Pertemuan sulit Ku Li dan Muhammad Hussin timbul tanda tanya, adakah ini strategi baru nak rampas Kelantan?

 

Pertemuan sulit Ku Li dan Muhammad Hussin timbul tanda tanya, adakah ini strategi baru nak rampas Kelantan?


Satu pertemuan antara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan telah menimbulkan tanda tanya, adakah satu strategi baru sedang disusun untuk merampas Kelantan dari Pas.

Perbincangan antara Tengku Razaleigh atau Ku Li dengan pimpinan Amanah yang diketuai Pengerusi Amanah Kelantan, Muhammad Hussin itu diadakan di Kota Bharu.

Majlis berbuka puasa dianjurkan untuk membayangi perbincangan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) Kelantan dan Tengku Razaleigh.

Selain Muhammad Hussin, turut hadir dalam acara itu ialah bekas pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda Amanah negeri, Hazmi Hassan dan barisan anggota jawatankuasa Amanah negeri.

Untuk rekod, Pas berjaya menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum tahun 1990 selepas bekerjasama dengan Parti Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh.

Malaysiakini melaporkan, Tengku Razaleigh bakal membuat pengumuman penting rentas parti selain program bersama rakyat Kelantan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed dalam satu tulisan di Facebook memberi gambaran mengenai perkara itu.

“Insya-Allah di Kelantan satu usaha sedang digerakkan untuk mengabung berbagai parti, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan anak-anak Kelantan yang berkebolehan untuk menawarkan satu kerajaan alternatif kepada rakyat Kelantan selain daripada kerajaan Pas.

“Selebihnya terserah kepada rakyat Kelantan untuk kekal bersama Pas atau memilih tawaran yang dihidangkan sebagai satu percubaan untuk berubah.

“Parti politik hanya satu persaingan untuk menawarkan apa yang terbaik yang boleh dilakukan.

“Agama, perkauman dan pelbagai tawaran hanya perasa dan penghias hidangan yang boleh menyebabkan pengundi terpedaya dan tersilap pilih,” katanya.

Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan Tengku Razaleigh berkaitan pertemuan dan kerjasama yang dikatakan sedang diusahakan.


Netizen dedah mengapa gerai Chef Ammar kini lengang dan ramai tak beratur, tak macam dulu

 Netizen dedah mengapa gerai Chef Ammar kini lengang dan ramai tak beratur, tak macam dulu

Gerai Chef Ammar yang terletak di Bazar Ramadan Shah Alam meriah di serbu peminat nasi arab setiap hari.Sejak awal Ramadan lalu, nama Chef Ammar Ali menjadi popular kerana tular pelbagai kejadian yang berlaku di kedai Nasi Arab Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.

Antaranya dia telah menghadkan pembelian setiap seorang dan memberikan nombor supaya mereka tidak beratur terlalu lama namun gagal mendapatkan juadah. Saban hari, ada saja isu dan kontr0v3rsi yang timbul memandang kan orang ramai rela beratur berjam-jam demi mendapat kan nasi arab viral berkenaan.

Walau bagai mana pun, sejak beberapa hari ini, gerai Chef Ammar dilihat mula tenang dari barisan yang tidak lagi panjang melepasi kawaan bazar.

Seperti perkongsian @marinahwahid, dia menunjukkan rakaman video keadaan semasa gerai Chef Ammar yang mula lengang, buat ramai tertanya tanya.

“Ramai dah balik kampung”

Tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen memberitahu di akhir Ramadan ini, orang ramai telah mula ‘berkampung’ di pusat beli belah untuk mendpaatkan baju raya pula.

Dalam pada itu, ada yang melihat ini kesempatan bagi mereka yang belum pernah mencuba, pergi ke gerai Chef Ammar.

“Sold out jugak walau nampak tak ramai orang.Haritu pon pergi sikit macamni”

“Orang simpan duit balik kampung.Orang dah tak g bazar dah”

“Haa esok nak pergi la”.”Semua dah masuk mall, cari baju raya.”



KL banjir kilat sekali lagi, kali ini lebih teruk

 


KL banjir kilat sekali lagi, kali ini lebih teruk


Hujan lebat yang berterusan, sejak jam 3.30 petang tadi, menyaksikan banyak laluan utama di sekitar ibu negara ditenggelami air.

