MANA KERAJAAN TEKNOKRAT PAS, SEMUA MP JADI PENGERUSI GLC

DULU KATA PH TAK ADA KUMPULAN WHATSAPP, PN PUN SAMA

PH JANGAN LAGI ABAIKAN PENYOKONG...PN JUGAK YANG CERDIK


Mohd Nizam

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata 'PDRM Anggota PDRM Bergadai Nyawa? Geng2 Kamu Dgn Jawatan Dan Pangkat? COVID-19: 66 warga PDRM positif COVID-19 22 anggota, keluarga ATM dikuarantin di Sabah MP kerajaan akan dilantik ketuai GLC' Menteri di JPM Semua anggota parlimen kerajaan persekutuan dilantik sebagai dan menteri dilantik mempengerusikan agensi dan kerajaan (GLC). Anggota ATM Bergadai Nyawa? mkk malaysiakini Kadar Kematian Bertambah? 4,683 2,499 2,108 Maut 224 petugas KKM Rakyat Sanggup Berdepan Risiko? Kakitgn KKM Bergadai Nyawa? Demi negara, ibu anak dua galas tugas 224 petugas KKM positif COVID-19'

Mari kita tonton perangai lebai. Sejak dulu kononnya perjuangkan tidak mahu orang politik kuasai GLC, upah politik katanya. Tapi.....bila dia dok dlm kerajaan pintu belakang skrg, jawatan apa yg dia tolak? Kalau ada tukang cuci tandas pejabat menteri pun lebai akan letak puak-puak dia.
Menurut Takiyuddin Hassan semua MP kerajaan akan dilantik menjadi pengerusi GLC. Ertinya semua 113 orang MP yang mendokong kerajaan PN mendapat habuan berupakan jawatan menteri, timbalan menteri, duta khas dan pengerusi GLC.

Dulu kalau lantik MP dari PH ke GLC depa kata tak layak sebab orang politik walau pun MP dari PH ramai di kalangan profesional.

So..dulu PH bagi keutamaan kepada profesional ketuai GLC. Mai tang PN-UMPA$ depa bagi semua MP sebab dikira layak, layak untuk faraid ghanimah pada MP depa. Cara ni depa sentiasa ada duit nak sumbang untuk program parti dan masyarakat.


Lantikan Politik Dalam GLC: Ketelusan Malaysia Baru Versi PH … Berbohong, Mungkir Janji


Hebat. Inilah kerajaan yang prihatin kepada nasib MP, tidak pernah berlaku pada kerajaan sebelum ini baik zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah Badawi ataupun Najib Razak, dimana semua MP diberikan jawatan GLC selepas mereka kehabisan kouta jawatan menteri, timbalan menteridan duta khas.

Jelas pembahagian atau pelantikan MP itu menggambarkan kerajaan PN kini khasnya Muhyiddin terdesak untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri. 
Demikianlah kalau sesuatu jawatan itu diambil dengan cara mencuri, maka ia perlu dijaga serapi mungkin, seperti mana pencuri menyembunyikan bahan curi daripada polis.

Hidup pencuri senantiasa diburu dan tidak selamat. Apakah polis (rakyat) tidak menyedari apa yang berlaku? Apapun didoakan semoga kerajaan Muhyiddin dan dengan caranya itu diselamatkan Allah. Jangan hendaknya kerajaan PN jadi kerajaan lebih pendek daripada kerajaan PH.

Ini pengajaran pada PH. JIKA menang PRU15 nanti, lantik semua MP dan penyokong-penyokong yang profesional ke GLC. Jangan dok sembang deraih bab telus, integriti, akauntabiliti kepala bapak bagai...

Sebab itu hanya alasan yang membuatkan akar umbi PH jadi lemah dan tak berkemampuan dari segi ekonomi untuk bantu PH semula. Malah tak mampu nak bantu rakyat yg susah, sehingga yang kecik-kecik pun terpaksa mengemis bantuan kerajaan untuk rakyat. PH tengok apa yang PN-UMPA$ ni buat. Jangan buat pekak dan buta..!! -


BENARKAH KATA MAHATHIR ORANG TAK TERIMA ANWAR?




Kami tahu siapa yang menentang dan tak boleh terima rancangan utk menjadikan kamu sebagai PM sebelum PRU 14 yg mana kamu cakap kononnya mereka ini yg didalam PKR tidak boleh terima DSAI menjadi TPM,bagaimana jika dilantik anwar sebagai TPM kepada kamu PH tidak akan menang keranan Azmin tidak sokong jika kamu pon dia tidak menyokong sebagai calon PM?.




KALAU MEREKA TIDAK BOLEH TERIMA ANWAR SEBAGAI TIMBALAN PERDANA METERI,BAGAIMANA BOLEH KAMU SENDIRI SETUJU DIA BAKAL PERDANA MENTERI DAN KAMU SENDIRI AKAN MENYERAHKA KUASA ITU KEPADANYA yang mana perjanjian itu melibatkan parti kamu keseluruhannya?

