ISLAM TERBELAKAH ?

AHMAD SHAHRIL

Islam makin terbela bawah kerajaan PN kata walaun...


 Image may contain: ‎3 people, ‎text that says "‎Halimah Mohamed Sadique PUNDCSMM صديق محمد بنت حليمة Zaharin Mohd Yasin 25m Perkhabarar yang diberi kepada Mempelai perempuan orang Melayu berkahwin dengan Sikh yang Khabar sudah menukar agama. Katanya anak orang kayangan.. Ada siapa kenal?. Like 90 Comments 23 Shares Comment Share Minister National Unity incumbent Assumed office March Monarch Abdullah Prime Minister newsbeezer.com Muhyiddin Yassin Deputy couple ogame TiLian Ker Preceded Indian Singh Pawar Malaysian Napwa Saddique ixyears jalandhar, Punjab, National unity, Waytha Moorthy Ponnusamy nPrime Miniater's Department ZAMAN PN BEBAS TUKAR AGAMA? Halimah Mohamed Sadique, Minister‎"‎‎

SOKONG ANWAR DIGELAR TAKSUB, SOKONG MAHATHIR DIPANGGIL BERPRINSIP?

 

"Kami bukan taksub batang tubuh seseorang. Kami berpegang kepada prinsip", kata seorang pemimpin dalam PH.

Apa prinsipnya?

Kita kena terima Mahathir kerana Mahathir banyak jasa kepada PH. Dia PM yang kata "manifesto bukan kitab suci", maksudnya boleh dibuat, boleh ditinggalkan. Jasa Mahathir lagi, dia tidak peduli manifesto tentang janji menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim. Anwar dituduh mendesak Mahathir letak jawatan, tapi kita buat2 lupa tentang Mahathir yang merengek2 minta untuk terus jadi PM selepas apec. Anwar kita persalahkan.

Apa lagi prinsip kita? Kita kena pertahankan Mahathir kerana Mahathir seorang pemimpin yang jujur kerana meletakkan jawatan PM tanpa dibincang di dalam Majlis Presiden PH, tidak sepertimana beliau diangkat sebagai calon PM dari PH dulu adalah melalui Majlis Presiden. Beliau tidak mahu menyusahkan semua pimpinan dalam PH untuk hadir mesyuarat, maka Mahathir buat keputusan seorang diri. Inilah pemimpin yang kita mahu iaitu yang tidak banyak menyusahkan kita.

Prinsip kita jelas iaitu mesti bawa Mahathir masuk ke dalam PH kerana Mahathir berani berterus terang secara terbuka menyatakan beliau tidak boleh bekerjasama dengan Anwar. Seperti Shafie Apdal juga, terus terang sebut Pengerusi PH mesti ditukar jika mahu menang PRU. Alasannya, kita gagal tolak bajet baru2 ini. Sebelum ini, kita sebagai Pembangkang sentiasa menang tolak bajet. Betulkan? Oleh kerana kedua2 mereka ini dari awal lagi berterus terang secara terbuka menolak Anwar, maka prinsip kita mestilah terima kedua tokoh ini menyertai PH bagi "memperkuat dan menyatukan" "Grand Coalition" ini.

Jangan lupa, Mahathir pernah bercita2 untuk mewujudkan kerajaan perpaduan sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan PM. Besar jasanya kepada kita atas cita2 tersebut kerana jika terwujudnya kerajaan perpaduan, maka automatik kerajaan PH berkubur bahkan nama PH itu pun akan disemadikan oleh Mahathir. Takkan kita lupa sejarah bagaimana orang tua ini pernah mengharamkan partinya sendiri iaitu Umno? Demi kuasa dan tidak mahu ada orang lain ambil keduduksnnya, dia sanggup haramkan Umno, yang dikatakan parti keramat orang melayu. Maka, tidak pelik dia cuba untuk melakukannya terhadap PH. Bijaknya beliau, maka wajarlah beliau dibawa masuk ke dalam PH. Mana tahu, ada rezeki boleh Mahathir haramkan PH pula.

Sesiapa yang mahu kekalkan janji PH untuk mengangkat Anwar sebagai PM, kita anggap tiada prinsip macam kita. Sokong Anwar, ertinya kamu taksub pada batang tubuh. Sokong Mahathir, ertinya kamu mulia, berhemah, berprinsip dan "rahmatan lil alamin".

Wallahu Aklam.

WFAUZDIN NS

 

 Image may contain: 6 people, including Kak Ida Abdullah, people standing and close-up


KAK IDA ABDULLAH

Kami bukan sekadar penyokong tetapi segala susah senang pemimpin kami lalui bersama.

Gambar kenangan kes mahkamah. DSAI singgah selepas sesi Parlimen. Dalam mahkamah kami duduk dengar pembicaraan, bukan kutip dan baca.

Sistem pincang yang menganiaya dan memangsa siapa sahaja yang penguasa tidak suka.

Sebagai rakyat yang terlibat dengan derita DSAI sekeluarga saya ingin melihat mereka yang menzaliminya mendapat balasan setimpal agar tidak ramai yang mencontohi penzalim dan menghalalkan perbuatan zalim mereka demi mengekalkan kuasa.

Kemudian mereka dinobat pemimpin

hebat

! Puihhh!

 

AMANAH NAK LETAK CALON DI INDERA MAHKOTA ?


AHMAD SHAHRIL

 Aku suka,aku suka,aku suka calon ni bertanding ats tiket Amanah...sebab apa aku suka calon pkr tak perlu kerja kuat sgt klu lawan mamat ni ..blh fokus pd lawan yg lain jea yg ni cer tanya org beserah apa kata mereka...confirm diaorg kata beserah jea la.


Image may contain: 1 person

MUDA utamakan pemikiran baru?


Malaysiakini - Syed Saddiq denies attending 'drug party', to lodge report  against news portal


MUDA utamakan pemikiran baru?

