PEMIMPIN PAS DAN PN NI SEJAK KALAH PILIHANRAYA- SIBUK FITNAH SANA SINI DENGAN TAK PUAS HATI. FITNAH SAJA KERJANYA SENTIASA MEMFITNAH.

 FAHMI..KENA KERAS SIKIT...DIA LEMBIK-

 POLIS PUN KENA TEGAS....ORANG ORANG PAS








NASIHAT PRO BONO BUAT PEMIMPIN – HATI-HATILAH DALAM TINGKAH LAKU KERANA KAMERA SENTIASA ADA DI SETIAP PENJURU

 

Sejak pagi tadi tular satu klip video yang menampakkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim seolah-olah melanggar atau barangkali terlanggar belakang seorang artis wanita dalam satu majlis berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni yang diadakan malam semalam.

Artis tersebut pada mulanya kelihatan sedikit terkejut dengan insiden perlanggaran berkenaan, tetapi kemudian tersenyum dan sempat berselfie dengan Anwar.

Klip video lain yang menunjukkan Anwar sama-sama menyanyi dengan dua artis wanita turut tersebar bersama video di atas tadi.

Video perlanggaran itu jelas disebarkan untuk mengaibkan Anwar, tambahan lagi caption atau keterangan yang ditulis pula memang dilihat menjurus ke arah itu.

Dengan video tersebut, laskar maya blok pembangkang seolah-olah kenduri sejak pagi tadi dengan menulis pelbagai hantaran dan tafsiran mengenainya bagi tujuan tidak lain untuk memperlekeh dan merendah-rendahkan keperibadian Anwar.

Sebagai kesimpulannya, dalam semua tafsiran itu, Anwar digambarkan sebagai lelaki yang tidak boleh melihat perempuan berdahi licin.

Dalam waktu yang sama, laskar maya pro kerajaan pula seolah-olah terkedu dan tidak mampu untuk mewajarkan ada sisi baik dalam insiden tersebut.

Seorang dua yang dilihat cuba membela Anwar berkaitan video itu, tetapi ia ternampak terlalu longgar dan hampir tiada markah.

Saya sendiri berkali-kali menonton video itu untuk cuba membaca reaksi wajah mereka yang terkait di dalamnya.

Apa juga tafsiran yang ada dalam fikiran saya, biarlah saya simpan saja.

Pengajarannya, baik kepada Anwar dan lain-lain pemimpin, mereka hendaklah berhati-hati selalu dalam semua tingkah laku kerana di era media sosial ini, lensa kamera sentiasa ada di setiap penjuru.

Selain semua pergerakan pemimpin diperhatikan rakyat, lebih bahaya lagi jika ia dirakam kamera dan kemudian disebarkan.

Ini kerana rakaman itu boleh dimanipulasi dengan pelbagai tujuan dan ditafsirkan dengan macam-macam makna.

Tersilap sedikit langkah atau kata-kata dan ia kemudian diviralkan, beban yang akhirnya terpaksa difanggung bukan kepalang kesannya, bukan saja kepada diri sendiri, tetapi juga keluarga.

Selain pemimpin, orang biasa pun tidak terkecuali terdedah kepada perkara yang sama di mana setiap hari ada saja diviralkan di media sosial video mengenai buli jalanraya, perlakuan kasar, pergaduhan dan macam-macam lagi yang kebanyakannya, selain memberi malu kepada pelakunya, selalunya juga berakhir dengan tindakan oleh pihak berkuasa.

Lebih-lebih lagi pemimpin seperti Anwar yang musuh politiknya lebih ramai daripada kawan sejati, keperluan untuk berhati-hati itu harus lebih tinggi lagi.

Tidak boleh ambil mudah dan pandang rendah semua perkara semata-mata kerana beliau kini sudah menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, setelah menjadi Perdana Menteri inilah semua tingkah laku itu mesti lebih dijaga, terutama dalam pergaulan yang melibatkan artis wanita dan golongan perempuan berdahi licin.

Apa lagi Anwar itu terlalu kuat imejnya sebagai pejuang Islam dan pemimpin yang suka menganjurkan program-program agama sejak dulu lagi.

Yang mudahnya begini sajalah, tambahan lagi sekarang cuaca tidak menentu, hujan lebat serta ribut puting beliung boleh berlaku bila-bila masa tanpa dijangka, maka langkah paling selamat ialah Kak Wan atau Dr Wan Azizah Wan Ismail sebaiknya mesti menemani Anwar dalam semua majlis seperti semalam itu.

