaru, Haji Hadi mengingatkan, menamakan calon Perdana Menteri lebih awal turut berisiko menjadikan calon berkenaan “diganggu” dengan diletakkan dadah, emas dan lain-lain di dalam kenderaannya.


Maksud segala hujah Haji Hadi itu, usahakan PN menang dahulu, kemudian barulah dinamakan calon Perdana Menteri.


Begitu pun, Bersatu nampaknya tetap mahu menamakan Muhyiddin sebagai calon PM dengan semua halangan yang dianggap sebagai ancaman kepada keinginan itu daripada menjadi kenyataan cuba ditebas lebih awal lagi.


Pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin Bersatu kebelakangan ini adalah cerminan maksud tersebut.


Isu kedua yang dijangka menjadi tajuk perbincangan malam ini ialah untuk meletakkan PAS sebagai peneraju baru PN.


Keinginan itu bukan saja kerana PAS dilihat parti paling kuat dan paling besar dalam PN, tetapi juga didorong oleh kedudukan Bersatu yang berpecah dengan desakan agar Muhyiddin berundur makin kencang deru anginnya kebelakangan ini.


Logiknya mudah – bagaimana Muhyiddin mahu diyakini mampu menerajui PN untuk membawa kemenangan, sedangkan kedudukannya dalam Bersatu sendiri semakin goyang?


Tidak dipastikan sama ada kedua-dua isu dapat diselesaikan atau tidak pada malam ini,  tetapi ramai yang berharap, setidak-tidaknya satu isu ada penyelesaiannya.


Sama-sama kita tunggu keputusannya malam nanti. – ShahbudinHusin 27Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/harap-ada-berita-baik-malam-ini/





MERAIKAN TETAMU SIDANG KEMNCAK ASEAN

 


Saya dan Azizah berbesar hati meraikan para pemimpin negara ASEAN, Rakan-Rakan Dialog dan Tetamu Pengerusi dalam Majlis Makan Malam Gala yang menampilkan keunikan sajian serta kekayaan warisan budaya Malaysia.

















Resepsi ini menjadi lambang persahabatan, kesatuan dan semangat kebersamaan yang menjadi teras ASEAN, sebuah komuniti yang diasaskan atas kepercayaan, saling hormat dan kerjasama.


Pada malam yang istimewa ini, kami juga turut meraikan ulang tahun kelahiran sahabat saya, Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva seorang sosok yang sentiasa memperjuangkan keadilan sosial, solidariti Selatan-Selatan dan aspirasi dunia yang lebih seimbang.


Saya menzahirkan penghargaan mendalam kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini termasuk barisan biduan dan biduanita tempatan, pasukan orkestra serta para penari kebudayaan yang mewakili segenap lapisan dan segmen masyarakat, bersama-sama menyumbang kepada persembahan memukau dan gemilang.


======


Delighted to host the leaders of ASEAN Member States, Dialogue Partners, and the Chair’s guests at the Gala Dinner, which showcases the rich diversity of Malaysia’s culinary traditions and cultural heritage.


This reception stands as a symbol of friendship, unity, and solidarity, the very essence of ASEAN, a community built on trust, mutual respect, and cooperation.


I wish to express my heartfelt appreciation to all who made this event possible, the talented local vocalists and musicians, the orchestra, and the cultural performers representing every segment of our society, whose contributions have created a truly captivating and memorable performance.


Foto: Izzuddin Abd Radzak, Afiq Hambali


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI

#ASEAN




UNIT KHAS MALAYSIA TERLIBAT BERSAMA KAWALAN KESELAMATAN

 


Sekitar hotel di mana Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menginap sewaktu lawatannya ke Kuala Lumpur buat kali pertama sempena ASEAN Summit ke-47. 



Kelihatan penglibatan unit-unit sepanjang lawatannya selama 24 jam itu. Hotel dan limosin Presiden yang kalis-letupan dan peluru, iaitu Cadillac One/ ‘The Beast’  ataupun codename Stagecoach dilindungi oleh Presidential Protective Division United States Secret Service termasuk elemen lain seperti USSS Uniformed Division, Technical Law Enforcement dan Special Operations Division Counter Assault Team.