Waktu saya menubuhkan Parti MUDA (ROS bila nak luluskan parti MUDA ni?), saya tidak pernah merancang untuk parti ini hanya dibina secara esklusif kepada orang muda sahaja.

Untuk bina negara, kita perlu yang muda, tua, melayu, cina, india, yang rajin, yang punya cita-cita dan yang jujur. Tak boleh orang muda sahaja.

Sebab itu MUDA adalah untuk semua. Yang saya fikir penting untuk negara bukannya usia, tetapi pemikiran yang muda, segar dan baharu.

Negara kita hari ini masih lagi selesa dengan cara lama (dan salah).

Asalkan ahli politik, wajib ada jawatan dalam GLC.
Asalkan kamu adalah kroni, wajib diberi projek dan membayar wang kepada parti.

Ada juga orang muda yang menganut cara lama terutamanya dalam politik.

Anda juga boleh memiliki seseorang yang berusia semuda 21 dan 22 tahun, tetapi masih menggunakan pemikiran lama, kronisme, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan mahu ‘mempermainkan’ sistem itu.

Sebab itu, negara perlukan cara dan pemikiran baru.



MEMBESARKAN PH LEBIH PENTING DARIPADA GABUNGAN BESAR, PARTI KECIL MESTI TERIMA KEPIMPINAN ANWAR

 

Melontarkan idea pembentukan gabungan besar pembangkang pada hakikatnya bukanlah suatu kesalahan, malah cukup baik dalam usaha PH mengejar cita-cita untuk menjadi kerajaan semula.

Ini kerana politik ialah permainan nombor dan bagi tujuan itu, semua orang akan mencari jumlah yang lebih besar berbanding lawannya.

Tetapi, dalam konteks di negara ini, PH sudah pun ada sebagai pembangkang yang mampu memainkan peranannya, bukan saja untuk “semak dan imbang’, malah juga untuk mengambil alih kerajaan.

Untuk itu, apa yang diperlukan hanyalah membesarkan lagi PH yang sudah sedia ada, bukannya membentuk gabungan besar yang lain yang bermaksud kedudukan PH perlu diruntuhkan.

Parti-parti yang belum menyertai PH seharusnya dibwa menyertai gabungan itu dan menerima kepimpinan Anwar Ibrahim yang sudah dipersetujui sebagai penerajunya.

Tiada PH Plus atau nama-nama lain diperlukan lagi, sebaliknya PH yang sedia ada sudah mencukupi.

Adalah janggal dan tidak masuk akal jika parti baru yang mahu menyertai PH meletakkan syarat kepimpinan gabungan itu mesti ditukar bersekali dengan kemasukan mereka.

Lebih tidak masuk akal lagi kiranya ada parti baru itu berkehendakan mereka pula mengetuai PH setelah menyertainya.

Begitu juga, turut tidak masuk akal jika ada parti dalam PH sendiri yang ingin membawa parti lain di luar PH menyertai PH, tetapi memberi gambaran kedudukan Anwar sebagai Pengerusi PH perlu digantikan.

Dalam hal ini, jangan lupa, selain Anwar sudah sedia memimpin PH, PKR yang diwakilinya juga mempunyai 38 kerusi Parlimen di dalamnya.

Susah derita Anwar mengumpul kekuatan pembangkang sehingga hari ini dan pernah berjaya menjadi kerajaan di pusat dan beberapa negeri, kalau mahu diimbas dan diceritakan, tentulah lagi panjang huraiannya.

Berbanding dengan Pejuang yang hanya ada 4 Ahli Parlimen dan Warisan sekadar punya 9 Ahli Parlimen (seorang meninggal dunia dan masih menunggu tarikh PRK Batu Sapi ditetapkan), kedudukan Anwar yang mewakili PKR menerajui PH seharusnya tidak dipertikaikan.

Apakah DAP dan Amanah setuju jika ada pemimpin baru yang ingin menyertai parti mereka, tetapi terus meminta diberikan jawatan Setiausaha Agung dan Presiden?

Apa yang seharusnya DAP dan Amanah lakukan, jika jujur dan ikhlas terhadap aspirasi perjuangan PH, mereka semestinya mempertahankan kepimpinan PH sedia ada.

Mana-mana ahli baru memang digalakkan menyertai PH demi tujuan membesarkan lagi gabungan itu, tetapi mereka mesti menerima kepimpinan Anwar.

DAP dan Amanah seharusnya memainkan peranan meyakinkan mana-mana parti yang ingin menyertai PH agar menerima kepimpinan Anwar, bukan memperlihatkan kecondongan memilih pemimpin parti baru untuk menerajui PH.

Anwar sebagai Pengerusi PH adalah mewakili institusi PH itu sendiri.

Dalam konteks Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal, harus jangan lupa, selain kedua parti itu lebih kecil, Pejuang belum lagi diluluskan pendaftarannya, manakala Warisan baru saja ditumbangkan daripada menerajui Sabah.

Maka, daripada akal mana yang memberi logik mereka itu lebih layak daripada Anwar untuk mengambil alih terajui PH atau memimpin gabungan besar PH Plus?

Selain itu, jangan dilupakan juga tentang silap mata Tun Mahathir yang sebenarnya telah meruntuhkan PH sebagai kerajaan sebelum ini semata-mata ingin terus berkuasa tanpa terikat dengan janji peralihan kuasa kepada Anwar yang dipersetujunya sendiri sebelum beroleh kuasa.

Mujur Tuhan tidak merestui idea kerajaan perpaduan yang ingin dibinanya itu, di mana beliau sendiri turut jatuh tersembam akhirnya.

Sudah gilakah kita sampai beliau dengan kecurangannya yang nyata itu mahu diambil semula sebagai ketua?

Namun, sebagaimana disebut awal tadi, politik ini adalah permainan angka dan membesarkan PH bagi tujuan kemantapan bersaing bukanlah suatu kesalahan.

Tapi, baik Pejuang atau Warisan, mereka mesti akur dengan kedudukan Anwar dan PKR yang lebih mantap dan kukuh dalam PH sekarang dan untuk itu, harus menerima kepimpinan beliau selaku Pengerusi PH tanpa sebarang syarat.