Jika kenyataan tidak menyokong Anwar sebagai TPM itu dibuat oleh Azmin Ali selepas kamu menang PRU dan ketika kamu menjadi PM,sepatutnya kamu boleh menilai harga dirinya dan kini terbukti kamu SILAP jika benar kamu mengikuti nasihat dia. jika Azmin tidak bersetuju Anwar jadi TPM dan seterusnya menjadi PM dan kamu terima penolakan Azmin itu kerana risaukan sokongan dari MP PKR, hanya 9 orang yang mengikutinya untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap. Orang yang bawa malapetaka kepada PH adalah dari parti kamu sendiri.
 PAS dari dulu tidak boleh terima kamu,kamu juga tidak boleh terima PAS dari dulu lagi. jadi atas sebab apa hendak diikutkan pandangan PAS berkenaan Anwar?

Kamu yang mencipta masalah sendiri dengan keegoan dan keangkuhan kamu hingga terhasil desakkan dari "orang orang" Anwar. Kami hanya mahu kamu nyatakan TARIKH penyerahan kuasa,itu sahaja. Itu pun selepas apa yang kami lihat kami kenyataan kamu mula berputar putar dan berbelit belit atas PERJANJIAN yang kamu sendiri setujui.

Akhirnya,kamu sendiri yang dikhianati dan di game oleh orang yang tidak mahu DSAI menjadi TPM kini mereka yang menyebabkan kabinet dan kerajaan yang kamu menjadi PM runtuang orang kepercayaan kamu baik didalam parti kamu dan mereka "pembodek" yang sanggup jadi menteri pengiring kepada kamu.

Kamu terima MP bekas UMNO yang akhirnya kini mereka ini lari dari kamu dan memusnahkan usaha kamu sebelum ini. Kamu terima nasihat dari ahli parti lain yg menentang presidennya sendiri hanya untuk kamu kekal menjadi perdana menteri. 
Kamu seronok dengan kenyataan "tidak menyokong pintu belakang" dan memberi kepercayaan sepenuhnya dengan andaian kenyataan itu ikhlas,akhirnya siapa yang masih berada didalam PH dan setia kepada perjuangan ini?

Kamu PM dan selepas kerajaan kamu dijatuhkan,yang naik menjadi PM adalah orang dari parti kamu. siapa pembawa bencana sebenarnya?perancangan atau strategi siapa yang salah?

Kamu membuat andaian Anwar tidak diterima oleh orang Melayu,berapa banyak kerusi yang UMNO tewas dalam PRU lepas,dan berapa banyak juga kerusi calon kamu tewas?. hentikan membuat andaian dan persepsi,terima kenyataan.

Apa yang tinggal pada kamu sekarang?hanya sebilangan kecil dari parti kamu yang masih mendokong kamu dengan kedudukkan kamu sebagai negarawan.



KISAH WALAUN JUHALA



miqdad zakaria


Walaun's Juhala' ramai yang berani memetik dan memfitnah Imam Assyafie Rahimahullah..

Mereka mendakwah.. Imam Syafie pernah menjawab bila ditanya oleh anak muridnya tentang ulamak yang bagaimana di akhir zaman nanti perlu kami ikuti..?

Walaun's Juhala' menambah dengan berani menggunakan nama Imam Syafie.. Imam Syafie menjawab.. “Perhatikanlah panah-panah musuh (ditujukan kepada siapa), maka itu akan menunjukan kamu kepada siapa ‘Pengikut Kebenaran’ itu”..

Dalam versi lain..

Walaun's Juhala' membawa cerita dongeng lagi tentang jawaban Imam Syafie.. Kononnya sang imam berkata.. “Ikutilah ulama yang dibenci kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik. Dan jauhilah ulama yang disenangi kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik, karena ia akan menyesatkanmu, menjauhimu dari keredhaan Allah“.

Lalu Walaun Juhala' menangis.. Dan menyeru semua rakyat Malaysia supaya kembali kepada Ulamak PAS.. Seperti Haji Hadi.. Hashim Jasin.. Nik Zawawi.. Dan Mokhtar Senik..

Inilah walaun's..

Tidak sedar cerita itu palsu.. Tidak pernah dinukil di mana² kitab mu'tabar Imam Assyafie.. Tidak ada satu sanad yang boleh mensahihkan cerita tersebut.. 

Dan seruan Walaun's Juhala' itu juga palsu demi untuk kekenyangan keroncong perut dan nafsu syahwat sang lebai² gersang mereka sahaja..

Itulah secebis kisah Walaun's Juhala'.. Tak cukup fitnah kepada DAP dan sekutunya.. Imam Assyafie juga mereka fitnah..

Nauzubillah..

Tamat..