Antara laluan itu adalah Jalan Segambut, Jalan Kuching, Jalan Pudu, Jalan Ampang, Jalan Genting Klang, Jalan Sungai Besi, Jalan Tun Razak dan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Turut dilaporkan ditenggelami air adalah Jalan Sematan, Jalan Kinabalu, Jalan Changkat Thami Dollah dan lebuhraya Sultan Iskandar..

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tutut memaklumkan keadaan itu di laman sosialnya.

Akaun media sosial DBKL juga memamparkan gambar Dataran Merdeka yang sebahagiannya dinaiki air manakala laluan trafik terputus.

Pengguna Twitter @Ano_hidayah melaporkan banjir di Jalan Ampang berhampiran stesen LRT Masjid Jamek, yang terletak tidak jauh dari pertemuan sungai Gombak dan Klang.

Kesesakan teruk sedang berlaku ketika ini apabila orang ramai pulang dari tempat kerja.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil pula berkongsi klip video di akaun Twitternya, mengenai banjir di Jalan Maarof – berhampiran pusat membeli belah Midvalley – dengan sekurang-kurangnya tiga kenderaan sedang tenggelam.

Kali terakhir Kuala Lumpur berdepan banjir kilat seperti ini adalah pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Polis Trafik Kuala Lumpur dalam satu kenyataan, berkata susulan kenaikan air itu pihaknya terpaksa melakukan kawalan lalu lintas dan berikut adalah keadaan semasa jalan-jalan yang masih boleh dilalui:

  • Jalan Pahang, Bulatan Pahang air berada di paras buku lali dan aliran trafik ketika ini perlahan dan tiada kerosakan berlaku.
  • Jalan Dewan Bahasa berhampiran kubur Cina, air ketika ini di paras buku lali dan aliran trafik juga perlahan namun masih boleh dilalui kenderaan.
  • Jalan Sultan Ismail berdekatan Quill Mall City, air di paras kaki dan aliran trafik pula dilaporkan perlahan, namun masih boleh dialui.
  • Bulatan Sultan Hishamuddin berdekatan KTM, air berada di paras buku lali dan aliran trafik juga turut dilaporkan perlahan serta masih boleh dilalui.
  • Air di Jalan Pudu, berhampiran UTC Pudu pula dilaporkan berada di paras kaki dan aliran trafik turut perlahan di sekitar kawasan terbabit tetapi masih boleh dialui kenderaan.
  • Jalan Segambut pula dilaporkan air berada di paras betis dan aliran trafik juga perlahan dan tiada kenderaan boleh dilalui.
  • Jalan Parlimen berdekatan Bank rakyat dan Bulatan Dato Onn pula dilaporkan paras air berada di paras betis dan tiada kenderaan dibenarkan melaluinya.
  • Jalan Mahameru berdekatan Wisma Tani menghala ke Jalan Parlimen pula air ketika ini di paras lutut, namun kenderaan masih boleh melaluinya.
  • Jalan Kinabalu di Bulatan Sultan Mohammad paras air air dilaporkan di paras lutut hingga menyebabkan aliran trafik perlahan selain tiada kenderaan dibenarkan melaluinya.
  • Jalan Sultan Abdul Halim berdekatan terowong Duta di laluan keluar, masuknya pula dilaporkan air berada di paras lutut dan tiada kenderaan dibenarkan melaluinya.
  • Jalan Travers di Balai Polis Travers air berada di paras buku lutut, manakala aliran trafik juga perlahan dan tidak boleh dilalui, namun tiada kerosakan dilaporkan.

Sementara itu, Bernama juga melaporkan bBanjir kilat melanda beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang hari ini berikutan hujan berterusan sejak pukul 3 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata sebanyak 11 laluan dinaiki air setakat 5 petang ini dengan enam laluan masih boleh dilalui iaitu Jalan Pahang, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Sultan Ismail, Bulatan Sultan Hishamuddin, Jalan Pudu (berhampiran UTC Pudu) dan Jalan Mahameru.

Beliau berkata laluan trafik di enam laluan tersebut masih perlahan dan tiada kerosakan dilaporkan setakat ini, sementara lima laluan lain iaitu Jalan Segambut, Jalan Parlimen, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Abdul Halim dan Jalan Travers tidak boleh dilalui.

“Keadaan air banjir kilat sekarang semakin surut,” katanya ringkas.