Jika enggan, silalah kekal bersendirian dengan 4 dan 9 kerusi Parlimen sedia ada sekarang serta tunggulah ke mana nasib masing-masing bakal dibawa arus dalam PRU15 akan datang nanti. 

(Shahbudindotcom 19/12/2020)



Grand Coalition lebih banyak buruk?

 

Grand Coalition lebih banyak buruk?

Idea ‘Grand Coalition’ yang dilontarkan oleh beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) terutama dari Amanah perlu diperhalusi dan dicermati terutama dalam konteks perjuangan jangka masa panjang pembangkang.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, R. Yuneswaran berpendapat idea tersebut tidak munstahil mempunyai lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Katanya, peranan Pengerusi PH sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak dua dekad berjuang untuk mencipta Malaysia yang lebih baik adakah akan dikekalkan selepas terbentuknya grand coalition tersebut?

“Setiap pandangan dan idea harus diraikan namun PH perlu ada satu mekanisme yang jelas membentuk satu gabungan besar. Ada beberapa perkara harus diteliti oleh gabungan baharu sebelum ditubuhkan.

“Saya juga ingin menekankan tiga perkara yang perlu dipersetujui oleh PH iaitu, siapakah yang akan mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen jika mahu penubuhan Grand Coalition, masihkah Datuk Seri Anwar dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang?

“Kedua, adakah PH akan terus diketuai oleh Datuk Seri Anwar selepas gabungan baharu ini diwujudkan?

“Ketiga, adakah semua parti-parti pembangkang termasuk DAP, Amanah, Warisan, UPKO, Muda dan Ahli Parlimen Bebas setuju sebulat suara pada PRU15 kelak Datuk Seri Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri?” tanyanya dalam satu kenyataan.

Menurut Yuneswaran lagi, Datuk Seri Anwar telah melakukan usaha yang terbaik untuk mengembalikan kerajaan mandat rakyat, namun atas faktor-faktor yang di luar kawalan hal itu masih belum berjaya. Oleh itu, kesalahan tidak wajar diletakkan ke atas bahu beliau.

“Selaku Presiden KEADILAN dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar telah melakukan usaha yang sewajarnya untuk mengembalikan mandat rakyat walaupun, umum tahu bahawa beliau bukanlah puncanya kejatuhan kerajaan PH pada bulan Mac 2020 yang lepas.

“Kesalahan atas kegagalan usaha untuk mengembalikan mandat melalui sidang parlimen tidak harus diletakkan di atas bahu beliau. Ini adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Kegagalan Tun Mahathir untuk mempertahankan kerajaan PH telah memberi impak besar kepada negara dan PH sendiri khususnya KEADILAN yang hilang beberapa Ahli Parlimen,” katanya.

Sehubungan itu, Yuneswaran menggesa agar Majlis Presiden PH bersidang segera bagi menyusun semula strategi dan menyatukan kekuatan bagi persediaan awal menjelang PRU yang mungkin akan diadakan bila-bila masa dari sekarang. Majlis Presiden juga, katanya perlu berbincang kerjasama antara parti-parti pembangkang.

“Kita harus bersama-sama berganding bahu mengumpul kekuatan, untuk melawan musuh yang sama, iaitu Perikatan Nasional,” katanya lagi.

RENTASAN MINGGUAN 095 | MALANG BUAT PENEROKA FELDA, FELDA SAH TENAT PEMU...



MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 095
1. BERGERAK KE DEPAN TAK SEMESTINYA TUKAR NAKHODA 2. FELDA SAMPAI SEKARANG MASIH TENAT, KENAPA DIAM? 3. NO ANWAR NO DAP - MOMOK UNTUK KEKALKAN KUASA 4. 10 BULAN DI PUTRAJAYA - SUDAH SELAMATKAH KITA?





SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT?



“Benda baharu yang belum ada kasih sayang menggalakkan kerja khianat. Siapa nak percaya. Pengkhianat suka kata, dia adalah “Penyelamat”. Sebaliknya perosak.” Namun, dalam sibuk pemimpin UMNO menggelar BERSATU pengkhianat, Ahli Parlimen UMNO menyokong Belanjawan 2021 yang dirangka oleh BERSATU dan rakan sekongkolnya, ahli UMNO yang kini menduduki kabinet XXXL Muhyiddin.




JANGAN KONTROVERSI FFIRA MIKAH BERULANG LAGI!


Sementara itu Bernama melaporkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai berkata perkara tersebut hanya dibincangkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak dibawa untuk tindakan dalam Mesyuarat Exco kerajaan negeri bagi tujuan kelulusan. “Semua nama-nama jalan, taman, lokasi atau stadium yang nak dinamakan sempena apa-apa kena bincang di peringkat majlis kerajaan tempatan dahulu kemudian dibawa ke dalam Mesyuarat Exco untuk kelulusan,” katanya, seperti dipetik Bernama.



SEMUANYA MAHATHIR



 Ni lagi komen Amanah tempat aku. Baca:

Ahmad Munir..

Grand Coalition.. 

ApaNya Mangkok Oiii


Yang Jadi Pengerusi PH Sebelum Nih Mahathir

Yang Letak Jawatan Pengerusi PH Pun Mahathir

Yang Jadi PM Kerajaan PH Pun Mahathir

Yang Letak Jawatan PM Kerajaan PH Pun Mahathir

Yang Peralatkan PH Selama Nih Mahathir.. 

Yang TUMBANGkan Kerajaan PH Nih pun Mahathir!!!

