KALI NI UNDI SUARA
Belanjawan diluluskan dengan undi suara. Tiada undi belah bahagi. Pembangkang pun tak lawan. Aku rasa sebab masanya tak sesuai.
Mungkin pengundian dibuat masa pembangkang tengah sibuk beli juadah berbuka. Atau kalau tak pun, masing-masing tengah tahan gastrik.
Nak mengundi macamana? Tengah tak larat boh. Guane boh?
Raja Gelap
PULAK ...ORANG KEDAH KATA KALAU LETAK SANUSI TU BIASA BIASA SAJA..
Aik? Hari tu kata dah ada calon. Ni belum tentu pula dari PAS atau Bersatu. Sekali tengok MB Selangor dari Gerakan pulak. Bukan boleh percaya puak ni.
Dorang ni takde wasap group ke? Bincang la dulu kalau nak keluar statement. Ini main sembang ikut dan je. Sian walaun pening nak percaya yang mana.
Tapi aku tak pelik pun. PAS dan Bersatu, dua-dua tu tamak. Siapa nak beralah. Bersatu dah lepaskan 3 negeri ke PAS. Mesti yang ini dia nak.
Tapi PAS nak beri ke? Negeri kaya tu woi! Perintah negeri miskin pun boleh pakai kereta mewah. Apa lagi dapat negeri kaya. Boleh pakai jet peribadi woo.
Perbalahan akan berterusan. Tapi mungkin Bersatu akan dapat sebab Hadi akan tunduk patuh kepada Mahiaddin. Cuma lebai Selangor tak puas hati. Kita tengoklah apa terjadi nanti. Hahaha... Guane boh?
Raja Gelap
.
KEH..KEH..KETUA KO MONTENG MEMANJANG TAK KOMEN KA....
Tak sudah tunjuk bodoh. Kesian kat MP PN. Nak sindir DS Anwar konon, tak pandai urus masa. DS Anwar baru balik luar negara pun sempat masuk dewan. Walaupun beliau Number 1, tetap berlari nak kejar masa. Tak berlagak boss.
Ko sepatutnya malu dengan perangai ketua ko yang mengaku ulama, tapi kerjanya ponteng je. Lari dari tanggungjawab. Jadi duta khas tapi memerap dekat kampung sendiri. Sudahlah begitu, sidang parlimen pun jarang-jarang nampak bayang
Tapi ada bagusnya dia buat posting begini. Orang atas pagar boleh nampak dan makin meluat dengan perangai jelik PAS. Alhamdulillah. Dia musnahkan partinya sendiri. Guane boh?
Raja Gelap
.
Anak Mahathir Beli Syarikat Bernilai RM248 Juta Diusia 33 Tahun
Mykmu.net
Anak Mahathir Beli Syarikat Bernilai RM248 Juta Diusia 33 Tahun
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kembali membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa anak-anaknya tidak pernah menjalankan perniagaan sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
Najib melalui laman Facebook sebentar tadi berkata pada tahun 1992 ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, anaknya Datuk Seri Mirzan Mahathir telah membeli sebuah syarikat milik kerajaan dengan harga sebanyak RM248 juta.
“Pada tahun 1992, Mirzan cuma berusia 33 tahun. Dia beli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad dengan harga RM248 juta iaitu antara syarikat perkapalan terbesar dalam negara (pada) masa itu.
“Perbadanan Nasional merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia (dan) pemegang saham utama Perbadanan Nasional ketika itu adalah Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Bank Bumiputera Malaysia.
Mahathir Bapa Curi Ayam Negara, Kata Isham Jalil
Permintaan Mahathir Nak Jadi PM Sekali Lagi Mencurigakan – Anwar
Dr Mahathir Hantar Gopal Ram Jumpa Saya, Sudah Atur Rancangan Kenakan Najib – Bekas AG
“Mirzan umur 33 tahun beli PNSL Bhd dari syarikat milik penuh kerajaan dengan harga RM248 juta itu maksudnya tak niaga dalam Malaysia dan tak berurusan dengan kerajaan masa dia PM ke?
“Syarikat perkapalan utama milik kerajaan pun bertukar menjadi syarikat milik anak PM pada masa dia masih PM,” ujar Najib.
