BUDAK UMNO DAH BUAT KERJA

 





Azhar Ismail is with Azhar Azhar.

tl23o9olum2190hih  · 

UMNO BN Ledang dh start buat kerja...

Modus operandi:

Dia ckp dia budak Tg Agas. Mnyamar kunun dlu bekas penyokong PH, kerja dgn DAP skg dh bertaubat. Masuk kampung2 burukkan DAP dan fitnah PH....

Dia pikir org Melayu kampung2 skg ni bodoh mcm tahun 1970an agaknya. Dia pikir org2 Melayu kampung2 ni xdpt capaian internet...

Tp, x taulah kalau Melayu2 kt kampung2 tu mmg kurang cerdik, xda maklumat Dan x tau yg UMNO BN tu mmg penyamun....

Aloooo brader... Sila munculkan diri, hadap Ayahanda Bunga Azhar Ledang. Buat program open, kita debat secara live one by one bab politik ni secara gentleman...!

Kalau lu ada telor laaaa....

Bring it on bebeh.... Harrrr355

 

Tahniah Pas dapat juga 4 kerusi simpati dari Umno Johor..

 

Padan lah dapat 4 kerusi. Kepada parti yang melukut ditepi gantang memang selayaknya diberi kerusi yang hanya berdasarkan kepada simpatisme dari parti yang nak di tumpang. janganlah merungut kerana Pas sekarang bukan yang dahulu kerana pemimpinnnya sanggup menyembah Umno demi menumpang kuasa yang ada dari kemenangan. Menjadi pecacai memang mudah kerana itulah hakikat sebenarnya.




MENZIARAH GOLONGAN TUA- STEVEN SIM






Lebih 50 tahun Uncle Ah Hock tinggal dalam rumah usang, tak ada bekalan api, tak ada air paip, malah tandas pun tak ada. Tahun lepas, saya bina semula rumah baru untuk Uncle Ah Hock dalam masa 9 hari.

Jadi CNY ini, Uncle ada rumah baru. Description: 🏠

Namun, dia sentiasa terkenang zaman keluarganya masih ada. Ketika itu, tahun baru Cina walaupun tidak mewah tapi sekurang-kurangnya ada bersama orang tersayang.

Tahun baru Cina ini saya beri satu kejutan kepada Uncle. Saya hias rumahnya cantik-cantik, bawa sedikit kuih raya dan saya belikan baju baru warna merah untuk Uncle, kasi dia "Ong" pada tahun Rimau ini.

Apabila saya hulurkan ang pow ke tangannya, air mata Uncle Ah Hock terus mengalir 

"Lama tak sambut tahun baru Cina, tak sangka saya yang sudah tua ini pun boleh dapat ang pow," Uncle berseloroh.

Walaupun tak dapat menggantikan ahli keluarganya yang sudah tiada, saya cuba beri sedikit keceriaan kepada Uncle Ah Hock.

"Uncle tidak keseorangan, saya ada di sini bersama Uncle."Description: 🙋🏻‍♂️

Saya anggap orang Bukit Mertajam macam keluarga besar saya. Saya akan sentiasa berusaha menjaga keluarga saya.

Demi masa, hargailah apa yang ada di depan kita.

Selamat menyambut tahun baru Cina. Gong Xi Fa Chai Description: 🧧Description: 🧧

幸福,就是珍惜当下的一切,珍惜身边的人事物。恭祝各位阖家幸福,虎啸祥瑞。

 

Benarkah kanak-kanak lelaki umur 10 tahun, belum akil baligh boleh buat gadis mengandung?

 

Benarkah kanak-kanak lelaki umur 10 tahun, belum akil baligh boleh buat gadis mengandung?


Seorang gadis 14 tahun yang tular pada Januari lalu susulan mengakui mengandungkan anak kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun selamat melahirkan bayinya baru-baru ini.

Bagaimanapun, tembelangnya terpecah apabila ada seorang doktor pakar urologi dan andrologi mendedahkan yang budak lelaki berkenaan masih kanak-kanak!

Malah dia belum akil baligh pun lagi! Mana ada sel sperma untuk dihasilkan yang boleh bersenyawa dengan ovum untuk menjadi janin!

Budak lelaki 10 tahun bukan bapa bayi itu

Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya gadis berusia 14 tahun itu mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 16 tahun!