Bila ada Kak Wan sentiasa berpimpin tangan dengan Anwar – percayalah – yang gatal dan gedik semuanya akan automatik tampil bersopan. – ShahbudinHusin 12/04/2023.


SATU KETIKA DULU. AKIBAT MASIH LAGI BERMAIN ISU ISLAM TERANCAM.


 

JANGAN BERMAIN HASAD







 


Tiada gunanya seseorang Muslimin menjaga ibadah Ramadan dalam bulan yang amat mulia ini namun tidak mampu mengawal lidahnya dalam menabur bernih hasad dan dengki dan menimbulkan kekacauan dan ketidaktenteraman antara satu sama lain. Sia-sia lah saja segala ibadahnya dan kerana lidahnya yang serumpama sarang syaitan adalah dosa di mata Allah S.W.T

Sebagai seorang pemimpin rakyat yang kononnya mewakili sebuah parti politik yang mengangkat martabat dan maruah Islam di dalam negara, beliau sepatutnya mengambil kesempatan bulan Ramadan sebagai peluang untuk muhasabah diri dan sebarang lontaran fitnah dan kata nista beliau hanya mempamerkan ketidaklayakan beliau untuk menyandang jawatan sebagai wakil rakyat lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin di dalam dewan Parlimen yang amat mulia yang sewajarnya mempertahankan hak, kepentingan dan memperjuangkan nasib semua suku kaum merentasi warna kulit, agama, Bahasa, bangsa dan budaya.

Mereka yang berani menimbulkan kacau-bilau dan memporak-perandakan kestabilan, keamanan dan keharmonian adalah musuh negara yang bukan sahaja mencabuli hak rakyat bahkan juga menghina sistem Perlembagaan negara dan institusi diraja. Kerajaan sewajarnya mengambil tindakan yang lebih agresif untuk memantaukan perwatakan dan tingkah laku ahli Parlimen dan meletakkan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang tidak menghormati keutuhan prinsip Perlembagaan negara demi untuk mengembalikan semula status dan martabat Parlimen sebagai sebuah unit perundangan dan pentadbiran negara yang berintegriti, bermaruah, adil dan saksama.

 





AHMAD SUKRI JAMIL

Tak Pernah dalam Sejarah DJ Radio setiap Pagi, saorang bekas Menteri Yg Kalah pilihanraya Baru Baru Ini meroyan tiap tiap pagi Asyik Berbual pasal Politik. Orang tu salah orang Ini tak Betul, PMX gagal di Arab Saudi, PH gagal... addoi. Please lah, orang nak dengar Kelakar tiap Pagi oleh dj dj Yg professional. Bukan nak dengar apa kata Si Hamlau Lahabau bekas MP Rembau bersyarah Macam Dia sorang aja Betul. Antara orang Yg Koyak rabak semenjak dipecat UMNO.

Yg Pasti Akan merosakkan UMNO kerana dia tak jadi Menteri lagi dan tak berkuasa.

Insatiable Hunger for attention and Power...

 

HIKAYAT NASI BIRYANI


 MMMS



KALAU YIDDIN BUKAN PM...DAPAT DAK DERMA TU


 

WIDAD NI ANAK EMAS SANUSI KA DI KEDAH NI


 

LAWAK NUSI NAK BELAT AYAQ PI PENANG- NAK LIHAT AYAQ TU NAK PI KE MANA....? CAKAP PAKAI LUTUT DIA NI...


 

PAS BILA.MAIN ISU- LUPA DUNIA.


 

ANAK KEDAH CARI MAKAN DI PENANG KATA SANUSI TAK PATUT CAKAP MACAM TU. DIA PUN PERNAH MAI KERJA DI PENANG...


 

JANGAN BENARKAN SANUSI SERTAI KERANA LEBIH BAWA MUDARAT DARI BAIK.


 

DENGAR ANAK ANAK KEDAH- HANGPA TOK SAH LAH DOK IKUT BENDA YANG MENGARUT...


 

JANGAN SALAH KOMEN...TAKUT JATUH MENGHINA YDPA

 



Hari tu aku tulis pasal ni, ramai marah. Sampai ada yang maki. Mungkin ramai yang salah faham. Ingat aku sokong pengampunan Najib.