Terdahulu, Polis Kuala Lumpur memuat naik beberapa keping gambar menerusi laman Facebooknya yang mempamerkan anggota pasukan itu sedang membersihkan saliran longkang yang tersumbat bagi memastikan air banjir dapat surut dengan segera.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian banjir kilat pada 3.51 petang.

Menurutnya, jentera dari tujuh balai melibatkan 42 anggota bergegas ke lokasi kejadian iaitu di Jalan Segambut Dalam, Kampung Masjid; Jalan Sentul Pasar Dalam; Jalan Maarof, Bangsar; Lembah Pantai (Lebuhraya Sprint); Jalan Kuching; PSN Beruas, Bukit Damansara; Jalan Kasipillay dan Jalan Parlimen.

“Terdapat seorang wanita yang berjaya dibawa keluar oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Gombak kerana kereta mangsa berada dalam arus banjir, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan di lokasi lain.

“Keadaan air surut selepas 30 minit anggota berada di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Hujan lebat berterusan sejak 3 petang tadi menyebabkan beberapa laluan di sekitar ibu negara dinaiki air dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, namun tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh negara hingga 5 dan 6 petang hari ini.

SIRI JELAJAH RAFIZI DAPAT SAMBUTAN HANGAT

 

Terima kasih kepada semua anggota akar umbi KEADILAN dari seluruh negara yang keluar beramai-ramai untuk berdialog dengan saya dan sahabat-sahabat.

Dalam masa 5 hari, kami turun bertemu anggota akar umbi di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulang Pinang dan Perak.

Kami membuat keputusan berisiko untuk mengadakan pertemuan di siang hari semasa bulan Ramadhan supaya kempen kami tidak bermewah dengan jamuan di hotel-hotel. Mesej kami ialah KEADILAN perlu kembali ke asal kelahiran kita iaitu sebuah gerakan rakyat yang membuang budaya politik ala Umno (bermewah dan bertema bangsawan).

Alhamdulillah sambutan dari anggota cukup memberangsangkan. Kami diberi bekal di setiap tempat yang kami singgahi.


Di Terengganu, kami dibekalkan dengan kuih raya. Di Kelantan, selain kuih, kami diberi bekal berbuka puasa. Kami singgah di Jeli untuk duduk makan beramai-ramai di atas lantai.

Di Kedah, kami diberi bekal lemang dan serunding. Kawan-kawan Perlis memberi bekal harum manis ðŸ¤£

Saya minta maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan berbuka puasa di semua tempat yang kami singgahi. In Sha Allah di lain kesempatan.

Saya berasa tenang dapat bersua muka kembali dengan sahabat-sahabat lama yang telah bersama lebih dua dekad. Dari raut wajah mereka, dari senyuman mereka, dari pesanan yang diberikan, saya faham mesej yang diberikan:

Kami sedia berjuang dan bermula dari bawah seperti dahulu. Kami hanya perlukan pimpinan parti yang tidak begitu selesa dengan pangkat dan kemewahan untuk bersama-sama kami.

Saya telah melalui empat pemilihan parti – 2010, 2014, 2018 dan 2022.

Saya tidak pernah melihat semangat berkobar- kobar untuk bekerja dengan semangat #lawantetaplawan seperti kali ini.

Sama-sama kita bina semula kekuatan dan taring parti.

RAFIZI RAMLI


Ku Li jumpa Amanah Kelantan, rancang strategi tawan Kelantan?

 



Tengku Razaleigh dilaporkan bakal membuat pengumuman penting rentas parti selain program bersama rakyat Kelantan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Satu pertemuan antara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan telah menimbulkan tanda tanya, adakah satu strategi baru sedang disusun untuk merampas Kelantan dari Pas.
Perbincangan antara Tengku Razaleigh atau Ku Li dengan pimpinan Amanah yang diketuai Pengerusi Amanah Kelantan, Muhammad Hussin itu diadakan di Kota Bharu.
Majlis berbuka puasa dianjurkan untuk membayangi perbincangan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) Kelantan dan Tengku Razaleigh.

