RENTASAN 728 | CUBAAN MENTERI KEWANGAN SEMBUNYI KEBENARAN TENTANG EKONOMI NEGARA DIDEDAH?




MENARIK DALAM RENTASAN 728
1. MUAFAKAT NASIONAL JADI MELAYU RAYA? 2. PEMIMPIN BERSATU MENANG SETELAH LAWAN DIPECAT 3. KERAJAAN DIGESA BERCAKAP BENAR TENTANG EKONOMI NEGARA 4. TUBUH PARTI PERLU UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT


VIDEO : INI PUNCA INTEGRITI WAKIL RAKYAT KERAJAAN BN DIPERTIKAI?



TAJUK : BICARA YB DATUK SERI DR. MUJAHID YUSOF RAWA (SIRI 5) "AHLI POLITIK YANG MENGGADAIKAN INTEGRITI MENJEJASKAN MASA DEPAN NEGARA"


VIDEO : DALANG TEBUK ATAP DISERANG KAWAN DAN LAWAN








Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut menuntut agar pemimpin BERSATU membuktikan mereka betul-betul menyertai Muafakat Nasional dengan turun habis-habisan di Pilihan Raya Kecil itu. Menurut beliau BERSATU harus membuktikan parti itu mahu menyertai Muafakat Nasional dan menganggap Tun Dr Mahathir sebagai lawan. "Azmin jangan setakat tunjuk muka macam di Chinni. Biar rakyat putuskan “siapa pejuang, siapa pejuwang,” kata Puad dalam satu hantaran di Facebook.

Saifuddin saman Zuraida kerana memfitnah berkait dakwaan rasuah


Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa bekas pemimpin parti itu Zuraida Kamaruddin membuat kenyataan fitnah terhadap beliau.
KUALA LUMPUR: Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memfailkan saman di Mahkamah Tinggi terhadap bekas naib presiden parti itu Zuraida Kamaruddin kerana mendakwa beliau terlibat dengan perbuatan rasuah.
Saifuddin berkata, kenyataan Zuraida pada 8 Disember tahun lepas pada makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di sebuah hotel di sini merosakkan nama baiknya.
“Perkataan-perkataan yang dipersoal mestilah dibaca sambil merujuk kepada pergelutan kuasa antara Azmin Ali (bekas timbalan presiden) dengan DSAI (Anwar Ibrahim) pada masa itu.
“PKR telah berpecah antara penyokong-penyokong Azmin Ali dan DSAI. Zuraida adalah seorang penyokong tegar Azmin Ali, sementara saya pula diketahui sebagai penyokong DSAI,” katanya dalam saman berkenaan.
Saifuddin berkata, kenyataan Zuraida dimuat naik ke akaun Facebook “Friends of Azmin Ali” dan selepas itu dikongsikan ke akaun Facebook beliau sendiri.
Katanya, Zuraida didakwa bertanyakan hadirin “berapa juta dia dapat duit” ketika “menyertai Tok Kenali”, adalah merujuk kepada diri beliau dan kaitannya dengan Tok Kenali, sebuah yayasan kebajikan di bawah kerajaan negeri Kelantan.
“Perkataan-perkataan yang dipersoal telah disiar atau disiar semula oleh media arus perdana dan media sosial serta dilihat oleh orang awam,” katanya.
Saifuddin berkata, peguam beliau sebelum ini menghantar notis tuntutan permohonan maaf daripada Zauraida, tetapi beliau gagal memberi respons.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk serta teladan daripada Zuraida, selain perintah injunksi bagi menghalang beliau daripada membuat kenyataan fitnah berikutnya.
“Mahkamah diminta untuk membuat satu inferens bahawa perilaku Zuraida seperti yang diperihalkan adalah disengajakan untuk mendatangkan manfaat kepada diri atau kedudukan politiknya,” kata beliau.
Zuraida, Azmin dan 9 yang lain dipecat daripada PKR pada Februari tahun ini.
PKR berkata, “pengkhianatan terbuka oleh beberapa individu” adalah “jelas bertentangan dengan pendirian parti berhubung kedudukan perdana menteri”.


Sidang Parlimen ditangguh 10 minit, kerajaan PN tidak cukup majoriti?




Proses kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 bertukar panas apabila proses pengundiannya dipertikaikan.

