Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat
pengumuman hari ini bahawa harga petrol RON95 dan diesel akan naik
RM0.20 tengah malam ini. Ini bermaksud rakyat negara ini terpaksa
menghadapi tanggungan yang lebih besar mulai esok. Kerajaan secara bijak
mengurangkan subsidi yang dibayar dan memindahkan kos itu kepada rakyat
jelata.
Pakatan Rakyat telah memberi amaran kepada rakyat supaya membuat
pilihan secara was-was dalam PRU13. Kita telah menjangkakan strategi
Barisan Nasional yang akan mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel
selepas pilihanraya. Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat juga telah
memberi tawaran yang cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu
menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas pilihanraya jika
berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
Malangnya , 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat Barisan
Nasional dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen.
Terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh Barisan Nasional untuk
kepentingan politiknya. Golongan ini telah dipengaruhi dan mempercayai
kata-kata manis Barisan Nasional lantang membuat pemilihan yang salah
dalam PRU13. Mereka ini diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan
Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20
per liter. Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol
kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13.
Harga petrol RON95 akan naik dari RM1.90 kepada RM2.10 manakala harga
diesel pula akan naik dari RM1.80 kepada RM2.00. Untuk mendapatkan
gambaran yang jelas, pembelian 50 liter pertol RON 95 atau diesel akan
menambahkan beban sebanyak RM 10.OO. Sebagai contoh, sebelum kenaikan
harga, jumlah yang perlu dibayar untuk 50 liter petrol RON 95 ialah
RM95. Setelah kerajaan mengurangkan subsidi RM0.20, harga baru yang
perlu dibayar untuk kuantiti yang sama ialah RM105 iaitu tambahan
sebanyak RM10.
Pada masa ini, kerajaan memberi subsidi harga minyak sebanyak RM24.8
b setahun. Untuk mengurangkan tanggungan ini, kerajaan cuba
memindahkan beban ini kepada rakyat jelata. Selepas kenaikan harga ini,
rakyat terpaksa menanggung lebih kurang RM1.1 b setiap tahun. Ini
adalah kesan langsung yang terpaksa dipikul oleh rakyat dengan serta
merta.
Apa yang lebih membebankan rakyat ialah kesan tidak langsung iaitu
rantaian yang timbul akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini.
Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini sudah pasti akan
mewujudkan kejutan ekonomi. Kos barangan dan perkhidmatan akan
bertambah. Ini akan menaikan harga semua barangan yang bergantung secara
langsung dan tidak langsung kepada bahanapi terutamanya petrol dan
diesel. Justeru, kenaikan harga petrol dan diesel ini akan mengakibatkan
inflasi yang tidak boleh dikawal dengan mudah. Apabila harga barang-
barang lain meningkat maka beban atau kos hidup akan bertamabah juga.
Inflasi seperi ini akan menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana
tidak ada perubahan dalam pendapatan yang diterima.
V Sivakumar ia lah Ahli Parlimen Batu Gajah
SEBAB INI NAZRI MARAH RAFIZI GAMAKNYA?
BUKTI HUBUNGAN DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA, “CONFLICT OF INTEREST” DALAM PENYIASATAN TUDUHAN RASUAH RM40 JUTA
Jawapan-jawapan
di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan
habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang
Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.
Sebagai
seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes
rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif
seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih
dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana
individu yang dipertahankan beliau.
Malangnya,
KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat
terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama
yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.
Anak
kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya
mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam
dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
Kenderaan
mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000
dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui
carian saman di laman MyEG.
(Sila rujuk Lampiran A)
Saman bernombor 1100105197 bertarikh
1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam
(gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam
Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh
(670406-12-5261).
Melalui
kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan
kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu
benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.
Bukti-bukti
berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’
Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa
kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:
1. Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz
Pemantauan
kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi
keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak
berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri
Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).
Lampiran B
(Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater
Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik
dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi
keluarga Nedim Nazri Aziz.
2. Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence
Lampiran C menunjukkan 4 gambar.
Gambar C1
adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz
@nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit
kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala
Lumpur.
Gambar C2
adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77
yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di
Clearwater Residence.
Gambar C3
menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence
berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas
KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan
bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam
renang di Clearwater Residence.
Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.
Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.
3. Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776
Lampiran D menunjukkan 5 gambar.
Gambar D1
adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan
yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada
Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai
“daddy”).
Gambar D2
adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang
menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu
satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.
Gambar-gambar
D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua
individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan
dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota
Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.
Ini
membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal
peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776
yang dimiliki Michael Chia.
KEADILAN
mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim
Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan
melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael
Chia.