USSS turut disertai elemen Diplomatic Security Service yang melindungi Setiausaha Negara Marco Rubio yang turut mengikuti Presiden. Tambahan pula, lawatan Presiden ke mana-mana negara akan disokong oleh pasukan ODA(Operational Detachment-Alpha) US Army Special Forces Group (SFG)ataupun tim CTAC(Critical Threats Advisory Company) dari SFG masing-masing. 




Selain itu, pasukan USSS juga ada pasukan (HAMMER) Hazardous Agent Mitigation & Medical Emergency Response untuk menangani sebarang ancaman berbentuk CBRN (Chemical, Biological, Radioactive, Nuclear).





Dari pihak Polis Diraja Malaysia, antara unit-unit yang menyokong operasi keselamatan mencabar ini termasuk Unit Tindakhas (UTK), KL Strike Force, Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Batalion ke-6 PGA, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Pasukan Gerakan Udara (PGU), K9 PDRM, dan Unit Pemusnah Bom antaranya.














CONTOH TANDATANGAN BEKAS PM


Bang Aji


 Sign arwah paklah mana?


Apapun sign najib paling mahal dan berharga,sehingga jho low jd billionaire.






"BUAT FITNAH TERKANTOI" ! TAKI MEMALUKAN PAS & WALAUN !






INI FITNAH ATAU TIDAK... DULU KATA TAK NIKAH... NI NIKAH KAH? 







VIRAL: Malaysian PM Stuns Trump; He Freezes In Surprise During Signing C...

GANTUNG 1 TAHUN MP PAS MEMFITNAH PENJAWAT AWAM! RUJUK KE HAK & KEBEBASAN!

'Dekat luar tentang Pagoh, tapi dekat dalam masih nak bersama Bersatu?'

HULU LANGAT INGATKAN YB JELUTUNG JANGAN BAGI AMARAN KEPADA BAKAL PM!

Pelancaran FIFA Arena dan Piala FIFA-ASEAN bukti kejayaan Malaysia sebagai pengerusi rantau



OLEH A. ZAHID



Pelancaran FIFA Arena di SK Sri Kelana baru-baru ini menandakan detik bersejarah buat Malaysia apabila menjadi antara negara pertama dalam kalangan ahli FIFA melancarkan projek mini-padang yang dibiayai badan induk bola sepak dunia itu.

Inisiatif ini bukan sekadar simbol kebanggaan, tetapi bukti kesungguhan  negara memperkukuh ekosistem pembangunan sukan dari akar umbi.




Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyifatkan pelancaran itu sebagai titik tolak penting kepada perubahan jangka panjang dalam landskap bola sepak negara.

“Saya berharap inisiatif mulia ini menjadi pelantar untuk lebih ramai pemain industri berganding bahu membangunkan projek serupa demi manfaat kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Kementerian Belia dan Sukan, FIFA dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan terus bekerjasama memastikan lebih banyak fasiliti seperti ini dapat diwujudkan di seluruh negara.



Majlis bersejarah ini turut bertepatan dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara ASEAN dan FIFA sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kerjasama ini melambangkan komitmen bersama untuk memanfaatkan kekuatan bola sepak bagi memupuk pembangunan budaya, kemajuan sosial dan keamanan serantau.

Antara hasil penting MoU tersebut ialah penganjuran kejohanan baharu, Piala FIFA–ASEAN, yang bakal menjadi platform utama memperkasa bakat muda rantau ini.

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menekankan kepentingan pemberdayaan belia, keterangkuman sosial serta kerjasama serantau bagi memastikan bola sepak terus berkembang secara mampan untuk generasi akan datang.


Lebih daripada sekadar sukan, bola sepak kini menjadi wahana penyatuan dan inspirasi satu bahasa sejagat yang merentas budaya, sempadan dan bangsa.

Dengan langkah proaktif ini, Malaysia bukan sahaja membina padang untuk bermain bola, tetapi juga membuka gelanggang baharu untuk perpaduan dan masa depan bola sepak serantau.



TIADA SAMBUTAN BERLEBIHAN KECUALI SEDERHANA.