Gadis berkenaan memberi alasan beliau tidak mahu bercakap benar ketika itu kerana terlalu malu dengan kejadian yang menimpanya pada ketika itu.

Gadis dari Rusia itu popular sekelip mata di laman Instagram susulan perkongsiannnya di laman media sosial itu. Malah beliau kini mempunyai 150,000 pengikut di Instagram!

Ibu gadis berkenaan menghidap kanser dan beliau mengakui berita mengejutkan mengenai anaknya yang mengandung memberinya alasan untuk terus hidup.

Polis negara berkenaan masih meneliti sampel asid deosiribunokleik (DNA) dari bayi baru lahir itu.

Selamatkah kehamilan remaja?

Kehamilan remaja atau usia muda bermaksud kehamilan yang berlaku pada remaja perempuan berumur di antara 10 dan 19 tahun.

Banyak kesan dan akibat yang akan dihadapi oleh remaja perempuan yang hamil, bukan setakat menanggung masalah yang biasa dihadapi oleh setiap perempuan yang hamil tetapi kesan bagi remaja yang hamil lebih dari itu seperti masalah mental, sosial, kewangan dan juga menghadapi risiko kematian.

Masalah kepada ibu mengandung atau kandungan?

Setiap kehamilan pasti ada cabarannya yang tersendiri. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehamilan remaja.

#1. Masalah kepada bayi yang akan lahir

  • Kurang berat lahir (kurang 2.5 kg)
  • Kelahiran awal (premature). Remaja yang mengandung selalunya melahirkan anak awal dari jangkaan atau kurang daripada 37 minggu.
  • Kematian, disebabkan bayi yang lahir di kalangan remaja yang hamil selalunya tidak mendapat penjagaan kesihatan yang mencukupi.

#2. Masalah kepada remaja yang hamil

  • Tekanan darah tinggi. Ini kerap berlaku semasa kehamilan pertama.
  • Kesukaran semasa proses kelahiran disebabkan pinggul remaja yang sempit termasuk penggunaan alat untuk membantu proses kelahiran.
  • Kurang darah/anaemia
  • Komplikasi kelahiran yang boleh mengakibatkan kematian.

Memetik laporan Berita Harian, menurut pakar kesuburan,  memang tidak dinafikan pada usia kira-kira 11 tahun ini kanak-kanak terlalu subur mengandung tetapi faktor fizikal tidak membenarkan mereka berbuat demikian.

Turut menjadi persoalan, pada usia terlalu muda, adakah kanak-kanak bersedia melakukan hubungan intim selepas berstatus isteri.

Kanak-kanak memiliki bentuk tulang pinggul yang kecil dan tidak mampu menampung bayi yang dikandungnya. Selalunya, kanak-kanak bawah umur yang mengandung apabila bersalin dilakukan secara pembedahan dan bukannya kelahiran normal.

Dalam tempoh mengandung kanak-kanak terbabit boleh mengalami masalah tekanan kerana jiwanya sendiri belum bersedia menjadi ibu.

Risiko mengandung usia muda

Dalam usia 20an, anda kurang berkemungkinan untuk mengalami keguguran. Malangnya, keguguran awal adalah perkara biasa.

Namun yang baiknya, lebih muda usia anda, lebih rendah risiko anda mengalaminya. Risiko keguguran meningkat apabila usia bertambah, dan ini adalah

  • kira-kira satu dalam 10 pada usia 20 tahun
  • satu dalam lima pada usia 30 tahun
  • kira-kira satu dalam dua pada usia 40 tahun
  • kira-kira tiga dalam empat daripada usia 45 tahun hingga seterusnya

Kurangkan risiko

Walaupun risiko mengandung dan melahirkan pada usia muda sangat tinggi, ada cara yang boleh anda lakukan untuk ibu dan bayi yang selamat untuk dilahirkan dengan sihat. Nak buat macam mana kan, sudah mengandung pun.