Dalam
keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap
SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian
mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan
kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan
keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz
yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana
si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau
(Dato’ Seri Nazri Aziz).
KEADILAN
mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu
gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang
selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta
kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak
boleh diterima rakyat.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
1 NOVEMBER 2012
(semua gambar boleh dimuatturun di laman rafiziramli.com dan dikepilkan di dalam dokumen)kredit to steadyakul47
CAKAP BESAR.PENAKUT RUPANYA....
Dengan bangganya Menteri ini menyatakan bahawa Rafizi Bodoh. Namun apabila Rafizi mencadangkan agar diadakan debat diatas isu yang dikemukan Menteri ini juga menyatakan bahawa Rafizi bukan sesiapa dan membuang masa untuk berdebat.Maksud bukan sesiapa ialah membawa makna bahawa Rafizi ini lekeh pada pandangan Menteri ini. Namun jika beliau bertelur dan menjadi menteri cerdik, elok lah berdebat dengan orang yang bodoh.Untuk pengetahuan menteri yang menggangap dia cerdik , Rasanya Rafizi punya kelebihan sedikit sebanyak berbanding menteri ni.
"Saya pasti Nazri boleh mempamer kepintaran dengan tampil bersemuka dan biarlah rakyat menghakimi betapa pintarnya beliau,"…
Lahir: 14 September 1977
Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
Ishhhh..Ishhh budak Bodoh ni....Malu la tua-tua kata budak-budak bodoh.....

Menurut Rafizi pula. Beliau mengajak Menteri cerdik ini berdebat supaya beliau boleh mengetahui bagaimana Menteri cerdik ini dapat menyelesaikan masalah rakyat."Sebab itu saya mengajak beliau berdebat supaya rakyat dapat memahami kesan kenaikan, usaha bagi mengurangkan bebanan rakyat kerana beliau menteri" demikian jelas Rafizi.

"Melakukan penjimatan dengan tidak menggunakan wang rakyat , akan dapat menjimatkan serta memahami keperitan hidup rakyat.Saya tidak mengambil hati kerana memanggil saya bodoh, tetapi beliau harus menunjukkan kebijaksaan beliau" jelas Rafizi lagi.
Nazri tolong ajar saya, kata Rafizi
Rafizi cabar Nazri debat jika pintar »
SIAPA RAFIZI RAMLI
Lahir: 14 September 1977
Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
- Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
- Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
- Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
- Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
- Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
- Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
- Presiden, Badan Revolusi Agama
- Presiden, Pancaragam Tentera
- Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
- Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
- Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
- Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
- Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
- Pengawas
- Orkestra Morrison’s Academy
- Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
- Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
- lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
- diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
- diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
- Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
- Pengurus termuda semasa dilantik
- Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
- Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
- Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
- Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
- Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
- Pengurus Besar
- Ketua Eksekutif
Ishhhh..Ishhh budak Bodoh ni....Malu la tua-tua kata budak-budak bodoh.....
Menurut Rafizi pula. Beliau mengajak Menteri cerdik ini berdebat supaya beliau boleh mengetahui bagaimana Menteri cerdik ini dapat menyelesaikan masalah rakyat."Sebab itu saya mengajak beliau berdebat supaya rakyat dapat memahami kesan kenaikan, usaha bagi mengurangkan bebanan rakyat kerana beliau menteri" demikian jelas Rafizi.
"Melakukan penjimatan dengan tidak menggunakan wang rakyat , akan dapat menjimatkan serta memahami keperitan hidup rakyat.Saya tidak mengambil hati kerana memanggil saya bodoh, tetapi beliau harus menunjukkan kebijaksaan beliau" jelas Rafizi lagi.
KESAN RANTAIAN SUDAH BERMULA.TAHNIAH PENEROKA....UNDI BN
- Pengendali bas mahu tambang naik
- 4:46PM Sep 3 2013
- Presiden
Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar
Ali berkata, tambang itu mesti diselaraskan semula atau ia akan
menjejaskan industri itu.
- Surcaj bahan api kargo naik ekoran harga minyak
- Aidila Razak | 1:21PM Sep 3 2013
- dikemaskini 3.42pm Taipanco
Sdn Bhd akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif
16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan
harga diesel.
- MP: Lebih banyak kematian j'raya jika harga minyak naik
- 2:27PM Sep 3 2013
MP DAP Liew Chin Tong berkata kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen melalui pengurangan subsidi akan menyebabkan lebih ramai pemandu kereta beralih untuk mengguna motosikal dan seterusnya menyumbang kepada lebih banyak kemalangan maut.