Aku tak sokong pun. Aku pun kalau boleh nak lihat Najib lebih lama dalam penjara. Tapi yang aku nak ingatkan, pengampunan itu hak YDP Agong.

Jadi kalau keputusannya memihak kepada Najib atau tak, jangan komen melulu. Kerana silap komen boleh jatuh ke tahap menghina YDP Agong.

Ia adalah satu kesalahan jenayah. Itu saja yang aku nak ingatkan. Soal siapa dalam Majlis Penasihat Pengampunan Di Raja, bukan soal utama.

Kalau YDP Agong mahu ampunkan, kita terima saja dengan hati terbuka. Tak perlu nak komen melulu walaupun kita tak setuju. Guane boh?

Raja Gelap

 

IKUT HUKUM AKAL- PELANGGARAN NI TAK DISENGAJAKAN- ELIZEBETH TAN PUN BUKAN SENGAJA....ANWAR PUN BUKAN NAK MENGGATAL..FITNAH TANPA SEMPADAN





Baru semalam aku jumpa video yang diviralkan oleh para pemfitnah tegar yang berselindung di sebalik kopiah dan jubah - walaun la, siapa lagi.

Video yang diviralkan itu menunjukkan seolah DS Anwar menggatal. Sebab ia diambil dari sudut yang kebetulan atau sengaja mahu ia kelihatan begitu.

Tapi video ini, yang aku dapat dari WhatsApp Group, yang dikatakan dari akaun Elizabeth Tan sendiri, menunjukkan sebaliknya. Ianya tak disengajakan.

Elizabeth kelihatannya berjalan mengundur sambil matanya tertumpu kepada screen telefon (merakam video). Manakala DS Anwar sedang melihat ke arah lain.

Apa tujuan video dari angle lain diviralkan? Tak lain hanya untuk memfitnah DS Anwar agar kelihatan gatal sekaligus membolehkan fitnah disebarkan.

Nampaknya ada usaha nak menyamakan DS Anwar dengan lebai. Maaflah. Jauh taraf DS Anwar kalau nak dibandingkan dengan lebai kebulur kamu.

Kalau teringin nak viralkan benda begini, kan lebih baik viralkan ulama kamu yang tunjuk kemaluannya dalam messenger. Setidaknya ianya perkara betul, bukan fitnah. Guane boh?

Raja Gelap

 

KEH..KEH...




Alahai... Dodol betul la.

Orang bukan kata ATM tu tak perlu. Bukan itu yang dipersoalkan. Tapi yang jadi bahan jenaka, macam mana perkara asas seperti mesin ATM pun tak ada di Besut setelah berpuluh tahun PAS memerintah?

Sudahlah begitu, dapat mesin ATM pun dibuatnya perasmian macam rasmikan stesen bas yang baru. Kan kelakar tu. Kalau aku jadi MP, aku malu kalau dunia tahu kawasan aku baru nak ada mesin ATM.

Sebelum ini hadir kenduri pun masuk KPI. Memang pemimpin PN ni jenis tak reti apa yang dikatakan berkhidmat untuk rakyat ke? Sebab itulah perangai masing-masing pelik semacam. Guane boh?

Raja Gelap

"USTAZ PERLU TAULIAH, BUKAN MUSLIM TIDAK PERLU TAULIAH"- TANYALAH LEBAI AJK MASJID TU.







BENGGALI TU MASUK MASJID BUKAN NAK MAKI HAMUN ATAU KEMPEN PILIHANRAYA. SIKH TU MASUK NAK AJAR AGAR BERHENTI MEROKOK .WALAUN KAN BANYAK MEROKOK . HARAM MEROKOK NI.


ADRIAN LIM CHEE AN


Itu antara kekecohan yang dicetuskan oleh sesetengah pihak selepas tersebar video dari Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur, di mana seorang doktor beragama Sikh dijemput memberi "kuliah" berkenaan cara-cara berhenti merokok.

Ada yang mengatakan tidak ada salah kerana doktor itu bukannya memberi ceramah agama, sebaliknya memberi ceramah kesihatan dan di zaman kegemilangan Islam, masjid juga pernah dijadikan istana ilmu.

Malangnya ada juga yang menjadikannya modal untuk mempertikai kerajaan.

Apa pun modal pertikaian yang ingin dibangkitkan, lebih molek pertikaian tersebut diajukan kepada Encik Fauzi Abu Bakar.

