Projek naiktaraf lebuhraya Pasir Gudang menjadi 3 lorong. Terima
kasih PMX DS Anwar kerana berikan peruntukan sebanyak RM78 juta untuk projek
ini. Sesungguhnya ianya sesuatu yang dinanti dan selalu diharapkan oleh warga
Pasir Gudang. Guane boh?
Saya ingin berkongsi berita gembira dengan Rakyat Pasir Gudang
berkaitan isu Lebuhraya Pasir Gudang.
(2) Pada pagi ini Selasa 03 Januari 2023 saya telah menerima
maklumat dari YB Fazli iaitu Exco Kerjaraya Kerajaan Johor berkenaan Projek
Naik taraf lebuhraya Pasir Gudang.
(3) YB Exco Kerjaraya menyatakan antara lainnya bahawa Projek
Naik taraf lebuhraya Pasir Gudang (FT17) Fasa2B
Lokasi - dari Persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke
Pasir Gudang sepanjang jarak 5.5 kilometer;
Skop - Naik taraf Jalan 4 Lorong kepada 6 Lorong 2 Hala
Tempoh masa - dari 25 Oktober 2022 hingga 24 Oktober 2025 (36
bulan) telah bermula dengan Kerajaan memperuntukkan kos sebanyak RM78 juta.
(4)Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada YB Fazli Exco Kerjayaraya Negeri Johor dan Menteri Besar
Johor serta Kerajaan Johor yang telah memberi perhatian tentang isu Lebuhraya
Pasir Gudang.
(5) Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Perdana
Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi pihak Kerajaan Persekutuan yang telah
memperuntukkan dana sebanyak RM78 juta itu untuk Projek menaik taraf lebuhraya
Pasir Gudang.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
03/01/2023