Macai tak pertahan Najib isu 2 kupang (LM)
Kerajaan mulai malam tadi menaikkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen. Dengan kenaikan itu, harga semasanya menjadi RM2.10 sen dan RM2.00 seliter bagi diesel.
Seterusnya: Macai tak pertahan Najib isu 2 kupang
SIAPA KATA SAYA NAK MASUK Umno. SAYA SUDAH LAMA TINGGALKAN
56 TAHUN
MERDEKA ISU KAUM BELUM SELESAI-WRLR
Anwar juga menjelaskan bahawa tujuan ingin bertemu
ialah bagi membincangkan masaalah Negara,Isu kaum dan agama dan jangan adanya pergaduhan ,jenayah, ekonomi.
"Saya akan disertai Hj Hadi, Kit Siang kalau setuju.'
“Ada orang
kata saya nak masuk Umno,Sedangkan saya dah lama tinggalkan Umno.Kita nak
bincangkan masaalah rakyat.Ini tidak ,asal nak jumpa syarat. Kita boleh bincang,
tapi Isu rasuah kena hentikan dulu.Isu minyak anak Mahathir kena hentikan dulu
la.Ajak bahas tak mau .Ingat luar Negara tak tau ka.Kita 51% dan Bn 47% “
Beliau berkata demikian dan mendapat tepukan dari hadirin,Baru-baru ini Mahathir menyatakan bahawa orang Melayu masuk Umno kerana nak jadi kaya. Sedangkan anak-anak beliau sendiri mendapat kontrak berbillion dari kerajaan
Kuantan-
Sambutan aidilfitri PKR Pahang diteruskan dirumah
ahli parlimen Indera Mahkota , Dato Fauzi Abdul Rahman.Turut sama hadir
ketua pembangkang Malaysia Dato Sri Anwar Ibrahim,Ahli Parlimen Kuantan , YB
Fauziah Salleh, ADUN Teruntum, YB Chen Chung,ADUN Balok YB Anansura.
Anwar yang
sempat berucap menjelaskan bahawa Merdeka menjanjikan kebebasan, keadilan,dan
menolak sistem hina kaum,hina agama lain
dan ini sudah tidak perlu lagi jika
pimpinan juga sudah merdeka.Menurut beliau lagi isu yang sengaja dibangkitkan
ini mengina agama dan kaum lain.
“Apa erti 56
tahun merdeka, kita masih tidak berubah soal kaum masih belum selesai, isu
aniing ,isu kaum,masih belum selesai.Kerana filem kerajaan umno buat
seolah-olahya menunjukkan Cina kaum jahat dan Melayu baik.Sepatutnya kita
terangkan apa jasa kaum Cina,Kaum India,Kadazan,Dusun dan lain-lain kaum di
seluruh Malaysia ni.Itu baru kita dapat satukan
dan selsaikan masalah kaum lain.Ianya harus melibatkan semua kaum yang lain”
Jelas beliau lagi.
Anwar juga
menjelaskan tentang isu ekonomi, Beliau menyatakan soal ekonomi Negara yang
kelihatan berat . Bila flitch International jelaskan tentang keberhutangan negara dan juga kejatuhan negatif ranking dunia, ianya menunjukkan bahawa Negara kita dalam keadaan yang teruk,
manakala jenayah pula meningkat.Jenayah tembak berlaku mendadak.
"Saya akan disertai Hj Hadi, Kit Siang kalau setuju.'
Isu anjing pula
selesai sejak tahun 1936.Isu ini dah lama diselesaikan oleh Raja dan Mufti dan
orang yang pakar dalam bidang agama. 56 tahun merdeka isu masih tidak selesai.
“Ada gambar
sultan dan mufti di ketika isu ini diselesaikan berkaitan bergunanya anjing
kepada manusia. Kalau isu anjing ini diperbesarkan,kononnya memalukan Islam.Itu
isu San Miguel dan curi balak tak malukan Islam?”
Beliau berkata demikian dan mendapat tepukan dari hadirin,Baru-baru ini Mahathir menyatakan bahawa orang Melayu masuk Umno kerana nak jadi kaya. Sedangkan anak-anak beliau sendiri mendapat kontrak berbillion dari kerajaan
TAHNIAH PENEROKA-NAIK KERBAU BAWA SAWIT
Tahniah kepada peneroka.Selepas FVGH masih di dalam kerugian, Kini kos membawa sawit juga pasti meningkat.Masaalah dadah dikalangan anak-anak peneroka juga semakin gawat. Apa nak jadi kerana terlalu lemah untuk menyatakan pendirian. Tunggu lagi kenaikan buat peneroka.....wrlr
47% rakyat yang berjaya diumpan oleh BN dlm PRU13 menyebabkan 53% rakyat turut MERANA
Oleh V SivakumarSPR bertindak, pembangkang fail batal keputusan PRU13
SPR bertindak, pembangkang fail batal keputusan PRU13
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
September 03, 2013
September 03, 2013
SPR memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan itu memetik tindakan pembangkang dan beberapa individu yang tewas dalam pilihan raya mencabar keputusan berkenaan di mahkamah sivil walaupun sepatutnya ia perlu melalui petisyen pilihan raya di mahkamah pilihan raya.
