Dulu kata PH tak ada kumpulan WhatsApp, PN pun sama
Ketika kerajaan Paktan Harapan menarik balik beberapa keputusan pembangkang BN dan Pas ketika itu memperleceh menteri PH tiada kumpulan WhatsApp sebelum buat kenyataan.
Ternyata kerajaan Melayu Parikatan Nasional lebih teruk lagi ketika semi darurat Covid 19 keputusan membuka kedai gunting dan khidmat guaman oleh MITI misalnya tidak diketahui oleh Kementerian Kesihatan dan perundangan.
Mengenai kebenaran untuk firma guaman beroperasi banyak peguam berpendapat kesulitan mereka untuk beroperasi.
Bagi firma yang menjalankan operasi conveyancing (yang buat dokumen) pastinya akan bergantung kepada agensi lain seperti LHDN, pejabat tanah, mahkamah, runner, bank dan lain-lain selain keperluan untuk berjumpa klien bagi menandatangani dokumen.
Bagi firma yang menjalankan operasi litigation (yang pergi fight kes kat mahkamah) pastinya pula akan bergantung kepada mahkamah buka atau tutup.
Jika kebenaran beroperasi dibenarkan sedangkan agensi-agensi itu semuanya tutup baik tidak beroperasi. Selain itu, aneh juga apabila Bar Council sendiri tidak dihubungi bagi memberikan pendapat mereka.
Aneh lagi, Menteri Undang-Undang, Dato’ Takiyuddin Hassan pula yang terpaksa menghubungi MITI bagi mendapatkan penjelasan.
Selain itu, rungutan peguam bahawa syarat-syarat untuk beroperasi itu semacam syarat nak kahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Maksudnya syarat-syarat yang diberikan itu sangat membebankan sehingga mereka menyatakan lebih baik tutup sahaja daripada membuka operasi firma guaman.
Setakat pengalaman menjalankan kerja konsultasi untuk kerajaan sebelum ini biasanya pegawai kerajaan akan mendapatkan maklumat daripada semua stakeholder sebelum membuat sebarang keputusan dasar dan tidak sesekali akan bulldoze membuta tuli dan kemudiannya menarik balik arahan yang diberikan.
Oleh itu para peguam berharap Menteri MITI Azmin Ali lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dasar sebelum sesuatu arahan itu dikeluarkan. Kerajaan tidak perlu membuat dasar yang populis semata-mata kerana ada desakan sebegitu di twitter atau di facebook. Buatlah dasar setelah mendapat input daripada stakeholder. Banyak uturn dalam kerajaan ini akan menghakis kepercayaan pelabur.