Satira 100 hari PN dalam 4 babak



Satu perbualan di sebuah kedai makan:
ZAMAN KIAN SUSAH
Ahmad: Zaman Covid ni kerja susah, banyak orang kena buang kerja
Xiao Ming: Bisnes pun banyak gulung tikar, macam mana nak cari makan?
Ravi: Rakyat perlu bantuan kerajaan untuk kita terus hidup.

Kerajaan PN: Mari mari… Jawatan pengerusi GLC dan agensi untuk PN!

HARGA BARANG MENINGKAT
Ahmad: Makin mahal barang keperluan sekarang
Xiao Ming: Harga barang naik melampau!
Ravi: Harga ayam naik mendadak
Kerajaan PN: Pilih kedai atau pasar yang tawarkan harga murah
BANTUAN UNTUK RAKYAT?
Ahmad: Ada yang tak dapat bantuan yang diumumkan
Xiao Ming: Bakul makanan pun ada tak dapat
Ravi: Ada frontliner merintih tak dapat bantuan
Kerajaan PN: No one left behind… (?)
MEMBANTERAS RASUAH
Ahmad: Rakyat nak kerajaan yang bersih!
Xiao Ming: Banteras rasuah hingga ke akar umbi
Ravi: Hancurkan kleptokrasi!
Kerajaan PN: “Scheme of things”

RENTASAN 691 | PANAS!!! INI KRITIKAN SINIS KHALID SAMAD KEPADA PM-8?


MENARIK DALAM RENTASAN 691 1. PEMIMPIN PH PELIK BIN AJAIB MUSA AMAN BEBAS 2. SANGGUPKAH MUHYIDDIN PATUH KEPADA GESAANNYA PADA 2015? 3. PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PERLU DIBENTANG DI PARLIMEN 4. DUIT PELADANG PUN YB SANGGUP KELEPET


MASA BENCI DAN SAYANG Umno


HAMDAN TAHA

Saya sebelum pru 14 tulisan saya ketika itu banyak tentang ketidak setuju saya dengan tokoh politik tanah air bernama Tun Dr Mahathir...

Masa itu ramai lah penyokong Tun Dr M membelasah saya dan termasuk lah memaki hamun saya kerana mempertahankan Tun Dr M...antara yang paling hebat mempertahan Tun Dr M dan Mukriz ini ada anak bekas wakil rakyat Dun Changkat Jong teluk intan...dia anak seorang wakil rakyat umno...akhirnya kerana menyokong Tun Dr M dia benci umno ni masyaAllah dasyat sungguh kebenciannya....antara paling dia benci adalah dato seri dr zambry kadir....

Selepas PRU 14 PH menang dan beliau juga mendapat keuntungan yang besar kerana di lantik mengetuai anak syarikat kerajaan negeri perak...kerana MB perak dari bersatu...dan dia pula penyokong Tun dr M juga mukriz paling handal...jadi memang patutlah dia dapat tempat...
Saya bila tun dr m jadi PM lagi lah saya kuat menentang tun m ini...kerana kerapnya saya hentam kerajaan PH dan Tun Dr m ini dia tak boleh tahan. Walaupun saya dan dia ni saling kenal mengenal...tapi bab prinsip sudah bertukar....dia pertahan kerajaan PH terutama Tun Dr M ni macam lah Tun Dr M itu malaikat...maksum....begitu lah lebih kurang ayat yang tepat....antara tulisan yang saya tulis ialah MUSTAHIL tun dr m akan serah jawatan kepada Anwar ibrahim...dia tuduh saya fitnah dan gila....kerana sentiasa kata tun dr m tipu anwar dan tun m pemimpin jahat...

Tiba tiba PH jatuh dan TSMY jadi PM dan rezeki orang itu dia pula di pilih jadi SETPOL kepada PM iaitu TSMY.....hahaha bagus dan terbaik lah dia di lantik di situ....