Najib kemudiannya berkata syarikat tersebut kemudiannya dijual pula (bail out) kepada sebuah syarikat milik kerajaan ketika negara mengalami krisis mata wang.
“Dari mana dia dapat atau dari siapa dia pinjam RM248 juta untuk beli masa dia umur 33 tahun?
“Lepas itu dijual pulak kepada MISC dengan harga US$220 juta pada tahun 1998 (melebihi RM1 bilion selepas matawang kita menjunam teruk ketika itu).
“MISC Berhad itu milik Petronas. Petronas milik siapa? Itupun dikatakan lagi anak PM7 tak niaga dalam Malaysia dan tak berurusan dengan kerajaan masa dia PM ke? soal Najib lagi.
Mahathir sebelum ini berulang kali menegaskan anak-anaknya tidak pernah berniaga atau mendapat sebarang projek dari kerajaan.
Menurut Mahathir anak-anaknya hanya memulakan perniagaan setelah dirinya meletakan semua jawatan di dalam kerajaan.
Bagaimanapun menurut Najib, kesemua jawapan yang diberikan beliau itu telah dipadamkan oleh pengendali laman Facebook Mahathir.
“Tohmahan apa? Hari itu, PM7 sendiri yang kata dia tak pernah membenarkan anak-anak dia berniaga dalam Malaysia semasa dia PM.
“Lalu dia suruh saya beri bukti bahawa anak-anak dia pernah berurusan dengan kerajaan semasa dia PM.
“Saya pun beri bukti tetapi page FB PM4/7 asyik padam jawapan saya dan ribuan komen netizens yang bertanya,” jelasnya lagi.
Sehingga kini Mahathir masih berdiam diri berhubung pendedahan yang dibuat oleh Najib itu.
MELAYU PEMALAS- SIAPA KATA ? MAHATHIR YANG KATA- YANG TU KENA BUAT KAJIAN DI KAWASAN FELDA.
AKU LAH JUARA MELAYU- AKU CAKAP MELAYU AKAN MUDAH LUPA.
Aku masih ingat, masa 22 bulan tu, ada seorang tua tu cakap orang
Melayu pemalas. Kenyataan yang timbulkan polemik.
DS Anwar tenangkan keadaan kata orang Melayu tak pemalas. Malah
orang Melayu perlu dibantu.
Hari ini seorang tua yang kata Melayu pemalas tu kata dia nak
bela orang Melayu dan DS Anwar tak pentingkan orang Melayu.
Dia begitu jelas menipu. Malangnya ada segelintir Melayu yang
rela ditipu. Masih nak makan ayat yang dia hamburkan.
Kita makhluk yang pandai berfikir, pasti akan kenal siapa yang
jujur dan siapa yang cuma nak mainkan sentimen. Guane boh?
KAJIAN PARA WARTAWAN MEMANG SAH MEREKA INI JENIS PENAKUT BERDEPAN
Tepat sekali tajuk berita BHOnline ni. Tapi bagusnya dibuang
perkataan 'mungkinkah' dan tanda soal tu. Tulis je tajuknya PEMIMPIN
PEMBANGKANG TAK DATANG PARLIMEN KERANA TAKUT.
Sebab memang dorang takut pun. Semuanya jenis berani cerita luar
dewan je. Bersuara dalam dewan pun bila DS Anwar tak ada je. Kalau DS Anwar
ada, bayang dorang pun hilang.
Selalunya pemimpin kerajaan yang takut kepada pembangkang.
Sebagaimana Mahiaddin dulu takut sampai isytihar darurat sebab tak berani
berjumpa pembangkang dalam dewan.
Ingatkan masa jadi kerajaan je penakut. Rupanya dah jadi
pembangkang pun penakut juga. Nak jadi apa? Malang nasib walaun bila Bersatu
dan PAS diketuai oleh dua orang pengecut!
Kelakar politik Malaysia. Pihak yang nak ditanya tak takut apa
pun. Tapi yang diharap tanya soalan pula yang lari mencicit tak cukup tanah.
Cakap dekat luar kemain berdegar. Emang dasarrr! Guane boh?
MAHATHIR MASIH TERPERANGKAP DENGAN DUNIA LAMANYA- PADA HAL BELIAU TAK LAKU SEDUIT PUN MASA INI.