  1. Rujuk secara berkala ke obstetrik – Daftarkan diri untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan bayi dan rahim mereka secara percuma
  2. Mengelak dari dadah haram, alkohol – Ini harus dielakkan kerana risiko membahayakan janin.
  3. Makan makanan yang sihat – Terutamanya suplemen mengandung yang mengandungi 0.4 mg asid folik setiap hari untuk perkembangan sistem saraf bayi.
  4. Cari sokongan – Anda boleh mendapatkan sokongan dari saudara-mara dan rakan-rakan terdekat untuk kesediaan mental anda. Jangan berasa malu, ragu, atau takut menghadiri pelbagai kaunseling mengenai kesihatan seksual dan organ-organ pembiakan sedia ada. Sentiasa memperkayakan diri anda dengan pelbagai maklumat kesihatan dan keselamatan diri, termasuk dari pelbagai jenis keganasan seksual.
  5. Bertemu dengan kaunselor atau kumpulan kaunseling yang boleh membantu anda mendapatkan maklumat atau membuat keputusan tentang hubungan, kehamilan, pengambilan atau pengguguran – Anda boleh mengetahui di Persatuan Perancang Keluarga Indonesia.

Adakah PH akan bantu selamatkan Ismail? soal Puad


Puad Zarkashi mencadangkan supaya Ismail mengadakan PRU untuk membolehkan kerajaan mendapat mandat lebih selesa. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata, kerajaan sedia ada tidak akan tumbang walaupun Perikatan Nasional (PN) menarik sokongannya terhadapnya.

Katanya, seperti mana sokongan tipis Barisan Nasional (BN) di DUN Johor mendorong gabungan itu untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN), keadaan adalah sama dalam kerajaan persekutuan di mana Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berdepan ‘majoriti lemah’.

“Sebab itulah kerajaan persekutuan perlu mengambil langkah sama di Johor. Jika benar khabar angin Ismail diancam, tidak bermakna kerajaan sekarang tumbang,” katanya.

“Kerajaan ini boleh diselamatkan dengan sokongan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH). Lagipun, wujud MoU (memorandum persefahaman) antara kerajaan dan PH. Tapi persoalannya, adakah sokongan mereka secara percuma?

Puad berkata, antara keputusan yang membawa kepada desakan BN Johor membubarkan DUN ialah Bajet Negeri 2022 hampir tidak diluluskan selepas 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH berkecuali daripada mengundi.

“Sebab lain pula ialah kegagalan melantik senator Johor daripada MCA kerana ugutan daripada Bersatu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Nizham Abdullah Hamidi memaklumkan, ancaman Bersatu dan PAS baru-baru ini untuk menarik balik sokongan terhadap Ismail adalah contoh tepat mengapa negara memerlukan mandat baharu daripada rakyat.

Sambil menyifatkan sokongan lemah terhadap Ismail boleh menggugat kestabilan negara, Puad berkata, ia menakutkan pelabur dan menjejaskan perkhidmatan awam.

“Jadi adakah senario politik seperti ini sihat?,” katanya.

“Cadangan Nizham supaya kerajaan mendapat mandat baharu adalah tepat.”

Persatuan persoal TNB naikkan harga elektrik sedangkan catat keuntungan tahun lalu

 

Persatuan persoal TNB naikkan harga elektrik sedangkan catat keuntungan tahun lalu


Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) mempersoal tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mahu menaikkan harga elektrik tahun ini sedangkan berjaya mencatat keuntungan tahun lalu, lapor Malay Mail.

Bagi kumpulan ini, kenaikan bil utiliti sebanyak 18.4 peratus untuk perniagaan yang berjalan pada margin di bawah 10 peratus boleh memberi kesan kepada keuntungan perniagaan mereka.

“Walaupun kami dapat memahami keperluan untuk pelarasan berkala dalam harga, kami tidak boleh menerima kuantum atau masanya, terutamanya sejak TNB melaporkan lonjakan 9.6 peratus dan 4.6 peratus dalam hasil dan pendapatan masing-masing untuk sembilan bulan berakhir 30 September, 2021.

“Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din dipetik sebagai berkata ‘permintaan dijangka bertambah baik dalam beberapa bulan akan datang dan tahun depan (2022) apabila lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka untuk perniagaan.”

“Oleh itu melalui pengakuan TNB sendiri, syarikat utiliti nasional itu akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam beberapa bulan akan datang, dan tidak ada sebab untuk kenaikan mendadak itu, terutamanya kerana ia berhasrat untuk mengurangkan pergantungan kepada arang batu dalam portfolionya daripada 45 peratus dalam 2021 kepada 10 peratus menjelang 2035,” kata pengerusi kumpulan Samenta Datuk William Ng.

Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini mendedahkan bahawa tarif tenaga akan dinaikkan bermula 1 Februari. Beliau hanya menegaskan bahawa kenaikan itu tidak akan “membebankan” kepada pengguna. Namun bagi pengguna domestik, kerajaan mengumumkan bahawa tiada kenaikan tarif elektrik yang akan berlaku.


PAGI PAGI BANGUN BERSYUKUR-UPSSSS BOLEH CAKAP BERCUKUR PADA YANG PELAT- KENA SENYUM....


 HIKAYAT SEBUAH KETUANAN!

Apa Komen Anda?
More cartoons / support @ www.zunar.my





WALL STREET JOURNAL BERKATA MALAYSIA ADALAH NEGARA PALING KORUP UNTUK MELAKUKAN RASUAH DALAM PERNIAGAAN




Transparency International berkata Malaysia mendapat markah paling teruk dalam Tinjauan Pembayar Rasuah. Ia bertanya kira-kira 3,000 eksekutif dari 30 negara sama ada mereka telah kehilangan kontrak pada tahun lalu kerana pesaing membayar rasuah—dan di Malaysia, 50% berkata ya. Kedua dalam senarai penghormatan yang meragukan ialah Mexico, pada 48%.

Jepun disenaraikan sebagai tempat paling tidak rasuah di dunia untuk menjalankan perniagaan, dengan hanya 2% daripada responden mengatakan mereka telah rugi kerana rasuah.

Negara jiran Malaysia Singapura berada di tempat kedua paling bersih, iaitu 9%. Malah Indonesia, dengan reputasi rasuah yang telah lama wujud, bernasib lebih baik daripada Malaysia yang lebih maju: ekonomi terbesar Asia Tenggara mencapai 47%. Sebagai perbandingan, 27% responden di China berkata mereka berpendapat rasuah telah menyebabkan perniagaan mereka rugi.


“Ia menunjukkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan bahawa rasuah dalam sektor awam boleh menjadi sistemik dan dalam erti kata yang diinstitusikan,

 

Source : WSJ

Umur baru 16 tahun, masih bersekolah, anak Jamal Abdillah dah jadi tauke kedai makan bantu ibu cari duit

 

Umur baru 16 tahun, masih bersekolah, anak Jamal Abdillah dah jadi tauke kedai makan bantu ibu cari duit


MAHU membantu ibu menjana pendapatan keluarga, penyanyi Zaki Yamani menceburi bidang perniagaan dengan membuka gerai makanan dan minuman di medan selera yang terletak di Kajang, Selangor.

Menurut Zaki, 16, gerai diberi nama Ngopi Dulu Yop yang beroperasi sejak dua bulan lalu itu menyediakan pelbagai menu makanan segera inspirasi dari Korea serta minuman berasaskan kopi.

“Idea nak berniaga ini datang dari saya dan ibu saya. Memandangkan ibu pun dah tak kerja lagi dan saya pun tak boleh mengharapkan duit show semata-mata, jadi kenalah cari pendapatan sampingan untuk kami berdua.

“Sewa rumah nak kena bayar, saya pun masih bersekolah jadi semuanya memerlukan pembelanjaan. Kami rasa membuka gerai menjual makanan dan minuman ini merupakan salah satu cara untuk jana pendapatan. Alhamdulillah sambutan baik daripada pelanggan.

“Boleh dikatakan setiap hari saya turun ke kedai selepas sesi persekolahan, hujung minggu memang kawasan ni penuh, mujurlah kami ada tiga pekerja yang membantu menguruskan kedai ini,” katanya kepada mStar.

zaki 3

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi pop Datuk Jamal Abdillah ini mengakui berasa bangga kerana impiannya untuk memiliki perniagaan makanan dan minuman akhirnya tercapai.

Malah, dia merancang untuk menambah cawangan dan kios di beberapa kawasan lain, selain meneroka perniagaan baharu.

“Selain di Kajang, kita juga ada kios di Setapak, Kuala Lumpur… di sana pun kami jual pelbagai jenis minuman berkopi dan perisa buah-buahan. Perancangan selepas ini nak buka satu lagi cawangan di Shah Alam.