😊😊

AKHLAK DAN MORAL ANWAR IBRAHIM

MuhammadSharim Al Wajid AKHLAK DAN MORAL ANWAR IBRAHIM.

Bagi mereka yang mempertikaikan ' Moral dan Akhlak ' Dato Seri Anwar Ibrahim sila bandingkan pengatahuan anda dengan orang-orang yang mempertahankan ' Maruah ' Dato Seri Anwar Ibrahim seperti berikut;

1. Sejak bermula ' Fitnah dan Tuduhan yang direkayasa ' dengan maksud pembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 agar Dato Seri ' Berhenti Berpolitik ' sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila masyarakat Melayu menunjukan undi protes pada PRU 1999 dengan swing votes sebanyak 36% kepada pembangkang.Dato Najib sendiri di parlimen Pekan hanya menang dengan majoriti 241 undi,akibat kemarahan masyarakat Melayu atas kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim.

2. Sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila Dato Seri yang mengetuai pembangkang pada PRU 2008 berjaya merobek keegoan Umno/Bn buat pertama kali bila Umno/Bn kehilangan 5 negeri dan majoriti 2/3 di parlimen.Akibatnya Umno/Bn menjadi LUMPUH.

3. Majoriti rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim pada PRU 13 apabila Dato Seri sekali lagi buat kali kedua merobek keegoan Umno/Bn,bila Umno/Bn buat pertama kali kehilangan undi popular yang hanya mendapat 48% berbanding Pakatan yang mendapat 51% undi popular,akibatnya Umno/Bn ' KOMA ' dan sepatutnya Anwar Ibrahim sudah dilantik sebagai Perdana Menteri.

4. Seluruh dunia Islam khususnya negara-negara Arab,Indonesia,Turki dan Iran tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila Dato Seri dipilih dan dinobatkan sebagai seorang yang sangat berpengaruh bagi kategori ' Politik ' pada tahun 2017 dan 2018 dua tahun berturut-turut melalui The Muslim 500 Magazine yang berpengkalan di Jordan,walau pun Anwar Ibrahim masih dalam penjara.

Masyarakat antara bangsa tetap mempertahakan moral dan maruah Anwar Ibrahim apabila Anwar dipilih sebagai penerima anugerah ' Global Peace Prize ' pada tahun 2016 ketika beliau berada dalam penjara.

Masyarakat barat tetapt mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim apabila Anwar disenaraikan kekelompok 100 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam kategori ' Politik ' oleh Majalah Time pada tahun 2008.

5. Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Sheikh Dr.Yusuf Qaradhawi tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai ' Intellectual Muslim ' yang dihormati oleh dunia barat.

6. Al Marhum Ustaz Dato Fadzil Noor bekas presiden Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

7. Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral,Akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

8. Al Marhum Tuan Guru Harun Din bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

9. Tuan Guru Hj Hadi Awang Presiden Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim. *Hadi pernah keluarkan buku Qazaf untuk pertahankan Anwar apabila difitnah meliwat, cuma sekarang Hadi jadi pening semenjak berkawan dengan Umno*

10. Aiman Rais pemimpin Jemaah Muhammadiyah Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

11. Kiayi Hj. Maasum Bandawoso Jawa Timur,Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

12. Kiayi Hj.Ghafur Pondok Sunan Darajat,Gerisik Surabaya,Jawa Tengah,Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

13. Sheikh Abdul Razak Hafiz,Mallah Puram,Karallah,India memimpin himpunan setengah juta umat,zikir dan solat hajat untuk mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

14. BJ Habibie bekas Presiden Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

15. Mustapha Charrick,Mufti Bosnia Harzigovina tetap mempertahankan Moral,Akhlak dan Maruah Anwar Ibrahim.

16. Maulana Ihsan Hendricks,Presiden Majlis Keadilan Islam dan Judicial Council Ulama Afrika,tetap memertahankan Moral,Akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

17. Sheikh Wahbah Az Zuhaily seorang Ulama terkenal dari Syaria tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

18. Maulana Muhammad Illias Ketua Ulama Afrika tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

19. Reccep Tayyip Erdogan Presiden Turki tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

20. Sheikh Abul Hassan Ali Nadwi seorang Ulama dari India tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

21. Khalid Meshaal Ketua Pejuang Hamas Palestin tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

22. Ekmeleddin Ihsanoglu Setiausaha Umum OIC tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

23. Dr. Umar Jamjum,University King Abdul Aziz Arab Saudi tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

24. Rashid Ghanoushi Penasihat dan Ketua Umum Parti Annadah Tunisia,tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

25. Sultan Muhammad V, Yang DiPertuan Agong ke 15 mempertahakan moral, akhlak dan tidak percaya Anwar Ibrahim melakukan perkara jijik.

Abdul Rauf Hj.Jainullah.

REGA BARANG NAIK KA TURUN?