Mahathir yang masih terperangkap dalam minda semalam...
Zaman dia dulu memang la MP boleh lompat parti sesuka hati.
Sebab tu masa dia jadi PM 22 bulan, ramai MP UMNO yang jadi katak lompat ke
Bersatu.
Tapi sekarang dah berbeza. Pertama ada akta anti lompat parti.
Siapa lompat, hilang kerusi. Dan yang kedua, ada MoU antara parti dalam
Kerajaan.
Mana-mana ahli parlimen yang mengundi berlawan dengan arahan
parti, yang mana pengundian itu beri kesan kepada keabsahan kerajaan, akan
dikira telah mengosongkan kerusi mereka.
Adakah Mahathir masih pakai Nokia 3310 hingga tak dikemaskini
dengan perkembangan semasa?
Nampaknya Mahathir dalam ketakutan sekarang ini. Sebolehnya dia
hendak jatuhkan DS Anwar, buatkan aku yakin ada rahsianya yang bakal
terbongkar.
Kita tunggu sajalah. Rasanya dah tak lama sangat sebelum rahsia
itu terbongkar. Sebab tu meroyan dia teruk sangat sekarang ni. Guane boh?
KENAPA HARGA MAKANAN MAHAL
GINO MARVELA
Hal Mahathir saman Anwar tu kita isukan kemudian. Hari ini nak
berbual kenapa harga barangan mahal, jualan bazar mahal. Apakah tiada tindakan
dr kerajaan ? Dan kesusahan rakyat yg berniaga tepi jalan.
Kami mmg kerap di lapangan, banyak negeri di kunjungi. Dan mmg
akan lihat masalah di bawah. Sambil lihat bawah, ya...dh tentu kami juga perlu
cari makan,perlu ada sumber kewangan juga.
Kadangkala harga barangan jualan, tidaklah terlalu mahal
berbanding dgn keadaan Muhyiddin Yasin jadi PM. Harga minyak masak ketika itu
cecah RM55 utk 5liter minyak masak. Harga ayam cecah RM13.80/kg. Kini harga
ayam terkawal pd bawah RM9.8/kg dan minyak masak puratanya antara RM25-28/5
liter.
Tapi kenapa bulan Ramadhan ni harga mahal ?
Pertamanya harga tapak itu yg mahal. Paling murah RM5000, dan
paling mahal RM28,000/khemah.
Keduanya, peniaga ikut tren letak harga...dahulu RM1 dapat 3
ketul kuih, kemudian RM2 dapat 5ketul. Naik RM3 tapi dapat 4 ketul kuih.
Ketiga, perangai org yg tak pernah berniaga...tapi bila Ramadan
saja mcm dialah dh berniaga puluh tahun. Dapatlah murtabak spesial RM20 dan
murtabak cheese RM25. Karipap intinya angin, roti john harga RM10 tp hitam
rentung, ayam goreng 3 hari di gorengnya kembali & jual.
Hingga kain tuala lap meja pun di gorengnya sekali!
Permainan harga mewah bagi khemah bazar & sikap peniaga yg
gila nak untung besar itu yg jadi punca harga makanan bazar terlalu mahal.
Harga barang basah, tidaklah terlalu mahal sgt seperti yg di perkatakan. Kita
masih lg dpt kawalan harga ayam, tepung, gula, minyak.
Masaalahnya, nak serapkan harga khemah terlalu mahal...rakyat
B40 yg berniaga terpaksa letak harga T20 utk di jual ke warga B40 balik. Ini yg
meresahkan!
Ayam mentah yg di jual di pasar kadangkala harga RM11.50/kg jauh
dr pasaran. Kalau jualan di kampung2, ada yg naik RM12.5/kg. Bila di tanya
kenapa mahal, bekalan ayam mentah dapat mahal...jadi tak buleh letak ikut harga
siling kerajaan tetapkan. Di sinilah masalah itu berlaku.
Ada peniaga resah katanya barang basah daging dia mahal, maka
perlu jual satay daging RM1.30-1.50/cucuk & tiada sambutan. Mengeluh mcm
rumah nak runtuh.