“Alhamdulillah saya berbangga sangat di usia 16 tahun saya sudah memiliki perniagaan sendiri dan dapat bantu ibu jana pendapatan untuk keluarga.

“InsyaAllah selepas ini saya akan keluarkan produk kosmetik dan pencuci wajah jenama saya sendiri,” ujarnya.

zaki 2

Pembukaan kedai makanan dan minuman ini bukan sahaja memberi peluang kepadanya untuk mempelajari selok belok perniagaan semata-mata, penyanyi lagu Slow Mo ini juga berkata dia dapat memperbaiki cara berkomunikasi dengan orang ramai.

“Kalau dalam pelajaran saya minat bidang kejuruteraan, tapi perniagaan pun salah satu benda yang saya suka.

“Saya seronok bila dapat layan pelanggan. Kalau di gerai ini saya juga jadi barista yang buat air, memang dapat jumpa macam-macam perangai pelanggan.

“Secara tak langsung saya dapat belajar cara macam mana nak perbaiki percakapan apabila berhadapan dengan orang ramai,” katanya.

INDONESIA DAH MAJU. JOKOWI DAH PANGGIL BALIK INDON. KINI MALAYSIA AMBIL BANGLA



Inilah kerajaan Keluarga Malaysia. Keluarga yang

hebat
adalah keluarga yang besar. Jadi sebab nak besarkan keluarga, kita bagi masuk Bangla.
Kerajaan terpaksa import pekerja sebab kerajaan ini terlalu cemerlang sehingga rakyat negara ini semua sudah senang lenang dibantu kerajaan. Jadi rakyat tak perlukan kerja. Terpaksa ambil Bangla.
Kerajaan risau simpanan KWSP rakyat sikit sangat. Nak bagi simpanan KWSP banyak, kena naikkan gaji. Tapi nanti tauke yang miskin. Maka kerajaan pun kasi tambah Bangla.
Hebat
kan?

Ibu muda ini menjual air tebu segar di bawah terik matahari ditemani anak kecilnya yang baru berusia 3 bulan

 

Ibu muda ini menjual air tebu segar di bawah terik matahari ditemani anak kecilnya yang baru berusia 3 bulan


Kisah ibu muda yang dikongsikan di laman Facebook Vitaminbae. Tular gambar seorang ibu muda yang menjual air tebu di tengah panas ditemani bayinya yang baru berusia 3 bulan. Kisah ibu muda ini mendapat banyak perhatian daripada masyarakat sekitar Tawau, Sabah.

Cuba Nasib Jual Air Tebu Segar
Menurut Vitaminbae, ibu muda ini baru sahaja mencuba nasib dengan menjual air tebu selama 3 hari. Air tebu yang dijual juga semuanya segar dan dibuat sendiri oleh dia dan suaminya. Mereka akan menggiling tebu pada awal pagi untuk dijual pada tengah hari. Air tebu tersebut dibotolkan dan dijual dengan harga RM5 bagi sebotol bersaiz 1.5liter.

Berikut perkongsian Vitaminbae :

“Semalam, ramai kawan² di Fb ni tag kami berkenaan seorang akak yang menjual air tebu di tepi jalan berhadapan SMK Kuhara Tawau. Terima kasih kami ucapkan kepada semua kawan² yang prihatin, jazakumullah kheir..

Alkisahnya, perancangannya ingin mencari akak ni petang hari. Sekitar jam 2 kami melalui tempat ini, rezeki berjumpa dengan akak ni pada awal masa dia buka jualannya. Alhamdulillah.

Luar biasa semangat akak ni. Dalam cuaca tengahari yang tidak menentu ditemani anaknya yang baru berusia 3 bulan, sang ibu tetap kuat berjuang menghabiskan jualannya. Subhanallah!

Alhamdulillah, dapat berkongsi sedikit rezeki kawan² semua dengan memborong semua air tebunya.

ang saya terharu, bila akak ni kata rezeki ni dia nak bagi² dengan anak jirannya yang berusia 5 bulan, yg diuji dengan s4kit lumpuh. Allahu akbar..

Moga ada masa nanti kita dapat berjumpa dengan anak yang dimaksudkan. Amin. Terima kasih.”

