DULU LAIN SEKARANG LAIN


 

MASA NI PARTI ANA MEMERINTAH . TAK KENAI BABI


Masa ni ahli parti ana tak kenal babi tu apa, sekarang baru kenal….



PM PAKISTAN MENELEFON PM UNTUK MENGUCAPKAN PERSAHABATAN TERHADAP ANWAR DAN MALAYSIA


 

LANGKAH LONDON - BAWA MAKAN ANGIN MERASUAH ?

 


Video ni aku dapat dari WhatsApp. Nampak gaya puak ni memang tak pernah utus asa mencuba. Walhal YDP Agong sendiri dah ingatkan supaya kestabilan politik diutamakan demi kebaikan rakyat.

Aku tak terkejut kalau apa yang diceritakan dalam video ni betul. Tapi aku kesian kepada penyokong PN yang diperbodohkan sampai halalkan kerja yang haram begini. Sedangkan perebutan kuasa begini kesan paling besar adalah ke atas rakyat.

Pemimpin politik yang buat rampasan kuasa akan terus kaya, penyokong yang tersepit. Tapi sokong juga kerana terpedaya dengan doktrin palsu. Tapi itu la... Nasihat pun bukan nak dengar. Guane boh?

Raja Gelap

 

JANGAN CEMBURU DENGAN REZEKI ORANG


 

KEH..KEH..PAKEJ KAYANGAN


 

MUKHLIS EDDIE

RM35,000.00 umrah with Hajah Neelofa, pakej confirm syurga hehehe



INTIPATI MESYUARAT KERAJAAN PAGI TADI



ANWAR IBRAHIM


Antara intipati penting Mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi:

1. Semua Kementerian bersama Agensi Persekutuan diarahkan untuk membuat tindakan susulan segera dengan meneruskan proses rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berhubung isu-isu dan perkara yang berbangkit yang belum

diselesaikan. Proses rundingan perlu bersifat konstruktif dengan pertanggungjawaban pelaporan berkala kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.

2. Kerajaan akan memperkasa Platform Perundingan Tertinggi sebagai Platform Agenda Tindakan Pelaksanaan Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh saya melibatkan Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah. Mesyuarat pertama pada bulan Februari 2023.

3. Perintah Negeri-Negeri Borneo (Kuasa-Kuasa Perundangan) (Pindaan) 2022 telah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Disember 2022 sebagai usaha memuktamadkan proses penyerahan kuasa kawal selia gas kepada kerajaan negeri Sabah, dan ia akan disusuli dengan pembentangan enakmen Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 10 Januari 2023. Ini selari dengan hasrat kerajaan untuk penyerahan kuasa kawal selia gas dan elektrik daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri Sabah.

4. Kementerian Kewangan akan membuat tindakan susulan segera untuk merundingkan formula baharu Pemberian Khas berasaskan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah dikemukakan oleh kedua-dua negeri. Secara prinsipnya, Jemaah Menteri bersetuju untuk mempertimbangkan penambahbaikan Pemberian Khas sedia ada kepada kedua-dua negeri tersebut.

5. Jemaah Menteri meluluskan syor pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik. Ia bermakna JKR Sabah dan Sarawak diberikan kuasa untuk menguruskan projek-projek pembangunan persekutuan pada kadar sehingga RM50 juta.

6. Atas kepentingan memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Sabah dan Sarawak, Kerajaan juga telah memutuskan agar diteruskan dan disegerakan pelaksanaan Projek Sarawak – Sabah Link Road (SSLR), Lebuhraya Trans Borneo serta melengkapkan Projek Pan Borneo Sabah. Perincian pelaksanaan Projek-Projek Rangkaian Jalan Raya Utama Sabah dan Sarawak ini akan dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri terlibat.

7. Kerajaan memutuskan kepentingan dan perawatan kesihatan rakyat diberi keutamaan ketimbang hal-hal melibatkan pelancongan dan ekonomi. Justeru itu, peraturan dan SOP kemasukan mana-mana pelancong dari mana-mana negara tidak dilonggarkan sama sekali terutamanya dari negara-negara berisiko tinggi.

 

RAZMAN KASTAM PUN "JAGA LADANG BABI" OK JA..TAKAT NAK BINCANG HARGA LANTAK PEE LA BUKAN KAMU NAK MAKAN BABI...APA PUNYA BAGHAL.