Selain Muhammad Hussin, turut hadir dalam acara itu ialah bekas pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda Amanah negeri, Hazmi Hassan dan barisan anggota jawatankuasa Amanah negeri.
Untuk rekod, Pas berjaya menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum tahun 1990 selepas bekerjasama dengan Parti Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh.
Malaysiakini melaporkan, Tengku Razaleigh bakal membuat pengumuman penting rentas parti selain program bersama rakyat Kelantan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed dalam satu tulisan di Facebook memberi gambaran mengenai perkara itu.
"Insya-Allah di Kelantan satu usaha sedang digerakkan untuk mengabung berbagai parti, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan anak-anak Kelantan yang berkebolehan untuk menawarkan satu kerajaan alternatif kepada rakyat Kelantan selain daripada kerajaan Pas.
"Selebihnya terserah kepada rakyat Kelantan untuk kekal bersama Pas atau memilih tawaran yang dihidangkan sebagai satu percubaan untuk berubah.
"Parti politik hanya satu persaingan untuk menawarkan apa yang terbaik yang boleh dilakukan.
“Agama, perkauman dan pelbagai tawaran hanya perasa dan penghias hidangan yang boleh menyebabkan pengundi terpedaya dan tersilap pilih," katanya.
Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan Tengku Razaleigh berkaitan pertemuan dan kerjasama yang dikatakan sedang diusahakan.

PasLeak: Pas adalah 'ahlul-nafi', parti yang tidak boleh dipercayai - Mahfuz

 


Abd Hadi Che Awang
PasLeak: Pas adalah 'ahlul-nafi', parti yang tidak boleh dipercayai - Mahfuz
Tegas Mahfuz, penafian yang dibuat bekas partinya itu juga adalah bukan satu perkara baharu. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Penafian demi penafian yang dibuat pemimpin tertinggi Pas berhubung isu dokumen tular yang dikenali sebagai PasLeak, mewajarkan parti itu dilabel sebagai 'ahlul-nafi' atau kumpulan yang suka menafikan sesuatu yang benar.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyatakan, atas sebab itu juga Pas kini dianggap sebuah parti yang tidak boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Tegasnya, penafian yang dibuat bekas partinya itu juga adalah bukan satu perkara baharu sebaliknya telah 'diamalkan' beberapa kali sebelum ini, termasuk ketika beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat.

 Ketika itu, beliau diarahkan untuk membuat kenyataan bagi menafikan 'Gerakan UG' antara pemimpin Pas dan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana akhirnya dirinya terpaksa membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia setelah pembongkaran dibuat sendiri Tun Abdullah berhubung pertemuan dengan beberapa pimpinan Pas secara tertutup.
Mahfuz juga memberikan satu lagi contoh membabitkan klip audio tular melibatkan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dinafikan pimpinan Pas, dan akhirnya diakui sendiri kebenarannya oleh anak kepada bekas Mursyidul Am Pas
"Pas ini ada juga isu lain, pertama sekali Muafakat Nasional, dia berkira dengan UMNO dan akhirnya dia meninggalkan UMNO pergi kepada Perikatan Nasional.
"Hari ini dia sendiri kalau ikut dalam PasLeak sedia berunding dengan Pakatan Harapan khususnya PKR dan Amanah, sebelum Bersatu membuat pendirian bersendirian, maknanya dia sendiri sudah meragui tentang pendirian Bersatu terhadap dia,
"Bagi saya Pas adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai oleh masyarakat Malaysia, sebab penafian yang dibuat ini bukan satu benda yang baharu, dia boleh dilabel sebagai ahli nafi, atau pun 'ahlul-nafi'," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Berbuka Puasa Ahli Parlimen Pokok Sena bersama Kelab Media Elit Kedah di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar pada Isnin.
Mahfuz juga turut mencabar kepimpinan Pas untuk membuat laporan polis sekiranya isu ini tidak benar seperti yang dilakukan dalam beberapa isu lain sebelum ini.
"Saya tidak nampak ada satu kesungguhan, dia menafikan itu sekadar nak melepas batuk di tangga, kalau betul-betul ada orang buat (fitnah), dia boleh buat laporan polis, boleh kerah Pemuda (Pas) untuk buat laporan polis di seluruh negara.
"Sebelum ini pelbagai isu dia boleh buat laporan polis di seluruh negara, tetapi sekarang tidak nampak kesungguhan, takkan kerana letih puasa tidak buat laporan polis," katanya.
Dalam perkembangan sama, Pas juga diminta untuk menyatakan pendirian sebenar mereka berhubung persetetujuan sekiranya hukuman mahkamah dilewatkan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak sekiranya masih berkeras menafikan apa yang dipaparkan didalam PasLeak.
Sebelum ini tular beberapa dokumen di media sosial, yang mendakwa terdapat perancangan rapi untuk mempercepatkan hukuman mahkamah terhadap beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Antara nama yang disebut sebagai ‘perancang utama’ dalam dokumen itu ialah Naib Presiden Pas, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut didakwa mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti politik lain.