AZWAN RAMLI

Semalam ke pasar awam Gopeng ternampak harga bawang 1kg RM10. 10 biji dah ada sekilo.... Sebiji seringgit kot... Betul ke harga bawang ni???

MANA SATU?

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'MENTERI KKM "Minum Air suam lawan Covid-19" Menteri KKM "Tiada bukti" KKM "Nak bawak pulang pelajar IPTA" Menteri KPT "Mohon tangguh pulang" KKM "Kedai gunting rambut dibenar operasi" Menteri MITI "Mohon tangguhkan KKM PERCAYA DR NOOR HISHAM ATAU MENTERI?'

NASIB MENTERI MALAYSIA LAIN...

Tiada penerangan foto disediakan.

Pemisahan parti dalam berkerajaan


Oleh Nor Miswary Ramli 
(Mantan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri KPWKM)

Saya teringat ada satu masa, sewaktu saya mula-mula bertugas di Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di tingkat 37, Putrajaya. Ketika itu saya sedang menghabiskan makanan tengahari dan seorang penjawat awam di kementerian tiba-tiba bertanya kepada saya satu soalan serius. 

“Kenapa Encik Wary join DAP? Bukankah DAP ini parti Cina, parti komunis dan parti anti-Islam?” 

Saya cuma tergelak kecil dan kemudian membalas senyumannya. Selesai makan, saya cuba menenangkan beliau yang kelihatan gelisah sejak mula menyoal saya tadi. Ia bukan sesuatu yang baharu bagi saya. Ia bukan kali pertama dan saya telah menerima soalan seperti itu sejak hari pertama menjadi ahli parti lagi. 

Pertanyaan sebegini datang kerana dahulunya mereka hanya bergantung kepada sumber berita milik Kerajaan dan surat khabar yang telah bankrap akibat menanggung hutang membayar saman. Sehinggalah bertemu sendiri dengan “ahli parti Cina, parti komunis dan parti anti-Islam”, saya boleh faham mengapa beliau menjadi begitu teruja! Bagaimanapun saya memilih untuk menjelaskan kepadanya selepas waktu kerja sambil minum nescafe tarik panas di kedai makan yang mengadap tasik. 

Dahulunya promosi parti politik tidak pernah timbul di Pejabat Timbalan Menteri atau mana-mana jabatan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) termasuklah di cafetaria kementerian. Wajah parti politik tidak ada di muka saya atau muka Timbalan Menteri KPWKM ketika itu – Hannah Yeoh – sepanjang kami di sana sehinggalah kami terpelanting keluar dari Kerajaan pada penghujung Februari yang lalu. 

Tidak seperti yang dilakukan oleh Timbalan Menteri KPWKM dari parti PAS, Hannah Yeoh dari DAP mempunyai idealisma yang jelas mengenai perkara ini. Prinsip memisahkan antara hal parti dan hal berkerajaan adalah asas pembentukan parti DAP dan kepimpinannya. Bukan setakat melaungkannya, malah kami buktikan dengan tindakan. Kami tidak membenarkan ahli-ahli kami memakai baju logo parti hadir ke program kementerian atau program agensi kerajaan. Jangankan baju, lambang parti pun tidak ada di pejabat! Inilah garis yang membezakan kedua-dua mereka ini. 

Sebagai Timbalan Menteri KPWKM ketika itu, Hannah Yeoh sering kali memperingatkan saya dan pasukan – tiada agenda parti dibenarkan masuk ke dalam mana-mana urusan kementerian. Tegas beliau, perjuangan kementerian mestilah seputar isu kebajikan golongan sasar yang melangkaui batas bangsa, agama dan tentunya merentasi politik kepartian. Noktah. 

Kami tidak pernah mengusung imej parti ke pejabat ataupun ke dalam kementerian. Sungguhpun kami percaya penjawat awam berhak memiliki pendirian politik, namun melalui pemisahan ini, ia memudahkan kerja mereka. Kami menyingsing lengan baju bekerja bersama sebagai satu pasukan dan tidak dilihat sebagai sekumpulan elit ahli politik yang menyombong di balkoni kementerian. Penjawat awam boleh memperakui jika sesuatu idea itu berkesan dan bebas menyanggah jika ianya mustahil dilaksanakan tanpa rasa takut kepada sensitiviti parti yang dianggotai Menteri atau Timbalan Menteri. Oleh sebab itulah, kami tidak mempunyai infografik atau mesej awam KPKWM yang dipengaruhi oleh parti politik. Ketika itu, KPWKM hanya mempunyai satu warna dan satu pihak sahaja. Tidak ada warna parti politik di wajah kami yang mempengaruhi mereka. 