 

NAK PILIH LAGI KAH MENTERI PN- TENGOK SEBULAN SAHAJA HANAH YEOH SELESAIKAN. PEJA MEE KARI TAK RETI NAK SELESAIKAN





 

Isu kesihatan rakyat adalah perkara utama - Anwar Ibrahim-

4 JANUARI 2023 – SIDANG MEDIA YAB PERDANA MENTERI – PASCA MESYUARAT KABI...

Saman: PM mungkin nak buka isu bohong


Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berpendapat, isu saman melibatkan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah isyarat serius melibatkan isu maruah. Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar siri 377 bertajuk ‘Saman: Elak fitnah atau…’ terbitan Sinar Harian.


SIDANG MEDIA PM 10 BERKAITAN DENGAN KES COVID DAN LANGKAH PENCEGAHAN





 

MB KEDAH BUAT LAGU MANA- HANGPA DAPAT LEBIH LAGI KA. DUIT JUTAWAN MELAYU TU


 

BAGAIMANA KE LONDON NAK MINTA MERDEKA- NI KE LONDON NAK JADI PM


 

SEAWAL 16 MAC 2022- HARAKAH NAK MENGHASUT KE ATAU TAK PANDAI CARI SUMBER-KEMUNCAK PENYEBARAN DAH LALUI


 

MMMM- NI DIA KHAIRY JAMALUDDIN TENGOK BOLA- KATANYA NAK BERTANDING JAWATAN TIMBALAN ATAU PRESIDEN UMNO


 

FITNAH WALAUN - KES COVID DULUNYA HANYALAH FITNAH SEMATA MATA


 

RAFIZI JANJI SAHUT CABARAN PN

 

Minggu ini, genap sebulan saya memegang amanah sebagai Menteri Ekonomi.

Saya tidak banyak muat naik kandungan kerja seharian kerana saya faham kesan perencanaan ekonomi banyaknya akan mengambil masa yang lebih panjang sebelum hasilnya dirasai, apatah lagi dalam suasana ekonomi global yang mencabar dan kedudukan kewangan negara yang dilemahkan oleh ketempangan tadbir urus sebelum ini.

Ada perkara yang boleh diusahakan supaya hasilnya dirasai cepat, namun kebanyakan perencanaan ekonomi akan mengambil masa lebih setahun, sementara sebahagian besarnya memakan lebih masa.

Sebab itu masa sebulan saya habiskan berjumpa dan berbincang dengan pemegang taruh (stakeholders) utama ekonomi negara. Mereka termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pihak swasta dan pemegang taruh lain.

Secara umumnya, kesemua pihak memahami hala tuju ekonomi yang hendak dibawa.

Kerajaan Perpaduan ini bertanggungjawab mengalih haluan ekonomi ke arah ekonomi bernilai tinggi supaya rakyat mendapat gaji yang boleh mengimbangi tekanan inflasi.

Usaha mengekang inflasi banyaknya boleh dilaksanakan di peringkat pembekal seperti mempercepatkan pelaburan berteknologi tinggi dalam sektor makanan, mengawal harga (dengan membayar subsidi), meningkatkan persaingan pembekal (dengan menangani monopoli) dan menambah bekalan (termasuk mengimport).

Tetapi usaha di sebelah pembekal ini perlu juga diiringi dengan inisiatif di sebelah penawaran, termasuklah mengusahakan kenaikan gaji yang munasabah supaya rakyat tidak merasa terlalu terbeban dengan kadar inflasi semasa dan menggalakkan tabiat pengguna (consumer behaviour) yang lebih sensitif kepada harga agar permintaan adalah lebih anjal.

Pembangkang dari PN akan terus mempertikai setiap usaha kerajaan. Ada dari kalangan mereka yang memperli konon saya hanya nampak gah semasa pembangkang tetapi tidak berkesan sebagai kerajaan.

Insya Allah itu satu cabaran yang saya akan sahut. Cuma bila komen begitu datang dari mereka yang menjadi kerajaan setelah menebuk atap selama 33 bulan, bunyinya nampak seperti meludah ke langit.