Yang MemecahBelahkan Komponen PH Mahathir

Yang Dibuang Dari Umno Mahathir

Yang Dibuang Dari Bersatu Mahathir

2 MP Keluar Dari Pejuang Kerana Mahathir

Pejuang Tak Diluluskan Pun Kerana Mahathir

Ramai Pemimpin Pelbagai Parti Telah Menolak Mahathir

Rakyat KebanyakkanNya Pun Dah Menolak Mahathir 

anYg Gila Nak Jadi PM Berkali² Pun Mahathir

Menifesto Bukan Kitab Suci Mahathir

Orang Melayu Malas Kata Mahathir

Yang Kaya Raya Anak-Anak Mahathir

Yang Paling Takut Anwar Jadi PM Mahathir

Punca Kecelaruan Politik Sehingga KeHari Ini Mahathir

Tiba-Tiba Yang 11 Nih Muncul Dan Cuba Jadi Juara Dengan Serahkan Tengkok Untuk Dipancung😱

PELIK BIN AJAIB🤣🤣🤣

Lupa Or Rabun Or Buta Or Pekak Ke Nih? 

Bodoh n Bengap Tak Kesudahan

🤣🤣🤣🤣

PUSINGAN MASIH PANJANG - ANWAR JANGAN MENGALAH


Menanti pintu langit di kayangan terbuka.  Bukan harapan, tapi itu satu kewajipan.  Berusaha utk selamatkan negara dari terus dikuasai sang pengkhianat akan dapat pahala besar di sisi Allah samada usaha itu berjaya atau tidak.  Hendaklah ada di kalangan kamu puak yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.  

Persetankan suara-suara yang dibisikkan oleh Sang Saka tua perosak negara melalui ejen2nya agar Anwar menghentikan tekanan ke atas rejim pintu belakang.  Menghentikan tekanan bermaksud memberikan kekuatan kepada musuh.  

Anwar, teruskan perlawanan ini.  Lakukan amanah kamu sebagai pemimpin kami.  Dapatkan hak kami yang telah dirompak itu.  Kami di bawah sentiasa menyokong dan mendoakan usaha gigih kamu. Usah dihirau kepada suara2 orang yang telah berputus asa.

Lakukan usaha kamu dengan sedaya upaya kerana "Islah" itu tidak mudah.  Kawan dan lawan akan menunggu untuk melihat kegagalan kamu untuk mereka persendakan.

Biarlah kamu dikatakan pengejar bayang2 asalkan kamu tidak menjadi pengejar buntut Sang Saka tua untuk diciumi.  Rakyat telah melihat kamu telah memulakan usaha untuk mengembalikan mandat yang telah dirompak itu meskipun bukan tindakan kamu yang mengizinkan mala petaka iti terjadi.  Ini semua kerana kesialan Sang Saka tua yang tidak sedar diri, munafik dan pengkhianat yang tidak pernah jemu mendendami kamu.  

Teruskan, wahai pejuang.  Kamu lakukan tugas kamu, kami teruskan tugas dan kerja kami di akar umbi untuk perkuatkan parti bagi menghadapi PRU15.  Biarlah usaha ini seiringan agar kerajaan pintu belakang ini tidak akan aman akibat dari dosa2 besar mereka yang mengkhianati mandat rakyat.  

Jangan menanti bulan jatuh ke riba, menanti laba sekiranya berjaya.  Tawakkal Alallah.  


LAWAN TETAP LAWAN.


WFAUZDIN NS




KENAPA CARI JALAN SUKAR GRAND COALITION UNTUK KEKALKAN MUHYIDDIN


Man Toba Ori


 Grand Coalition Idea Mahathir untuk pastikan Muhyiddin kekal menjadi PMke9.

Jika ditanya pimpinan2 Amanah dan Dap mengapa memilih jalan sukar penuh liku untuk tumbangkan musuh, jawapan mereka kurang jelas. Antaranya "Anwar pengerusi PH".

Tanya Mahathir, GC yang kalian cuba bina nih nak ke taknak meletak Anwar as PM9? 

200% Mahathir akan menentang. Dah dia arkitek plan GC ini dirancang untuk elak Anwar menang dan jadi perdana menteri. Macam mana nak berpakat konon lebih mudah tewaskan PN jika begini jalan penuh liku parti Amanah dan Dap pilih?

Ke sebab beberapa pemimpin PanDap nih ada fail2 dipegang SPRM? Hanya dek 4..5 orang pimpinan ini serakah dan termakan jerat Mahathir maka kami harus ikot plan korang ke?

Jangan begini brader, kamu ada kes, itu hal kamu lah, letak je jawatan supaya perjalanan parti lebih lancar ke Putrajaya! Jangan sebab diperas ugut maka parti jadi kucar kacir.

Amanah nih nak ke kongsi dan dermakan kerusi kepada Pejuang? Tidakkah parti Pejuang akan ulang khianat lagi dan lagi nanti? Adakah Pejuang akan setia? Bilamana mereka menang tipis, tidakkah Pejuang akan mintak jadi PM9 nanti? 

Skrip2 ini sudah terduga awal. Inilah yg akan berlaku nanti jika masih terikat dengan parti Mahathir.  Kalian pemimpin2 PanDap sudah sudahlah. Letak je jawatan jika dah fail2 diguna oleh Mahathir untuk peras ugut.


CARILAH SARANG SEMUT DI MANA....KEMUDIAN TAHULAH DIMANA RAJANYA

 

Sky Reformis

Sewaktu DS Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad terang-terangan merancang untuk bentuk gabungan baharu ketika PH masih di puncak Putrajaya, tiada siapa mampu menghalang mereka. 

Kenapa pula DS Anwar Ibrahim dianggap lemah dan dipersalahkan apabila beliau tidak dapat merampas semula Putrajaya ketika PH pembangkang? 

Di mana logiknya mengharapkan Anwar menjayakan "mission impossible" sehingga diberikan kata dua: "kalau kau tidak boleh, Anwar, kami cari DS Shafie Apdal"? 

Namun, isunya lebih daripada sekadar Anwar atau Dr Mahathir. Isunya pasti lebih luas dan mendalam daripada soal itu. Tidak semudah membaca kenyataan media walau bagaimana panjang dan jelas baris katanya.

