ZIARAH PUSARA ALLAHYARHAM FADZIL NOOR

 





Menziarahi pusara, Allahyarham Dato' Ustaz Fadzil Noor sebaik tiba di Kedah pagi ini.

Sosok pemimpin yang alim, sederhana dan penuh hikmah dalam bidang dakwah dan siasah di negara ini.

Turut menziarahi kubur Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terletak bersebelahan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan para solihin.

 

OMAR MOKHTAR PEJUANG ANAK MUDA YANG GIGIH DAN KUAT SEMANGAT CALON DUN JOHOR LAMA

 





Saya bukanlah mengenalinya terlalu rapat tetapi saya banyak mengenalinya melalui live "borak dahsyat' saluran media milik YB Abdullah Sani, di mana beliau berperanan sebagai moderator dalam program tersebut.

Hubungan saya dengan tokoh muda ini bertambah rapat apabila saya mulai aktif di dalam "Club House" room "Kerajaan Gagal Kembali" (KGK) dan beliau turut menjadi "moderator/admin" bersama saya dan rakan-rakan yang lain. Orang yang

hebat

biasanya akan diuji dan ditekan. Tidak terkecuali Sdr Omar Mokhtar apabila beliau diminta untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Penerangan AMK Johor. Sama juga seperti insan

hebat

Syed Shah Syed Osman turut menjadi mangsa apabila dilucutkan jawatannya di dalam AMK. Apa salah mereka? Saya pun tidak tahu tetapi yang pasti mereka tidak mahu bersekongkol dengan orang yang suka melabel orang lain apabila berbeza pendapat. Mereka bukan jenis spesis yang suka mencari salah Presiden jauh sekali melekehkan Presiden sendiri. Mungkin sebab itu kedua mereka terpelanting keluar angkara tidak 'radikal' kononnya. Mahu "radikal" mestilah duduk berehat dan hentam Presiden.

Sejarah Libya terdapat seorang pejuang Islam yang

hebat

dan berani bernama Omar Mokhtar. Dikenali sebagai "Lion Desert" (Sang Singa Gurun) dan tokoh

hebat

ini mati ditahan dan dibunuh dalam perjuangannya menentang penjajahan Italy di Libya. Setakat dilucutkan dari jawatan, apa sangatlah buat anak muda didikan YB Abdullah Sani ini.

Saya mendoakan agar nama Omar Mokhtar pada tokoh muda ini sedikit sebanyak terpalit keberkatannya dari nama "Lion Desert" Omar Mokhtar Libya tersebut. Beliau baru melangsungkan perkahwinannya dan pencalonan beliau sebagai calon Keadilan di Dun Johor Lama merupakan hadiah paling berharga buat pengantin baru ini dan pasangannya.

Saya impikan dan doakan Sdr Omar Mokhtar menang di kawasan yang ditandinginya ini. Saya juga impikan regu Adam Adli dan Omar Mokhtar berada di saf pimpinan utama AMK Malaysia bagi mengejutkan AMK dari tidur lena dan bangkit sebagai anak muda yang sejati bukan "Sajatti".

InsyaAllah, saya akan turun bantu Sdr Omar Mokhtar di Dun Johor Lama walaupun sedikit hatta pacak sehelaj bendera Keadilan bagi memastikan beliau menang. " Bekerja belum tentu menang, tidak bekerja pasti tewas". Selamat berjuang, anak muda!!

WFAUZDIN NS

 

Impian nak jadi jurutera tak kesampaian, kini berniaga sambal acar ikan masin pendapatan cecah RM4,000 sebulan

 


Impian nak jadi jurutera tak kesampaian, kini berniaga sambal acar ikan masin pendapatan cecah RM4,000 sebulan


Impiannya mahu menjadi jurutera tetapi graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Robotik dan Automasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Nur Ashikien M Azhar terpaksa akur dengan persaingan tinggi lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang ini.

Enggan mempersiakan masa, gadis ini memilih untuk menceburkan diri dalam perniagaan makanan demi kelangsungan hidup.

Namun, siapa sangka idea menjual sambal acar ikan masin yang dimasaknya sendiri berjaya merubah hidupnya yang kini bergelar usahawan muda.