Kami juga sentiasa memastikan pihak pembangkang turut dijemput dalam program anjuran kementerian yang melibatkan kawasan mereka. Tegas Hannah Yeoh, kita adalah Kerajaan yang bertanggungjawab untuk semua dan tidak boleh berpihak kepada mana-mana parti termasuk parti sendiri. Kami tidak membezakan negeri-negeri yang diperintah oleh parti kerajaan atau pembangkang dalam mana-mana mesyuarat yang diadakan di Putrajaya. Dalam isu perkahwinan bawah umur misalnya, semua negeri termasuk yang diperintah oleh parti pembangkang sentiasa dilibatkan tanpa terkecuali. 

Paling membanggakan, sepanjang hampir 20 bulan di KPWKM, kami tidak pernah menerbitkan video kementerian yang menggunakan jawatan rasmi kerajaan untuk mempromosikan parti politik. Bukan kerana tidak mahu, tapi ia adalah persoalan integriti bagaimana duit pembayar cukai dibelanjakan. Lagipun idea ini salah dan sangat memalukan. Percayalah, Hannah Yeoh sendiri yang akan bantah jika saya memberikan cadangan seperti ini kepadanya – walaupun saya tidaklah sebodoh itu. 


Khalid tempelak Afif Bahardin, nampak sangat cuba ‘backup boss’

Khalid tempelak Afif Bahardin, nampak sangat cuba ‘backup boss’

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin dilabel sebagai mahu ‘back-up’ boss selepas tampil dalam satu bebenang Twitter yang mempertahankan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung perkhidmatan gunting rambut yang dibenarkan beroperasi.
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abd Samad berkata, dalam ‘thread’ tersebut, Afif juga secara tiba-tiba turut menghuraikan kelebihan perkhidmatan gunting rambut mengikut kajian perubatan yang tiada kaitan dengan topik ancaman Covid-19.
Menurutnya juga, secara jelas apa yang diumumkan Azmin Ali adalah bercanggah dengan kenyataan Pengarah Kesihatan yang meminta kerajaan untuk menimbangkan cadangan tersebut.
“Apa yang diumumkan Azmin disanggah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Maka, nampak sangat Dr Afif datang untuk nak bela Azmin.
“Siap tekankan ikut kajian perubatan bahawa perkhidmatan ini boleh bantu kurangkan tekanan darah tinggi. Ini semua nampak nak ‘backing’. Orang cakap pasal ancaman Covid-19 ini, kamu nak cakap pasal tekanan darah.
“Ini menyedihkan. Budaya politik seperti ini masih wujud dan masih subur,” katanya dalam sesi live eksklusif bersama Malaysia Dateline pagi tadi.
Terdahulu, kerajaan menerusi kenyataan yang dikeluarkan MITI semalam, menyenaraikan sembilan sektor ekonomi termasuk perkhidmatan gunting rambut asas yang boleh membuat permohonan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April.
Semalam juga, Noor Hisham menasihatkan kerajaan agar mengekalkan tindakan digunakan dalam pelaksanaan PKP fasa satu dan dua bagi tempoh lanjutan bermula Rabu ini.
Malah, beliau menegaskan tindakan seharusnya diperketatkan untuk fasa ketiga dan menyeru agar semua orang mengamalkan penjarakan fizikal.
Sementara itu, mengulas situasi berlaku ketika ini yang memperlihatkan beberapa kementerian menjadi bahan jenaka kepada rakyat, Khalid berkata ia adalah kerana kerajaan tidak mempunyai satu manifesto dan dasar perjuangan yang jelas.
Beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan gandingan ahli Parlimen dan bukannya gabungan parti politik.
Maka dengan itu katanya, apa yang mengaitkan kesatuan mereka bersama hanyalah semata-mata manfaat dan kepentingan yang diperolehi setiap ahli Parlimen.
“Bila ianya merupakan gandingan ahli parlimen, maknanya apa yang mengaitkan antara mereka adalah apa manfaat dan kepentingan yang setiap ahli parlimen perolehi.
“Tak ada satu dasar yang jelas. Maka, dasar kesatuan yang dapat diwujudkan apabila ianya merupakan gabungan individu dan bukan gabungan parti, adalah melantik mereka sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.
“Bila ini berlaku, kita dapati kerjasama antara mereka tak berapa bagus, kordinasi kurang baik. Individu yang dilantik jadi Menteri pun tak tahu dasar apa-apa lalu akhirnya bercanggah dan datang yang pelik-pelik,” tegasnya.

MUSTAHIL DIA CAPAI KETENANGAN, ARKITEK JATUHKAN PH


ZYN ALZAHAB

Setiap Malam DSAI Keudara Dalam Live Video. Berkongsi Info, Menjawab Isu Urustadbir Negara, Seminggu Sekali Tazkirah Dan Sesekali Menjawab Tohmahan & Tuduhan Fitnah Mereka Yang Jahat.

Walau Dia Cuba Menunjukkan Ketenangan, Mustahillah Dia Boleh Tidur Lena Tanpa Diburu Mimpi Masa Lalunya..!

Ini Yang Sebenarnya Yang Dia Risaukan?