Encik Fauzi merupakan antara AJK masjid berkenaan.

Secara kebetulan, AJK masjid berkenaan yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan juga merupakan YDP PAS kawasan Lembah Pantai.

Yang paling kebetulan, AJK masjid berkenaan telah bertanding sebagai calon Perikatan Nasional di kawasan Parlimen Lembah Pantai dalam PRU ke-15.

 

INI MACAI PN TEGAR TELAH DITAHAN POLIS. TAHNIAH PDRM.

 


ANDRIAN LIM CHEE AN


Reza Razali yg bergiat di Twitter sebagai @_rezarazali_ telah ditahan oleh PDRM.

Reza seorang ahli PAS yg gemar melakukan fitnah terhadap kerajaan demi mengalih

 sokongan kepada PN.

  

INI SALAH SATU SEBAB KENAPA INFLASI BERLAKU KETIKA ZAMAN MAHIADDIN.


 

LAGU TU NO.,.KENA ADA GAMBAQ SANUSI KALAU NAK LETAK GAMBAQ PM DI KEDAH....BUKAN HANG KA DOK HENTAM PM


 

NIK OMAR- APA YANG PATUT DI CONTOHI DARI PM 10


 

BIARLAH HAK DIA UNTUK MENGIGAU DAN MERACAU


 

SIAPA DIA CALON PN 11 SETAKAT INI ? ALMAKLUM DULU MAKAN GAJI BUTA...KEMUDIAN HILANG..


ZAMAN MAHIADDIN..DARURAT DALAM PKP DAN MENYAKAW- PERANAN ULAMAK SUK DALAM KERJASAMA DENGAN PN


 

MUDAH SANGATKAH NAK JUAL KEDAULATAN NEGARA?


 

PAS NI KALAU UNTUNG DIA..DENGAN DALIL DALIL DIA BAWA SEKALI...KALAU TAK SAMA DIA AKAN KELUAR DALIL LAIN PULA


 

KERAJAAN P.PINANG BANTU NELAYAN DENGAN PEMBERIAN BOT DAN ENJIN YANG LEBIH MODEN


 

JAWAPAN MUDAH KENAPA UMNO BERSAMA PH


 

MENTERI AGAMA ZAMAN PN...TANYA DALAM.BAHASA.INGGERIS DIA TAK TAU JAWAN DIA HERDIK WARTAWAN....HA.HA


 

BARU 3 BULAN.. PELUANG PEKERJAAN DAN PELABURAN BARU MUNCUL LAGI




 

KATA PERJUANG AGAMA.

 


Katanya memperjuangkan Islam! Tapi di bulan Ramadhan yang mulia ini pun main langgar je hukum Islam! X takut dosa langsung! Walaun macam biasa akan pertahankan fitnah yang dilakukan oleh pemimpin² mereka!


KENYATAAN MEDIA


PAS FITNAH ISU TANAH RIZAB MELAYU DI NEGERI SELANGOR?


10 April 2023


Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hairi, mendakwa dalam laporan portal Malaysia Gazette bahawa jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu telah “menurun secara mendadak daripada tahun 2019 hingga 2021 sebanyak 3,200 hektar.”


Dakwaan Ahmad Yunus itu adalah fitnah kerana tidak menepati fakta.


Faktanya, pada tahun 2013, keluasan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor berjumlah 395,946.50 ekar.


Sejak PAS tidak lagi menjadi sebahagian dari Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2018, keluasan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor telah meningkat secara strategik kepada 401,935.96 ekar (tahun 2019), dan sebanyak 403,123.39 ekar (tahun 2021).


Ini bermaksud keluasan Tanah Rizab Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan Negeri Selangor telah meningkat sebanyak 7,176.89 ekar, termasuk pewartaan di Hilir Tambahan – Hulu Langat, Kundang – Kuala Langat, Selayang Pindah – Gombak, Ulu Semenyih – Hulu Langat, dan Bukit Cherakah – Petaling.


Kerajaan Negeri Selangor terus komited untuk memelihara keluasan Tanah Rizab Melayu agar dipantau secara rapi melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor.


PAS wajar memohon maaf kerana cuba memfitnah dan menipu warga Selangor. PAS harus muhasabah dan mengelak daripada amalan tercela dengan menyebar fitnah, terutamanya pada bulan Ramadhan ini.