Bila di siasat, rupanya dia pi guna satay batang pinang. Dan
daging segar di pasar pun mahal. Jadi kena jual mahal. Kemudian daging yg di
cucuk kecil2 ada 4 ruas. Macam mana pelanggan nak beli, satay pun kecil...harga
yahadi betul!
Gunalah daging kotak, murah sikit. Di tolak mentah2 idea guna
daging kotak, katanya tiada kualiti, banyak lemak & keras.
Kami sendiri yg beri idea, geleng kepala
.
Inilah dia yg berniaga setahun sekali. Tak tahu teknik, hati berkobar nak
niaga. Macam mana nk org beli, harga satay mahal...guna gred bahan yg mahal...
kemudian kata semua harga barang tinggi & kerajaan tak pantau.
Nak jual satay tp harga murah, guna ja daging kotak. Kalian ni
berniaga tepi jalan bawah payung, bukan standard T20 tp jual B40. Potong besar
sikit, perapkan daging yg dh siap cucuk dgn gula & bahan2 lain. Lemak tu
jgn di buang, cucukkan sekali pd satay. Jadi satu cucuk tu nampak banyak &
besar. Bila bakar, lemak yg di cucuk itu keluar minyak dan aroma. Harga jgn T20
sangat, ini jualan utk rakyat bawah. Teknik perap tak betul & salah, dh
tentu daging tu liat.
Bagi yg tak suka makan lemak tu, dia buleh buang ja...tak jadi
masalah pun. Tarikan ramai, tengok cucuk satay tu banyak dan harga bawah RM1.
KENAPA HARGA MASIH MAHAL
GINO MARVELA
Tadi kita cakap pasal satay. Bagaimana pula dgn kuih yg guna
tepung. Tepung tu tidaklah terlalu mahal sgt. Nak guna tepung pun, ambik gred
biasa yg murah ja. Dek kerana terlampau kedekut tapi nak memaksimakan jualan,
akhirnya kuih tak habis.
Kami pernah berbual dgn penebar roti canai. Katanya, kos bersih
hasil sekeping roti canai yg di jual RM1 itu...bersihnya 40-50sen bg roti
kosong. Katanya, roti canai ini menu dia 95% hanya tepung ja. Kalau naik RM1.30
sekeping pun campur telur sebiji masih lg murah. Tapi katanya usahlah beli
tepung gred mahal, ada tepung yg murah juga dan di cadangkan beli pukal.
Katanya lg, kalau nk naikkan harga biarlah berpada. Harga
makanan ini kalau di jual tak kiralah kuih apapun masih untung. Mana ada jual
makanan tp rugi, cuma katanya ramai penjual naikkan harga bukan di sebabkan
barang basah tp perlu serapkan harga tapak khemah yg mahal.
Kejujuran peniaga itu juga sering jadi masaalah. Masakan tidak,
murtabak hangus yg di gorengnya pun di jual dgn cara bungkus terlebih dahulu.
Roti john jual RM10, tapi daging yg kuantiti terlalu sikit.
Buat makluman, kita akan hadapi lambakan telur ayam sedikit masa
nanti. Permainan player reban ayam yg sorok telur utk teknik naikkan harga.
Kenapa ada lambakan ? Kerna kita tampung kekurangan telur tempatan dgn import
dr luar.
Bukan masalah panas, bukan masalah ayam x makan sebab panas. Tp
masalah dr permainan player industri. Apatah lg setiap ekor ayam yg di jual
oleh industri penternakan besar, 20 sen/ekor di bayar oleh kerajaan (subsidi).
Subsidi depa ambik, harga tetap di naikkan. Utk jadi tidak terkawal, kerajaan
letakkan harga kawalan siling/lantai.
Kami pernah makan di Melaka, org kanan GM bawa. Kedai depan
Melaka Central, bawah pokok tepi jambatan. Lupa nama tempat tu. Tahu apa yg GM
ambik ?
Ayam 1 ketul, ikan keli goreng, sayur goreng, tempe + tea ais.
Tahu berapa harga di pinggan ? RM 5. Makan 4 orang, bayar tak sampai pun RM20.