Pada awalnya RUU tersebut mahu diluluskan secara undi suara. Namun selepas 15 ahli parlimen berdiri sebagai tanda bantahan maka speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun terpaksa membuat proses undi belah bahagian.

Azhar menangguhkan sidang selama 10 minit dan meminta loceng dibunyikan selama dua minit, sebelum proses belah bahagian dibuat.

Bagaimanapun, Azhar kemudian bangun dan bertindak keluar daripada Dewan, sekali gus mengundang reaksi negatif daripada ahli parlimen dari blok pembangkang.

Tindakannya dilihat sengaja memberi masa kepada ahli parlimen kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk masuk ke dalam Dewan supaya dapat mengambil bahagian dalam proses belah bahagian.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa hairannya terhadap situasi tersebut.

"YDP Speaker menangguh sidang selama 10 minit selepas membunyikan loceng selama 2 minit untuk melakukan undi belah bahagian.

"Tidak pernah berlaku sebelum ini. Unprecedented!

"Ahli-ahli Parlimen Pembangkang terpinga-pinga! Tunggu apa atau siapa ya?" katanya di Twitter.

Selepas menangguhkan sidang lebih 10 minit, Azhar meluluskan RUU Perbekalan dengan mendapat sokongan daripada 111 ahli parlimen, manakala 106 ahli parlimen membantah usul tersebut.

Terdapat lima ahli parlimen yang tidak hadir iaitu Maximus Ongkili (Kota Marudu), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Wilfred Madius Tangau (Tuaran), Shafie Apdal (Semporna) dan Christina Liew (Tawau).

Namun, tindakan Speaker yang memberi masa lebih 10 minit kepada ahli-ahli parlimen di bangunan bersebelahan untuk masuk ke Dewan Rakyat menjadi pertikaian. Mengikut Seksyen 47 (2) Peraturan Mesyuarat berkenaan undian dalam Dewan, undi-undi anggota parlimen yang datang lambat perlu diketepikan.

Sekiranya undi mereka diketepikan maka keputusan tentu menjadi sebaliknya, kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional akan kalah dan tidak dapat membayar gaji beberapa menteri yang ditambah daripada jumlah asal kabinet kerajaan Pakatan Harapan dahulu.



GAMBAR KECOH - KEWIBAWAAN KERAJAAN PN MENJADI PERSOALAN -ANWAR







Kewibawaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini sekali lagi menjadi persoalan dan pertikaian selepas proses undian Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.

Adakah kerajaan ini boleh bertahan hanya dengan 111 sokongan ahli Parlimen atau akan ada lagi episod sogokan dengan segala ugutan dan tawaran pangkat atau jawatan.

Pakatan Harapan (PH) tidak akan berundur dalam perjuangan sebaliknya akan terus mempertahankan mandat rakyat dengan semangat, kekuatan dan setiakawan baru.
PH juga bertekad untuk terus berusaha menjadi suara rakyat di Parlimen, sambil meneruskan ikhtiar mengembalikan mandat rakyat.

PH turut berpuas hati dengan alasan yang diberikan tiga orang ahli Parlimen yang tidak hadir semasa proses undian hari ini kerana sibuk dengan urusan Pilihanraya Negeri Sabah yang akan berlangsung kelak.

ANWAR IBRAHIM

Siapa dimaksudkan mantan MB Terengganu?


Mohamad Afendi Abas

Image may contain: ‎2 people, ‎text that says "‎PAS KEMARUK JAWATAN Sinar Hertan EDISI TERENGGANU Ahmad Sald pertikal Individu pegang banyak jawatan Ahmad Said pertikai individu pegang banyak jawatan FARAH SHAZWANI Ogos 2020 Yahniah kepada YB DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI di atas perlantikan sebagai PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH TERENGGANU STRATEGICA NTEGRITY GY) PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH DARUL IMAN TRAINING CENTRE (DITC) PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH DUYONG MARINA& RESORT TERENGANU Ahmad Said PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PAYA BUNGA HOTEL TERENGGANU f SR הIב suara rakyat https://www.facebok.com/drtakiri‎"‎‎


Selain Khairuddin At-Takiri ataupun lebih mesra dengan panggilan 'Encik Suami', Nurul Islam dari PAS Batu juga yang pegang banyak jawatan di Terengganu.