Soal keperluan menganjak ekonomi negara ke arah ekonomi digital berteraskan inovasi, ekonomi yang seimbang dengan kelestarian alam sekitar, aplikasi teknologi yang meningkatkan produktiviti dan kecekapan – ini semua matlamat ekonomi yang tidak boleh dipertikaikan.

Ujian sebenar kepada saya ialah bagaimana saya berjaya melaksanakan anjakan-anjakan ini yang kesannya dapat dirasai oleh rakyat.

Setelah sebulan, ada idea dan pendekatan baru yang saya rasakan akan beri nilai pulang lebih baik bagi setiap satu ringgit wang rakyat yang dibelanjakan kerajaan. Ada masalah pelaksanaan yang merencatkan prestasi ekonomi dan menyebabkan kenaikan kos yang boleh ditangani. Ada projek-projek berimpak tinggi yang akan memberi isyarat anjakan ekonomi yang diperlukan untuk menarik minat pelabur-pelabur.

Masa sebulan telah memberi saya gambaran yang mencukupi untuk berlari dengan lebih pantas mulai Januari ini.

Ada yang kesannya dapat dirasai segera, ada yang hasilnya hanya dapat dituai dalam setahun, dua tahun dan tahun-tahun yang akan datang. Insya Allah, kalau sepuluh kami usahakan, kalau pun tidak semua membuahkan seratus peratus hasil seperti yang dirancang, sebahagian besarnya akan mempunyai impak jangka masa sederhana dan panjang kepada negara.

Selepas lima tahun, Insya Allah saya serahkan kepada penilaian rakyat mengenai prestasi saya sebagai menteri dan PKR/PH sebagai sebahagian dari Kerajaan Perpaduan.

Rafizi Ramli



YANG KALUT SEBAR MENTERI BINCANG HARGA KAWALAN DAGING BABI TU DAH KENAPE. KAU MAKAN BABI KE..?


 

KEH..KEH..CITA CITA NAK MATI SHAHID KA NI ?


 

SOALAN BODO - HANG TAK MAU DOK PENANG BAIK HANG P DOK NEGERI LAIN.


 

JARINGAN MALAYSIA SEMALAM.ULANGTAYANG


 

JADI BENDAHARI BN- LEPAS PILIHANRAYA- DIA HASUT MUHYIDDIN JADI PM.


 

NAK LAGI MENTERI PN- PEJA- KEH..KEH...CEPAT BERTINDAK MENJAGA STADIUM


 

PERTAMA KALI AZAN BERKUMANDANG DALAM STADIUM SEBELUM PERMAINAN BILA MASUK WAKTU MAGRIB. NANTI NEGERI LEBAI TIRU. MACAM AZAN 2 KALI DI PENANG WAKTU SUBOH. BANYAK DAH NEGERI YANG AMALKAN.


 

TAK USAH LAH CIK ADIK NAK BERDEBTA DENGAN WALAUN- SELAIN TAK BERAPA CERDIK MEREKA JUGA BETUL DARI SEGALA SUDUT. MEREKA SAJA YANG BETUL ORANG LAIN SALAH.


 

LANGKAH LONDON PULAK- NAK JUGA JADI KERAJAAN YA...


 

INI DIA LANGKAH LONDON


 

PERINGATAN BUAT PM 10- HATI HATI YA- MAHIADDIN JUGA ADA... - TIADA TOLERANSI KERANA TAKUT TINDAKAN PM 10


 

KENAPA PERLU PILIH PH-BN- PN PULA KEMPEN KEBENCIAN BANGSA DAN AGAMA- LEBIH BAIKLAH KERAJAAN PERPADUAN


 

Islam ajar tundukkan pandangan….Takdir !!!- JOM KENTOT


 

SIDANG MEDIA MAT MASLAN BERKAITAN ATURCARA UMNO


 

MESIR TERJERUMUS KE DALAM PINJAMAN IMF


 

DEYYYY...OTAK ADA PAKAI KA ? MINYAK 1.50- TU MASA PAS DA DALAM PR- APA PUNYA KEPALA BANA LA


 

YB...NI ADA NETIZEN KATA HARI TU BUKAN KATA SEMANGAT BANTAH SEBAB PM KACAU BILLION AIR MELAYU ? NI HANG NI MERACAU NI


 

2 WALAUNTIT BERTUDUNG DICABAR TUNJUKKAN IJAZAH KERANA PROPAGANDA DAN FITNAH.


 

18 BULAN ABAH TAK KASI PUN PADA PEMBANGKANG-

 


OK KES VIRUS SIMPAN SINI YA. UNTUK KEFAHAMAN YANG KURANG MEMAHAMI




Ok simpan sini untuk rekod.