Apa Yang Dia Mampu?
Mengarut, Merepek, Bercerita Masa Lalu & Menyimpulkan Anwar Dari Sudut Yang Sempit.

Berani Dia Kritik Kabinet Merapu 71 Tingkat Muhyidin?

Politik Pecah dan Perintah Ala Theory Machiavelli Dan Kebencian Sahaja Yang Dia Pandai.

Kita Pun Tak Pasti Kemampuan Ekonomi Dan Bahasa Ekonomi Dia. Ekonomi Malaysia Tidak Pernah Kembali Menjadi Harimau Ekonomi Pasca DSAI Menjadi Menteri Kewangan..

Ia Bukan Pasal Popularity Yang Ditakuti Mahathir...

But He Worries For Anwar Will Express The Truth..!!!

Sekali Semboyan Ditiup, Mahathir Pun Goyang.

Dia Tidak Boleh Nafikan Kezaliman Masa Lalu Ke Atas Anwar, Tahan Berterusan Tanpa Ikat Jamin Dan Bicara DI Dalam Tragedi Politik Negara 1998..!


PEMIMPIN ANAK MUDA TOLAK MENTERI TIK TOK






"Saranan kami dari MA Nasional, KPT perlu menyediakan perancangan jangka masa panjang berkenaan hala tuju pembelajaran atas talian dari segi mekanisme," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata masih terdapat kelompongan dalam dasar yang belum dijelaskan oleh KPT seperti status pelajar yang mengambil latihan industri, masalah kesihatan mental mahasiswa yang semakin meruncing ketika wabak ini dan akses internet yang terbatas di kalangan mahasiswa yang kurang berkemampuan. "Kegagalan Menteri KPT memberi aspirasi kepada mahasiswa jelas menunjukkan antara kelemahan terbesar di dalam Kerajaan Perikatan Nasional," tegas Amin Mubarak. Sementara itu, Ketua AMK, Akmal Nasir pula membidas Noraini tidak sensitif dengan kesusahan yang sedang dihadapi oleh mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Menurut Akmal, pihak Menteri sepatutnya memberi perhatian kepada isu kebajikan mahasiswa yang terkesan daripada langkah PKP dan tidak sewenang-wenangnya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pihak IPT dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Di mana suara Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional?

Di mana suara Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional?


Baru sebulan MCA menjadi sebahagian dari Kerajaan dalam Perikatan Nasional (PN), parti tersebut telah menunjukkan taring dan bersuara lantang terhadap kerajaan PN dengan mempersoalkan secara terbuka isu isu penting. Hampir dua tahun PH memerintah perkara ini tidak pernah terjadi secara demikian.
Minggu pertama PN menjadi kerajaan, Presiden MCA, Dato Wee Ka Siong, dengan lantang menyatakan kerajaan PN ini bukan berteraskan konsep kerajaan Melayu-Islam seperti yang dikatakan. Parti-parti bertunggak dominan Melayu-Islam iaitu PBBM, Pas dan Umno membisu seribu bahasa. Tidak seorang pun pimpinan ketiga-tiga parti Melayu-Islam tersebut berani bersuara.
Semalam pula Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong, menghina Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat – YB Siti Zailah Yusof dari Pas dengan menyatakan beliau ‘tidak layak’ menjadi seorang Timbalan Menteri.
Serangan perlantikan tersebut berkaitan dengan kenyataan isu hubungan rumah tangga oleh YB Siti Zailah. Serangan tersebut bukan atas hujah isu tetapi lebih ke atas kelayakan diri Siti Zailah dan kewajaran perlantikan tersebut yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong.
Walaupun pagi ini Nicole baru minta maaf kesilapan tersebut kononnya atas salah fakta isu. Tetapi perkara pokok serangan tersebut bersikap pribadi kelayakan YB Siti Zailah dan juga implikasi perlantikan ke atas seorang yang kononnya tidak layak dan tidak patut di lantik oleh pihak berkuasa berkenaan.
Perlantikan seorang Timbalan Menteri tersebut berasas atas pengesyoran Presiden Parti Pas dan dicadangkan oleh Perdana Menteri untuk perkenan ke bawah Duli Yang Di Pertuan Agong. Menyatakan beliau tidak layak dianugerah perlantikan tersebut seolah-olah mempersoalkan kewajaran dan tidak menghormati pemilihan dibuat oleh ketiga-tiga peringkat yang terlibat.
Mengapakah MCA begitu berani dan minat menyerang dan meremehkan Pas serta asas perjuangan Islam Pas dari dahulu lagi? Ianya mula kelihatan pada sidang Parlimen lepas di mana 5 orang ahli Parlimen Pas sanggup beratur berdiri diam di belakang Presiden MCA, Wee Ka Siong, di Parlimen semasa beliau menyerang usaha Kerajaan PH masa itu yang dalam proses berunding untuk membantu hampir satu juta ahli Nafas yang terdiri kebanyakannya oleh petani serta nelayan miskin Melayu-Islam.
Ahli Parlimen Pas telah mula kelihatan sanggup tunduk dipimpin oleh Menteri MCA-BN asalkan dijanjikan jawatan dalam kerajaan yang sedang dirancang untuk diambil alih, walaupun isu itu usaha mulia untuk membantu golongan Melayu Islam.
Walaupun ramai yang lain yang mengkritik kenyataan YB Siti Zailah tetapi ianya ditumpukan kepada tajuk isu menangani keganasan rumah tangga dan bukan serangan peribadi atau perlantikan beliau sebagai TImbalan Menteri. Serangan pribadi Nicole sangat tidak beradab terutamanya terhadap seorang yang hampir sekali ganda umur beliau yang baru 38 tahun. Semua bangsa dan agama meminta kita menghormati orang tua.
Sehingga pagi ini masih belum kedengaran seorang pun pemimpin kanan Pas membela penghinaan MCA terhadap YB Siti Zailah walaupun ramai yang faham permintaan maaf itu telah banyak menjejaskan imej dan kredibiliti YB Siti Zailah.
Walaupun mungkin ada kelemahan isu kenyataan Siti Zailah biarlah saya menyuarakan ketidakwajaran serangan pribadi yang menyoal kelayakan beliau oleh MCA.
Saya yang mengenali YB Siti Zailah kesal rakan-rakan satu parti yang kanan dari Pas tidak bersuara lebih awal lagi membela beliau.
Apakah yang dikhuathiri oleh pimpinan Pas yang mendakwa memimpin umat Melayu-Islam untuk bersuara ke atas sikap MCA yang makin lantang dan biadab?
Adakah pangkat kedudukan dalam Kerajaan yang ampuh lagi penting dari asas perjuangan yang dijanjikan?
Hingga sekarang MCA, Umno dan PPBM kelihatan kehadapan memimpin.
Bilakah Pas akan menunaikan janji membela prinsip memimpin melalui konsep Islam – Melayu yang di laungkan selama ini yang di harap harapkan oleh penyokong mereka ?
Adakah pemimpin Pas kini selesa dengan konsep Islam dipimpin di bawah kerajaan PN, dan bukan lagi Islam yang akan memimpin?