Tapi yang menariknya sekarang mereka yang jadi Setpol dan team PM ni pulak kerjanya Maki hamun Tun dr m dan gunakan segala yang ada untuk bunuh politik tun m pula...hari hari bagun masuk pejabat antara perkara utama kena fikir ialah memburukkan tun m dan menyekat segala upaya supaya tun m tak boleh jadi PM....hilang dah pujian pada tun dr m....hilang dah tun m itu malaikat dan maksum....sekarang tun m dah jadi syaitan pulak bagi mereka.....hahahahahahaha...umno pun dah tak maki hamun tun m ni...sekarang orang yang anggap tun m malaikat pula yang maki hamun tun ni lebih dasyat dari kita sebelum ini...

Itu sebab jangan sokong seperti babi menyondol pokok pisang......dan sekarang apa cerita...umno dah jadi bagus...yang sebelum ni siang malam dalam fb dia kata pemimpin umno rasuah....tapi apa jadi kenyataan itu....hari ni terbukti pemimpin umno tak pernah makan rasuah....mereka baik baik ....buktinya kes musa aman....46 kes semua lepas....
Jadi jangan lah masa benci kata macam macam kat umno tu....sebab akhirnya sekarang peluk cium....


KEJAYAAN UMNO SELAMA 61 TAHUN

APA MAKNA NEGARA ‘BERHUTANG’ 6%

TIDAK PERLU PRU MENGEJUT WAKTU COVID 19 – AMK

Cuepacs gesa sambung semula perkhidmatan pekerja kontrak


Pekerja kontrak terlibat tidak perlu dibuang tetapi penggunaan sumber manusia perlu disusun atau dinilai semula, kata Cuepacs.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyambung semula perkhidmatan semua 603 orang pekerja kontrak di agensi kerajaan yang telah tamat dan akan tamat tempoh kontrak.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat difahamkan daripada jumlah itu, 265 orang telah tamat kontrak perkhidmatan, manakala 338 orang lagi akan tamat dalam tempoh masa terdekat.
Cuepacs menerima banyak aduan daripada pekerja kontrak di agensi kerajaan yang bimbang kontrak tidak akan disambung walaupun mereka menunjukkan mutu kerja yang baik.
“Cuepacs merayu kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya semua pekerja kontrak terutamanya yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka sebelum ini, diambil semula bekerja, manakala mereka yang kontraknya akan tamat disambung semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan berkata pekerja kontrak juga penjawat awam dan rata-rata mereka ada yang berkhidmat 5 hingga 10 tahun, dan sepanjang perkhidmatan pelbagai peranan serta jasa dicurahkan untuk agensi tertentu, maka tidak salah jika kontrak disambung lagi.
Beliau berkata pekerja kontrak yang terlibat tidak perlu dibuang tetapi penggunaan sumber manusia perlu disusun atau dinilai semula dengan menempatkan mereka di kementerian atau agensi yang kritikal.
Katanya, usaha itu bukan sahaja dapat mengurangkan kadar pengangguran, malah membolehkan kementerian dan agensi yang kritikal dapat berfungsi dengan lebih baik bagi membantu kerajaan menjayakan pakej rangsangan menjana semula ekonomi negara.
“Apatah lagi negara ketika ini memasuki tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), maka wajarlah kontrak mereka disambung semula bagi membantu kerajaan memberikan mutu perkhidmatan yang baik kepada rakyat serta melaksanakan pelan pemulihan ekonomi.
“Cuepacs berharap kerajaan tidak menjadikan pekerja kontrak sebagai mangsa selepas ramai kehilangan pekerjaan dalam tempoh PKP sebelum ini… belalah nasib mereka,” katanya.

SEMINGGU UNTUK MAHATHIR DAN PIMPINAN FIKIRKAN MASA DEPAN NEGARA


MAHATHIR MASIH INGINKAN JAWATAN PM, NAMUN DITENTANG PIMPINAN PH.SESUAI DENGAN USIANYA .HANYA SYAFIE AFDAL SOKONG . MAHATHIR SEHARUSNYA DILANTK SEBAGAI MENTERI KANAN ATAU PENASIHAT KABINET NEGARA , JAWATAN KHAS DALAM KABINET PH.
‘Perbincangan amat positif, keputusan dimuktamadkan dalam masa seminggu’

