‘Biarkan dulu pengkhianat, pencuri agihkan rampasan kerajaan tebuk atap’

‘Biarkan dulu pengkhianat, pencuri agihkan rampasan kerajaan tebuk atap’



Perikatan Nasional (PN) dibentuk secara tidak formal kebanyakannya oleh parti-parti yang kalah dan ditolak pengundi dalam PRU14. Merangkumi Umno, Pas, MCA, MIC dan GPS. Bersatu pula, ditambah bilangan sekali ganda ahli-ahli Parlimen Umno yang lompat parti, membuka pintu belakang kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Saya ulang berkali-kali bahawa gabungan ini langsung tidak terikat dengan apa-apa manfesto pilihan raya atau ianji-janji pembaharuan kepada rakyat. Mereka mentadbir negara tanpa misi dan visi. Justeru, persoalan seperti melantik ahli parlimen atau politikus sebagai pengerusi atau lembaga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan isu pun, malah langsung tak berkudis. Pakatan Harapan (PH) sendiri dilihat melanggar atau menangguhkan manifesto mereka, inikan pula kepada PN yang tidak mempunyai apa-apa komitmen reformasi institusi dan sebagainya.
Seperti diakui perdana menteri, PN bukannya kerajaan yang dihasratkan rakyat. Ia hasil perancangan licik, permainan wakil-wakil rakyat yang memperdagangkan undi rakyat sebagai komoditi berharga untuk kepentingan sendiri. Masih terikat kemas dalam ingatan, pengundi-pengundi beratur panjang di tengah panas 9 Mei 2018, sesetengahnya balik jauh dari perantauan demi dorongan melakukan perubahan. Malang sekali, belum pun melepasi separuh penggal, komplot politikus yang rakus-khianat meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat. Dan kemudiannya berbangga kononnya mendirikan kerajaan Melayu-Muslim tanpa DAP.
Namun pada era pentadbiran terdahulu, sekurang-kurangnya rakyat boleh menuntut dan menagih iltizam pembaharuan PH dan kerajaan terpaksa mengeluarkan statistik peratusan manifesto yang sudah ditunaikan, untuk sesuatu tempoh, juga prestasi selepas 100 hari memerintah dan sebagainya. Rakyat juga dapat membayangkan destinasi yang dituju negara. Diperincikan bidang yang berjaya dilaksanakan, serta punca kegagalan janji tertentu dalam tempoh tertentu. Pengkritik, khususnya pembangkang bebas melemparkan tohmahan, termasuk mendakwa PH sebagai “pakatan hancing” ekoran tidak menunaikan segala janji. Walhal tempoh masa manifesto sebenarnya adalah sehingga berakhirnya penggal Parlimen.
Kini Muhyiddin Yassin hanya perlu puaskan penyokongnya dalam Dewan Rakyat agar beliau terselamat daripada usul undi tidak percaya nanti. Legitimasi beliau sebagai ketua kerajaan belum disahkan Parlimen. Namun, faktor masa lebih dilihat memihak kepada perdana menteri. Peluang untuk memperkukuh kedudukan terbuka luas. Kuasa seorang PM bagai sakti lampu Aladin. Senarai kuasanya begitu panjang. Dengan satu lorekan mata pena, mimpi bertukar menjadi realiti. Lagipun sidang Parlimen yang sepatutnya pertengahan Mac sudah ditunda lebih dua bulan bagi memberi ruang selesa untuknya membeli sokongan.
Wabak maut Covid-19 juga memberi kelebihan politik kepada Muhyiddin. Bukannya susah sangat pun untuk pastikan sekurang-kurangnya 112 ahli parlimen menyokongnya nanti. Keanggotaan menteri dan timbalan menteri sudah 70 orang, tinggal lagi lebihkurang 40 orang sahaja. Ghanimah akan difaraid kepada semua penyokong kerajaan. Kepentingan rakyat boleh ditangguhkan sekejap. Prioriti adalah memaku kesetiaan. Sumber kuasa akan dicairkan kepada pelbagai bentuk habuan, walaupun negara sedang berdepan krisis ekonomi yang dahsyat.
Dicampur dengan wakil rakyat yang diberi kedudukan istimewa dalam pelbagai potfolio, diikat elaun menarik, peruntukan selesa dan kemudahan menyenangkan, Muhyiddin dijangka tiada masalah untuk kekal jawatan dalam kerajaan tebuk atap itu. Jawatan baharu boleh sahaja diwujudkan demi menghargai sokongan berharga kepada perdana menteri. Ekonomi negara yang merudum dan terjejas teruk bukan halangan “untuk membalas budi”. Setiausaha Agung Pas sudah memaklumkan semua ahli Parlimennya akan diberi jawatan pengerusi GLC, selain lapan orang yang berjawatan menteri dan timbalan menteri. Dalil senang dicari, meskipun kontradik dengan idealisme silam. PM sedang membina kubu pertahanan yang kukuh, mengelak kerajaan tanpa mandat rakyat itu roboh di Dewan Rakyat nanti.