RENTASAN MINGGUAN 065 | PANAS!!! INI AMARAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP HADI AWANG?


REEZAL MERICAN TIDAK DISENANGI DIBERI SAMPAI 3 JAWATAN


UMNO Pulau Pinang kini dikatakan sedang diselubungi perasaan tidak puas hati terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berikutan pemberian jawatan yang terlalu banyak kepada Reezal Merican Naina Merican.
Selain dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, Muhyiddin juga telah memberi Reezal Merican dua jawatan lain baru-baru ini iaitu:-
1. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang dan;
2. Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.
Sehubungan itu, ramai pemimpin UMNO Pulau Pinang berasa tidak setuju dengan tindakan Muhyiddin itu lantaran berasakan sepatutnya salah satu jawatan itu diberikan kepada pemimpin UMNO yang lain, khususnya Musa Sheikh Fadzir yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
Sebagai Pengerusi UMNO Pulau Pinang, dirasakan jawatan Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang lebih sesuai disandang oleh Musa berbanding Reezal Merican yang cuma hanya berjawatan AJK UMNO negeri itu.
Mereka juga merasakan tiada kewajaran untuk Reezal Merican “tapau” ketiga-tiga jawatan itu sekaligus kerana ia mungkin menyebabkan ketidakmampuannya memberi tumpuan yang seimbang.
Lagi pula, tambah mereka, tugas sebagai menteri sudah cukup membuatkan Reezal Merican sibuk dengan urusan kementeriannya dan memungkinkan dua jawatan lain yang dipegangnya itu akhirnya kurang diberi perhatian.
Jika itu berlaku, yang rugi akhirnya ialah rakyat Pulau Pinang juga, terutama kaum Bumiputeranya yang masih ketinggalan ketika ini.
Sehubungan itu, mereka mahu Muhyiddin melihat kembali lantikan terhadap Reezal Merican itu serta berlaku adil kepada UMNO yang menyumbang banyak kerusi sehingga tertubuhnya kerajaan PN.
Dalam masa yang sama, geng Azmin Ali yang berada dalam Bersatu juga tidak senang dengan keputusan Muhyiddin memberi dua jawatan tersebut kepada Reezal Merican.
Atas alasan Reezal Merican mungkin lebih sibuk dengan tugasnya sebagai menteri penuh, mereka menuntut agar Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal diberikan salah satu jawatan tersebut.
Kenapa mesti kedua-dua jawatan diberikan kepada Reezal Merican?bantah kumpulan Azmin.
Bukankah kedudukan parti-parti dalam PN adalah berkongsi kuasa? tambah mereka lagi.
Sebagaimana UMNO turut berasa hairan, geng Azmin juga tertanya-tanya tentang pertimbangan yang diguna Muhyiddin sehingga kedua-dua jawatan itu diberikan kepada Reezal Merican.
Apakah istimewanya Ahli Parlimen Kepala Batas itu, sedangkan hierakinya dalam UMNO Pulau Pinang cuma AJK Perhubungan Negeri, selain kedudukannya sebagai wakil rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan juga dikira masih baru?
Jika begini cara Muhyiddin berbahagi harta rampasan perang sesama sendiri dalam kerajaan tebuk atap yang dipimpinnya, kedua-dua kelompok itu melontarkan pertanyaan – mampukah PN ini bertahan lebih lama, tidak berantakan di pertengahan jalan serta terus mendapat sokongan rakyat? 