Bercerita lanjut, anak ke-3 daripada 5 beradik ini berkata, perniagaan yang diusahakannya secara dalam talian itu bermula Julai 2020 berbekalkan modal Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Tamat Pengajian 2016, Buat Banyak Kerja Sebelum Pulang Kampung Untuk Berniaga

Nur Ashikien berkata, “Saya tamat pengajian pada 2016 dan selepas itu banyak kerja saya buat antaranya jadi kru restoran sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur untuk sertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Selepas tamat SL1M, saya jadi Perunding Unit Amanah hampir setahun hingga akhir 2019 sebelum memilih untuk pulang semula ke kampung halaman kerana pendapatan tidak tetap ditambah pula kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Tiada Kerja 6 Bulan

“Saya tiada kerja selama 6 bulan kerana pandemik C0vid-19 dan dari situlah idea untuk berniaga muncul dengan memanfaatkan sepenuhnya wang BPN,” katanya.

Menurutnya, dia bermula dengan modal RM300 daripada BPN untuk menghasilkan 30 botol sambal acar ikan masin.

“Pada mulanya sambutan hanya dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Jualan Cecah 500 Botol, RM4,000 Sebulan

“Namun, selepas saya berusaha belajar teknik promosi perniagaan yang betul dan hasilkan kualiti produk lebih baik, Alhamdulillah kini purata jualan mencecah 500 botol dengan pendapatan lebih kurang RM4,000 sebulan,” katanya.

Nur Ashikien yang mempunyai 330,000 pengikut di aplikasi TikTok miliknya, @umeazhar berkata, ibunya, Samerah Buthirie, 59, antara orang kuat yang sentiasa memberi sokongan penuh dalam perniagaannya.

“Saya manfaatkan sepenuhnya aplikasi TikTok, tetapi tidak guna teknik ‘hard selling’ sebaliknya menghasilkan kandungan menarik mengenai kehidupan harian supaya netizen tidak jemu untuk tonton.

Melalui TikTok, Permintaan Sambal Meningkat

“Bila satu perkongsian saya viral (tular) di TikTok secara tidak langsung permintaan sambal meningkat.

“Disebabkan itulah saya konsisten untuk menghasilkan kandungan menarik supaya permintaan jualan tidak putus,” katanya.

Impian Jurutera Tidak Pernah Pudar

Ditanya mengenai impiannya bergelar jurutera, Nur Ashikien berkata, hasratnya itu tidak pernah pudar.

“Tipulah saya tidak mahu jadi jurutera, 4 tahun saya belajar di UTeM, keinginan itu ada. Tetapi, saya perlu sedar belum ada rezeki dalam bidang itu.

“Saya tidak pernah berasa tempoh saya belajar di universiti itu sia-sia kerana dapat peroleh pengalaman dan ilmu,” katanya.

Anak muda yang hebat. Tidak terlalu memilih kerja, berterusan berusaha untuk mencari rezeki. Semoga gadis ini menjadi usahawan yang lebih berjaya dan menginspirasi lebih ramai orang agar tidak berputus asa.


PENDEDAHAN BARU DI MAHKAMAH! (16 Feb 2022)- APA KATA MAK CIK CERDIK PEKAN ?




Bagaimana duit rakyat Malaysia diguna oleh penasihat Najib untuk hadiah ARAK kepada pelakon DiCaprio.

Apa komen anda? #1MDB #bossku #bosskur

https://www.freemalaysiatoday.com/.../parti-liar-jho.../...






 

Muhyiddin Tuduh PAS Sesat


Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PN dapat sambutan hangat dengan kehadiran Mahaiddin dan Hadi Awang, tapi dulu Mahiaddin cakap PAS PART AJARAN SESAT.

PRN Johor | 'Tidak perlu pertikai kesetiaan Pas kepada PN' - Muhyiddin


Kalau tanya Pas, dia kata Keadilan dikawal oleh Dap. Amanah pun dikatakan 'anak' Dap. Terbaru, parti Muda pun disebut 'anak Dap'. Dah tu, Pas anak apa? Jenis bohsia ni agaknya dapat anak apa? Cer jawab!!