 

KES SAMAN RAFIZI DAN FARHASH


 

KALAU PILIH DIA NI DAN PARTI DIA NI....SAHIH LAH TERUK KAKITANGAN AWAM.


 

Video ‘Tarian’ Trump, Anwar ‘Meletup’, Lebih 48 Juta Tontonan Di Media Sosial

 


Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melayan tarian tradisional diiring kompang sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Klip video lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, menarik perhatian rakyat negara ini dan di media sosial dengan gelagat spontan beliau.

Namun, di sebalik keterujaan itu, debaran tetap dirasai apabila pesawat Air Force One, pesawat rasmi Presiden AS, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi semalam.

Hal ini kerana keperibadian pemimpin negara kuasa besar dunia itu sukar dijangka walaupun ketika berhadapan dengan pemimpin dunia yang lain.

Bagaimanapun, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025, menyambut ketibaan Trump dengan hamparan permaidani merah di KLIA, Presiden Amerika itu kelihatan berada dalam mood yang ceria.

Beliau berjabat tangan mesra dengan Anwar dan sapaan penuh sopan antara mereka jelas kelihatan melalui skrin televisyen atau media sosial yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Yang paling menarik perhatian adalah apabila Trump secara spontan menari ketika disambut mesra oleh sekumpulan penari tradisional. Mengikut irama zapin, beliau menari dengan gaya hand shuffle, seolah-olah gerakan twist yang perlahan.

Hantaran di X memaparkan jumlah tontonan ‘tarian’ Donald Trump melepasi angka 1 juta di Instagram pada 27 Oktober 2025.

Malah, Anwar yang terhibur dengan gerakan tarian signature Trump itu turut menyertai Presiden AS, namun dengan gaya tarian yang ringkas.

Keceriaan Anwar dan Trump menari bersama-sama itu sekali gus menaikkan semangat dan menambah kehangatan suasana pagi Ahad, yang sebelum itu hujan renyai-renyai sebelum ketibaan presiden.

Imej dan video “tarian bersama” itu tular di seluruh dunia, pelbagai lapisan masyarakat berkongsi, menyiarkan semula dan meninggalkan komen dalam media sosial.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengibarkan bendera Amerika dan Malaysia selepas melayan tarian tradisional diiring kompang sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Satu daripada contohnya ialah video yang dimuat naik oleh Pembantu Khas dan Penasihat Komunikasi Presiden, Margo Martin.

Video itu meraih lebih sejuta tanda suka di platform media sosial Instagram dan 21.5 juta tontonan, selain 17.7 juta tontonan menerusi Facebook dan 9.3 juta di TikTok dengan kapsyen Trump is the leader of the worldand the king of social media (Trump ialah pemimpin dunia dan raja media sosial).

Rakyat Malaysia pastinya berasa bangga apabila seorang Presiden Amerika mengiktiraf Malaysia, pemimpinnya, lambang kebangsaan dan rakyatnya.

Menambah lagi keterujaan, Trump kemudian mendekati sekumpulan petugas yang mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Amerika Syarikat sebelum mengambilnya daripada mereka lalu mengibarkan bendera dua negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat ‘The Beast’ atas permintaan presiden itu dari Kompleks Bunga Raya KLIA menuju KLCC pada pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tidak berakhir di situ, Trump melanggar sedikit protokol keselamatan apabila mengundang Anwar untuk bersama-sama beliau menaiki kenderaan rasmi presiden, “The Beast”, menuju ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara, lokasi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN.

Selaku tuan rumah ASEAN, Anwar turut ke hotel penginapan Trump untuk mengucapkan selamat jalan kepada pemimpin itu yang berlepas ke Jepun pagi ini.

Air Force One kini dalam penerbangan ke Tokyo sebelum ke Korea Selatan, dengan Trump dijadualkan menghadiri forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang akan diadakan di bandar pesisir Gyeongju.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat ‘The Beast’ atas permintaan presiden itu dari Kompleks Bunga Raya KLIA menuju KLCC pada pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kedatangan Trump buat julung-julung kali ke Malaysia pastinya kekal dalam ingatan rakyat akan imej seorang presiden yang bukan sahaja tegas, tetapi juga terselit sisi lain yang ceria. Kita bangga menjadi rakyat Malaysia.