Bayangkan jika pemimpin lantikan PH pegang pelbagai jawatan dalam GLC K'jaan Negeri..

PAS yang paling lantang mengkritik.

TAPI.. BILA PAS SENDIRI LANTIK AHLI POLITIK MEREKA DISUMBAT PEGANG JAWATAN DALAM GLC, KENAPA MEREKA SENYAP ??!

JAWAPANNYA MUDAH. APA YANG PAS BUAT SEMUANYA HALAL BELAKA . KALAU ORANG LAIN BUAT SALAH BELAKA..TAK PERCAYA TENGOK LAH DI MANA MANA INSTITUSI PENGAJIAN ...KALAU LEBAI NAK UP DATING..WALAUNTIT KEMAIN LAGI..HAQAM.




PENGALAMAN BERSAMA ANGGOTA AL MAUNAH DI PENJARA PENGKALAN CHEPA



Ahmad Shauqey Abdul Hamid


Image may contain: 13 people, text that says "16 anggota Al-Ma unah dihukum penjara sepanjang hayat NASRUDDIN MOHD JAILANI AHMAD SARKAWI SULONG MOHD ZAINI MOHD MOHDZAINAL ZAINAL ABDUL GHANI ALI AHMAD BRAHIM DRIS JEMARI EMARIJUSOH IDRISANAS DRIS ANAS MOHD AMIN OTHMAN HABULLAH KAMARUDDIN MUSTAFAR YUNUS HUSSIN CHE SABRI CHE JAAFAR MAHMOOD MOHD FAUDZI HAMDAN MOHD BUKHARI ISMAIL ZAINAL MOHD JAILAN"

1. Hari ini saya mendapat berita tentang pembebasan beberapa rakan daripada hukuman penjara sepanjang hayat. Tahanan Al Maunah.

2. Kebetulan saya berpeluang untuk duduk bersama dengan mereka dalam beberapa waktu di penjara Pengkalan Chepa.

3. Pada awalnya saya ditahan di sel biasa. Tetapi mungkin akibat aktiviti saya yang mengutip aduan rakan rakan banduan, menyebabkan pihak penjara marah kepada saya. Kemudiannya saya dikurung seorang diri, dan tidak dibenarkan bergaul dengan banduan lain.

4. Di dalam blok kurungan baru ini, walaupun kawalannya ketat,  peliknya ada masa saya ditemui oleh beberapa banduan yang lain, termasuklah dua anggota Al Maunah.

5. Entah macamana mereka boleh bertemu saya, mungkin atas ihsan pegawai penjara yang bersimpati, yang membenarkan banduan hayat ini bertemu dengan saya.

6. Terdapat dua anggota Al Maunah yang sempat saya berbual. Seorang dari Pasir Puteh, manakala seorang lagi dari Machang.

7. Saya mendengar versi kisah mereka. Selepas itu saya beri komitmen untuk membantu mereka mendapatkan keadilan.

8. Apabila dibebaskan dari penjara. Saya mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak tentang teori konspirasi kerajaan berkenaan operasi Al Maunah dan juga usaha pembebasan  mereka dari hukuman penjara sepanjang hayat.

9. Salah satu usaha terpenting yang saya lakukan adalah membuat satu soalan parlimen berkenaan anggota Al Maunah. Soalan tersebut dijawab oleh kerajaan, walaupun ianya tidaklah memuaskan hati dan fikiran saya.

10. Namun dengan pembebasan mereka pada hari ini, saya bersyukur, kerana sekurang2nya mereka ini dapat kembali bersama keluarga mereka, menikmati kebebasan dan lebih memahami erti keadilan.

RM500 000 DUIT ZAKAT, HARTA UMNO BALING RM20 JUTA?


Rina Hamzah


Ketika menjawab soalan semasa program Berani Semuka Sinar Harian pada 14 Ogos lalu (minit ke 1:14:50 hingga 1:17:22), DS Azeez telah mengatakan;

https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/946969852437736

“RM500,000 duit zakat untuk UMNO Bahagian Baling yang dikeluarkan dari akaun UMNO. Duit dimasukkan dalam envelop RM20. RM50, RM100 dan RM200 untuk diagihkan kepada yang memerlukan.”