 



Tidak perlu pertikai kesetiaan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Pengerusi gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, ini kerana Pas sudah bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejak awal penubuhan gabungan itu, sebelum turut disertai parti Gerakan Rakyat Semalaysia (Gerakan).




MISI MEMBALAS DENDAM : Ambil ‘popcorn’, tunggu kisah pemimpin Umno dijaja, kata Zahid

 


Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak pelik jika lebih banyak kisah
 pemimpin Umno dijaja sebagai strategi untuk menjejaskan kredibiliti
 parti itu.

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin parti itu dijangka terus menjadi sasaran musuh politik yang akan melemparkan pelbagai tohmahan menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor bulan depan.

Beliau berkata, ironinya segala bentuk tohmahan dan tuduhan akan mula timbul ketika musim pilihan raya sahaja.

“Jika tidak ada pilihan raya, tidak keluar apa-apa cerita. Tiada fail, tiada rundingan.

“Dalam cerita-cerita ini, prinsipnya mudah – kebenaran itu berpilih-pilih. Perkara yang dianggap jahat dan menyalahgunakan kuasa hanya akan menjadi salah dan jahat, jika tidak menyebelahi pihak mereka,” katanya di Facebook.

Oleh itu, beliau berkata, tidak pelik jika lebih banyak kisah pemimpin Umno dijaja sebagai strategi untuk menjejaskan kredibiliti parti itu.

“Kita tunggulah selepas penamaan calon dan tempoh berkempen dalam PRN Johor nanti, pelbagai cerita pemimpin Umno akan terus dijaja.

“Strategi mereka, jika tidak boleh menyerang calon-calon Umno di Johor, alihkan perhatian ke drama di peringkat nasional. Ayuh, ambil ‘popcorn’, kita tunggu episod seterusnya,” katanya.

Kenyataan itu menyusul tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan pemimpin Perikatan Nasional lain mengkritik Zahid, beberapa pemimpin Umno serta “kluster mahkamah” yang didakwa memaksa PRN Johor diadakan.

Zahid berkata, apabila Bersatu dan Pakatan Harapan berkuasa, Umno berdepan banyak tekanan, khasnya untuk menyingkirkan dirinya dan Najib Razak.

Katanya, pemimpin Umno mesti dituduh sebanyak mungkin kerana tidak menyertai Bersatu, tetapi bekas pemimpin parti itu seperti Mustapa Mohamed dan Mas Ermieyati Samsudin dikecualikan selepas mereka melompat ke Bersatu.

Beliau berkata, prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah hanya terpakai kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kini Presiden MUDA), tetapi bukannya pemimpin Umno.

Baru-baru ini, Muhyiddin menerusi dua ceramah mendakwa Zahid meminta bantuan beliau menyelesaikan kes rasuahnya. Tetapi katanya, beliau enggan memenuhi permintaan mereka kerana tidak mahu mencampuri urusan mahkamah.

HA..HA....





Ha ha APA KOMEN ANDA?








KITA TAK MUNGKIN MENANG SEMUA-TAPI KITA JANGAN KALAH SEMUA-SENARAI TEMPAT DAN CALON PKR PRN JOHOR


 

PROFIL 7 LAGI CALON PKR PRN JOHOR-KITA TUTUP KHEMAH BESAR

 

W.FAUDZIN

Dia minta khemah besar. Kita pun buat khemah besar untuk Muda. Kita suruh masuk khemah, tapi dia memiilih pulak...tak mahu masuk. Maka, khemah kita tutup dan kita bertanding 20 Kerusi. Lepas ni jgn dok ungkit2 dan salahkan Anwar ok.


Berikut senarai calon selepas pengumuman oleh Presiden KEADILAN petang tadi, sekaligus 20 kerusi DUN KEADILAN bakal calonnya selesai diumumkan.

Lawan Tetap Lawan!

#KEADILAN #keadilanjohor















BERTEMU TUNKU MAHKOTA JOHOR


Satu setengah jam bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menjunjung kasih atas jamuan makan malam dan kesudian berbincang soal pembangunan negara serta negeri Johor Darul Ta'zim.