Dalam membatalkan permohonan itu, SPR berkata, pihak-pihak yang tidak berpuas hati hanya boleh memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya sebaik saja hasilnya diwartakan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Hakim pilihan raya dilantik untuk mendengar petisyen dan pihak yang
tidak berpuas hati mempunyai satu peluang membuat rayuan di Mahkamah
Persekutuan.
Ia berkata, writ tuntutan itu remeh dan menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Hakim Datuk Rosnaini Saub memberikan peguam yang mewakili pembangkang tempoh sebulan untuk memfailkan afidavit balas terhadap permohonan pembatalan itu.
SPR akan diberikan sebulan lagi untuk menjawab afidavit pembangkang.
Pada 15 Julai, PR di sebalik meminta mahkamah untuk mengenepikan keputusan semua 222 kerusi parlimen, juga menggesa kepimpinan SPR sedia ada dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.
Dalam penyata tuntutan, pembangkan berkata langkah yang tidak pernah dibuat itu adalah perlu kerana penggunaan dakwat kekal itu gagal menyebabkan penipuan besar-besaran.
Pembangkang mendakwa walaupun jumlah peratusan pengundi tidak jujur yang mengundi dua kali adalah kecil, ia cukup untuk memberikan kesan kepada keputusan dan ada signifikan terhadap jumlah kerusi.
Tambahan lagi, isu berkaitan dakwat kekal berkenaan boleh dibasuh dengan mudah, plantif – PKR, DAP dan PAS – menyalahkan tujuh ahli SPR.
Selain tiga parti politik PR, plantif lain dalam tindakan itu ialah calon pembangkang Dzulkefly Ahmad, M Manogaran, Saifuddin Nasution, Arifin Rahman dan R Rajoo, yang semuanya tewas dengan majoriti yang tipis.
Plaintif menggambarkan bahawa SPR adalah partisan, berat sebelah dan berpihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional dalam pilihan raya itu menyebabkan ia kehilangan keyakinan orang awam dan tersasar daripada objektivitinya, seperti dinyatakan dalam Perlembagaan iaitu perlu berdiri sendiri, tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.
Plaintif mendakwa pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, menerima arahan daripada perdana menteri dan ahli Kabinet, menyebabkan ketiadaan sikap berkecuali.
PR juga meletakkan kesalahan kepada suruhanjaya itu atas kegagalan dengan sengaja melakukan penipuan terhadap dakwat kekal yang membenarkan pengundi mengundi lebih daripada sekali.
Pakatan juga meminta seperti di bawah:
- Semua ahli SPR dikeluarkan daripada pejabat SPR kerana sikap penipuan
- Kerajaan persekutuan akan kekal sebagai penjaga kerajaan, sehingga keputusan pilihan raya baru diketahui
- Setiap defendan membayar ganti rugi teladan dan am kepada plaintif tetapi tanpa meminta bantuan daripada Dana Tergabung. – 3 September, 2013.
Khairy & Shafie are scared Anwar will return - Zaid mocks PANICKY Umno leaders
Khairy & Shafie are scared Anwar will return - Zaid mocks PANICKY Umno leaders
Written by Malaysia Chronicle
KUALA LUMPUR - Former Umno leader Zaid Ibrahim
told his former party mates to take it easy after they publicly shot
down a proposal from Opposition Leader Anwar Ibrahim that Prime Minister
Najib Razak holds a national dialogue with the Opposition to discuss
critical issues now plaguing the nation including crime, corruption,
racial polarization and religious intolerance.
"Khairy dan Shafie Apdal takut kalau Anwar masok balik. Mereka tak perlu takut. Anwar hanya menyahut seruan PM untok berdailog #fb," Zaid said on Twitter.
(Khairy and Shafie are afraid Anwar makes a comeback. They don't need to be afraid. Anwar just wants to have a dialogue with PM)
Anwar's offer has stirred up a storm in Umno, with ministers Nazri Aziz and Tengku Adnan, joining the fray.
Mukhriz Mahathir, the son of former premier Mahathir Mohamad, was the most vocal, virtually forbidding any interaction with Anwar while Khairy called Anwar's offer "an act of desperation".
