TAHNIAH PENEROKA-NAIK KERBAU BAWA SAWIT

Tahniah kepada peneroka.Selepas FVGH masih di dalam kerugian, Kini kos membawa sawit juga pasti meningkat.Masaalah dadah dikalangan anak-anak peneroka juga semakin gawat. Apa nak jadi kerana terlalu lemah untuk menyatakan pendirian. Tunggu lagi kenaikan buat peneroka.....wrlr

 

47% rakyat yang berjaya diumpan oleh BN dlm PRU13 menyebabkan 53% rakyat turut MERANA

Oleh V Sivakumar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman hari ini bahawa harga petrol RON95 dan diesel akan naik RM0.20 tengah malam ini. Ini bermaksud rakyat negara ini terpaksa menghadapi tanggungan yang lebih besar mulai esok. Kerajaan secara bijak mengurangkan subsidi yang dibayar dan memindahkan kos itu kepada rakyat jelata.

Pakatan Rakyat telah memberi amaran kepada rakyat supaya membuat pilihan secara was-was dalam PRU13. Kita telah menjangkakan strategi Barisan Nasional yang akan mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel selepas pilihanraya. Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat juga telah memberi tawaran yang cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas pilihanraya jika berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Malangnya , 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat Barisan Nasional dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen. Terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh Barisan Nasional untuk kepentingan politiknya. Golongan ini telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis Barisan Nasional lantang membuat pemilihan yang salah dalam PRU13. Mereka ini diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter. Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13.

Harga petrol RON95 akan naik dari RM1.90 kepada RM2.10 manakala harga diesel pula akan naik dari RM1.80 kepada RM2.00. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas, pembelian 50 liter pertol RON 95 atau diesel akan menambahkan beban sebanyak RM 10.OO. Sebagai contoh, sebelum kenaikan harga, jumlah yang perlu dibayar untuk 50 liter petrol RON 95 ialah RM95. Setelah kerajaan mengurangkan subsidi RM0.20, harga baru yang perlu dibayar untuk kuantiti yang sama ialah RM105 iaitu tambahan sebanyak RM10.

Pada masa ini, kerajaan memberi subsidi harga minyak sebanyak RM24.8 b setahun. Untuk mengurangkan tanggungan ini, kerajaan cuba memindahkan beban ini kepada rakyat jelata. Selepas kenaikan harga ini, rakyat terpaksa menanggung lebih kurang RM1.1 b setiap tahun. Ini adalah kesan langsung yang terpaksa dipikul oleh rakyat dengan serta merta.

Apa yang lebih membebankan rakyat ialah kesan tidak langsung iaitu rantaian yang timbul akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini. Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini sudah pasti akan mewujudkan kejutan ekonomi. Kos barangan dan perkhidmatan akan bertambah. Ini akan menaikan harga semua barangan yang bergantung secara langsung dan tidak langsung kepada bahanapi terutamanya petrol dan diesel. Justeru, kenaikan harga petrol dan diesel ini akan mengakibatkan inflasi yang tidak boleh dikawal dengan mudah. Apabila harga barang- barang lain meningkat maka beban atau kos hidup akan bertamabah juga. Inflasi seperi ini akan menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana tidak ada perubahan dalam pendapatan yang diterima.

V Sivakumar ia lah Ahli Parlimen Batu Gajah