Memang sukar mencari semut hitam yang merayap di atas kain hitam tengah-tengah malam begini. Subuh nanti kita lihat rupanya yang sebenar. Biarkan ia merayap ... kita pasti tahu sarangnya di mana!



MATI TIDAK SEMESTINYA TUA.DAN INGAT TUA JANGAN KEJAR JAWATAN..

 

Hamdan Taha

Asalamualaikum...


Ikut kata para ilmuan


Kematian itu pasti....dan


Kematian tu bukan kerana sakit sebab ramai yang sihat tiba tiba mati....dan


Kematian itu bukan kerana umur kerana ada juga yang mati umur sebulan...setahun...sepuluh tahun...seratus tahun umurnya....dan


Kematian itu tidak bertempat kerana ada yang mati di hospital....ada yang mati sedang tidur...ada yang mati sedang makan...ada yang mati sedang solat....


Alhamdulilah syukur kita belum di matikan tapi bukan bermakna kita masih hidup harus melupakan mati. Kematian itu pasti itu sebab orang muda yang tak kisah akan mati...kerana orang muda rasa mati itu hak orang tua...maka ramai lah kita masa muda melakukan kesalahan dan dosa semuanya berpunca tak risau tentang mati....


Bila dah tua maka orang tua rasa mati sudah dekat syukur pada Allah swt jika kita dah tua ingat tentang mati dan mencari persediaan untuk mati...tapi malang bagi orang tua yang rasa belum nak mati dan lupa tentang mati...maka itu yang dah nak mati masih kejar kuasa...jawatan....nikmat dunia...cari harta lagi dan lagi...masih rasa dia akan hidup seratus tahun lagi...buat apa saja kerana jauh lagi kematian....ini paling kita harapkan kita tidak tergolong dari golongan orang yang lupa pada mati...


NAK GC MESTI BUKAN ANWAR JD KETUA?


Md Zulaimi Kazin


Sibuk dgn GC dan semua pakat sebut GC baik utk kekuatan PRU15.

Syafie Warisan dah kabo bahawa PH mesti tukar Pengerusi... kita blh kata itu sbg syarat GC Pie.

Tun M Pejuang kita sedia maklum mmg tak mahu pada Anwar.

Baik, kita simpulkan utk kekuatan PH Plus kita tukar Pengerusi PH bg kpd Bang Mat ke atau Guan Eng. Maka kita dpt bergabung selesa dgn Warisan dan Pejuang jd PH Plus. PH Plus pula kita serah pd Pie atau Tun jd leader.

Kalau syarat tanpa Anwar utk GC, kenapa kita tak lebarkan bincang dgn Pas, PPBM dan Umno sbb selera mereka sama. Lagi besar gabung lagi mantap. Kita bg nama baru PH Plus PN BN..

Panjang tu. Lambang? Itu blh setel.... mudah je. 

Kenapa saya cadang begitu? Sebab kalau kita nak ikut syarat tanpa Anwar, kita bukan setakat dgn Warisan dan Pejuang, dgn Azmin, Muhyiddin dan Ayah Chik pun kita blh sbb mereka ini semua tak mahu Anwar. Wujudlah GC tanpa Anwar.Cuma gini je nak kabo. Bagi ambe, masa PR dulu ambe dlm Pas dan bersama Tok Guru Nik Aziz juga Ust Fadhil nak angkat Anwar sbg PM. Bila Pas dibawah Ayah Chik tak mboh ke Anwar dan bawa Pas keluar dr PR, ambe keluar dan bersama Amanah sbb Amanah dgn PH yg juga bawa semangat Anwar sbg PM.

Kalau GC yg ada Plus ke, campur BN dan PN ke kalau tanpa Anwar... ambo kekal dgn kiblat ambe... Anwar sbg PM. Kalau Bang Mat dan Guan Eng nak tukar kiblat, tukarla... demo pemimpin itu hak demo. Ambe kekal dgn inspirasi Tok Guru dan Ust Fadhil dulu utk Anwar jadi PM. Sebab apa ambe kekal bersama Anwar, sebab Anwar konsisten dalam perjuangan rakyat dan menentang rasuah juga susuk badan yang dikenali seluruh dunia terutama dunia Islam.


Sebaik azan subuh tadi... Jln Reko hujan renyai2, damai sungguh.



KISAH KEHIDUPAN SIZALIM DIAKHIR HAYAT

 

Ramai orang yang tidak berdosa dianiayai si atok ini, macamana keadaan dia ni ketika nyawa diubun ubun kelak.... 😪😪😪


Pergilah melawat orang sakit.


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada cadangan untuk pergi melawat balu Tun Razak Hussein yang sedang sakit di Hospital.

2. Sekurangnya boleh minta maaf atas arahan dia rumah  pemberian  Kerajaan mengenang jasa Tun Razak Hussein di Jalan Stonor. Di serbu Polis dan dipecahkan siling kununnya ada tersimpan duit. 

3. Sampai sekarang PDRM tidak minta maaf. PDRM pun tidak bersalah, hanya ikut arahan. Yang  sepatut yang mengarah minta maaf. Sampai begitu di lakukan kepada keluarga Tun Razak Hussein. 

4. Jika Tun Razak dan Harun Idris tidak bawa dia masuk  ke dalam UMNO, mungkin dia pernah jadi Presiden PAS.  Sebab salepas dipecat dalam UMNO dia berkempen untuk PAS.

5. Dia dikalahkan oleh bapa Mujahid Yusuf Rawa , tetapi boleh melantik Mujahid jadi Menteri. Anak orang yang bawa dia kembali dalam UMNO di hina dan cerca.

6. Tun Razak jadikan dia Menteri kamudian berkempen untuk menangkan jawatan Naib Presiden UMNO, balasannya hendak mempenjarakan anaknya.

7. Pergilah melawat balu Tun Razak Husssn itu. Mana kita tahu. Doa seorang yang dizalim telah dimakbulkan Allah . Antara  doa dimakbulkan. mungkin boleh bertahan disinggahsana kuasa hanya 22 bulan dan parti yang ditubuhkan berantakan dan dia sendiri di pecat.