"My view is that it is a waste of time to have any dialogue with Anwar," Rural Development minister Shafie Apdal told reporters on Monday.
"The election is over, we do not need to give him a platform. What is important now is for us to continue building the country, to unite the people."
Vested interests pile pressure on Najib
Yet,
the speed with which the Umno supreme council had deliberated on the
proposal, which was made on Friday morning, shows how anxiously the
ruling party is viewing the current political stalemate in Malaysia.
While Umno-BN won 133 seats versus Pakatan's 89 in the 2013 election, Pakatan had won 51% of the total votes cast.
Najib's cousin, Hishammuddin Hussein, had told reporters that the supreme council had reached a "collective decision" on Friday evening, just hours after Anwar had made his offer, but it would be up to Najib to make the announcement.
"That is Umno speak for the supreme council deciding to allow Najib to make the final call. What the big shots are doing now is to show Najib their views on the matter. They want him to reject the offer," a political source told Malaysia Chronicle.
Don't be duped by the enemies: Statesman vs boors
Within the Pakatan Rakyat, PAS Youth has warned Anwar not to be duped by Umno leaders
"We are advising Anwar to be careful with any of the enemies' political games. Our concern is that he can get trapped...by individuals or groups with vested interests," said PAS Youth vice- chief Raja Ahmad Iskandar in a statement.
Shamsul Iskandar, the chief of the Youth wing at Anwar's PKR party, has responded with a reminder that Anwar was calling for unity talks related to policy issues and not proposing to form a unity government with BN.
"Saranan dialog PR & BN oleh YB DS @anwaribrahim ialah berkaitan isu2 rakyat. Bukannya "Unity Government"! Justeru tidak perlu khuatir. (The call for dialogue between Pakatan and BN by Datuk Seri Anwar Ibrahim is related to issues concerning the people. Not with unity government. So no need to worry)," PKR Youth Chief Shamsul Iskandar Akin said on Twitter.
Don't be discouraged if Umno rejects: We won't lose anything - DAP's Mohd Ariff
Meanwhile,
DAP MP for Raub Mohd Ariff Sabri said Umno would be the biggest loser
if it chose to ignore the call from Anwar and Pakatan to heed the wishes
of the people.
"We won't lose of anything. If Anwar Ibrahim's bid for peace is not accepted, it does not matter. If Umno leaders refuse, do not be disheartened. Umno will be buried in the 14th general election. We will fight Umno until it loses," Mohd Ariff wrote in in a posting titled Dalam seminggu yang lalu (In the past week).
Malaysia Chronicle
"Khairy dan Shafie Apdal takut kalau Anwar masok balik. Mereka tak perlu takut. Anwar hanya menyahut seruan PM untok berdailog #fb," Zaid said on Twitter.
(Khairy and Shafie are afraid Anwar makes a comeback. They don't need to be afraid. Anwar just wants to have a dialogue with PM)
Anwar's offer has stirred up a storm in Umno, with ministers Nazri Aziz and Tengku Adnan, joining the fray.
Mukhriz Mahathir, the son of former premier Mahathir Mohamad, was the most vocal, virtually forbidding any interaction with Anwar while Khairy called Anwar's offer "an act of desperation".
"My view is that it is a waste of time to have any dialogue with Anwar," Rural Development minister Shafie Apdal told reporters on Monday.
"The election is over, we do not need to give him a platform. What is important now is for us to continue building the country, to unite the people."
Vested interests pile pressure on Najib
While Umno-BN won 133 seats versus Pakatan's 89 in the 2013 election, Pakatan had won 51% of the total votes cast.
Najib's cousin, Hishammuddin Hussein, had told reporters that the supreme council had reached a "collective decision" on Friday evening, just hours after Anwar had made his offer, but it would be up to Najib to make the announcement.
"That is Umno speak for the supreme council deciding to allow Najib to make the final call. What the big shots are doing now is to show Najib their views on the matter. They want him to reject the offer," a political source told Malaysia Chronicle.
Don't be duped by the enemies: Statesman vs boors
"We are advising Anwar to be careful with any of the enemies' political games. Our concern is that he can get trapped...by individuals or groups with vested interests," said PAS Youth vice- chief Raja Ahmad Iskandar in a statement.
Shamsul Iskandar, the chief of the Youth wing at Anwar's PKR party, has responded with a reminder that Anwar was calling for unity talks related to policy issues and not proposing to form a unity government with BN.