Beberapa persoalan timbul dari jawapan tersebut:

1. RM500K itu adalah duit zakat. Jika itu benar, mengikut nasab duit zakat 2.5% dari jumlah harta; ini membawa erti jumlah harta UMNO Baling untuk bahagian zakat ini sahaja adalah RM20juta.

Kalau duit zakat RM600k, nilai harta adalah RM24juta.

Satu Bahagian UMNO sahaja mempunyai harta sebanyak ini; tertanya-tanya bagaimana satu Bahagian parti politik UMNO boleh mempunyai harta terkumpul sebanyak itu atau lebih?

2. Jika UMNO Bahagian Baling tidak mempunyai harta sebanyak RM20juta/RM24juta untuk mewajibkan membayar zakat sejumlah RM500k/RM600k itu, dari mana pula duit itu datang?

Saya kira rakyat berhak untuk mengetahuinya terutama rakyat Baling.

Adakah mungkin RM500K itu adalah duit bayaran zakat DS Azeez sendiri?

Jika ini keadaannya, adakah maksud DS Azeez mempunyai nilai harta sejumlah itu? Hanya satu persoalan.

3. Jika benar UMNO Bahagian Baling memang mempunyai nilai harta sejumlah RM20 juta atau lebih yang mewajibkan bayaran zakat tersebut, saya kira sepatutnya semua ahli UMNO Bahagian Baling kemungkinan tidak tergulung dalam kumpulan B40 dan tidak layak menerima zakat.

4. Atau ada yang tidak kisah hendak tahu dari mana duit itu datang samaada halal atau haram; yang penting “saya” dapat bahagian saya?

Saya yakin dan percaya majoriti rakyat Malaysia beragama Islam terutamanya rakyat di Baling dan juga yang menerima sumbangan kewangan masih sensitif dan peka untuk mengetahui dan memastikan sumber bantuan diterima adalah dari sumber yang halal dan baik (halalan taiyiban).

Menjadi tanggungjawab yang memberi atau menyampaikan itu memastikan sumber kewangan dan bantuan itu adalah halal dan baik.

Jika kepentingan politik dan kepentingan kedudukan menjadi keutamaan di atas segala pertimbangan, maka amalan “matlamat menghalalkan cara” akan mendominasi percakapan dan perbuatan.

Kepada mereka ini, jangan cabar kebijaksanaan rakyat!

Tn Hj Zahir Hassan
Pengerusi MPNWP.





EKONOMI MELESET -17%: PN BAWA MALAYSIA KE TEPI JURANG

UMNO AKAN ‘MAKAN PPBM’ – BEKAS MPT PPBM

TAK MENIPU BUKAN LEBAI ..


RINA HAMZAH

Image may contain: 1 person, text that says "TAK KAN LOBAI NAK MENIPU! 2hrs+ Muhammad Sanusi Md Nor 19 May. kesejahteraan sentiasa bersama rakyat. Demi Kedah. Denyut hati dan jiwa saya sentiasa bersama rakyat. Demi kesejahteraan negeri Kedah. 0:35PM TODAY +60 19-4540 ~Amiruddin Hamzah Gambaq mas banjir kelantan, tengok sapa Dajumerainta: 12:18 AM Like Dato Mahfuz Omar +601 19-4- Gambaq masa banjir kelantan, tengok sapa baju merah tu! Comment Share SR 12:19 AM บอrอ rakyat"


𝗞𝗔𝗡𝗧𝗢𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜.. Lebai 'claim' kredit punya pasal...
Gambar masa banjir di Kelantan, tapi 'up' status berlaku di Kedah..??
Melawok lobai PAS ni.. HAHAHAHA
Pemimpin PAS Kuat Menipu, Walaun Tetap Wala' Sokong Penipu...
𝘩𝘵𝘵𝘱𝘴://𝘮𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢𝘥𝘢𝘵𝘦𝘭𝘪𝘯𝘦.𝘤𝘰𝘮/𝘵𝘶𝘭𝘢𝘳-𝘨𝘢𝘮𝘣𝘢𝘳-𝘮𝘣-𝘬𝘦𝘥𝘢𝘩-𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯-𝘱𝘢𝘪𝘱-𝘢𝘪𝘳-𝘥𝘪-𝘬𝘦𝘭𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯/


MASIH BEBAS UNTUK KE SANA SINI


Shopia Anne

Makluk ni bukan sahaja masih bebas meraih sokongan malah senang-senang  menabur penipuan untuk mengelirukan rakyat..Sengaja messed up pemikiran rakyat..
Jangan kata lah keadilan akan ditegakkan dan kebenaran akan terungkap satu hari nnt ..
Aku dh tk percaya dah!!

