"USTAZ PERLU TAULIAH, BUKAN MUSLIM TIDAK PERLU TAULIAH"- TANYALAH LEBAI AJK MASJID TU.







BENGGALI TU MASUK MASJID BUKAN NAK MAKI HAMUN ATAU KEMPEN PILIHANRAYA. SIKH TU MASUK NAK AJAR AGAR BERHENTI MEROKOK .WALAUN KAN BANYAK MEROKOK . HARAM MEROKOK NI.


ADRIAN LIM CHEE AN


Itu antara kekecohan yang dicetuskan oleh sesetengah pihak selepas tersebar video dari Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur, di mana seorang doktor beragama Sikh dijemput memberi "kuliah" berkenaan cara-cara berhenti merokok.

Ada yang mengatakan tidak ada salah kerana doktor itu bukannya memberi ceramah agama, sebaliknya memberi ceramah kesihatan dan di zaman kegemilangan Islam, masjid juga pernah dijadikan istana ilmu.

Malangnya ada juga yang menjadikannya modal untuk mempertikai kerajaan.

Apa pun modal pertikaian yang ingin dibangkitkan, lebih molek pertikaian tersebut diajukan kepada Encik Fauzi Abu Bakar.

Encik Fauzi merupakan antara AJK masjid berkenaan.

Secara kebetulan, AJK masjid berkenaan yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan juga merupakan YDP PAS kawasan Lembah Pantai.

Yang paling kebetulan, AJK masjid berkenaan telah bertanding sebagai calon Perikatan Nasional di kawasan Parlimen Lembah Pantai dalam PRU ke-15.