"Saranan dialog PR & BN oleh YB DS @anwaribrahim ialah berkaitan isu2 rakyat. Bukannya "Unity Government"! Justeru tidak perlu khuatir. (The call for dialogue between Pakatan and BN by Datuk Seri Anwar Ibrahim is related to issues concerning the people. Not with unity government. So no need to worry)," PKR Youth Chief Shamsul Iskandar Akin said on Twitter.
Don't be discouraged if Umno rejects: We won't lose anything - DAP's Mohd Ariff
"We won't lose of anything. If Anwar Ibrahim's bid for peace is not accepted, it does not matter. If Umno leaders refuse, do not be disheartened. Umno will be buried in the 14th general election. We will fight Umno until it loses," Mohd Ariff wrote in in a posting titled Dalam seminggu yang lalu (In the past week).
Malaysia Chronicle
HISHAMUDDIN RAIS DAN ADAM ADLI DITAHAN
Aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli kini ditahan di Balai Polis Dang Wangi kerana dituduh atas dakwaaan menghasut kerana bendera Sang Saka.
RON95, diesel naik 20 sen seliter, hadiah BN kepada rakyat
RON95, diesel naik 20 sen seliter, hadiah BN kepada rakyat
KUALA LUMPUR 2 September: Kerajaan Umno BN menghadiahkan kepada rakyat kenaikan harga minyak, yang dilihat akan terus membebankan rakyat di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.
Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.
Pengumuman berkenaan disifatkan sebagai hadiah PRU kepada rakyat, khususnya kepada ahli Umno dan BN yang mengundi parti itu pada pilihan raya umum lalu.
MINYAK NAIK MALAM NI....Yahooooo..untuk rakyat juga....
Minyak ron 95 naik 20 sen malam ni. Paling murah di Asia dan dalam dunia.Sikit saja. Untuk rakyat juga...
Hishamuddin Rais yakin kerajaan perpaduan jadi kenyataan
Hishamuddin Rais yakin kerajaan perpaduan jadi kenyataan
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
September 02, 2013
September 02, 2013
"Saya positif, ia akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider ketika bertemu dengannya, pagi ini.
Asia Sentinal sebelum ini melaporkan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kepada mereka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menawarkan pembentukan kerajaan perpaduan dengannya.
Dalam ucapannya sempena Hari Kemerdekaan negara pada 30 Ogos lalu,
Anwar berkata, walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan cara
pengendalian pilihan raya lalu, tetapi pihaknya sedia untuk bertemu
dengan Najib bagi membincangkan segala masalah negara.
"Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, minggu lalu.
Namun, Anwar menegaskan dalam majlis itu, ia tidak ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan.
Hishamuddin yang juga penulis berkata, kenyataan Anwar itu jika dibaca daripada yang tersirat bermaksud ke arah menubuhkan kerajaan perpaduan.
Katanya, walaupun ramai aktivis sepertinya tidak akan bersetuju dengan pendekatan ini, beliau tidak akan menentangnya.
"Saya yakin mereka akan marah dengan tindakan ini kerana ia tidak akan menyebabkan perubahan struktur yang kita mahu. Ia akan hanya berlaku perubahan menggunakan 'gincu dan bedak' sahaja.
"Tetapi ini adalah salah satu proses dalam pematangan kepada sebuah negara dan saya faham keperluan kepada perkara ini," katanya.
Isu kerajaan perpaduan mula disebut oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas pilihan raya umum 2008 ketika semua pihak letih menghadapi pilihan raya kecil demi pilihan raya kecil.
Menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah, dalam satu wawancara, Abdul Hadi mencadangkan dibentuk kerajaan perpaduan antara BN dengan PR.
Namun, ia ditolak dan disalahertikan sebagai perpaduan antara Umno dan PAS untuk kepentingan Melayu dan Islam.
Ramai juga beranggapan ia tidak sesuai pada waktu itu kerana PR sedang menuju kemenangan selepas BN hanya menang tanpa majoriti dua pertiga dalam pilihan raya sebelumnya.
Cadangan kerajaan perpaduan diumpamakan 'menghantar ambulan kepada kerajaan BN yang sedang nazak' pada waktu itu.
Selepas pilihan raya umum ke 13, kerajaan perpaduan timbul semula da nada di kalangan pimpinan PR, ia disokong oleh mereka yang menentangnya sebelum ini.
Kali ini bagi mereka masa adalah sesuai selepas sudah berusaha dan terbukti cara itu gagal dan tidak pergi ke mana, maka pendekatan lain perlu diambil.