BELLA & PENDAKWARAYA


1. Demam kes Bella tak habis2 lagi. Walaupun hakim dah sound jangan komen berlebihan, masih lagi ada yang palatao nak bagi pandangan 2-3 butir mengenai kes. Sampaikan Pendakwaraya (TPR ) pun kena tohmahan.

2. Ramai rakan TPR saya yang terkesan. Ada posting2 yang menidakkan keupayaan mereka dan sampai ada yang fitnah mereka ambil rasuah. Disebabkan mereka penjawat awam, mereka tidak boleh bersuara atau bela diri. Ada yang minta saya tolong ulas dengan gunakan platform ini.

3. Saya taknak ulas mengenai fakta kes kerana boleh jadi subjudis. Cumanya, saya terpanggil nak beri penjelasan mengenai isu Pendakwaraya yang dibangkitkan.

Ada 3 benda yang jadi viral di kalangan netizen.

S1: Kenapa tak dakwa atas kesalahan kes dera, kenapa hanya kes penganiayaan dan pengabaian bawah Akta Kanak2?

J: Tuan puan, tiada seksyen lain bawah undang2 untuk kes DERA kanak2. Sememangnya kes dera kanak2 didakwa bawah Seksyen 31 Akta Kanak2, dan itu yang dilakukan untuk kes Bella. Boleh tengok semua kes dera kanak2 sebelum ni dalam dada akhbar. Semuanya seksyen yang sama. Lainlah kalau melibatkan kematian. Itu seksyen lain pula.

Dera tu bahasa media, bahasa kita. Bahasa undang2 nya:

“Pengabaian/ penganiayaan terhadap kanak2 sehingga mendatangkan kecederaan fizikal atau mental”.

Haaaa…. Itu dia. Punya panjang.

Makanya, janganlah dikecam TPR tidak pandai buat kerja. Walhal kita pun kurang membaca.

***************************************************

S2: Kenapa TPR lemau je, tak bantah soalan Peguambela pada saksi?

J: Keluarkan bantahan ketika soal balas ni ada seni dan aturannya. Bukannya semua boleh kita bantah. Biasanya, soalan2 yang tak relevan dengan kes atau soalan2 leading, itu boleh dibantah. Selain dari tu, takut TPR pulak kena jerkah dengan Hakim sebab ganggu proses Mahkamah.

Kalau setakat Peguambela berpusing2, bukan boleh kita bantah. Yang paling penting, saksi kita steady menjawab. Kalau tak tahu, cakap tak tahu. Memang kerja Peguambela nak bagi keliru.

Bagusnya bila Peguambela macam tu, dan saksi kita steady, Mahkamah akan nampak kredibiliti saksi. Pusing lagu mana pun, jawapan konsisten. Dengan itu, keterangan beliau lebih senang diterima sebagai bukti.

Makanya, jangan lah semborono kata TPR tak buat kerja.

Saya nak share sikit cerita. Dalam dunia peguam ni, Peguambela yang paling legend ialah Mendiang Karpal Singh. Tanya la peguam mana2. Nama dia mmg teratas buat kes jenayah. Dulu kes jenayah high profile, semua dia sapu. Berlambak kes yang dia menang.

Dia menang bukan sebab dia dok bantah sana bantah sini, jerkah2 saksi. Dia antara peguam senior yang paling rilex dalam mahkamah. Dengan peguam junior pun dia hormat.

Strategi dia dalam court, hanya pilih 2-3 points. Itu yang beliau taruk. Selebihnya beliau banyak diam.

Seorang peguam yang baik, bukan semata2 pandai “bark”. But he picks where to “bite”.

Itu seni kepengguaman yang sebenar…

Makanya, kita yang tak tahu menahu ni jangan lah senang2 kata pendakwa tak pandai buat kerja.

*********************************************

S3: TPR lemau, ni mesti sebab ambil rasuah!

J: Adoiii aiiiii… jangan la bulan baik hari baik ni, kita senang2 tabur fitnah. Ya saya memang setuju, satu tandan pisang bukan semuanya baik, ada yang busuk.

Tapi nak terus judge orang lain ambil rasuah, hanya kerana dia ada taktik dan seni buat kerja, saya rasa sangat dangkal punya perangai.