Terkesan dengan keprihatinan dan sikap terbuka Tuanku dalam pertemuan tersebut.

 




ADA CIRI CIRI PERSAMAAN.

 


NORMAN RADZUAN


Azmin Ali dan Syed Sadiq ciri2 persamaan mereka seorang dianggap ‘anak Atok’ dan seorang dianggap ‘cucu Atok’…. Mereka ini dlm PH ibarat melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi masuk tidak memenuhi.

Aku tak faham mantik apa yg Mat Sabu belajar dlm politik puluhan tahun dah mcm tak ada anak2 muda berbakat dlm Amanah. Jika tidak ada seorang anak MUDA dari Amanah bakal jadi YB selepas PRN Johor.

Kita suruh Abg Mat sama2 baiki rumah yg rosak… dia pergi beli khemah besar yg anytime boleh koyak atau diterbangkan angin….pengsan.

 

KEADILAN umum 7 calon, tiada kerusi diberi ke parti lain





 

KEADILAN mengumumkan 7 lagi calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sekaligus melengkapkan 20 kerusi kesemuanya.

Tiada satu kerusi pun diberikan kepada Muda.

Dalam ucapan pengumuman calon di Kampung Kopok Baru, petang tadi, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyelar sikap Menteri Komunikasi dan Multimedia yang tidak membenarkan calon calon pembangkang berkempen menggunakan media rasmi di tengah tengah keterbatasan ceramah umum menghadapi peraturan ketat Covid 19.

"Kita seperti biasa menjelaskan melalui proses demokrasi. Demokrasi kita ini tercemar kerana banyak tonggak demokrasi itu dirosakkan. Media alternatif ada tetapi media arus perdana penting juga.

"Tv yang dikuasai kerajaan tidak memberikan ruang seperti dijanjikan. Saya masih ingat pertemuan dengan PM Ismail Sabri, sekurangnya (minta diadakan) ruang untuk pembangkang dan wakil mereka menyampaikan mesej, tidak sama dengan dinikmati Umno BN tetapi ada sedikit ruang.

"Itu janji yang disampaikan oleh PM kepada Menteri Komunikasi Tan Sri Annuar Musa, tetapi sampai hari ini, seperti mana berlaku di Melaka dan Sarawak tidak ada perubahan itu berlaku," katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menegur sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak proaktif dalam memastikan pengundi keluar mengundi pada PRN kali ini.

"SPR tidak ada kekuatan memberi teguran supaya PRN bebas dan adil. Apa tugas SPR? Tugas bukan sahaja ikut peraturan kecil. Suruh daftar pengundi pos di Singapura pun gagal. Tugas SPR cari jalan orang keluar mengundi.

"Ingat Undi 18 (dulu alasan), tidak siap, macam macam sehingga saya beri kata dua kepada PM Ismail Sabri, memorandum kerjasama akan terbatal sekiranya Undi 18 tidak diteruskan. PH yang menetapkan mesti diselesaikan tahun lalu.

"Kita mahu SPR bertindak lebih proaktif. Berwibawa, meletakkan SOP. Semua mesti pakai pelitup muka. SPR perlu memberi teguran, media (perlu) bebas.

"Kita berjuang mengikut lunas demokrasi dengan segala keterbatasan yang ada. Tetapi ini bukan pula alasan kita tidak bekerja kuat," katanya lagi.

Baki 7 calon DUN yang diumumkan Anwar petang termasuk muka baharu dan lama, iaitu:



Haryati Abu Nasir (DUN Semarang)

Khairuddin A Rahim (DUN Rengit)

Zulinah Johari (DUN Tenggaroh)

Omar Mokhtar A Manap (DUN Johor Lama)

Rosman Tahir (DUN Tanjung Surat)

Haniff @ Ghazali Hosman (DUN Benut)

Mohd Zaiful Bakri (Kukup)

 

THAILAND DAH TUKAR NAMA...MALAYSIA. ???


 


Thailand dah tukar nama, Malaysia khabarnya mau tukar juga...