YB JUWAIRIYA ZULKIFLI

Setiausaha Politik

Kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor


#SetanPunKenaPenjara

#BulanRamadhan



SAPA YANG SETAN. JANGAN PERSETANKAN ORANG


 

YB LOH DARI DAP SEKOLAHKAN LEBAI PAS DALAM DEWAN DUN PERAK


 

PEMUDA INI SUDAH HILANG KEYAKINAN TERHADAP SANUSI


 

MASA 33 BULAN DULU PAS BUAT APA? TAK AMBIK POT PUN BAB GURU GURU KAFA


 

HANYA ANWAR BOLEH SELAMATKAN UMNO



NORMAN RADZUAN


Pretasi UMNO tidak pernah meningkat sejak 2008

HANYA ANWAR BOLEH SELAMATKAN UMNO

Semalam saya berborak dgn rakan politik mantan UMNO dan skg tidak berparti. Dlm pelbagai topik dibualkan dia bertanya adakah UMNO mampu diselamatkan?

Dia bertanya soalan itu bila saya mengatakan UMNO sejak 2008 grafnya semakin menurun dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya hinggalah 2022.

Daripada parti dominan mereka kini lebih kecil dari PKR dan PAS. Suatu yg tidak pernah terduga oleh penganalisa politik, ahli UMNO mahupun org Melayu sendiri.

UMNO tersepit kerana org Melayu tidak percaya mereka lagi dan bangsa lain 80% menolak mereka. Org Melayu beralih kpd PAS dan bukan Melayu beralih kpd PKR atau PH.

Saya beritahu rakan tadi dua faktor kenapa UMNO ditolak org Melayu. Pertama kerana kes rasuahnya. Org Melayu lihat UMNO nampak rasuah sb ini era teknologi segala maklumat dihujung jari. Kedua kerana fahaman politik sempit perkauman yg dimainkannya memakan diri.

Jadi mereka tersepit dgn sikap mereka sendiri. UMNO tahu utk pulih mereka perlukan masa. Jadi siapakah yg mampu menyelamatkan UMNO?

Rakan saya kata Najib… saya katakan Najib juga akn ditolak oleh kaum2 lain kerana kes rasuahnya membuatkan Malaysia terkenal seantero dunia. Saya beritahu Anwar Ibrahim… lalu rakan tadi terkejut.

Saya beritahu sebenarnya sudah dua kali Anwar menyelamatkan UMNO. Pertama ketika era 2018 apabila UMNO khabarnya mahu diharamkan tetapi Anwar campurtangan.

Kedua bila Anwar setuju utk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO/BN. Peluang yg ada adalah kesempatan utk UMNO memulihkan partinya. Jika UMNO tanpa kuasa mereka lebih mudah tenggelam kpd dua kuasa parti terbesar iaitu PH dan PN.

Bila pertama kali Anwar memasuki Bangunan UMNO ia umpama seperti sirih pulang ke gangang. Perlu diingat Anwar bukan keluar UMNO tetapi dia disingkirkan oleh Mahathir dari UMNO. Tentu ada pelbagai perasaan Anwar ketika menjejak kaki ke sana selepas lebih 20 tahun.

Mengapa Anwar ? ….sebab beliau dilihat pemimpin yg disenangi oleh bangsa Melayu dan bukan Melayu. Demografi kaum tidak mungkin seorang Perdana Menteri ia hanya disenangi oleh satu kaum sahaja.

Aura Anwar juga dilihat pemimpin UMNO sendiri terikut rentaknya dgn memperbanyakkan aktiviti2 agama. Zahid Hamidi kini penuh dgn aktiviti agama seperti PMX… sindir kawan saya, Zahid sudah dpt hidayah utk bertaubat.

Saya kata itulah pentingnya pemimpin yg berintergriti. A leader most important role is to set the culture of their organization. Tapi jika leader makan rasuah, bersikap ditaktor maka yg di bawah2nya akan mengikut dgn rentak yg sama.

Untuk pulihkan UMNO ia perlukan pemimpin yg bersih rasuah atau yg kuat melawan rasuah kerana UMNO itu dibenci oleh semua kaum kerana rasuahnya. Kedua perkaumannya… jika UMNO dpt pemimpin yg disayangi oleh kaum bukan Melayu sekaligus BN akn kembali kuat.

