Arau ni MP yang paaaling aku benci sekarang ni. Tengok dia
bercakap (bukan berbahas) dalam parlimen pun cukup buat aku meluat.
Betullah apa yang Sany Hamzah katakan. Dia cuma nak timbulkan
kekecohan je. Nak terbitkan persepsi tidak baik untuk PM. Sedangkan Sany dah
jelaskan perkara peruntukan itu belum dinyata keputusannya lagi.
Dia tak terima penjelasan Sany bukan sebab Sany tak layak. Tapi
sebab itu ibarat mati peluru. Jadi walau pun dah jelas, dia masih nak ungkit.
Dia kata Sany tak layak, dah dia siapa nak tuntut penjelasan daripada PM?
Dia sendiri pun kalau ikutkan tak layak nak tuntut PM bersuara
sebab di bukan Ketua Pembangkang. Dia sepatutnya suruh Hamzah bangkitkan soal
ni. Boleh saja ungkit dalam sidang nanti. Tapi niatnya memang lain.
Terfikir pula aku. Walaupun Shahidan ni antara MP paling senior
dalam pembangkang, pernah pula jadi MB, tapi tak terpilih jadi Ketua
Pembangkang. Kan? Nama dia sikit pun tak naik.
Nampak sangat jenis tak ada kualiti. Pembangkang lain pun tak
pandang dia. Ada hati nak sound PM macam dia tu hebat sangat. Kesian pun ada
tengok dia ni. Tapi yang lebihnya rasa meluat la. Guane boh?
.