Please share

Support @ wwe.zunar.my

#rasuah

(LIVE) Anwar Ibrahim: Majlis Pengumuman Calon Keadilan Zon Timur & Tenga...

PENGKHIANAT HENTAM PENYAMUN


 

KESIAN EBIT LEW 😭 RUPANYA INI YANG SEBENARNYA BERLAKU ⁉️

KALAU BERSEKONGKOL,DIAM TIDAK MENEGUR PEMIMPIN RASUAH , BAGAIMANA PULA HADI ?



Hadi beri peringatan, Allah laknat pemberi, penerima dan rakyat yang mengundi pemimpin rasuah


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, adalah mustahil untuk negara menghapuskan budaya rasuah jika pemimpinnya masih lagi mengamalkan politik wang.

Beliau menyifatkan langkah untuk mengekang aktiviti korupsi ketika ini hanyalah seperti menampar nyamuk di kawasan longkang yang terdedah sehingga membiakkan nyamuk berkali ganda banyaknya.

Justeru beliau mengingatkan, rakyat yang memilih pemimpin kerana politik wang yang berkonsepkan kebendaan pasti akan menempah kemusnahannya.


“Allah swt melaknat pelaku, penerima, pemberi dan semua yang terlibat dengan kegiatan rasuah, termasuklah rakyat yang melantik atau mengundi pemimpin dengan rasuah dan memilih yang mengamalkan rasuah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Hadi beri peringatan, Allah laknat pemberi, penerima dan rakyat yang mengundi pemimpin rasuah

Beliau juga mengingatkan bahawa Islam menunjukkan pendekatan politiknya dengan meletakkan rukun kehidupan manusia itu mengikut tertib maqasid al-syari‘ah iaitu memelihara agama, akal, keturunan, maruah dan harta.

Pada masa yang sama, meletakkan syarat integriti syakhsiah berprinsipkan aqidah agama, akhlak dan ilmu bermanfaat menjadi konsep tanpa mendahului harta, ujarnya.

“Hal ini demikian kerana, harta tanpa syakhsiah yang berintegriti tidak akan mampu menguruskan harta dan masyarakatnya. Akan tetapi, harta boleh dihasilkan dengan kemampuan ilmu dan syakhsiah yang berintegriti.

“Harta kekayaan sahaja tanpa integriti boleh merosakkan dan menghabiskan harta dengan sia-sia. Ilmu tanpa integriti menjadikan seseorang itu penipu, semuanya akan merosakkan diri, masyarakat dan negara,” katanya lagi

 

TIBER...FAHMI REZA KENA

 

MOHD SHAH RIM

Tengku Razaleigh Hamzah cakap PAS parti pelacur, tak ada tindakan, Mahiaddin Yassin cakap PAS parti ajaran sesat, tiada tindakan, Fahmi Reza kena tindakan..??



PN AKAN MENENTUKAN NASIB BN DI PRN JOHOR

 


Oleh KHALID ABD SAMAD

Semasa PRN Melaka, BN telah mendapat hanya 38% undi popular namun memperolehi majoriti 2/3 kerusi di DUN Melaka. Keadaan ini mungkin dianggap pelik, namun itulah hakikatnya. Ianya berlaku kerana undi yang menolak BN telah berpecah di antara PH, yang mendapat 37% dan PN, yang mendapat 25% undi popular.

Memecahkan ‘undi menolak BN’ adalah peranan yang dimainkan oleh PN dan inilah apa yang diharapkan oleh para strategis BN. Dan inilah apa yang telah berlaku. Apabila ‘undi menolak BN’ berpecah, maka BN akan menang walaupun tidak popular di kalangan majoriti pengundi.

Di Melaka 62% pengundi menolak BN, namun hasil strategi pecah dan perintah ini, BN muncul sebagai pemenang dengan penuh bergaya. BN menang dengan mencapai 2/3 majoriti di Dewan Undangan Negeri Melaka!

Sebenarnya strategi yang sama telah diusahakan BN semasa PRU 14. Pada masa itu PAS digunakan sebagai alat pecah dan perintah dengan dipujuk dan dipikat BN untuk meninggalkan Pakatan Rakyat (PR). Harapan BN adalah, dengan itu PR akan kalah di Pantai Barat kerana PR akan kehilangan undi PAS. Sambil itu, PAS akan kalah di Pantai Timur kerana kehilangan undi PR.