Malah dpt dilihat kemesraan Anwar bersama Zahid Hamidi, Dr Zambry, Ahmad Maslan, Sharani hingga saya lupa Anwar itu Presiden PKR bukan UMNO. Malah KJ dan Shahril mantan UMNO juga memuji pentadbiran Anwar.

Haaa.. ia sekadar jawapan kpd rakan apakah formula terbaik utk UMNO pulih. Ia jawapan yg tidak masuk akal berlaku tetapi politik apa2 boleh berlaku. Sekadar berkongsi cerita dgn kawan2.

 

Najib patut kekal dalam penjara! Berhenti menggunakan proses pengampunan secara semberono

 

Pengampunan untuk Najib akan menghakis keyakinan terhadap proses kehakiman dan mempersendakan urusan keadilan di Malaysia

12 Apr 2023



Convict Najib must remain in prision - THE STAR

Umno nampaknya tergesa-gesa untuk mendesak pengampunan awal bagi penjenayah, Najib Razak menggunakan hanya satu perbezaan pendapat di dalam keputusan bersalah oleh 13 hakim lain di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta dalam dua panel Mahkamah Persekutuan.

Kami bimbang dengan perkembangan semasa yang kelihatan seperti kempen bersepadu dalam memanipulasi fakta dan maklumat yang salah tentang bagaimana sistem pentadbiran keadilan berfungsi serta percubaannya dalam menjejaskan kemuktamadan proses di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Pertama sekali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak sepatutnya terlibat di dalam menyiasat hakim Mahkamah Tinggi, Nazlan Ghazali, atas dakwaan percanggahan kepentingan.

Menteri undang-undang, Azalina Othman Said, perlu menjelaskan keadaan. Peguam Najib telah menegaskan bahawa dalam jawapannya pada 20 Mac yang lalu kepada peguam utama Najib, Shafee Abdullah, Azalina telah menyatakan bahawa “jawapan kepada soalan (yang telah diujarkan) adalah afirmatif”.

Shafee telah mengemukakan tiga soalan dalam suratnya pada 15 Mac, termasuklah sama ada Hakim Nazlan mempunyai percanggahan kepentingan.

Namun, sebarang siasatan terhadap hakim yang telah mensabitkan Najib sepatutnya diserahkan kepada badan kehakiman, yang mempunyai prosedur serta Kod Etika Hakim sendiri.

Pada 24 Februari semua tujuh hakim dalam panel Mahkamah Persekutuan, yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, memutuskan bahawa siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan telah mengabaikan kebebasan dan protokol kehakiman.

Ini jelas menunjukkan bahawa SPRM telah melampaui bidang kuasanya. Sungguh ironis apabila SPRM berpendapat mereka wajar untuk terlibat di dalam hal ini apabila ketuanya sendiri, Azam Baki, masih terperangkap dalam kontroversi yang tidak dapat diselesaikan berhubung pembelian sahamnya. Kontroversi ini sangat mencemarkan nama baik SPRM.

Umno tidak seharusnya memintas dan membuat pengampunan sekarang dengan mendapatkan temu janji dengan Agong. Perkara itu harus diserahkan kepada Lembaga Pengampunan dan harus mengikut laluan biasa dan bukannya jalan pintas.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim harus menarik diri daripada sebarang keterlibatan di dalam Lembaga Pengampunan, kerana beliau sendiri boleh berada dalam keadaan percanggahan kepentingan.

Banyak selok-belok dan putar-belit yang berlaku secara tertutup selepas pilihan raya umum November lalu. Ramai yang mengatakan wujud kemungkinan bahawa Anwar mungkin telah ditekan untuk menggunakan pengaruhnya dalam memohon pengampunan bagi bekas presiden Umno Najib itu sebagai balasan kepada kerjasama Umno dalam “kerajaan perpaduan” Anwar. Kami berharap bukan itulah yang berlaku, namun begitulah tanggapan yang wujud di luar sana di kalangan sesetengah pihak.

Kami perhatikan bahawa pendapat umum sangat menolak pengampunan terhadap Najib, dengan kira-kira 140,000 sudah pun menandatangani petisyen menentang pengampunan itu [bagi menandatangani petisyen] di mana hanya kurang dari 10% daripada yang menandatangani itu menyokong, dalam sebuah petisyen lain.

Kami menggesa semua pihak untuk berhenti memberikan tekanan bagi Najib untuk dibebaskan awal, yang akan mengakibatkan kemudaratan yang tidak terkira kepada imej antarabangsa Malaysia serta keyakinan pelabur.