Pimpinan Pakatan Harapan (PH) bersama pemimpin Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mengadakan mesyuarat hari ini, menyifatkan perbincangan yang diadakan menampakkan kemajuan yang amat positif.
Dalam satu kenyataan bersama, pemimpin PH, Bersatu dan Warisan itu berkata, mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti dan menampakkan kemajuan yang amat positif.
“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini,” kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Mohamad Sabu (AMANAH), Lim Guan Eng (DAP), Tun Dr Mahathir Mohamad (Bersatu) dan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan).
Mesyuarat yang diadakan bermula jam 3 petang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana, Petaling Jaya itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Belum masanya untuk bincang bebas Anwar - Dr Mahathir | Astro Awani

Sebelum mesyuarat bermula, Anwar dan Dr Mahathir dikatakan mengadakan pertemuan tertutup antara mereka bagi memuktamadkan usaha untuk mengambil kembali mandat yang telah diberikan rakyat pada PRU 14 lalu.

UTUSAN DARI ANWAR : RENUNGAN 100 HARI KERAJAAN PN


Anwar Ibrahim to contest Negeri Sembilan seat, say sources, SE ...


Hari ini genap 100 hari pentadbiran kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kita sedia maklum bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini tercipta dan berdiri dengan perencanaan beberapa tokoh dan babak pengkhianatan kepada amanah dan mandat yang diberi rakyat. Namun, bukan ruang ini dan ketikanya untuk membincangkan perkara tersebut.

Saya ingin mula dengan mengucapkan tahniah kepada para barisan hadapan yang berusaha dan bertungkus lumus berdepan dengan hentakan COVID-19 ke atas negara dan warga.

Tidak lupa juga kepada Kementerian Kesihatan dan kakitangan kerajaan dalam menggembeleng seluruh upaya dan kekuatan tatkala memastikan wabak ini ditundukkan.

Namun, izinkan saya mengenengahkan beberapa perkembangan lain yang pada hemat saya membimbangkan.

Pertama, langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin menyogok ahli-ahli Parlimen dengan jawatan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah langkah kebelakang dan bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan jabatan-jabatan ini bebas dari cengkaman dan pengaruh politik. Seperti yang didedahkan dalam satu audio yang tular baru-baru ini, Muhyiddin sememangnya berhasrat untuk membeli dukungan ahli-ahli Parlimen melalui 'scheme of things'. Sehingga hari ini beliau masih belum memberikan apa-apa respon terkait ini. Di dalam bahasa Inggeris, ini disebut sebagai 'deafening silence'.

Kedua, sebaik mengumumkan kabinet beliau pada bulan Mac yang lalu, Muhyiddin juga berikrar kepada rakyat Malaysia agar ahli-ahli kabinet akan melakukan pengisytiharan harta sebagai komitmen kepada kebertanggungjawaban dan akauntabililiti. Sehingga hari ini, ia masih belum dilaksanakan dan rakyat tertanya-tanya apakah kerajaan hari ini masih berdiri sebagai sebuah kerajaan yang punya tanggungjawab dan ketelusan.

Ketiga, perkembangan kes-kes pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Riza Aziz dan yang terbaru Tan Sri Musa Aman. Ini memberi gambaran jelas kepada orang ramai bahawa akan ada ramai lagi jerung lain yang akan dibebas dan dilepaskan. Apakah cukup dan munasabah dengan penjelasan yang diberikan?

Kerajaan hari ini seolah-olah berusaha keras untuk membalikkan usaha Pakatan Harapan memperbaiki Malaysia di mata dunia. Transparency International Corruption Perception Index meletakkan Malaysia di tangga 51 pada tahun 2019 berbanding 61 pada tahun 2018. Apakah tahun 2020 akan tenat berbanding tahun-tahun sebelum ini?

Muhyiddin telah melakukan beberapa pengumuman terkait Covid-19 yang melibatkan berbilion ringgit tanpa diimbangi Parlimen.

Telah saya suarakan dalam pelbagai medium bahawa kerajaan mesti membentangkannya di Parlimen agar perincian dapat dipastikan, dan apa yang mustahak adalah untuk mengelak kebocoran dan ketirisan dari berlaku dan seterusnya menafikan hak kumpulan sasar. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Korea Selatan, termasuk jiran kita Singapura meluluskan pakej rangsangan melalui badan Parlimen atau Kongres.