Strategi ini gagal apabila pembentukan PH bersama Tun dan PPBM telah berjaya dilakukan. Akibatnya, di Pantai Barat, undi BN sendiri telah berjaya dikurangkan apabila sebahagian pengundi BN mengundi PH dan undi PH melebihi undi BN walaupun PH telah kehilangan undi PAS.

Sebagai contoh, di Shah Alam, undi BN telah berkurangan dari 38,000 semasa PRU 13 ke hanya 22,000 pada PRU 14. Maka, walaupun PH telah kehilangan 15,000 undi PAS, namun PH mendapat undi tambahan sebanyak 16,000, iaitu dari pengundi yang telah undi BN pada PRU 13.

Di Pantai Timur, strategi ini telah gagal juga kerana pengundi PH mampu membaca strategi BN. Kebanyakan dari mereka telah memutuskan untuk tidak mengundi PH pada PRU 14 kerana kalau itu dilakukan maka BN akan menang. Secara sedar, mereka mengundi PAS kerana pada ketika itu PAS tetap dianggap lebih baik dan kurang mudaratnya berbanding BN. Oleh itu ‘undi tolak BN’ berjaya disatukan di Pantai Timur menghasilkan kemenangan PAS. Namun demikian, malangnya, PAS setelah menang lupa daratan dan sanggup terus diperalatkan BN sehingga digelar sebagai sekadar ‘Bohsia’ dan 'Pelacur' oleh pimpinan BN.

Dalam suasana dan realiti sebegini, PN sebenarnya memegang kunci kepada kekalahan BN di Johor. Setelah puas digunakan oleh BN, PAS dan PPBM sekarang ini ingin dibuang oleh BN. Ini jelas berlaku di Melaka di mana selepas PRN Melaka, dua ADUN PPBM diabaikan BN dan mereka duduk bersama pembangkang yang diketuai YB Adly Zahari. PN terus dihina BN dengan gelaran-gelaran memalukan dan diperlakukan sebagai kumpulan yang tiada nilai dan tidak bermaruah. Ini dilakukan walaupun BN masih memerlukan sokongan PN di Putrajaya. Hina sungguh PN dilakukan sedemikian rupa oleh BN namun BN yakin PN tidak akan bertindak balas kerana perkara yang amat sangat disayangi mereka sedang dipegang kemas oleh BN.

Mereka tidak mampu melawan balik, selain mengeluarkan kata-kata manja memujuk dan merayu…

Namun, sepertimana saya sebutkan tadi, sebenarnya PN memegang kunci kepada kekalahan BN di Johor. Sekiranya PN tidak lagi sanggup diperalatkan sebagai pemecah ‘undi menolak BN’ maka BN akan dapat dikalahkan di Johor!

PN kena akui, peranan yang dimainkan mereka di Melaka akan berulang di Johor. Sepertimana di Melaka, PN tidak mampu mengatasi undi BN dan PH. Akhirnya BN juga akan menang kerana PN bertindak sekadar pemecah ‘undi menolak BN’. Dan dengan kemenangan BN itu, PN akan terus dihina dan diperlekehkan serta nilai yang ada pada PN tidak akan disedari atau dihargai. Dan seterusnya, begitu jugalah kisahnya pada PRU 15 kelak!

PRU 15 mungkin terhasil apabila PN tidak lagi tahan dengan penghinaan dan jolokan pemimpin-pemimpin BN dan menarik sokongan mereka terhadap kerajaan BN pimpinan Ismail Sabri. Atau apabila BN sendiri menganggap ianya sesuai diadakan setelah PN terus berpaut untuk bersama walaupun dihina dan diperlekeh setiap hari dan ketika. Pada PRU 15 itu, akan berulang kembali suasana yang sama dan PN akan kalah sekali lagi dan dipinggirkan seperti di Melaka dan juga semestinya, di Johor.