Alhamdulillah, jualan ibu ini mendapat sambutan orang ramai. Malahan ramai yang ingin memborong jualannya. Hebatnya semangat seorang ibu.

Kisah ibu muda ini juga telah dikongsikan di Facebook 8channel.

ESOK LUSA ISMAIL SABRI AKAN KATA TANGGUH DULU DEMI PILIHANRAYA....




Mulai 1 Februari perkhidmatan ATM akan dikenakan caj RM1. Satu lagi usaha membantu rakyat oleh kerajaan Isnail Sabri.

Terbaik

.

Berani dia kan? Masa nak PRN Johor ni berani dia buat macam ni. Tapi jangan bimbanglah. Ini cuma satu adegan dari lakonan mereka.

Esok lusa Isnail akan arahkan bank untuk tangguh dulu caj ini. Kesian rakyat tengah susah. Dan lepas itu dia pun jadi hero rakyat.

Dah kenal sangat dengan sandiwara BN ni. Dia yang buat isu, dia juga yang jadi hero selesaikan. Yang bodoh rakyat yang percaya lakonan mereka.

Raja Gelap

.

 

MUHYIDDIN BELUM SEMPAT TEKAN BUTANG, UMNO TEKAN DULU


 

Kes Zuraida Kena Saman KEADILAN RM10 Juta Bermula 29 Mac

 




Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Kes saman KEADILAN sebanyak RM10 juta terhadap bekas naib presidennya, Zuraida Kamaruddin kerana meninggalkan parti itu ditetapkan untuk perbicaraan mahkamah selama dua hari mulai 29 Mac ini.

Peguam KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen mengesahkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan pendengaran penuh tindakan undang-undang berhubung kes tersebut akan dibuat pada 29 hingga 30 Mac.

“Pengurusan kes baru sahaja selesai pagi ini. Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 29 dan 30 Mac 2022,” katanya.

Ketika dihubungi, peguam Zuraida, Nizamuddin Abdul Hamid turut mengesahkan perkara itu.

Pada 19 Nov tahun lepas, pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi, Latifah Mohd Tahar menolak permohonan Zuraida untuk membatalkan saman KEADILAN dan memutuskan terdapat isu yang perlu dibincangkan dalam pendengaran penuh.

Zuraida yang juga menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Zuraida, yang menang kerusi parlimen Ampang buat kali pertama atas tiket KEADILAN pada 2008, kini menjadi ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu.

Terdahulu, Latifah berkata antara isu yang boleh dibawa ialah isu sebelum PRU14 pada 2018, bahawa semua ahli parlimen KEADILAN telah menandatangani bon dengan bersetuju untuk didenda RM10 juta setiap seorang jika mereka berpaling tadah kepada parti lain selepas menang sesuatu kerusi yang ditandingi, sama ada sebagai Adun atau ahli parlimen.

Sebelum ini, Zuraida dalam afidavitnya mendakwa saman yang dikemukakan KEADILAN ke atasnya bersifat “dendam” selepas dia meninggalkan parti tersebut.

Dalam hujah yang dikemukakan kepada mahkamah, Zuraida berkata perlembagaan KEADILAN sendiri memberi kebebasan kepada ahlinya untuk meletakkan jawatan tanpa menyatakan sebarang kewajiban mengenai penalti berbentuk pampasan atau balasan.

Pada 2 Oktober 2020, KEADILAN memfailkan saman RM10 juta terhadap Zuraida kerana keluar daripada parti itu.

Writ saman menyenaraikan Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution mewakili KEADILAN dalam tindakan undang-undang itu.

Zuraida bersama 11 anggota parlimen lain meninggalkan KEADILAN pada Februari 2020 untuk bersama Bersatu, Umno-BN, Pas dan GPS bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Selepas itu, beberapa anggota dewan undangan negeri yang berpihak kepada Azmin juga bertindak keluar daripada parti itu.

Pada 30 Dis 2020, melalui pernyataan pembelaannya, Zuraida menyatakan bahawa bon RM10 juta yang ditandatangani ahli KEADILAN sebelum bertanding pada PRU14 adalah tidak sah kerana Perlembagaan Persekutuan melindungi hak untuk menyertai atau meninggalkan parti politik.