8. Jika tidak kerana Tun Razak Hussein.. mungkin dia masih lagi duduk di satu bilik di Maha Klinik mencari kehidupan. Hidupnya tidak semewah ini dan bergantung rezeki dengan banyak  orang sakit.

Pergilah melawat Tun Puan Rahah Mohd Noh.. suaminya,  jangan dinafikan jasa kepada  kamu. Minta maaf kepadanya sebelum banyak lagi mudarat dari doa orang yang dzalim. Kerana dia bukan orang yang ada kaitan sebagai Perompak, Penyamun dan Pencuri. Hanya seorang Balu negarawan terbilang.


Sang Kelembai

Disember 18, 2020

Kuala Lumpur.



APAKAH LEBIH RAMAI LAGI LETAK JAWATAN DALAM AMANAH SELEPAS INI?


 Untuk makluman, saya telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional dan Pengerusi Biro Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Amanah Nasional pada 30 okt 2020 yang lalu.

Pemakluman ini telah saya sampaikan kepada YB Tuan Hj Mohamad Sabu selaku Presiden parti pada tarikh yang sama.

Hari ini, jumaat 18 dis 2020, saya umumkan secara resmi bagi mengelak prasangka dan tanda tanya khususnya menjelang Konvensyen Amanah Nasional yang dijadualkan pada 26-27 dis ini di Melaka.

Saya mula terlibat dalam politik sejak tahun 1986. Terlibat dengan PAS dan kini Parti Amanah Negara di era pemerintan BN, PH dan PN. Suka duka, susah senang dan mehnah dalam perjuangan selama 34 tahun; banyak pengalaman yang dirasai dan pengajaran berguna sebagai muhasabah diri.

Saya berhasrat untuk memberi tumpuan penuh kepada beberapa Ngo yang saya dan rakan rakan tubuhkan. Antaranya Majlis Permuafakatan Ngo Felda(MPNF), Pertubuhan Gerak Tani Negeri Johor dan Ngo Malaysia Baru.

Selaku anak peneroka Felda yang dibesarkan dalam persekitaran Felda yang penuh warna warni, saya menerima banyak pendedahan dan berinteraksi dengan banyak pihak. Ia menguji prinsip dan intergriti kita; antara kepentingan peribadi atau peneroka felda yang kerap kali menjadi mangsa ketidak adilan.

Selama setahun empat bulan sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, saya terhutang budi khususnya kepada YB Datuk Seri Salahudin Ayub yang memilih saya menggalas amanah di agensi terbesar dalam Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani(MOA) dan menimba banyak pengalaman meskipun dalam tempoh yang singkat. Ia mendorong saya menubuhkan Ngo Pertubuhan Gerak Tani sebagai kesinambungan membina networking para usahawan tani di seluruh negara. Saya mensasarkan 2 tahun bagi Ngo ini memaksimumkan usaha membantu para usahawan tani hingga ke peringkat eksport/antarabangsa.

Sebagai ahli politik yang telah bergelumang dari bawah; polemik dan pertembungan dalaman parti dan berdepan lawan politik yang berbagai sifatnya; kematangan dalam melihat masa hadapan negara adalah amat penting.

Sudah sampai masanya politik baharu@konsolidasi yang merentasi politik kepartian dapat dijayakan.

Meskipun kita berbeza pandangan dan idealogi politik dari sistem demokrasi berparlimen,keutamaannya adalah keselesaan@kebahagiaan hidup rakyat. Political will melalui kemahuan yang kuat untuk mengubah nasib rakyat mesti diserlahkan. Bukan hanya retorik dan saling berebut kuasa yang tiada kesudahannya.

Inilah Malaysia Baru yang saya yakin diimpikan dan menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia .

Melalui Ngo, konsep semak dan imbang dapat diamalkan secara lebih terbuka. Ia menjadi kuasa ke tiga yang sentiasa memberi input kepada dasar dasar kerajaan dan saling bekerjasama dengan berbagai pihak.

Terima kasih atas kepercayaan parti selama ini dan mohon maaf atas kesilapan dan kelemahan sepanjang memegang jawatan.

Datuk Mazlan Aliman

18 dis 2020



PELABUR LUAR TIDAK BERANI LABUR DI MALAYSIA KERANA KERAJAAN MALAYSIA.........????

 Image may contain: text that says "KENAPA SYARIKAT GERGASI MENGELAK DARI BEROPERASI DI MALAYSIA? VIETNAM Apple & Samsung Vietnam untuk buka kilang GU GANGUTARA SINGAPURA GRAB berpindah ke Singapura Alibaba, Bytedance dan Tencent pilih Singapura sebagai headquarters Asianya Sebuah kilang untuk kereta elektrik akan dibina di Indonesia Amazon melabur dalam pusat binaan data di Indonesia Hyundai pilih Indonesia untuk bina kilangnya Google, inc pilih Indonesia untuk set up Google Cloud Tesla pilih Indonesia untuk bangunkan kilang dan kemungkinan besar, SpaceX launchpad juga INDONESIA"

1) Samsung and Apple factories going to Vietnam;

2) Tesla building a factory in Indonesia and even contemplating of SpaceX launchpad too.

3) Amazon invested building data center in Indonesia.

4) GRAB moved to Singapore.

5) Alibaba, Bytedance and Tencent etc all setting up Asia's headquarters in Singapore.

6) Hyundai setting up Factory in Indonesia.

7) Electric car battery factory from China will set up in Indonesia.

Description: 😎Google moving to Indonesia.

Copypaste : Bashir Ahmad Hassan On Anwar Ibrahim Club

 



ADAKAH KEGAGALAN INI DISEBABKAN DSAI.