Ingat, ini adalah sebahagian daripada skandal kewangan terbesar di dunia. Ia sangat mencemarkan imej negara dan membebankan negara dengan hutang yang sangat besar – wang itu patut boleh digunakan untuk meringankan penderitaan berjuta-juta rakyat biasa.

Pengampunan untuk Najib akan menghakis keyakinan terhadap proses kehakiman, menjejaskan kedaulatan undang-undang dan mempersendakan pentadbiran keadilan di Malaysia.

Ia bukan sahaja akan menjadi duluan (precedent) yang berbahaya, ia juga akan mempunyai kesan serius terhadap bagaimana undang-undang itu dilihat.

Ia akan memberi tanggapan bahawa jenayah kolar putih yang serius – yang walaupun melalui proses yang ketat oleh sistem perundangan Malaysia, melibatkan tempoh perbicaraan yang bertahun lamanya serta melibatkan sumber negara yang besar – boleh diampunkan dengan mudah, hanya kerana status ‘kayangan’ seseorang penjenayah itu.

Ia akan menjadi sebuah kemenangan dalam percubaan memanipulasi serta pengolahan maklumat salah yang cuba menjejaskan keyakinan terhadap badan kehakiman.

Ia juga akan menghancurkan imej pentadbiran Anwar sebagai kerajaan reformis yang telah meletakkan sasaran bagi meningkatkan tadbir urus yang baik serta membaiki kerosakan besar yang berlaku pada masa lalu.

Diharapkan keadilan dan kebijaksanaan akan berlaku.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
9 April 2023


MAHFUZ KATA SANUSI TAK BERTANGGUNGJAWAB KERANA DIA TIADA BUKTI


 

WAHAI HADI...LEN KALI PI LA MASUK DEWAN TANYA ANWAR- HANG TAKUT APA NGAN DIA.



 

SANUSI.. AWAK KATE PADE SIAPE. ? BUKAN AWAK KAH YANG SELALU MENIPU RAKYAT KEDAH- JOM KITA LIHAT FAKTE.


 

LAGI PEMBODOHAN OLEH MENTERI KOMUNIKASI- APA PUNYA BODO PI LANTIK PENGARAH ESEKUTIF NI DI KEMENTERIAN.

 

FB ABANG MI TOK PERAK


Daulah Terpendam (deep state) akan bangkit semula untuk menjatuhkan kerajaan apabila watak2 busuk hati seperti ini diberikan jawatan penting dalam sistem pentadbiran kerajaan. Patutlah individu yang bertentangan dengan inspirasi Kerajaan Perpaduan masih diundang untuk menyebarkan pemikiran dan pendapat mereka di media arus perdana...


Fazal Rahman.


Adakah ia individu yg sama??? 

Sejauh mana maklumat yg tular di Whatsapp ini sahih??


Andainya beliau individu yg sama. Just wow! Wow! Luar biasa hebat Pengarah Komunikasi ni. 


What a colourful & wonderful CV!👏👏📏📏🥰🥰






SEMUA INI HANYA MEMBERI GAMBARAN BURUK KEPADA JABATAN PEGUAM NEGARA, KATA BEKAS AG

 

Seorang bekas peguam negara berkata, siasatan lanjut yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes jenayah Ahmad Zahid Hamidi memberikan gambaran buruk pada peguam negara semasa, Idrus Harun.

Abu Talib Othman berkata, pihak pendakwaan telah pun membuktikan kesnya terhadap Zahid tahun lepas selepas presiden Umno itu diperintahkan membela diri atas semua tuduhan yang dihadapinya.

“Kes prima facie wujud kerana pihak pendakwaan telah membuktikan unsur dalam semua tuduhan,” katanya.

“Apa lagi yang perlu disiasat lebih lanjut? Melainkan ada sebab lain yang hanya boleh menjadi spekulasi. Pada pandangan saya, ini memberikan gambaran buruk pada peguam negara semasa.”

Abu Talib, yang menjadi peguam negara dari 1980 hingga 1993, berkata demikian selepas perbicaraan Zahid ditangguhkan berikutan representasi yang dibuat oleh pihak pembelaan awal tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah pada Isnin bahawa representasi itu hanya boleh disemak oleh peguam negara selepas SPRM menyelesaikan siasatan.