"Beritahu Anwar, terimalah," kata seorang pemimpin PAS yang menyokong idea ini kepada seorang pemimpin kanan PKR dalam pertemuan mereka baru-baru ini. - 2 September, 2013.
berkongsi di laman sosial
“Cium Mulut” Najib, Anwar lebih cepat jika Presiden Umno tidak ditandingi - Shahbudin Husin
“Cium Mulut” Najib, Anwar lebih cepat jika Presiden Umno tidak ditandingi - Shahbudin Husin
September 01, 2013
Latest Update: September 01, 2013 04:21 pm
Setelah isu ini timbul beberapa kali sejak berakhirnya piliharaya umum lalu, kini seperti diyakini bahawa kerjasama antara Najib dan Anwar ini akan menjadi kenyataan juga akhirnya.
Jika sebelum ini ketika ditemubual oleh portal berita luar negeri, The
Edge Review dan Asia Sentinel, Anwar yang mendedahkan tentang hasrat
Najib ingin berbaik-baik dan menjalin kerjasama dengannya, kali ini
nampaknya Anwar pula meluahkan keinginan itu.
Berbeza sekali dengan beberapa ungkapan kasar dan emosional yang pernah dilafazkan oleh Najib ketika berhadapan dengan fitnah dan serangan pembangkang selama ini, termasuk pernah menggelarkan "haram jadah" kepada para peneroka Felda.
Tetapi dalam isu dakwaan Anwar bahawa Najib yang ingin dulu memulakan langkah berbaik-baik dengannya, tak peduli sama ada ianya rekaan, imaginasi, fitnah atau sebaliknya, Najib seolah-olah tidak terkessn atau terganggu sama-sekali, bahkan seperti menerimanya sambil tersenyum mendengarnya.
Bahkan, dalam penjelasan yang hanya dikeluarkan setelah hampir seminggu dijaja oleh Anwar, ia juga menyebut kerjasama dalam apa bentuk sekali pun tidak mungkin berlaku selagi Pakatan Rakyat tidak mahu menerima keputusan pilihanraya, bahkan terus mempertikaikannya. Ewah, ewah... begitu berbudi bahasa dan lemah lembut penjelasan Najib mengenainya!
Kini setelah Anwar sendiri meluahkan hasrat menawarkan kerjasama dengan kesediaan menerima keputusan pilihanraya umum lalu, reaksi Najib turut cukup santai. Walaupun ianya dibawa dalam perbincangan MT Umno dan seperti yang disebut oleh Hishammuddin bahawa Najib akan menjelaskan isu itu di lain ketika, Perdana nampaknya sekali lagi tidak terganggu dengannya bahkan kepantasannya membawa perkara itu ke dalam mesyuarat MT tidak lebih menunjukkan keterujaannya dan ingin melihat reaksi daripada pemimpin-pemimpin Umno yang lain mengenainya.
Walaupun Hishammudin, Khairy Jamaluddin, Mukhriz, Nazri Aziz dan Tengku Adnan dilihat memberi reaksi menolak dan skeptikal terhadap hasrat Anwar itu tetapi mereka ini juga merupakan pemimpin yang mudah akur jika Najib menyatakan sebaliknya mengenai hasrat Anwar itu.
Dilihat dari sudut logik dan kedudukan Najib serta Anwar, penyatuan antara kedua pemimpin ini memang tidak mustahil akan berlaku. Anwar kini berdepan dengan isu mahkamah mengenai kes liwat dengan Saiful Bukhari dan mengharapkan penyelasaian yang memihak kepadanya supaya tiada lagi titik-titik hitam dalam persepsi umum terhadapnya.
Meskipun keputusan pilihanraya umum lalu memperlihatkan PR mempunyai harapan yang lebih cerah dalam pilihanraya lima tahun akan datang berikutan pengundi bandar dan separa bandar makin meningkat, pengundi muda dijangka mencecah angka 5 juta dan tembusan internet yang makin meningkat tetapi isunya tempoh empat atau lima tahun cukup lama bagi Anwar yang sudah berusia 65 tahun sekarang ini.
Dengan menjalin kerjasama atau cium mulut dengan Najib serta mungkin disertai dengan kemungkinan kembali menyertai kerajaan, kes mahkamahnya boleh diuruskan dengan baik.
Walaupun ia mungkin menyebabkan Anwar terbantut hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri tetapi jika kegagalan itu ditampung dengan penonjolan beberapa orang kepercayaannya menyertai kerajaan seperti Azmin Ali, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli, ia mungkin sudah memadai bagi Anwar dan boleh membuatkannya meninggal dunia suatu hati nanti dalam keadaan mata terpejam.