Murah, dan jauh sebelum menu rahmah lg. Rupanya ada teknik, nasi
guna beras yg paling murah. Kobis dan sayur ambik terus dr ladang. Ikan keli,
pelihara kolam sendiri. Nasi yg tak habis atau lebihan makanan pelanggan tak
habis, di basuh dan beri ayam ikan makan balik.
Apa masalah Malaysia sekarang!
Malaysia beralih dari pertanian - pembangunan - perdagangan -
pengswastaan. Kesan yg kita alami kini ialah terlampau orientasikan kpd
pengswastaan dan pengswastaan itu hanya berkumpul kpd kroni2 tertentu dan
lahirlah industri rasuah yg kritikal sekarang.
Apabila tahap pengeluaraan makanan kita merosot, kini Malaysia
terpaksa ambil inisiatif wujudkan lebih banyak lapangan pertanian &
makanan.
Inisiatif sdra Rafizi wujudkan guna semula tanah kerajaan,
bantuan infra dan guna tenaga dgn penyertaan rakyat bawahan, mesen vending
rahmah, jualan kananan rahmah di perluas dll.
Pendekatan ini nak jaga perut rakyat dan beri lebihan pendapatan
buat rakyat. Pengeluaran makanan Malaysia bertambah, rakyat juga kembali kpd
perniagaan bg mengurangkan miskin tegar. Ini yg sedang berlaku.
GM ni bukan nak backup kerajaan. Penelitian ini kami berada di
bawah sana. Betul ada kesan pro & kontra. Sebagaimana rakyat terdahulu
alami kesan peralihan zaman pertanian ke industri, kini rakyat zaman baru alami
kesan pengswastaan yg harga tinggi beralih semula ke pertanian mencukupkan sektor
makanan negara.
Inisiatif pendapatan rakyat dan dasar2 kita bincangkan nanti
Bersambung...
Anwar Ibrahim: 100 Hari | Buletin FM Eksklusif
RENTASAN 1340 | GEMPAR!! AKHIRNYA MAHIADDIN YASIN BERDEPAN TINDAKAN UNDA...
SIAPA PEMILIK SAHAM PUSPAKOM DAN KETAHUI APA DIA KRONI DAN MONOPOLI
GINO MARVELA
Sedikit maklumat buat kalian nak tahu apa itu kroni, apa
maksudnya monopoli. Kalau dia tak jadi PM, maka org Melayu katanya jd miskin.
Tapi lupa, dia hanya jaga kroni Melayu bawah tangan dia ja.
Hat rakyat Melayu bawahan yg lain di perguna palu gendang utk
kekalkan survival politiknya ja.
Puspakom 100% milik DRB-Hicom.
55.9% DRB-Hicom milik Etika Abadi Sdn Bhd.
90% Etika Abadi Sdn Bhd milik Syed Mokhtar Albukhrary.
Sykt2 bawah DRB-Hicom
1. PROTON Holdings Berhad - Major shareholder of Proton
2. DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd - defence vehicles
3. Automotive Corporation Malaysia Sdn Bhd (ACM) - Authorised
dealer for Isuzu Malaysia Sdn Bhd
4. USF-HICOM (Malaysia) Sdn Bhd - Distributor for Mahindra and
Can-AM
5. DRB-HICOM Auto Solutions Sdn Bhd
6. HICOM Diecastings Sdn Bhd- Casting & Machining
7. Scott & English Malaysia Sdn Bhd
8. POS Malaysia
9. DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (dahulu dikenali
sebagai International College of Automotive Malaysia) (ICAM) - Kolej Automotif
10. DRB-HICOM Environmental Services Sdn Bhd
11. Glenmarie Cove Development Sdn Bhd
12. Comtrac Sdn Bhd
13. Bank Muamalat Malaysia
14. Proton Edar Sdn Bhd - wholly owned subsidiary of PROTON
Holdings Bhd
15. Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) equity of 81%
- Motorcycle Manufacture and related components
16. Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS)- Distribution of MODENAS
motorcycle
Edaran Otomobil Nasional Bhd- equity of 79.05%
17. EON Automart Sdn Bhd - Authorised dealer for Mitsubishi
Motors Malaysia Sdn Bhd
18. Euromobil Sdn Bhd - wholly owned subsidiary of EON Bhd -
importer and distributor of Audi
19. HICOM AUTO Sdn Bhd - Direct subsidiary of EON Bhd - Authorised
dealer for Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd
