KENAPA HARGA MASIH MAHAL

 

GINO MARVELA

Tadi kita cakap pasal satay. Bagaimana pula dgn kuih yg guna tepung. Tepung tu tidaklah terlalu mahal sgt. Nak guna tepung pun, ambik gred biasa yg murah ja. Dek kerana terlampau kedekut tapi nak memaksimakan jualan, akhirnya kuih tak habis.

Kami pernah berbual dgn penebar roti canai. Katanya, kos bersih hasil sekeping roti canai yg di jual RM1 itu...bersihnya 40-50sen bg roti kosong. Katanya, roti canai ini menu dia 95% hanya tepung ja. Kalau naik RM1.30 sekeping pun campur telur sebiji masih lg murah. Tapi katanya usahlah beli tepung gred mahal, ada tepung yg murah juga dan di cadangkan beli pukal.

Katanya lg, kalau nk naikkan harga biarlah berpada. Harga makanan ini kalau di jual tak kiralah kuih apapun masih untung. Mana ada jual makanan tp rugi, cuma katanya ramai penjual naikkan harga bukan di sebabkan barang basah tp perlu serapkan harga tapak khemah yg mahal.

Kejujuran peniaga itu juga sering jadi masaalah. Masakan tidak, murtabak hangus yg di gorengnya pun di jual dgn cara bungkus terlebih dahulu. Roti john jual RM10, tapi daging yg kuantiti terlalu sikit.

Buat makluman, kita akan hadapi lambakan telur ayam sedikit masa nanti. Permainan player reban ayam yg sorok telur utk teknik naikkan harga. Kenapa ada lambakan ? Kerna kita tampung kekurangan telur tempatan dgn import dr luar.

Bukan masalah panas, bukan masalah ayam x makan sebab panas. Tp masalah dr permainan player industri. Apatah lg setiap ekor ayam yg di jual oleh industri penternakan besar, 20 sen/ekor di bayar oleh kerajaan (subsidi). Subsidi depa ambik, harga tetap di naikkan. Utk jadi tidak terkawal, kerajaan letakkan harga kawalan siling/lantai.

Kami pernah makan di Melaka, org kanan GM bawa. Kedai depan Melaka Central, bawah pokok tepi jambatan. Lupa nama tempat tu. Tahu apa yg GM ambik ?

Ayam 1 ketul, ikan keli goreng, sayur goreng, tempe + tea ais. Tahu berapa harga di pinggan ? RM 5. Makan 4 orang, bayar tak sampai pun RM20.

Murah, dan jauh sebelum menu rahmah lg. Rupanya ada teknik, nasi guna beras yg paling murah. Kobis dan sayur ambik terus dr ladang. Ikan keli, pelihara kolam sendiri. Nasi yg tak habis atau lebihan makanan pelanggan tak habis, di basuh dan beri ayam ikan makan balik.

Apa masalah Malaysia sekarang!

Malaysia beralih dari pertanian - pembangunan - perdagangan - pengswastaan. Kesan yg kita alami kini ialah terlampau orientasikan kpd pengswastaan dan pengswastaan itu hanya berkumpul kpd kroni2 tertentu dan lahirlah industri rasuah yg kritikal sekarang.

Apabila tahap pengeluaraan makanan kita merosot, kini Malaysia terpaksa ambil inisiatif wujudkan lebih banyak lapangan pertanian & makanan.

Inisiatif sdra Rafizi wujudkan guna semula tanah kerajaan, bantuan infra dan guna tenaga dgn penyertaan rakyat bawahan, mesen vending rahmah, jualan kananan rahmah di perluas dll.

Pendekatan ini nak jaga perut rakyat dan beri lebihan pendapatan buat rakyat. Pengeluaran makanan Malaysia bertambah, rakyat juga kembali kpd perniagaan bg mengurangkan miskin tegar. Ini yg sedang berlaku.

GM ni bukan nak backup kerajaan. Penelitian ini kami berada di bawah sana. Betul ada kesan pro & kontra. Sebagaimana rakyat terdahulu alami kesan peralihan zaman pertanian ke industri, kini rakyat zaman baru alami kesan pengswastaan yg harga tinggi beralih semula ke pertanian mencukupkan sektor makanan negara.

Inisiatif pendapatan rakyat dan dasar2 kita bincangkan nanti

Bersambung...