BENGGALI TU MASUK MASJID BUKAN NAK MAKI HAMUN ATAU KEMPEN PILIHANRAYA. SIKH TU MASUK NAK AJAR AGAR BERHENTI MEROKOK .WALAUN KAN BANYAK MEROKOK . HARAM MEROKOK NI.
ADRIAN LIM CHEE AN
Itu antara kekecohan yang dicetuskan oleh sesetengah pihak
selepas tersebar video dari Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala
Lumpur, di mana seorang doktor beragama Sikh dijemput memberi
"kuliah" berkenaan cara-cara berhenti merokok.
Ada yang mengatakan tidak ada salah kerana doktor itu bukannya
memberi ceramah agama, sebaliknya memberi ceramah kesihatan dan di zaman
kegemilangan Islam, masjid juga pernah dijadikan istana ilmu.
Malangnya ada juga yang menjadikannya modal untuk mempertikai
kerajaan.
Apa pun modal pertikaian yang ingin dibangkitkan, lebih molek
pertikaian tersebut diajukan kepada Encik Fauzi Abu Bakar.
Encik Fauzi merupakan antara AJK masjid berkenaan.
Secara kebetulan, AJK masjid berkenaan yang berasal dari Pasir
Mas, Kelantan juga merupakan YDP PAS kawasan Lembah Pantai.
Yang paling kebetulan, AJK masjid berkenaan telah bertanding
sebagai calon Perikatan Nasional di kawasan Parlimen Lembah Pantai dalam PRU
ke-15.