20. Honda (Malaysia) Sdn Bhd - equity of 34%
21. Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd - equity of 48%, EON Bhd
22. Isuzu HICOM Malaysia - Assembly of lights/heavy duty trucks,
bus and passenger cars - equity of 49%
23. Isuzu Malaysia Sdn Bhd - equity of 49%
24. Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd - equity of 40%
25. Suzuki Motorcycle Malaysia Sdn Bhd - Motorcycle Engines
& Components
26. HICOM-HONDA Manufacturing Malaysia Sdn Bhd - equity of 48% -
27. HICOM-TECK SEE Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd - equity of
51% - Manufacturer of automotive plastics components
28. HICOM-YAMAHA Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd - equity of
48% - Manufacturer of YAMAHA motorcycle engines and components, incorporated
1983
29. HICOM-Potenza Sport Cars Sdn Bhd - direct subsidiary of
PROTON
30. Oriental Summit Industries Sdn Bhd - equity 70% - Metal
Stamping
31. PHN Industry Sdn Bhd - Metal Stamping
32. Uniasia General Insurance - Strategic partnership with
United Overseas Bank Group
33. Alam Flora Sdn Bhd - 97.37%
34. Konsortium Logistik Berhad - Logistics, Warehousing,
Distribution, Automotive, Freight Forwarding & Haulage Services - 61.6%
35. Pos Aviation (Inflight Catering, Cargo & Logistic
service (Fomerly knows as KL Airport Service SDN.BHD)
36. HICOM-Chevrolet Sdn Bhd - ekuiti 49%
37. Puspakom Sdn Bhd - Vehicle inspection center
38. Bernas
//////////
* Baru tahu Malaysia ni ada 1 melayu bumiputera yang sangat
pandai berniaga.
* Pabila Mahathir tak jadi PM, maka org Melayu tiba2 automatik
miskin. ![]()
ATOK PERLU DITENTANG HABIS HABISAN
ZAINUDDIN OMAR
Atok perlu ditentang habis-habisan kerana ingin menjatuhkan
Kerajaan Perpaduan pilihan YDPA dan rakyat.
No Holds Barred.
Penatlah kita rakyat asyik nak tukar Kerajaan.
Bila ekonomi nak berkembang dan rakyat jadi sejahtera kalau
asyik tukar PM dan Kerajaan?
Ba gero betul.
**********************
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata adalah menjadi
hak sekiranya ahli-ahli Parlimen kerajaan mahu menjatuhkan kerajaan Perdana
Menteri Anwar Ibrahim seperti yang pernah berlaku kepada Muhyiddin Yassin,
sekiranya dia tidak mentadbir dengan baik.
“Saya berpendapat kalau satu kerajaan itu tidak mentadbir dengan
baik, ahli partinya sepatutnya jatuhkan kerajaan itu dan pilih yang lain.
“(Ini) seperti mana yang berlaku di waktu Muhyiddin Yassin jadi
perdana menteri,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada
kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu bertahan
sehingga habis penggal atau tidak.
“Pada masa itu, Umno tidak puas hati. Umno tarik sokongan dan
Muhyiddin jatuh dan digantikan dengan orang Umno.
“Jadi, hak bagi wakil rakyat memang ada untuk menukar kerajaan
dan ini tidak melanggar undang-undang,” katanya.
Kerajaan Muhyiddin tumbang selepas dia kehilangan sokongan
majoriti ahli parlimen pada Ogos 2021 dan dia digantikan oleh Ismail Sabri
Yaakob.
Pada sidang media yang sama, Mahathir berkata, kerajaan pimpinan
Anwar dilihat hanya banyak bercakap dan menabur janji tetapi tidak melaksanakan
apa yang dikatakan.
Sebagai contoh, katanya, keadaan ekonomi dan kos sara hidup
rakyat juga masih teruk.
"Keadaan politik pun tak stabil. Setiap hari sebut benda
yang dia nak buat tapi tak nampak apa pun," katanya.
Mengulas lanjut, Mahathir juga meluahkan rasa kurang yakinnya
terhadap kerajaan untuk membela nasib orang Melayu khususnya mereka yang
terperangkap dalam kemiskinan.