Persepsi TH disalah tadbir PH pun masih tak dapat dikekang..podahhhh lah!

DULU......LA NI JADI KHODAM




MCA Anti Islam

1. Presiden MCA  Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya.  Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah :

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada  negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA  pernah menyebut :

• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”

4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”

“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa  bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif  lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar  MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang  di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

•  Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

LIVE : SEGMEN JOM NGETEH 55 - Penyertaan PPBM didalam Muafakat Nasional, menguntungkan atau merugikan UMNO


KERAJAAN PIMPINAN MUHYIDDIN KEKAL LEMAH , TAK STABIL



Walaupun Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 atau belanjawan tambahan berjaya diluluskan dalam undian belah bahagi di Parlimen petang tadi, tetapi realitinya kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin kekal lemah, tidak stabil serta tidak diyakini.
Dalam undian yang diadakan, 111 menyokong, 106 menolak manakala 5 Ahli Parlimen tidak hadir.
Mereka yang tidak hadir ialah dua daripada PN iaitu Maximus Ongkili (PBS – Kota Marudu) serta Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO – Gua Musang) dan tiga daripada blok pembangkang iaitu Wilfred Madius Tangau (Upko – Tuaran), Shafie Apdal (Warisan – Semporna) dan Christina Liew (PH – Tawau).
Dalam undian memilih Speaker Parlimen sebelum ini, Azhar Azizan Harun disokong oleh 111 undi, sementara yang menolaknya ialah 109.
Maximus Ongkili yang dirawat di hospital juga tidak hadir ketika undian memilih Speaker dan Rashid Hasnon (Batu Pahat) tidak mengundi kerana mempengerusikan mesyuarat.
Tetapi, dalam undian belanjawan tambahan ini, oleh kerana Azhar yang mempengerusikan mesyuarat dan Timbalan Speaker boleh mengundi, malangnya undi yang diperolehi blok kerajaan kekal 111.
Kalau dicampur dengan Tengku Razaleigh yang dulu hadir tetapi kali ini tidak hadir, undi yang memihak kepada kerajaan menjadi 112.
Di blok pembangkang, tiga Ahli Parlimen daripada Sabah tidak dapat hadir ke Parlimen hari ini kerana ada kes saman yang difailkan oleh Musa Aman di mahkamah negeri itu.
Ketiga-tiga mereka adalah pemimpin utama kerajaan negeri Sabah di bawah Warisan di mana Shafie adalh Ketua Menteri, manakala Wilfred Madius Tangau dan Christina Liew adalah Timbalan Ketua Menteri.
Selain itu, ketiga-tiga mereka juga sedang sibuk dalam persiapan menghadapi PRN Sabah 26 September depan.
Jika ketiga-tiga mereka hadir, undi blok pembangkang akan menjadi 109 berbanding penyokong kerajaan adalah 111.
Maknanya, meskipun sepatutnya PN bolen mendapat 112 undi, termasuk undi Timbalan Speaker, tetapi kekal 111 kerana ketidakhadiran Tengku Razaleigh.
Itupun, sebelum pengundian petang tadi, Speaker telah menangguhkan mesyuarat selama 10 minit terlebih dahulu, dipercayai untuk memastikan jumlah Ahli Parlimen kerajaan yang berada di dalam dewan benar-benar mencukupi untuk menang undian.
Penangguhan seperti itu adalah suatu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Apakah tanda semua itu?
Tidak lain ia menandakan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin sekarang benar-benar lemah dan tidak stabil.
Selepas ini banyak lagi rang undang-undang perlu diluluskan di Parlimen melalui undian, termasuk Belanjawan 2021 pada sesi akan datang.
Mampukan Muhyiddin menanganinya?
Apakah nanti, Speaker perlu menangguhkan mesyuarat juga setiap kali sebelum undian dijalankan? 
(Shahbudindotcom 17/08/2020)


AKAN DIBAWA LIVE UNTUK ANDA


Henti tubuhkan kementerian baru untuk kroni






Penubuhan kementerian-kementerian baharu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dihentikan kerana ia dianggap hanya digunakan untuk memberi imbuhan kepada kroni dan mendapat sokongan politik.