Oleh itu saya harap PN memahami betapa mereka telah dan sedang digunakan oleh BN untuk memuaskan nafsu BN untuk berkuasa bersendirian. Dengan itu PN perlu hentikan dirinya dipergunakan sebegitu rupa dan menzahirkan diri sebagai parti yang bermaruah dan mempunyai harga diri. Hentikan diri dari digunakan sebagai pemecah ‘undi menolak BN’ dengan tidak bertanding dalam PRN Johor. BN akan kalah dan dengan kekalahan ini BN akan kembali merayu dan memujuk PN untuk bersama dalam PRU 15. Baru akan terzahir nilai tambah yang dibawa PN.

Mungkin apa yang dicadangkan akan dilihat agak ekstrim oleh sebahagian pimpinan PN. Namun ini sahaja caranya untuk mengajar BN yang telah puas memperalatkan PN dari sejak ‘Langkah Sheraton’. Perlu diperakui kelicikan BN. Menyokong PN pada awalnya hanya untuk muncul sebagai juara akhirnya.

Pepatah Melayu menyebut, “sokong membawa rebah” dan inilah nasib PN di tangan BN. Disokong pada awalnya supaya PH dijatuhkan dan akhirnya dijatuhkan pula PN dengan penuh hina dan nista.

Saya ulangi, PN pegang kunci kepada kekalahan BN di Johor. Kalau PN boycott PRN Johor, ‘undi tolak BN’ akan menyatu dan BN akan dikalahkan. Baru BN tahu langit tinggi atau rendah dan datang melutut kepada PN untuk bersama dalam menghadapi PH semasa PRU 15.

 

NAK SOKONG LAGI UMNNO ?






Busuk Punya Game

Pelbagai 'move' dan 'game' UMNO buat. Macam-macam strategi dan kaedah digunapakai demi memastikan Johor jadi milik UMNO. Ramai sangat pakar yang menawarkan diri untuk jadi hero. Ada lebih dari 4 team yang sedang bergerak di Johor. Masing-masing cuba membuktikan bahawa idea dan strategi team mereka yang paling baik.

'Game' yang paling busuk ialah ambil pelakon murahan. Pakaikan lebai, angkat banner dan bunting lepas tu mengaku ahli PAS. Suruh pelakon laungkan ketidakpuasan hati terhadap pimpinan PAS Nasional kerana memilih Perikatan Nasional bukan Muafakat Nasional. Maka terpekik terlolong la pelakon seolah-olah baru hafal skrip semalam. Nampak sangat busuknya.

Gerakan seumpama ini hanya terfikir oleh orang-orang tua dan lama je (oldskol). Sekarang orang dah tak buat kerja-kerja bodoh gini. Kalau la sebelum dapat kuasa dah menipu, selepas berkuasa lagi la kuat tipu rakyat. Lagipun dah tentu PAS kenal ahli-ahli mereka. Rakyat tak nak yang berhormat, rakyat nak seseorang yang jadi wakil rakyat. Berkhidmat untuk rakyat. So kalau dah menang dengan cara tipu, korang rasa mereka ni akan lahirkan pemimpin yang baik ke.

Sebenarnya UMNO 'desperate'' untuk menang. Momentum kemenangan Melaka mungkin tak mampu dibawa ke Johor. Sebab itu mereka terpaksa guna pelbagai kaedah demi memastikan kemenangan. Jika Johor tersungkur, imej UMNO akan jatuh, reputasi akan hilang. Kepercayaan rakyat terhadap penguasaan UMNO akan pudar.

Hari ini rakyat sedar bahawa UMNO tidak lagi relevan untuk menjadi pemerintah. Bukan kerana partinya tetapi kerana pimpinannya yang masih mengamalkan sistem dan cara lama. "No Money No Talk". Duit tarak, keje pun tak jalan. Ada duit kami sayang, tak ada duit tak payah sembang.

So korang masih rasa UMNO layak memerintah?

 

LAIN KALI BAWA JA ANAK KE SEKOLAH LAIN ATAU KE SEKOLAH SWASTA...IBU MENGAMUK DAN "WARNING" GURU

 Ibu mengamuk cikgu denda anak cuci longkang


Prestasi akademi anak tidak memberangsangkan, mendorong si ibu menyerang seorang guru anaknya melalui aplikasi WhatsApp, lapor OhBulan!