Lagipun majoriti rakyat sekarang diasak persoalan hidup mati, mereka tidak mahu kusutkan kepala dengan “isu-isu politik”. Orang ramai lebih memikirkan survival diri dan keluarga. Esok belum pasti ada pekerjaan atau tidak, cukup makan atau terpaksa mengemis bantuan, anak-anak boleh sambung belajar atau dapat pekerjaan?
Seringkali parti pemerintah mempunyai kelebihan dalam pilihan raya yang diadakan ketika negara menghadapi ancaman keselamatan. Misalnya PRU1964 selepas peristiwa konfrontasi dengan Indonesia, atau PRU1974 selepas tragedi 13 Mei 1969. Pandemik Covid-19 lebih tragis dan ngeri berbanding bencana lain yang pernah melanda. Ia juga memberi impak besar kepada seluruh planet bumi ini.
Malah saya perhatikan, kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan, khususnya rakan-rakan dalam Parti Amanah Negara, seperti melancarkan gencatan senjata politik. Lebih tertumpu kepada usaha membantu dan menolong rakyat, dengan melancarkan aneka inisiatif meringankan beban hidup seharian, selain muncul dalam siaran FB live, menyampaikan tazkirah atau pesanan bermanfaat di musim berkurung PKP ini. Sememangnya ia langkah proaktif yang baik, meskipun sudah tidak berada di tampuk kuasa, kecuali di peringkat negeri tertentu.
Bagaimanapuh, tidak kurang pihak yang semacam kurang berpuashati dengan sikap pemimpin yang dilihat pasif atau kurang berani memberi reaksi proaktif terhadap hal-hal semasa, termasuk berkaitan wabak maut ini. Dalam masa sama, parti-parti yang berjaya merebut kuasa melalui pengkhianatan, dilihat memiliki kelebihan sebagai penguasa di waktu genting ini. Apa pun, rakyat dapat menilai prestasi menteri-menteri yang nampak bercelaru, dengan kenyataan saling bercanggah, menambah lagi kerisauan rakyat menempuh zaman tidak menentu ini.
II.
Semasa Barisan Nasional memerintah dahulu, ada mesyuarat majlis tertinggi BN. Waktu Pakatan Harapan mentadbir negara, ada mesyuarat majlis presiden PH. Sekarang, Perikatan Nasional mengambil alih kuasa melalui pintu belakang, tanpa memperolehi mandat rakyat terlebih dahulu, soalnya apa struktur organisasi PN, siapa kepimpinan tertingginya, apakah mereka ada jadual tetap untuk bermesyuarat terutama memutuskan polisi dan dasar negara?
Beberapa pimpinan utama Umno-Pas, sekutu utama PN tidak ada dalam Kabinet Muhyiddin-Azmin, seperti Zahid Hamidi, Mohamad Hassan (hatta pemegang jawatan dalam umno yang dilantik menteri seperti setiausaha agung, ketua penerangan pun digugurkan daripada jawatan parti) dan Abdul Hadi Awang, di mana mereka boleh menyuarakan pandangan dan nasihat terhadap kerajaan jika mesyuarat tertinggi PN tidak diadakan? Hadi sudah dilantik duta khas bertaraf menteri, tentu ada akses istimewa dengan perdana menteri; boleh secara langsung memberi teguran dan nasihat. Bukankan impiannya sejak lama untuk menjadi penasihat kerajaan?
PN juga rasanya belum diikat dengan apa-apa bentuk persefahaman dan kerjasama secara bertulis. Belum terjumpa deklarasi bersama yang dipersetujui semua parti dalam gabungan longgar itu. Umno secara terbuka tidak mengiktiraf kerajaan pintu belakang ini sebagai perkongsian kuasa di antara parti, tetapi hanya kerjasama ahli-ahli Parlimen tertentu. Pastinya, fokus dan target Umno lebih tertumpu kepada PRU15.
Okey, kita beri masa dan peluang lagi untuk mereka belajar mencari keserasian dan mengagihkan habuan. Mungkin juga Muhyiddin sendiri sibuk amat sangat dengan isu Covid-19 serta implikasi ekonominya dan tak sempat berfikir untuk Perikatan Nasional. Lagipun PN naik secara kudeta, tanpa manifesto, tanpa janji pilihan raya, maka mereka tidak terikat dengan apa-apa janji pembaharuan.
Kerajaan Melayu-Islam tanpa DAP sudah terbentuk. Tanpa Anwar Ibrahim yang menjadi boneka Amerika, Eropah, Freemason dan Singapura itu, ‘kan? Tiada lagi ancaman terhadap Melayu-Islam, ‘kan? Yang lain-lain, boleh ejas, ‘kan? Isu-isu LGBT, murtad, arak, kematian Adib, sekolah vernakular, Islam liberal, sudah senyap, ‘kan? Polemik pengurusan Tabung Haji telah selesai, ‘kan? Macam zaman dikuasai orang politik dulu, Pas pun berpuas hati, ‘kan?
Sudah sempurna sebuah impian, ‘kan?
Pengalaman semasa BN mentadbir dulu, majlis tertinggi gabungan itu sememangnya tidak berfungsi. Boleh dibilang dengan hari kekerapan mesyuaratnya. Yang lebih dominan dan menguasai adalah mesyuarat majlis tertinggi Umno. Mungkin itu antara faktor mereka agak janggal dan rimas dengan situasi Perikatan Nasional. Kedudukan parti-parti — Bersatu, Umno, Pas dan GPS — agak seimbang. Malah tiga parti Melayu itu akan bersaing di konstituensi hampir sama.