Najib pula, masih dibelenggu dengan persepsi berkaitan pembunuhan Altantuya walaupun Azilah dan Sirul sudah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Beliau bersama Kerajaan Malaysia kini berdepan pula dengan saman sivil oleh bapa Altantuya berjumlah RM100 juta dan Karpal Singh telah pun mengeluarkan kenyataan akan berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan sapina bagi memastikan Najib dan bekas pembantunya, Musa Safri yang tidak dipanggil sebagai saksi sebelum ini agar hadir memberikan keterangannya dalam saman sivil ini.
Cabaran Najib bersama dengan persepsi Altantuya yang tidak berkesudahan ini ialah bagaimana untuk memenangi pilihanraya lima tahun lagi dengan lebih bergaya. Selagi Anwar dan bersama dengan PAS dan DAP, ia tetap dilihat merupakan cabaran yang perit baginya.
Dalam ini tentunya Najib melihat dengan menjinakkan Anwar, banyak perkara boleh diselesaikan. Najib sedar masalah dan kedudukan dirinya dan dalam masa yang sama, beliau juga sedar masalah dan kemahuan Anwar. Penyatuan ini lebih merupakan situasi menang-menang. Najib mendapat manfaat dan Anwar juga mendapat menfaatnya.
Oleh itu bersatunya Najib dengan Anwar bukanlah mustahil sebenarnya. Kedua-dua mereka ada masalah tersendiri yang boleh diselesaikan atau diminimakan dengan saling menyatu dan bekerjasama.
Selain itu, dengan BN mempunyai 133 kerusi dan PKR mempunyai 30 kerusi Parlimen, isu persempadanan kawasan pilihanraya yang mana Anwar sudah awal-awal mengeluarkan ugutan untuk tidak memberi sokongan, turut boleh diselesaikan melalui "cium mulut" kedua mereka.
Penyatuan dan "cium mulut" Najib dan Anwar hanya menunggu masa dan ketikanya. Ia mungkin menjadi agenda utama sebaik saja Perhimpunan Agung Umno berakhir hujung tahun ini. Kita tidak tahu mereka sudah saling bermain mata sebelum ini tetapi keghairahan Anwar mengenai kerjasama ini dan sikap Najib yang begitu tolerasi terhadapnya seakan-akan mengesahkan bahawa main-main mata itu sudah berlaku.
Anwar mungkin tiada halangan membawa PKR dalam kerjasama ini walaupun menyebabkan ia terpaksa menjatuhkan talak tiga kepada PAS dan DAP. Halangan Najib pula mungkin tentangan daripada Mahathir yang tentunya tidak bersetuju dengan kerjasama ini. Bagi Mahathir, Anwar adalah musuhnya sampai mati.
Tetapi Najib dipercayai boleh meyakinkan kabinet dan pimpinan tertinggi Umno mengenai kerjasama ini, lebih-lebih lagi sebahagian mereka adalah orang-orang kanan dan penyokong setianya sslama ini. Jika beliau disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden Umno sekali lagi pada pemilihan 19 Oktober ini, Najib akan menjadi lebih kukuh dan mudah membawa kerjasama dan penyatuan dengan Anwar ini menjadi kenyataan.
Dengan diberi mandat tanpa bertanding, bermakna Najib disokong 100% lebih 3.4 juta ahli Umno secara solid. Kedudukan ini tentunya akan dimanfaatkannya untuk meneroka laluan yang membolehkan perjalanan masa depan politiknya lebih selesa lagi, termasuk bekerjasama dengan Anwar. Ketika itu, cabaran atau tentangan Mahathir bukan lagi halangan atau masalah besar bagi Najib.
Bergerak atas tiket sokongan penuh ahli-ahli Umno terhadapnya serta Anwar turut bersamanya, Najib akan terus keluar daripada bayang-bayang dan pengaruh Mahathir yang selama ini banyak mengganggunya.
Hanya jika jawatan Presiden Umno dipertandingkan atau ada sesiapa yang mencabar Najib, iau kerjasama dengan Anwar ini mungkin akan terencat. Kalau pun jika beliau terus menang tetapi jika kemenangannya hanya disokong oleh 70% atau 75% perwakilan saja, ia akan memberi isyarat bahawa beliau tidak boleh bertindak sesuka hatinya selepas itu. Dengan tidak solid atau sepenuhnya Umno menyokong serta berdiri teguh di belakangnya, Najib juga tentunya tidak boleh lagi menguruskan parti dan kerajaan seperti sebuah syarikat sendirian berhad.
Pasti juga ada perasaan malu untuk terus menjalinkan sebarang ikatan dengan Anwar.
Sekarang terserahlah kepada ahli dan lebih 150 ribu perwakilan Umno untuk menentukan sama ada mahu menyokong atau tidak penyatuan Najib dengan Anwar ini. - 1 September, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Subscribe to:
Posts (Atom)