 

NIZAM AKA

Image may contain: 2 people, text


Ada yang kata jangan bazirkan masa kejar bayang-bayang dan ada yang kata Grand Coalition pembangkang perlu disokong..Semua knyataan itu kluar setelah pembangkang gagal menyekat bajet 2021 drp diluluskan..Dan susuk tubuh yang menjadi sasaran untuk dipersalahkan atas kegagalan pmbangkang itu adalah Dsai.. Betapa mudahnya mereka-mereka menyalahkan Dsai tanpa melihat fakta sebenar kegagalan itu.. Adakah Dsai seorang sahaja yang perlu usahakan segala-galanya?Adakah Dsai seorg sahaja yang bakal nikmati hasil jika usaha mengagalkan bajet itu berjaya dilakukan?

Persoalannya di mana puak-puak yang digelar salahudin akan membentuk Grand Coalition semasa pengundian bajet di peringkat kementerian-kementerian ?Di Mana?

Contoh Bajet untuk JPM..Yang menyokong 105,tak menyokong 95 dan TAK HADIR 20..Puak-puak mana yang Tak Hadir ini?inikah puak-puak yang disebut sebagai Grand Coalition? Grand Coalition atas dahi nenek kamu?Kalau benar-benar ikhlas ingin bersama dalam GC,adakah patut mereka tidak hadir?Akhirnya setiap kali gagal dalam undian bajet peringkat kementerian,maka Dsai yang menjadi sasaran dihentam,dikritik dan diperli.. Sdangkan geng2 yg tdk hadir itu dipuja dan dipuji,malah dianggap sbgai rkn pmbangkang yg baik? Siap bg cadangan utk buat GC lagi?Sdangkan merekalah pnyebab utama bajet itu lulus krana mereka tdk hadir semasa undian bajet peringkat kementerian.

Atas sbb itu,secara peribadi saya bersedia mnyokong tanpa berbelah bahagi jika PKR dan Dsai mengambil keputusan utk tidak bersama dgn mereka2 yg dikatakan ingin wujud GC itu..Kami ada maruah dan harga diri yg perlu dipertahankan..Kalau PKR dan Dsai yg dikatakan pnyebab kpd kegagalan undian bajet itu,maka tinggalkan kami dan pergilah bersama dgn Tun M,Shafie,Salahudin dll dlm GC mengarut itu..

Yg penting,Jgn Celik Tapi Buta.

 (PENULISAN AGAK BAGUS,SAYANGNYA EJAAN SUKAR DIEDIT KERANA BANYAK YANG TERLALU RINGKAS)

.

 

Situasi banjir di Pantai Timur membimbangkan

 

Situasi banjir di Pantai Timur membimbangkan

PETALING JAYA: Situasi banjir di dua negeri Pantai Timur terus membimbangkan, terbaru sebanyak 972 orang daripada 246 keluarga menjadi mangsa di Terengganu setakat 4.30 petang tadi, menurut Bernama.

Di media sosial, pengguna Twitter berkongsi video memaparkan air mengalir begitu deras di Dabong, Kuala Krai, Kelantan petang tadi.

Di Kemaman, lebih 2,000 penduduk di Kampung Seberang Tayor, Kampung Batu 16, dan Kampung Batu 14 Tebak terputus hubungan selepas jalan ke kampung mereka dinaiki air mulai 7.30 pagi tadi.

ADUN Air Putih, Abdul Razak Ibrahim berkata hujan lebat berterusan sejak petang Rabu menyebabkan limpahan air Sungai Tebak mula menenggelami jalan di beberapa lokasi.

Di Kampung Padang Kubu, majlis pengurusan komunitinya menggunakan traktor untuk menghantar bantuan kepada 50 mangsa banjir daripada 15 keluarga, selepas laluan utama ke kampung itu juga dinaiki air.

Setiausaha Sudin Muda berkata semua mangsa tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara kerana kediaman terletak di kawasan tinggi.

“Kita perlu pastikan mereka tidak terputus makanan kerana terperangkap di dalam rumah ketika ini.” katanya kepada Bernama.

Di Permaisuri, seorang wanita hamil yang menanti saat melahirkan anak meredah banjir setinggi pinggang sejauh 50m untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan.

Nor Hazwani Ghazali, 30, yang sarat mengandung 37 minggu, menaiki bot, kereta pacuan empat roda, dan ambulans sebelum tiba di Klinik Kesihatan Permaisuri yang terletak kira-kira lapan kilometer dari rumahnya.

“Bot fiber tidak dapat masuk ke kawasan rumah dan hanya menunggu di seberang jalan jadi saya terpaksa berjalan kaki meredah banjir dengan berhati-hati kerana risau terjatuh.

“Selepas itu bersilih ganti pula menaiki bot fiber, pacuan empat roda dan ambulans kerana beberapa jalan ditenggelami air,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Besut.

Suri rumah yang akan melahirkan anak ketiga itu bersyukur dan sangat terharu melihat kesungguhan Angkatan Pertahanan Awam memastikan beliau tiba di klinik kesihatan dengan selamat.

Suaminya berada di Kuala Terengganu ketika kejadian. Dua anaknya pula bersama ibunya.

Seorang lagi wanita, Wan Siti Zaharah Wan Ibrahim, 30, mengambil keputusan untuk tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara kerana anak keduanya baru sahaja bersunat tiga hari lepas.

“Rumah saya tinggi. Selalunya apabila bahagian dapur yang agak rendah dinaiki air barulah kami sekeluarga pindah. Lagipun kesian anak baru bersunat mesti dia tidak selesa berada di PPS.

“Lagipun saya sudah beli barang keperluan dan makanan secukupnya kerana mengetahui setiap kali musim tengkujuh laluan masuk ke rumah akan ditenggelami air. Jadi, kami sekeluarga hanya akan tinggal di dalam rumah sahaja dan tidak dapat pergi ke mana-mana,” katanya.

 

Rakyat tak percaya undi pos!

 

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, undi pos lebih sukar dilaksanakan kerana sistem itu tidak dipercayai rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Majoriti rakyat lebih mempercayai sistem pengundian secara fizikal berbanding undi pos.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, undi pos lebih sukar dilaksanakan kerana sistem itu tidak dipercayai rakyat.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak ia dilaksanakan namun perlu ditambah baik termasuk meyakinkan rakyat, ia lebih baik dan telus sama seperti undi secara fizikal.