“Saya tak yakin sama sekali, kerana dia (kerajaan hari ini)
berpendapat bahawa dia tidak ada masalah khusus untuk orang Melayu sahaja.
“Semua masalah bersama sebagai sebuah negara berbilang kaum,”
katanya.
Bagaimanapun, Mahathir berkata sebuah negara berbilang kaum ini
bukanlah yang terdapat dalam Perlembagan negara.
“Perlembagan kita menyebut bahawa tanah Melayu ini adalah milik
orang Melayu dan Melayu ini adalah orang asli kepada negara ini tetapi sekarang
ini orang Melayu tak boleh dakwa negara ini milik orang Melayu
“Sebaliknya ia negara semua kaum dan sesiapa yang bercakap
berkenaan orang Melayu itu merupakan satu hasutan dan anti-kaum,” tambahnya.
Mungkinkah pemimpin pembangkang tak datang Parlimen kerana takut? Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - Mac 28, 2023 @ 12:09pm
KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) sekali lagi didakwa gagal memanfaatkan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) selepas tidak hadir di Dewan Rakyat ketika sesi terbabit berlangsung pagi ini.
Perkara itu dikongsikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di Twitter selepas memuat naik gambar memaparkan tempat duduk kosong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang).
"Ketua Pembangkang (Yang Berhormat Larut), Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Marang sekali lagi tidak muncul dan tidak bertanya soalan bagi PMQ.
"Yang Amat Berhormat Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hadir," ciapnya.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyindir tiga pemimpin berkenaan kerana tidak memanfaatkan sesi berkenaan untuk berdebat dan bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.
Sikap Presiden BERSATU, Presiden PAS dan Setiausaha Agung BERSATU itu, katanya, menggambarkan mereka bertiga cuma berlagak menjadi 'hero' di luar Parlimen.
"Tempat berdebat dalam Parlimen tetapi kamu tidak sanggup berdepan dan bertarung sebagai anak jantan.
"Belum pernah dalam sejarah Parlimen, Perdana Menteri berdepan (wakil rakyat) pada Selasa selama 30 minit, kita panggil PMQ, ...Ahli Parlimen boleh tanya apa saja soalan, Perdana Menteri akan jawab," katanya..
ANWAR JANGAN MENGALAH, LEBIH CANTIK KALAU BERANI ULANG LAGI TUDUHAN YANG SAMA TERHADAP TUN MAHATHIR
Tun Mahathir Mohamad memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menarik balik dakwaan bahawa beliau mengayakan diri dan ahli keluarganya semasa berkuasa dahulu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar membuat dakwaan tersebut semasa berucap di Kongres Khas PKR baru-baru ini.
“Kalau dalam tujuh hari (Anwar tidak tarik balik dakwaan itu) saya akan ambil tindakan undang-undang,” kata Tun Mahathir dalam sidang medianya pagi ini.
Tambah beliau, surat tuntutan untuk berbuat demikian sudah pun dihantar semalam ke pejabat Anwar di Putrajaya.
Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang membuatkan Tun Mahathir mahu menyaman Anwar itu:-
Perlukah Anwar menarik balik dakwaan tersebut sebagaimana dituntut oleh Tun Mahathir?
Soal kekayaan Tun Mahathir dan keluarga beliau sebenarnya bukan kali pertama Anwar bercakap mengenainya Kongres Khas PKR itu.
Sejak dipecat daripada kerajaan pada 1998, rasanya sudah hampir ratusan kali Anwar bercakap mengenainya dalam ceramah, pentas politik, ucapan terbuka dan sebagainya.
Ia bukanlah tuduhan yang asing bagi Anwar, tambahan lagi sebagai bekas Menteri Kewangan ketika era Tun Mahathir dan kini kembali semula sebagai Menteri Kewangan bersama jawatan Perdana Menteri yang diidam-idamkan sejak dulu, bukti dan fakta tentu tidak sukar untuk beliau mengumpulkannya.
Maka, berhadapan ancaman saman ini, jangan sesekali Anwar tunduk atau mengalah dengan tuntutan Tun Mahathir itu.
