HAMPIR 10,000 MENDENGAR UCAPAN PIMPINAN DAP


















Simpang Halt- Taiping susasana di mukim Simpang semalam begitu meriah dan sibuk sekali dengan kenderaan dan juga kesempatan orang ramai memilih ceramah di beberapa lokasi.Di lokasi pusat utama pejabat di Simpang DAP mengadakan jamuan dan ceramah.jalan begitu sesak sekali dan berbagai kaum hadir untuk menjamu selera dan mendengar ceramah.



Manakala lokasi yang strategik di Dataran Nik Aziz ramai yang agak hampa apabila ketua Umum tidak hadir berceramah di Dataran Nik Aziz tetapi jadual berceramah di kawasan taman Kaya.Dataran Nik aziz di Simpang yang hampir 10,000 memenuhi padang masih mendapat sambutan dan ucapan dari pimpinan utama DAP.


Jika dahulunya suasana ini tidak akan kita alami kerana yang berceramah adalah pemimpin DAP, tetapi kini maklumat yang di berikan bukan menentukan ianya dari bangsa apa sekali pun , malahan banyak menangkis serangan dari Umno.Maka kerana itu Umno perlu bekerja kuat bagi menawan dan menafikan suasana seperti ini.










YB Ngeh dalam ucapan beliau mendakwa bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Perak dibawah YB Nizar telah berjaya mengumpul sebanyak RM 639 juta selama 8 bulan pemerintahan mereka,iaiatu tamabahan 100 juta berbanding di bawah BN.


Ianya mendapat melalui ,tender terbuka sahaja pendapatan kita telah mendapat sebanyak 47 juta berbanding 20 juta, Bagaimana dengan wang lain,
bekerja kuat ,berjumpa dengan peniaga,dalam masa pemerintahan Pakatan Rakyat , sebanyak 162 peojek diluluskan iaiatu lebih kurang 20 buah dalam sebulan.Pemaju merasa gembira kerana cepat lulus, kenapa ..kerana projek dlulus segera memberi pendapatan kepada kerajaan negeri.Pembangunan lebih cepat untuk Perak.Di bawah Bn dilambatkan sesusatu [rojek sehingga ada pemaju yang tidak tahan teruamanya pusingan modal lalu minta tolongkepada Umno , jadi disinilah berlakukanya amalan yang tidak baik itu.Perak adalah negeri yang ke 3 miskin di Malaysia.Kita mahu iany menjadi negeri yang kaya di malaysia , maka kerana otu kami bekerja kuat ,tetapi apa yang berlaku ialah kita telah di fitnah dengan berbagai alasan yang tidak munasabah.





Umno memutarbelitan tentang kampung baru. DAP langsung tak terfikirkan menjadi kerajaan , dalam pilihanraya.Azam utama DAP pada ketika itu iala ialah hanyalah azam untuk menjadi pembangkang yang berkesan, nikmat sebagai parti pembangkang yang berkesan.


Dalam menisfesto PAS dan PKR yang menjanjikan tanah kepada kampung tersususn, inilah janji dari dua parti dalam Pakatan Rakyat ,iaiatu apabila telah menang , hendak lunaskan janji, dan janji itu janji yang baik kepada rakyat, maka ianya di berikan kepada semua rakyat yang menjadi polisi Pakatan Rakyat.


Dikampung baru dan kampung tersususun, geran diberi agar dapat pinjaman dari Bank ,ianya agar dapat membina rumah baru supaya lebih selesa dan ini tidak salah. Satu inci pun tambahan tanah tidak diberi kepada merKka.


Kerajaan BN mahu rakyat miskin dan ini sudah tentiuah rakyat merasa terima kasih kepada mereka. Pakatan Rakyat mahu rakyat kaya.kami telah tabah 283 kepada geran tanahselama-lamanya kepada 134buah kampung baru 47 ribu geran kampung tersusun iaiatu jumlah 34900 keluarga iaitu 2000 lebih geran kepada kaum melayu ,kenapa setiap kali Umno memberikan bukti yang bercangggah dan hampir melaga-laga kan Melayu dan Cina . Adakah ini untuk melagakan dan itukah caranya untuk mentadbir negara.



Pakatan Rakyat tidak pernah sekali pun untuk menafikan permohonan kepada surau dan masjid, bagi saya Umno ini hanya memecah belahkan rakyat tetapi Islam sebagaimana Nik Aizz kata , kita adalah rakyat keturunan adam dan hawa...tetapi ada keris melayu yang menunjukkan kepada kita kaum cina untuk seakan-akan mnikam kaum Cina.


Kita akan pastikan sistem yang ada di jalankan dengan sebaik baiknya.Ada orang Melayu sangka DAP adalah komunis.kalau kita pecaya kepada orang yang pembohong kita akan kena tipu.



Di masa kami mengambil alih kerajaan ada 2 syarikat kroni ada 2 syarikat yangg diluluskan umno anak syarikat SCDC Perak Kapital iaitu dengan modal berbayar 100 ribu , namun dibolehkan meminjam sebanyak 41 juta . kerugian terkumpul syarikat ini ialah sebanyak rugi terkumpul rugi 17 juta ditambah yang lain semuanya berjumlah hampir kerugian 58 juta. Sebuah lagi syarikat Star#$%^&** yang mempunyai modal berbayar sebanyak 50 ribu yang mana didakwa merupakan sebuah syarikat perabut yang tidak punya kilang dimana pun syarikat perabut rugi 80 juta utang sebanyak 284 juta lebih keduanya-duanya kerugian sebanyak kurang 500 juta .ianya tidak ada langsung perniagaan , namun bagaimana syarikat kerajaan negeri boleh kerugian sehingga 500 juta.Inilah yang mengkayakan kroni pemerintahan kerajaan perak.Demikian tegas YB Ngeh lagi.