Pegawai kerajaan dedah hantaran politik atas arahan SUSK Menteri Kesihatan

Pegawai kerajaan dedah hantaran politik atas arahan SUSK Menteri Kesihatan

Pegawai kerajaan dedah hantaran politik atas arahan SUSK Menteri Kesihatan


Hantaran berbaur politik yang dikongsi dari laman ‘Friends of Adham Baba’ dan dimuat naik pentadbir Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah atas arahan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Menteri Kesihatan.
Hal yang menggemparkan orang ramai itu semalam disahkan daripada tangkap layar sembang dalam kumpulan WhatsApp KKM Stormtroopers.
“As salam terima kasih. Posting dinaikkan atas arahan SUSK YBMK (Yang Berhormat Menteri Kesihatan),” kata individu atas nama LivingLegend.
Semakan Malaysia Dateline mendapati nama samaran itu berserta nombor telefon sama tanpa profil gambar juga wujud dalam kumpulan WhatsApp Media KKM.
Selepas disiasat termasuk merujuk portal rasmi KKM, individu tersebut ialah Pegawai Komunikasi Strategik Gred S51, Tuan Nazuri Tuan Ismail dari Bahagian Unit Komunikasi Korporat (UKK).
Nazuri kemudiannya dalam reaksi terbuka di kumpulan WhatsApp Media KKM memberitahu tangkap layar yang tular itu bukan menggambarkan keseluruhan perbualan.
“Screen shot itu tak sampai 10 peratus perbualan sebenar. Info screen shot itu SALAH. Sekarang cyberstroopers politik aktif. Silap ejaan pun kena kecam,” ujarnya pada jam 11.38 pagi tadi.
Sumber dalaman memaklumkan Nazuri bukannya lantikan pegawai kerajaan ketika pentadbiran PH sekali gus menafikan dakwaan kononnya UKK KMM yang diketuai Yamuna a/p Perimalu sebagai Ketua Komunikasi Korporat, Gred S54 cuba mensabotaj kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Difahamkan Nazuri berada di UKK KMM ketika di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sebagai Menteri Kesihatan (Mei 2013 hingga Mei 2018).
Untuk rekod, SUSK kepada Menteri Kesihatan ialah Mohd Sharil Abdullah yang dilantik untuk jawatan itu berkuatkuasa pada 20 Mac lalu.
Semalam, Facebook KKM memuatnaik hantaran yang memuji Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam menangani krisis wabak Covid-19.
Pada masa sama, hantaran yang dikongsikan dari laman ‘Friends of Adham Baba’ itu membandingkan Adham yang dengan penyandang jawatan terdahulu, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Menteri kesihatan zaman PN (Perikatan Nasional) tak banyak cakap, tak banyak cerita. Awalan hari pertama masuk kerja terus sekat pelancong Iran, Itali dan Korea.
“Terus memastikan hubungan baik dengan China bersama Kementerian Luar bagi membantu bekalan sumbangan peralatan di Malaysia.
“So nampak tak beza? …Apa yang penting ada “sense of urgency”. Bukannya blurr,” jelas hantaran yang kemudiannya telah dipadamkan itu.