Anwar bukan saja mesti sedia dan berani berdepan Tun Mahathir di mahkamah untuk membuktikan dakwaannya itu, malah lagi cantik kalau dalam sehari dua ini tampil mengulang-ulang lagi tuduhan yang sama itu.
Ia sebagai tanda beliau benar-benar serius dan ada bukti atas tuduhannya terhadap Tun Mahathir itu.
Dalam waktu yang sama, melalui proses mahkamah nanti, ia juga merupakan peluang untuk Tun Mahathir membuktikan kekayaan beliau dan anak-anaknya tiada kaitan sama sekali dengan kuasa sebagai Perdana Menteri yang pernah dimilikinya.
Lawan tetap kawan…sebagaimana berani menyaman, Anwar wajib lebih berani untuk kena saman dan membuktikan kebenaran. – ShahbudinHusin 28/03/2023.
Usul bincang dakwaan kegagalan lawatan PM ke Arab Saudi ditolak
ZAMBRY PERLU JAWAB DAN BERTANGGUNGJAWAB ISU LAWATAN ANWAR KE ARAB SAUDI
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab dalam isu lawatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang mencetuskan masalah, malah dianggap banyak pihak telah memalukan beliau selaku ketua kerajaan?
Semalam, di sebalik Anwar telah menjelaskan kegagalannya bertemu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud atau anaknya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi adalah disebabkan pimpinan kerajaan negara itu menukar jadual mereka menjelang Ramadan, saya turut menggesa agar Pejabat Perdana Menteri atau Wisma Putra segera tampil dengan jawapan yang jujur dan sebenar mengenai perkara itu.
Ini kerana penjelasan Anwar itu dilihat tidak begitu meyakinkan, malah terlihat amat kabur.
Begitu pun, disebabkan ia berupa lawatan rasmi seorang Perdana Menteri ke luar negara dan diuruskan oleh Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra dikira lebih wajar tampil ke depan berbanding PMO.
Malangnya, sehingga ini Wisma Putra masih senyap sunyi seribu bahasa dan Menteri Luar Negeri, Zambry Abdul Kadir langsung tidak berkata apa-apa.
Selaku Menteri Luar Negeri yang mengetuai Wisma Putra, Zambry tidak boleh berdiam diri dalam hal sepenting ini yang turut memberi kesan kepada imej seorang Perdana Menteri.
Tetapi, kenapa Zambry dan Wisma Putra masih berdiam diri?
Bukankah mereka sepatutnya tampil paling ke depan menjelaskan perkara sebenar serta mempertahankan Anwar yang dilanyak teruk dalam isu lawatan tersebut?
Perkara paling penting untuk dijelaskan ialah sama ada pertemuan Anwar dengan Raja Salman atau anaknya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman memang dianjak di saat-saat akhir atau ia sudah dimaklumkan kepada Wisma Putra sebelum rombongan berlepas ke Arab Saudi?
Sejak negara merdeka, kita belum pernah mendengar berlaku perkara seperti ini dalam hubungan diplomatik Malaysia dengan mana-mana negara.
Lebih-lebih lagi dalam hubungan antara Malaysia dengan Arab Saudi yang merupakan negara Islam terpenting serta sahabat kepada kita.
Lebih daripada itu, dengan dua kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah berada dalam kawalannya, hubungan Malaysia dengan Arab Saudi jauh lebih penting lagi.
Dalam setiap lawatan ketua kerajaan ke negara, ia biasanya akan dimuktamadkan terlebih dahulu oleh Wisma Putra agar semua aturcara berjalan lancar dan tiada masalah timbul di saat-saat akhir, terutama melibatkan pertemuan sesama rakan sejawat.
Sebab itu, penjelasan dan tampilnya Zambry dalam isu ini adalah amat mustahak sekali.
Yang nyata, apa yang berlaku dalam lawatan Anwar ke Arab Saudi baru-baru ini adalah satu perkara yang tidak harus dipandang ringan dan Zambry selaku Menteri Luar Negeri harus menjawab serta bertanggungjawab terhadapnya.
Di mata umum, aturan hubungan diplomatik oleh Wisma Putra di bawah kendalian Zambry selaku Menteri Luar Negeri adalah tidak kemas dan ada kelemahan atau kesilapan yang ketara. – ShahbudinHusin 27/03/2023