Varian BA5.2 dah ada di Malaysia semenjak 16 Mac 2022 manakala varian BF7 pula semenjak 21 Ogos. Kita dah melalui Hari Raya selepas varian BA5.2 ditemui di Malaysia dan ditambah pula pilihanraya selepas varian BF7. Alhamdulillah kedaan masih terkawal.

So kalau nanti peroyan-peroyan tu salahkan Kerajaan Perpaduan, kita tunjuk benda ni. Dah lama rupanya berlaku tapi tak dimaklumkan kepada rakyat. Kenapa? Itu aku tak pasti. Cuma Isnail, Khairy dan Dr. Noor Hisham yang ada jawapannya. Guane boh?

Raja Gelap

 

POK WEE JEBON - DALIL HANYA TERPAKAI SEWAKTU PAS JADI KERAJAAN


 

NUR JAZLAN KATA JANGAN DENGAR 2 EKOR PENGECUT DALAM UMNO DAN AGAR JAWATAN PRESIDEN TIDAK DIPERTANDINGKAN


 

YB MENTERI PENDIDIKAN PETAH MENJAWAB- NAMPAK DIA LEBIH MESRA DAN PETAH BERCAKAP- CEPAT JAWAN DARI RADZI JIDIN


 

KOMEN YANG BERKAITAN DENGAN INTERGRITI- POLIS KENA BERHENTI- DIA DOK MERACAU..KONONNYA NAK JADI CALON.SEBENARNYA AMALAN MAHIDDIN MASA DIA JADI PM


 

WALAUN DAN CAI BUNGA HABIS MODAL


 

ADAKAH PN DULU BERI SAMA RATA PADA PEMBANGKANG- TANYA NAZRI AZIZ


 

IDRIS AHMAD YANG KATA- DAN PUNYA RESIS BILAMANA PEMIMPIN DAN WALAUN CAI BUNGA MEMBUAT PERSEPSI DAN FITNAH


 

GENAP 40 HARI ANWAR JADI PM 10-


 

MUDA LAGI TAPI TAK JUJUR- SEKARANG HILANG DAH BILA CEO TABUNG HAJI JAWAB


 

JOM PAKAT GELAK DENGAN WALAUN PN HABIS MODAL NAK HASUT


 

AGAK AGAK ANAK MUDA SUKA DIA TAK?- BANYAK KES LAGI RASANYA NI ADIK ADIK

 


Arau ni MP yang paaaling aku benci sekarang ni. Tengok dia bercakap (bukan berbahas) dalam parlimen pun cukup buat aku meluat.

Betullah apa yang Sany Hamzah katakan. Dia cuma nak timbulkan kekecohan je. Nak terbitkan persepsi tidak baik untuk PM. Sedangkan Sany dah jelaskan perkara peruntukan itu belum dinyata keputusannya lagi.

Dia tak terima penjelasan Sany bukan sebab Sany tak layak. Tapi sebab itu ibarat mati peluru. Jadi walau pun dah jelas, dia masih nak ungkit. Dia kata Sany tak layak, dah dia siapa nak tuntut penjelasan daripada PM?

Dia sendiri pun kalau ikutkan tak layak nak tuntut PM bersuara sebab di bukan Ketua Pembangkang. Dia sepatutnya suruh Hamzah bangkitkan soal ni. Boleh saja ungkit dalam sidang nanti. Tapi niatnya memang lain.

Terfikir pula aku. Walaupun Shahidan ni antara MP paling senior dalam pembangkang, pernah pula jadi MB, tapi tak terpilih jadi Ketua Pembangkang. Kan? Nama dia sikit pun tak naik.

Nampak sangat jenis tak ada kualiti. Pembangkang lain pun tak pandang dia. Ada hati nak sound PM macam dia tu hebat sangat. Kesian pun ada tengok dia ni. Tapi yang lebihnya rasa meluat la. Guane boh?

.

Raja Gelap