SINGAPURA TANGANI COVID MIRIP PELAN DR DZUL?

BIAR PUN DIFITNAH, NAMA ANWAR TETAP HARUM

6 HUJAH KARUT HJ HADI DAN JAWAPAN BALAS

TERHAD WAKTU PERNIAGAAN RAMADAN, RESTORAN BAKAL GULUNG TIKAR?

Apakah Maksud Kes Sporadik?


IBRAHIM  MAT ISA

Ketua Pengarah Kesihatan menjelaskan bahawa terdapat 69 Kes Sporadik di negara ini.
Kes SPORADIK merupakan kes seseorang individu itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak ada berhubung dengan kontak rapat COVID-19, tetapi dia telah disahkan positif COVID-19.
Bagaimanakah dia boleh dijangkiti?
Jangan ambil mudah penyakit ini walaupun kita tidak keluar dari rumah. Virus ini amat berbahaya. Ibu-ibu harus pastikan kebersihan menjadi amalan semua ahli keluarga. Jangan selalu berkumpul dengan jiran atau ahli keluarga dalam kelompok yang ramai. Yang balik dari pasar mesti basuh tangan, dan mandi sebelum berdekatan dengan ahli keluarga. Elakkan risiko kebarangkalian kita dan ahli keluarga kita dijangkiti. Jika ada rasa sayang yang mendalam kepada ahli keluarga, semua ahli harus prihatin dengan virus COVID-19.
Banyak kemungkinan untuk kita dijangkiti secara tidak disedari.
Contohnya: Kita berada di pasar raya atau market basah, orang yang pembawa virus bersin atau batuk, virus itu pun boleh kena kepada kita walaupun kita pakai penutup muka tetapi datang di rumah kita tak bersihkan diri. Terus memasak dan buat kerja itu ini atau lepak menonton TV. Harus diingat, kita tidak akan terus sakit tetapi kesannya hanya diketahui setelah 14 hari, kita pun tak ingat tempat yang kita kunjungi.
Jagalah diri, hargailah nyawa.
Duduk di rumah memang selamat tetapi kalau kita asyik keluar ke sana ke sini, kita mungkin tidak selamat. Oleh itu, kurangkan pergerakan. Ingat, jika seorang kena, mungkin semua ahli keluarga kita akan kena juga. Kalau tak nak, sila jaga diri betul-betul semasa tempoh PKP ini.
■ Basuh tangan dengan kerap dan betul.
■ Amalkan "penjarakkan sosial".
■ Mandi dan bersihkan diri setiap kali selepas keluar rumah.
■ Minum air putih 1.5 liter sehari.
■ Jangan keluar rumah sekiranya tiada keperluan.

RENTASAN 664 | PANAS!!! AMARAN BUAT TAKIYUDDIN HASSAN?





MENARIK DALAM RENTASAN 664
1. KENDURI POLITIK GLC - WAJARKAH? 2. DALAM BANYAK-BANYAK PERKHIDMATAN KENAPA PILIH GUNTING RAMBUT? 3. PAKAR PERUBATAN BANTAH BAZAR RAMADAN 4. ALASAN MENTERI PEGANG GLC SETARAF IMPIAN DORAEMON

BILA KHADAM MCA BUAT POSTER.ABAM MELUAT PAS.



AHMAD MUNIR ABDULLAH

Meluntur buloh biar dari rebong sebab tu banyak kegiatan parti politik bermula di Uni. Budak-budak Uni ni ikut jer kat mana team yang ada ramai kawan-kawan mereka.

Bukannya guna kepala otak untuk fikir mana yang bagus pun. Sekarang ni mungkin lebih baik la sbb ada social media. Zaman dulu kena control tapi 20 tahun lepas, pas menguasai uni sebab mereka pembangkang sejati lawan ameno penyamun.