Kes pun tak habis lagi, tak tentu lagi Siti Bainun menang. Perlu ke sekarang nak kena cakap TPR terima rasuah? Description: 😔

Nak kecoh2 dan tabur fitnah pada Mahkamah dan pendakwa pun, bukannya membantu. Malah boleh mengeruhkan keadaan.

4. Makanya, biar lah mereka yang pakar dalam bidang buat kerja... Tengok kes tu chill2 sudah….

5. Teruskan berdoa untuk #Justice4Bella…

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 


NAJIB PERLEKEH HAKIM KAH ?

 Munasabahkan 4 hakim - seorang hakim Mahkamah Tinggi dan 3 hakim Mahkamah Rayuan - menggunakan logik sendiri dalam keputusan mereka??


May be an image of 4 people, people standing and text that says "malaysiakini terkini untuk anda EN BM ZH TA mk BERITA UTAMA Azneal Ishak malayslakinl.com Mahkamah guna logik sendiri, bercanggah dengan bukti- Najib Najib berkata demikian dalam petisyen rayuan bagi kes SRC petang tadi."

MACAM INI PUNYA ISU NAJIB NAK JAWAB MACAMANA ?

 

15 firma Sapura tuntut pembubaran Sapura Projects




Sapura Energy, syarikat induk Sapura Projects, menuntut pembubaran syarikat itu berhubung hutang berjumlah lebih RM308 juta.

PETALING JAYA: Menjelang pendengaran petisyen penutupan yang difailkan terhadapnya oleh pemiutang yang tidak berkaitan, Sapura Projects Services Sdn Bhd dikenakan notis pembubaran oleh syarikat induknya Sapura Energy Bhd dan 14 syarikat seinduknya berkaitan hutang berjumlah RM308 juta.

Dalam langkah yang dilihat untuk mengelakkan Jabatan Insolvensi menjadi penerima jika ia kalah dalam petisyen penutupan oleh DTEC Engineering Sdn Bhd, firma-firma itu memfailkan saman dalam kamar, meminta Mahkamah Tinggi melantik penyelesai pilihan mereka untuk menguruskan syarikat.

Saman itu difailkan pada 21 April, empat hari sebelum pendengaran petisyen penutupan oleh DTEC Engineering yang dihutangi RM13 juta oleh Sapura Projects.

Menurut peguam, difahamkan langkah diambil 15 firma itu adalah bagi mengelak Sapura Projects daripada ditutup kerana banyak kontrak masih berjalan.

Saman dalam kamar itu menyatakan bahawa Sapura Projects berhutang dengan DTEC dan firma seinduknya sebanyak RM308 juta.

Dalam afidavit, firma-firma itu memohon perintah mahkamah untuk melantik Lim San Peen sebagai penyelesai persendirian untuk menguruskan hal ehwal Sapura Projects jika ia ditutup.

Jika permohonan itu gagal dan DTEC berjaya dalam petisyennya, yang akan menyebabkan Jabatan Insolvensi menjadi penerima, firma-firma itu mahu mahkamah mengarahkan penerima memanggil semua pemiutang bermesyuarat untuk mengundi pelantikan penyelesai persendirian yang dicadangkannya dalam tempoh 21 hari.

Pelantikan Lim, katanya, adalah untuk kepentingan terbaik semua pemiutang kerana beliau akan dapat mentadbir urusan Sapura Projects dengan cekap berdasarkan pengalamannya dalam insolvensi korporat.

Dalam petisyennya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Jan, DTEC berkata, Sapura Projects berhutang sebanyak RM19 juta tetapi selepas rundingan, kedua-dua pihak bersetuju dengan penyelesaian penuh RM15 juta pada Disember 2020, dengan ansuran RM1 juta dibayar setiap bulan.

“Bagaimanapun, ia hanya membuat dua pembayaran dan masih berhutang RM13 juta sehingga kini. Semua peringatan dan permintaan untuk pembayaran tidak diendahkan,” katanya.

DTEC berkata, Sapura Projects dianggap tidak berdaya membayar hutang, dan oleh itu, syarikat itu harus ditutup dan penerima rasmi dilantik.

Peguam DTEC Mohd Suffian Shamsudin, yang mengesahkan petisyen dan saman dalam kamar itu berkata, syarikat itu akan menentang permohonan oleh 15 firma Sapura berkenaan.