Peguam Zahid telah menghantar dua set representasi kepada pihak pendakwaan untuk pertimbangan; yang pertama pada Januari, diikuti satu lagi pada Februari.

Malik berkata, representasi itu setebal kira-kira 200 muka surat dan pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menelitinya kerana ia membangkitkan isu yang rumit.

Sequerah membenarkan perbicaraan ditangguhkan selepas Malik berkata beliau diarahkan oleh Idrus supaya tidak membantah permintaan itu.

Abu Talib berkata, unsur representasi bukanlah alasan yang baik untuk menangguhkan kes kerana keadilan dalam perbicaraan jenayah adalah untuk kedua-dua tertuduh dan orang awam.

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, peguam negara mempunyai budi bicara mutlak untuk menarik balik kes itu, (jika gagal) beliau harus meneruskan (perbicaraan) kerana semua keterangan telah dikemukakan di mahkamah apabila pembelaan dipanggil,” katanya.

Beliau juga berkata, pentadbiran keadilan sewajarnya tidak harus dihalang oleh penangguhan.

Sementara itu, peguam, Syed Iskandar Syed Jaafar berkata, Zahid hanya perlu menyanggah dan menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan untuk mendapatkan pembebasan.

“Sebarang siasatan lanjut oleh SPRM selepas pembelaan dipanggil tidak bermakna,” katanya.

Tambahnya, Idrus, sebagai penjaga kepentingan awam, mesti bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih apabila menjalankan tugasnya.

Perbicaraan ditetapkan sementara untuk disambung semula pada 1 hingga 3 Ogos, 7 hingga 10 Ogos, dan antara 21 dan 24 Ogos.

Pendengaran lanjut juga ditetapkan pada September hingga Disember.

Pada 2 Nov tahun lepas, hakim menangguhkan kes kepada 16 Jan sementara menunggu keputusan rayuan Zahid kepada Mahkamah Rayuan berhubung permohonannya mendapatkan keterangan saksi yang dirakam oleh SPRM.

Bagaimanapun, Zahid tidak meneruskan rayuan itu.

Tidak dimaklumkan di mahkamah terbuka mengapa perbicaraan yang dijadualkan pada 16 Jan itu ditangguhkan.

Pihak pembelaan telah memanggil enam saksi setakat ini.

Zahid didakwa atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, serta menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018.

Dua belas daripada tuduhan itu berkait pecah amanah, manakala lapan untuk rasuah dan baki 27 lagi membabitkan pengubahan wang haram.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com




PELAJAR DAN ANAK MUDA TERUJA SAMBUT PM 10


 

ISLAM TAK HIDUP DENGAN USAHA PAS . KALAU NAK KUASA SEMUA PARTI NAK KUASA.


 

SANUSI- AYAQ TAK DAK PULAK DAH- LAGU RAKYAT KEDAH KENA CINGGG


 

SANUSI - KAMI GANG BUAT BENDANG , MENOREH , NELAYAN DOK TUNGGU JUGA KERAJAAN NEGERI NAK BAGI APA KE KAMI- SEMBANG SANA SINI APA PUN TAKDAK.


 

JEBAT DERHAKA : PAS NAK PERJUANG APA ? - PAS PERNAH JILAT UMNO PAS JUGA PERNAH JOIN DAP..PERJUANGAN MEREKA HANYA UNTUK BODOHKAN MELAYU DAN HASAT DENGKI

 


TIADA BUKTI : SANUSI MENJATUHKAN REPUTASI BELIAU MENGENAI DAKWAAN CUBAAN SINGKIRKAN BELIAU DARI MAJLIS KEWANGAN NEGARA


 

KENAPA DIGEMBAR GEMBURKAN ISU KWSP ? SEBABNYA PN MAHU TUTUP KELEMAHAN MEREKA DAN ISU RASUAH YANG SEDANG MEREKA HADAPI


 

PANDANGAN DARI SEORANG YANG TELAH NYANYUK




Tun M kata, Hj Hadi lebih layak dan sangat layak jadi PM dan lebih baik dari Anwar... itu kata2 dari orang yg akalnya letak dilutut.

Kalau betullah apa yang Tun M kata, saya fikir negara akan lebih jahanam...

SEBAB...

1. Jadi Duta tak buat apa2... Makan gaji buta!

2. Lain disoal lain akan dijawab!

3. Selalu ponteng untuk ke Parlimen!

APA PANDANGAN DAN PENDAPAT ANDA...???