 Abam dulu pernah kerja sukarela kat pejabat Harakah dekat area Gombak zaman UIA. Abam pergi kemaskan pejabat Harakah. Selepas Nik Aziz takde, abam dah naik meluat dengan pas. Hari-hari abam tibai pas sebab mereka sekarang jilat ameno. Perangai pun dah macam ameno termasuk budak-budak Uni. 
///klaster ppv german

TAKKAN PEGANG GLC UNTUK PANTAU SAHAJA.


W.Faudzin

Bila dapat kat dia, alasannya MP-MP nak memantau. Kita lantik pengerusi GLC ini untuk bangunkan GLC bukan makan gaji dan elaun sekadar jadi tukang pantau. Ingat mandor estate ke?

Dulu bukan main lebai berkokok kononnya GLC ini elok diserahkan kepada golongan teknokrat dan profesional bukan orang politik. Sekarang, apa jadi? Senyap sepi bila dapat jawatan.

Tiada penerangan foto disediakan.Tiada penerangan foto disediakan.

Campur tangan politik bantutkan usaha bantu rakyat memerlukan


Kehidupan rakyat amat terkesan dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini. 

Rakyat terutama kelompok berpendapatan rendah atau B40 sangat memerlukan bantuan, dan bantuan itu perlu tiba segera kepada mereka. 

Masa sekarang adalah masa paling sesuai untuk menghindari daripada berpolitik. Namun begitu, apa yang dikesali, dikhabarkan berlaku beberapa kes yang menunjukkan berlaku aktiviti politiking terhadap usaha membantu anggota masyarakat yang terjejas. 

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membangkitkan kebimbangan mengenai tindakan lembab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam mengagihkan bakul makanan kepada keluarga B40 di setiap kawasan Parlimen. 

Menurut beliau, rata-rata ahli Parlimen masih belum melihat 1,000 bekalan makanan yang dijanjikan kerajaan persekutuan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk golongan tersebut di setiap kawasan.

“Kami diberitahu akan ada 1,000 bakul makanan yang akan disediakan oleh kerajaan pusat melalui JKM untuk setiap kawasan, tetapi ramai ahli parlimen di KL belum melihat bekalan makanan ini dan kita sudah memasuki minggu keempat PKP.

“(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Rina Harun perlu jawab,” katanya. 

Campur tangan politik juga berlaku di satu daerah di Johor apabila Pejabat Ahli Parlimen Kulai mendakwa proses penyampaian sumbangan tidak dapat diteruskan kerana terdapat campur tangan politik yang menghalang.

Sebelum itu, Pejabat Ahli Parlimen Kulai tidak mempunyai masalah untuk menyediakan 1,027 senarai nama penerima bantuan tanpa mengira latar belakang politik. Sejumlah 600 sumbangan telahpun disampaikan dengan kerjasama dari JKM. 

Persoalannya, mengapa perlu ada campur tangan politik di waktu genting memerangi pandemik Covid-19 ini? Bukankah kebajikan rakyat sepatutnya didahulukan tanpa mengira latar belakang politik?

Lim Guan Eng pada minggu lalu pula menyatakan bahawa peruntukan RM400,000 yang diluluskannya kepada Hospital Seberang Jaya ketika menjadi Menteri Kewangan telah ditarik balik. 

Hospital Seberang Jaya merupakan antara hospital saringan Covid-19 dan beban tanggungjawab mereka lebih berat. Tetapi, kenapa peruntukan itu ditarik balik?

Sementara itu, pada 26 Mac 2020, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Pasir Gudang yang dipengerusikan oleh ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung, telah sebulat suara meluluskan sebanyak 2,000 set sumbangan keperluan asas untuk disampaikan kepada warga Pasir Gudang yang kurang berkemampuan.

Namun, usaha ini mendapat sekatan kerana senarai penerima yang dikumpulkan perlu kelulusan daripada beberapa pihak kerajaan. 

Kemudian, tidak semena-mena dikhabarkan UMNO Pasir Gudang yang akan menyampaikan sumbangan tersebut sedangkan ia diluluskan oleh ALPA. Mengapa urusan ini disekat awalnya tapi tiba-tiba bantuan disampaikan oleh UMNO Pasir Gudang yang tidak terlibat dalam perbincangan ALPA?

Semua kejadian-kejadian ini, tidak sepatutnya berlaku. Keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik dan kaum terus terbela daripada kesan yang dibawa PKP. 

Kerajaan didesak untuk memastikan kes-kes seumpama ini tidak berulang dan rakyat terjejas segera memperoleh bantuan yang mereka amat perlukan.