“Kena ada sistem boleh dipercayai, sistem yang cekap dan kalau tengok banyak negara luar sebagai contoh Kanada, semua guna undi pos, tapi negara mereka semua orang percaya sistem itu. Kalau perkenal di sini banyak orang tak percaya, pilihan raya akan huru-hara nanti.

“Jangan kita pandai-pandai nak perkenal sistem itu. Orang lain pemikiran sivik mereka lain, pemikiran sivik kita lain. Saya bukan tak setuju dibanyakkan undi pos tapi lagi sikit jumlahnya lagi baik,” kata bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu dalam sidang media selepas program memperkasakan pendidikan sivik dan pengundi.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom berkata, Malaysia masih belum bersedia memperluaskan kaedah pengundian secara pos kepada semua peringkat pengundi seperti dilaksanakan Amerika Syarikat (AS) pada pilihan raya presiden baru-baru ini berikutan sistem undi pos digunakan di negara ini tidak direka untuk skala besar.

Katanya, terdapat juga unsur ketidakpercayaan terhadap sistem undi pos dalam kalangan orang awam, lebih-lebih lagi ia tidak pernah dilaksanakan secara terbuka sebelum ini.



Grand Coalition, siapa untung?(ULANG)


The failures and successes of Pakatan Harapan | The Star


Grand Coalition, siapa untung?

Raja Gelap

Bagaimana jika aku katakan pembentukan Grand Coalition (GC) ini umpama berikan kerusi secara percuma kepada ‘parti-parti comel’ ini?

Pejuang dan Muda adalah parti yang kecil. Sebab itu aku gelarkan comel. Tetapi bukan sebarang comel. Ini comel yang kejam. Sama macam watak ‘Chucky’ dalam filem. Namun itu bukanlah halangan untuk bentuk kerjasama.

Yang jadi masalahnya ialah, parti-parti ini tak punya akar umbi pun. Mereka ini bagaikan kiambang. Zahirnya nampak berkembangan tetapi akar tak jejak di dasaran.

Sebab itu mereka mahu bentuk GC ini kerana mereka perlukan akar umbi PH untuk lakukan kerja bagi pihak mereka dalam PRU15 nanti.

Bayangkan kalau mereka masuk ke PRU15 tanpa PH. Siapa nak pasang poster dan bendera? Siapa nak uruskan semua keperluan untuk ceramah? Kempen PRU bukan kecil anak punya kerja!

Kenapa tak masuk PH sahaja?

Itu lagi satu masalah. Kalau mereka masuk PH, mereka terpaksa ikut ketetapan PH. Dan PH telah membuat ketetapan DS Anwar akan mengetuai PH.

Dan itulah yang paling mereka tidak mahu!

Nampak tak jahatnya permainan mereka? Mereka hendakkan kerusi. Mereka hendakkan tenaga kerja PH. Tetapi enggan ikut ketetapan PH. Bahkan mereka mahu jadi kepala!

Yang peliknya ada pula pemimpin PH yang setuju. Entah kenapa kontot sangat akalnya sehingga tak terfikir GC ini lebih banyak buruk dari baiknya.

Dengan GC, PH hanya akan dipergunakan. Senang cerita, PH akan jadi balaci mereka. Buat semua kerja, tetapi kerusi mereka yang dapat.

Itu belum diambil kira lagi sifat tamak ketika pembahagian kerusi nanti. Dah lupa bagaimana tamaknya Bersatu ketika PRU14 dahulu?

Waktu itu Amanah banyak mengalah sehingga ada ahli yang tak puas hati. Itu pengorbanan Amanah untuk jayakan PH. Tetapi takkan kali ini nak jadikan Amanah korban lagi?

Tengok pula bagaimana Bersatu pergunakan BN dan Pas dalam PN. Mereka tiada akar umbi tapi tanpa malu umum hendak tanding banyak kerusi.

Di Terengganu misalnya, kalau ikut kaedah PN, memang BN takkan dapat bertanding langsung walau satu kerusi pun dalam PRU15 nanti.

Jika PH terima pembentukan GC ini, maka nasib PH akan jadi sama seperti BN. Dipergunakan untuk kesenangan parti-parti yang comel ini.

Itu belum cerita kalau dah menang nanti mereka lompat dan ikut PN. Kita dah terkena dengan Bersatu. Takkan tak serik-serik lagi?

Tiada beza antara Pejuang/Muda dan Bersatu. Itu juga acuannya. Dari segi ego, busuk hati dan sifat tamak mereka, memang saling tak tumpah.

Sebab itu aku harap PH tak akan layan langsung GC ini. Sebab tubuhkan GC sama seperti beri kerusi secara percuma kepada parti-parti ini.

PH takkan rugi tanpa mereka. Sebaliknya mereka yang akan mati tanpa PH. Beritahu mereka secara jelas, jika betul mahu perjuangkan rakyat, masuk sahaja mana-mana parti dalam PH.

Atau paling tidak, terus masuk PH dan ikut konsensus yang telah dipersetujui. Tak perlu nak tubuh koalisi lain dan cuba hijack jawatan ketua.

Tapi baik tak payah. Ada parti banyak tapi tiada akar umbi pun tak ada guna. Tak percaya cuba tengok nanti. Dalam 4 orang MP Pejuang dan juga Syed Sadiq dari Muda, siapa antara mereka yang boleh menang tanpa bantuan PH?

Aku berani kata paling banyak pun dua kerusi. Itupun kalau nasib baik. Silap-silap satu kerusi pun takkan dapat. Gigit jari sajalah.

Kalau PH nak ambil sangat parti kecil, baiklah ambil PSM. Kalau dengan PSM, serah kerusi percuma pun tak mengapa. Sebab PSM memang serius berkerja untuk rakyat.

Pejuang & Muda? Cuma perjuangan peribadi.