Selain ibu bapa, guru juga memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak dan mengajar kita tentang erti kehidupan. Tanggungjawab guru sebenarnya sangat berat, kalau mereka menegur atau beri hukuman untuk anak muridnya ia hanyalah untuk beri pengajaran. Bukannya niat lain.

Macam kisah yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna di Twitter ni, seorang ibu/bapa kepada seorang murid menghantar mesej (Whatsapp) kepada guru.

Dia ingin tahu mengapa anaknya seperti tiada perkembangan dalam pelajaran, kenapa kena denda cuci longkang dan sebagainya. Ini respon guru tersebut..

Tiada adab dan tanpa soal selidik, guru dipersalahkan di atas masalah tersebut sehingga tergamak si ibu memberi guru itu amaran kerana mendenda anaknya mencuci longkang.

Cikgu Dhiya, ‘diserang’ oleh ibu pelajar Tingkatan 4 bernama Hazril Faizul, melalui applikasi WhatsApp.
“Apa yang cikgu ajar anak saya? Tak nampak prestasi langsung. Awak sebagai cikgu seharusnya ambil tahu perkembangan murid. Jangan ambil mudah, saya tidak mahu anak saya tercicir dalam pelajar.

‘Apa yang cikgu ajar anak saya?’

Difahamkan, pelajar berusia 16 tahun itu, Hazril Faizul, juga kerap ponteng kelas menyebabkan guru bernama Dhiya tiada pilihan lalu mendendanya mencuci longkang.

“Saya dengar anak saya didenda oleh cikgu yang mengarahkannya mencuci longkang. Apa salah dia sampai didenda sebegitu? Saya beri amaran pada cikgu, jangan sesekali ulang perkara yang sama!” tegas wanita itu tanpa bertanya terlebih dahulu.

‘Saya warning cikgu’

Ekoran tiada sifat hormat pada guru, Cikgu Dhiya mendedahkan perangai anak wanita itu yang sememangnya bermasalah.

Perbualan WhatsApp di antara si ibu dan guru berkenaan kini viral di media sosial. Ramai netizen yang mengkritik tindakan si ibu yang menyerang Cikgu Dhiya dengan cara yang biadab.

“Tak hairanlah anak dia pun buat perangai di sekolah,” kata netizen.

Enggan beralah dan berterusan dipersalahkan, Cikgu Dhiya membuat pilihan untuk menjawab dan menjelaskan kepada si ibu tentang perangai anaknya di sekolah.

‘Saya tak boleh dah nak menegur nanti mak ayah serang report polis..’

“Anak puan memang bermasalah. Class Biology saya hanya 3 atau 4 kali sahaja dia hadir dalam sebulan. Datang sekolah, tetapi kelas saya, dia tak masuk.

“Datang ke sekolah, siap bawa handphone. Tetapi homework yang diberikan tidak pernah nak disiapkan. Salah ke saya denda cuci longkang surau sebagai pengajaran?

“Saya tak sentuh pun anak puan. Kalau saya sebagai pendidik tidak boleh mendidik anak puan, lebih baik puan sajalah yang mendidiknya. SAya tak boleh dah nak menegur, nanti mak dan ayahnya serang, lapor polis dan sebagainya. Saya didik murid saya mengikut cara saya. Kalau tak puan tak suka, maafkan saya,” jelasnya.

Tambah Cikgu Dhiya lagi, dia hanyalah manusia biasa yang banyak kekurangan. Namun dia telah cuba sedaya upaya mendidik anak muridnya menjadi yang terbaik.

“Saya sayangkan anak-anak murid saya. Saya tidak mahu mereka rosak disebabkan fikiran kolot ibu bapa mereka. Puan sepatutnya hormat saya sebagai guru, bukan main terjah saya,” katanya.

Cikgu Dhiya juga turut menasihatkan wanita terbabit untuk duduk berbincang dengan anaknya itu bagi mengetahui apa masalahnya yang sebenarnya.

Hasilnya? Mungkin si ibu sedang menanam kepalanya di dalam tanah. Mungkin?