AGAK AGAK ANAK MUDA SUKA DIA TAK?- BANYAK KES LAGI RASANYA NI ADIK ADIK

 


Arau ni MP yang paaaling aku benci sekarang ni. Tengok dia bercakap (bukan berbahas) dalam parlimen pun cukup buat aku meluat.

Betullah apa yang Sany Hamzah katakan. Dia cuma nak timbulkan kekecohan je. Nak terbitkan persepsi tidak baik untuk PM. Sedangkan Sany dah jelaskan perkara peruntukan itu belum dinyata keputusannya lagi.

Dia tak terima penjelasan Sany bukan sebab Sany tak layak. Tapi sebab itu ibarat mati peluru. Jadi walau pun dah jelas, dia masih nak ungkit. Dia kata Sany tak layak, dah dia siapa nak tuntut penjelasan daripada PM?

Dia sendiri pun kalau ikutkan tak layak nak tuntut PM bersuara sebab di bukan Ketua Pembangkang. Dia sepatutnya suruh Hamzah bangkitkan soal ni. Boleh saja ungkit dalam sidang nanti. Tapi niatnya memang lain.

Terfikir pula aku. Walaupun Shahidan ni antara MP paling senior dalam pembangkang, pernah pula jadi MB, tapi tak terpilih jadi Ketua Pembangkang. Kan? Nama dia sikit pun tak naik.

Nampak sangat jenis tak ada kualiti. Pembangkang lain pun tak pandang dia. Ada hati nak sound PM macam dia tu hebat sangat. Kesian pun ada tengok dia ni. Tapi yang lebihnya rasa meluat la. Guane boh?

.

Raja Gelap