Apa yang menghalang Perdana Menteri dari mengambil contoh dan teladan yang sama?

Legasi jenis apakah yang Perdana Menteri dan kerajaan hari ini akan tinggalkan kepada generasi akan datang?

ANWAR IBRAHIM

PESANAN BUAT PEMIMPIN KU


Malaysia's Anwar Denies Ex-Staffer's Sexual Harassment Claims ...

Jangan sesekali tinggalkan reform dalam apa jua keputusan.  Jangan sia-siakan perjuangan yang memakan masa lebih 20 tahun itu.  Allah tidak tanya bila kamu memerintah, tetapi Allah akan tanya apa yang kamu buat sewaktu memerintah.  Apabila kamu nampak kerusi empuk di Putrajaya itu terbentang buat kamu, jangan lupa toleh ke belakang, lihatlah wajah-wajah pejuang yang banyak berkorban untuk perjuangan reformasi.

Kamu tidak perlu tergesa-gesa untuk ke tampuk kekuasaan sehingga reformasi itu tercicir dari genggamanmu.  Kita telah belajar dari pengalaman bagaimana tiada ertinya kuasa tanpa reformasi.  Hanya yang berjiwa reformasi sahaja yang mampu melakukannya.

Andainya kali ini kamu gagal lagi setelah kamu, InsyaAllah, diberikan kuasa, jangan berduka dan meratap lagi apabila reformasi itu hanya menjadi sejarah.  Justeru itu, buatlah keputusan yang terbaik dan bermohonlah kepada Yang Maha Esa agar diberikan pertunjuknya. 

Kepada yang telah terlanjur, jalan taubat masih terbuka selagi kamu boleh menghirup udara.  Kami di bawah ini sentiasa mendoakan agar semua pimpinan Pakatan Harapan dibukakan hati oleh Allah dan diberi pertunjuk olehNya.

WFAUZDIN NS

SELAMATKAN MALAYSIA UNTUK KALI KEDUA!!



Semua tumpuan seluruh negara petang tadi adalah kepada mesyuarat Majlis Presiden PH di pejabat PKR yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad daripada Bersatu dan Shafie Apdal selaku Presiden Warisan.

Sebelum mesyuarat, Tun Mahathir dilaporkan telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH dan Presiden PKR.

Mesyuarat petang tadi menjadi tumpuan kerana ia dijangka akan memutuskan siapa calon Perdana Menteri yang disepakati dalam usaha PH mengambil alih semula kerajaan dalam tempoh terdekat ini.

Walaupun dikhabarkan telah ada kata putus berhubung perkara tersebut, tetapi sebagaimana yang dimaklumkan melalui kenyataan media PH, keputusan itu akan dimuktamadkan dalam tempoh seminggu lagi.

Adalah dipercayai, dalam tempoh seminggu ini akan digunakan untuk memaklumkan keputusan tersebut kepada parti masing-masing sebelum ia kemudian diumumkan secara rasmi sama ada Tun Mahathir atau Anwar adalah calon Perdana Menteri PH yang telah dipersetujui secara rasmi.

Dengan adanya calon Perdana Menteri itu, laluan untuk mengambil alih kerajaan kini lebih terbuka buat PH dengan tiga kaedah yang bukan lagi rahsia.

Pertama, mengumpul SD atau Akuan Bersumpah melebihi 112 Ahli Parlimen yang akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.

Kedua, melalui usul undi tidak percaya dalam Sidang Parlimen selama 25 hari bermula 13 Julai depan.

Ketiga, dengan cara menolak Belanjawan 2021 melalui undian dalam Sidang Parlimen pada Oktober akan datang.

Siapa pun calon Perdana Menteri yang telah dipersetujui, harapan rakyat sebenarnya amat tinggi agar PH kembali sebagai kerajaan sebagaimana mandat yang diberikan pengundi pada PRU14 lalu.