Malah, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata peruntukan tambahan sebanyak RM7.184 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM7.8 bilion untuk perbelanjaan pembangunan tidak mencerminkan jumlah sebenar yang diterima oleh kementerian-kementerian baharu.

"Sebenarnya ada perbelanjaan tambahan untuk negeri dan perbelanjaan tambahan untuk setiap kementerian, jadi tentu sekali ada penambahan dari segi emolumen.

"Tetapi perkara ini tidak dirujuk menteri kewangan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan, cara ini mengelirukan rakyat sebenarnya.

"Justeru, saya cabar menteri kewangan supaya letak penambahan jumlah emolumen menteri, timbalan menteri dan ketua setiausaha kementerian baharu, kalau tidak kita tidak boleh lulus RUU ini," katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Fuziah juga menganggap beberapa kementerian baharu tidak sepatutnya diwujudkan seperti Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

"Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak perlu peruntukan tambahan tetapi ia dipisahkan dari Kementerian Alam Sekitar semata-mata untuk mendapatkan imbuhan dan untuk dapatkan sokongan kepada menteri dan perdana menteri dalam kerajaan PN

"Kita boleh bergerak efektif dan efisien, tetapi janganlah semata-mata tambah kementerian dan menstruktur semula kementerian untuk dapatkan sokongan, ini salah," katanya.

Fuziah yang merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mempersoalkan kewujudan Kementerian Perpaduan Negara, sebaliknya menggesa kerajaan supaya menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Agama.

"Kementerian perpaduan yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanyalah kementerian kecil dan hanya menguruskan beberapa badan seperti rukun tetangga.

"Lebih elok tubuh kementerian untuk hal ehwal agama yang lebih wajar ada ketua setiausaha kerana sukar untuk uruskan isu agama apabila melibatkan agensi dibawah agama

"Malah, tidak ada yang mengurus mengenai soal jawab di Parlimen, jadi rasionalnya tidak kena dengan kerajaan PN ketika ini.

"Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) yang kini diletakkan dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga perlu diletakkan semula di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama.

"Agensi ini amat penting untuk bangunkan industri halal negara bagi membantu industri kecil dan sederhana (IKS) serta perniagaaan mikro.

Kerajaan boros, kementerian baru jadi lubuk wang politik PN





Cara dan pendekatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menguruskan perbelanjaan dan peruntukan ketika ini dilihat bermotifkan politik semata-mata.

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berpandangan bahawa saiz kabinet PN yang begitu besar dengan penambahan jumlah timbalan menteri dari kebiasaaan bukanlah cara baik untuk kerajaan bergerak ke depan.

"Malah, lantikan ahli parlimen dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun biasanya untuk memastikan asas pembentukan sesebuah badan itu seiring dengan dasar kerajaan.

"Malangnya, dalam pengalaman lepas ia tidak berlaku begitu, sebaliknya ia jadi lubuk sesetengah pihak mengatur wang untuk politik kepartian sempit," katanya dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan ( Penguntukan Semula
Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 di Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Amin turut mencadangkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen dikembalikan bagi membolehkan peruntukan untuk setiap kawasan Parlimen diagihkan secara demokratik.

"Di disinilah (Parlimen) kerajaan membuat keputusan tertinggi dan tidak ada alasan untuk memperkasakan institusi Parlimen.

"Akta itu juga akan menetapkan setiap kawasan Parlimen untuk menyediakan peruntukan yang sama dan disalurkan oleh Parlimen, bukan melalui peruntukan khas dari menteri serta bukan mengurangkan peruntukan untuk pengaruh politik bersifat memihak.

"Ini membolehkan rakyat seluruhnya mendapat peruntukan pembangunan dan kebajikan yang diperlukan.

"Kita tidak perlukan ahli parlimen mempengaruhi GLC dan badan berkanun secara tidak wajar, sebaliknya ahli parlimen turun kawasan dan membantu penduduk serta memberi maklum balas mengenai apa yang dibahaskan di Parlimen," katanya.