(ShahbudinHusin 12/04/2020)


SAYA JUGA BERJUMPA PEMIMPIN ISLAM SELURUH DUNIA: Anwar Ibrahim: Isunya Bukan Siapa Saya Jumpa, Isunya Pendirian Kita Keseluruhannya



Anwar Ibrahim: Tazkirah Mingguan Dari Kediaman 12/04/2020


TENANG ATAU HABIS DALIL?


YUSOFF ISMAIL


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, cermin mata, jambang dan teks

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

OWHHHH....SAYA NAK BALIK KAMPUNG JUMPA ANAK BUAH..


MOHD SHAH RIM



Encik kat kemana ni..??
Nak balik kampung, tuan..
Perintah MCO tak benarkan encik balik kampung..
Saya Menteri..



Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks mungkin yang mengatakan 'Mustapa Mohamed @Mustapa_Mohamed Alhamdulillah hari ini sempat balik Jeli jenguk anak buah. Sudah tiga minggu tak balik.'

SEMPAT LAGI MENTERI UNDANG UNDANG BICARA SOAL GLC ?



NIZAM AKA


Apa punya Rosak dan Punahnya kepala otak pemimpin-pemimpin PN Tebuk Atap Rumah ni..

✓ Dlm keadaan rakyat Risau,Takut dan Terbeban dengan wabak covid-19,
✓ Dalam keadaan berdepan dengan segala kesukaran kerana mematuhi arahan PKP,
✓ Dalam keadaan jumlah pesakit dan kadar kematian semakin meningkat krana wabak covid-19,
✓ Dalam keadaan Kakitgn KKM bergadai nyawa dan berdepan dengan segala risiko kerana ingin mengawal wabak covid-19,
✓ Dalam keadaan anggota PDRM berhempas pulas dan berdepan risiko utk pastikan rakyat mematuhi arahan PKP,
✓ Dlm keadaan anggota ATM juga bergadai nyawa utk membantu mengawal wabak covid-19,
✓ Dan dlm keadaan rakyat marhaen ada yg sanggup berdepan dgn risiko utk sama2 membantu anggota RELA..
~ Geng2 kamu SANGGUP dan TERGAMAK utk berbincang hal2 Jawatan dan Pangkat utk diagih2kan sesama kamu?
~ Geng2 kamu TERGAMAK utk bincang hal2 jawatan dan pangkat yg bakal memberi kamu GAJI dan ELAUN?
~ Apa jenis manusia geng2 kamu ini?
~ Mungkin ini puncanya geng2 kamu terlalu mengidam-idamkan untuerak menjadi kjaan?
~ Inikah caranya yang dipanggil membela Melayu dan Islam?
~ Inikah caranya yang diajar oleh agama Islam?
~ Tak adakah dalam kepala otak kamu untuk berfikir soal nasib rakyat?

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata 'PDRM Anggota PDRM Bergadai Nyawa? Geng2 Kamu Dgn Jawatan Dan Pangkat? COVID-19: 66 warga PDRM positif COVID-19 22 anggota, keluarga ATM dikuarantin di Sabah MP kerajaan akan dilantik ketuai GLC' Menteri di JPM Semua anggota parlimen kerajaan persekutuan dilantik sebagai dan menteri dilantik mempengerusikan agensi dan kerajaan (GLC). Anggota ATM Bergadai Nyawa? mkk malaysiakini Kadar Kematian Bertambah? 4,683 2,499 2,108 Maut 224 petugas KKM Rakyat Sanggup Berdepan Risiko? Kakitgn KKM Bergadai Nyawa? Demi negara, ibu anak dua galas tugas 224 petugas KKM positif COVID-19'


KISAH ASAL USUL KENAPA GUNTING RAMBUT TURUN TEKANAN DARAH TINGGI




Wan Sidek

Ni pegawai perubatan nak ubat sikit kebodohan pegawai Azmin Ali
Nak jilat pemimpin anda pun, biar lah nampak cerdik sikit
Aduh
Kalau da nama politikus-politikus PN, level pemikiran confirm IQ nya rendah
hahaha





Tiada penerangan foto disediakan.