Oleh itu, PH harus bergerak dengan nada yang sekata serta tersusun dalam perancangannya bagi mengambil alih kerajaan ini lantaran majoriti PN hanya sekitar satu atau dua undi saja.

Selain itu, diberitakan ramai lagi dalam PN yang hanya menunggu masa saja untuk memberi sokongan kepada PH disebabkan berbagai-bagai faktor.

Siapa pun yang mahu memberi sokongan, secara idealnya tidak ada masalah untuk PH menerimanya, kecuali kelompok yang sah pengkhianat dan perosak yang telah dikenalpasti dan dikenali ramai sebelum ini.

Kepada penyokongTun Mahathir dan Anwar pula, mulai sekarang mereka juga harus mengurangkan pergeseran sesama sendiri dan menerima siapa saja yang telah dipersetujui sebagai calon Perdana Menteri PH.

Ini kerana, yang penting sekali ialah mengembalikan semula PH ke tampuk kuasa demi menyelamatkan kembali negara daripada pelbagai kerosakan yang semakin ketara dirasai semenjak 100 hari Muhyiddin Yassin dan PN, gabungan parti tidak berdaftar serta caca marba, menguasai Putrajaya.

Selamatkan Malaysia buat kali kedua, dengan yang pertama menumbangkan BN pada PRU 2018 lalu, adalah perjuangan murni untuk mereka yang cintakan negara ini.

 (Shahbudindotcom 09/06/2020)


*KENYATAAN MEDIA OLEH SETIAUSAHA AGUNG PARTI WARISAN SABAH YB DATUK LORETTO PADUA* *9 JUN 2020*



Warisan hari ini menyangkal laporan berita oleh Harian Metro yang mengatakan bahawa terdapat 4 Ahli Parlimen yang keluar dan menyokong Perikatan Nasional.

Perkara ini tidak benar sama sekali. Ini hanyalah permainan persepsi oleh PN kerana mereka takut dengan sokongan yang diberikan kepada PH Plus. 

Permainan ini bukan sahaja dimainkan ke atas Ahli Parlimen Warisan tetapi juga Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri agar mereka menyokong PN. Mereka sudah ketandusan. Mereka berani menjual nama Ahli- Ahli Parlimen kononnya mereka telah bersetuju untuk melompat.

Saya secara peribadi selalu menghubungi mereka dan mereka optimis sentiasa teguh dibelakang YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Apdal.

-Tamat-

YB Datuk Loretto Padua
Setiausaha Agung

AWANI LIVE 7.45 9/6/2020



GAMBAR-GAMBAR DARI FB: PEMIMPIN PH POSITIF SELEPAS MESYUARAT 3 JAM DISERTAI ANWAR DAN DR M

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
sharethis sharing button 
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) berkata, ia mengadakan perbincangan secara menyeluruh mengenai pendirian setiap parti, tetapi enggan memberikan butirannya selepas mesyuarat 3 jam yang dihadiri bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan 5 pemimpin tertinggi dalam PH itu menyatakan perbincangan secara menyeluruh itu menampakkan kemajuan amat positif.
“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini.”
Mesyuarat yang dipengerusikan Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR itu turut dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Warisan, Shafee Apdal dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Mereka meninggalkan ibu pejabat PKR pada 6.15 petang dan enggan memberikan sebarang komen.
Ini kali pertama Mahathir dan Shafie ke ibu pejabat PKR selepas kerajaan PH tumbang akhir Februari lalu.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil sewaktu ditemui pemberita berkata, mesyuarat itu berjalan lancar dalam suasana sangat positif.
Difahamkan mesyuara itu membincangkan calon PH untuk jawatan perdana menteri, susulan beberapa dakwaan bercanggah untuk jawatan itu sejak kejatuhan PH akhir Februari lalu.
Krisis politik itu menyaksikan PH digulingkan selepas Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan PPBM meninggalkan gabungan berkenaan.
PKR, DAP dan Amanah kemudiannya menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri mereka dalam usaha untuk kembali ke Putrajaya.
Spekulasi PH cuba mengambil alih kerajaan yang diterajui PN bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.


LIHAT INI . RAMAI SEDANG MENUNGGU GILIRAN