Kini dalam masa 1 bulan sudah ada kroni yang dianugerahkan tanah bagi perlombongan iaitu seluas 35 ribu ekar di Lenggong untuk carigali timah .Untuk orang miskin nak dapat 2 ekar tak dapat anak syarikat kerajaan negeri diberi puluhan ekar tanah hanya kepada seorang pegusaha.

Kesimpulannya pilihlah pakatan Rakyat untuk Rakyat.


Diakhiri dengan tepukan gerumuruh hampir 90% kaum malyu yang mendengar ceramah dari pimpinan DAP







akan di siarkan



akan di siarkan

LAMANYA NAK DAPAT KAD PENGENALAN.DAH 12 KALI PILIHANRAYA.....







BATANG AII-lama juga nak dapatkan kad pengenalan dan di daftarkan sebagai rakyat Malaysia.banyak lagi yang macam itu di Sarawak.lagi banyak yang masuk secara gelap.Masalahnya tak pandai berbahasa kebangsaan.....uuup mungkin guna bahasa inggeris...dah lama dah patut di selesaikan hal ini.Mungkin ramai yang tertanya-tanya pula berkaitan dengan projek mee segera???


Ini mungkin salah satu dari mee segera.Namun ianya harus di lakukan dari masa ke semasa dan bukannya semasa menjelasngnya pilihanraya.ianya tidak baik dan persektif seperti ini akan sentiasa di lihat sejak pilihanraya yang pertama lagi.harus telus dan jujur ....



10 PERKARA DATO SERI NAJIB PERLU LAKUKAN







Terjemahan

Saturday, 04 April 2009 16:59






Perdana Menteri Malaysia ke 6 Dato Seri Najib Tun Razak harus melakukan 10 perkara yang difikirkan perlu dalam pentadbirannya untuk kebaikan negara

Well, semalam Datuk Seri Najib Tun Razak telah di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Berikut ialah 10 perkara penting yang perlu dilakukan bagi menjalankan tugas-tugas beliau dalam pentadbiran negara ini.



10 perkara yang kami ketengahkan ini sebagai satu cadangan atau panduan kepada beliau dalam melancarkan pentadbiran beliau dan degan ini kelancaran dalam pentadbiran beliau akan memberikan kelebihan kepada pentadbiran beliau dan juga kepada rakyat negara ini.10 perkara ini yang melibatkan antaranya berkaitan hubungan politik,isu sosial,dan juga isu keseluruhan yang melibatkan negara dimana rakyat boleh berbincang dan bercakap mengenai isu penting, mendengar suara mereka dan menerima pandangan rakyat marhaen.



10 perkara penting tersebut ialah


1. Memberi ruang yang sewajarnya kepada demokrasi

Jika ruang ini tidak dibuka dan diberi nafas , maka dalam pilihanraya yang ke 13 nanti ianya memberi natijah yang buruk kepada kerajaan.Najib harus mengambil jalan lain dan bukan jalan yang telah dibuat oleh pemerintah sebelum ini.Ianya melibatkan isu ISA,kebebasan akhbar,akta Universiti dan kolej dan juga juga beberapa akta rahsia yang lain yang difikirkan perlu.Penahanan tanpa bicara dikalangan rakyat iaitu ISA harus di hentikan dan sesiapa yang didapati bersalah harus lah ditahan dan dibicarakan-bukan ditahan secara semborono walau pun ianya dilakukan secara samar-samar.

2. Hapuskan politik wang

Perkara ini terjadi semasa pemerintahan Mahathir Mohammad dan ianya haruslah dihentikan segera sebelum ianya menjadi barah dan menghancurkan Umno dan juga rakan sekutunya.Hanya satu cara sahaja yang perlu dilakukan ialah dengan cara menjemput pihak polis dan juga SPRM menyiasat dan menghukum salahguna kuasa dan penipuan dalam kewangan negara atau apa sahaja yang berkaitan dengan pentadbiran.Jika ianya dibiarkan ,,sudah tentulah ianya akan menjadi semakin merebak dan akhirnya akan memusnahkan dan menyukarkan usaha-usaha ini dilaksanakan di masa hadapan.


3. Hapuskan sistem kouta dalam pemilihan parti

Cara ini dilakukan dengan cara yang lebih telus,dimana pihak yang membangkang juga mungkin akan bersetuju dan menyokong dengan melibatkan semua pertubuhan dan juga organisasi dimana ianya akan meletakkan satu tahap pegundian yang lebih telus.


Badan ini akan bertindak bagi menjaga dan mengawal organisasi dan ianya haruslah telus dan ianya bukan sahaja dilakukan dalam Umno, malahan dalam semua sekutu kerajaan Barisan Nasional,ianya bagi menghalang calon yang berpontensi bagi naik ke mercu kuasa.

4.Dapatkan sokongan dan kekuatan rakyat bagi menyertai Umno

Dari apa yang Najib lihat dan berada kini ,ianya harus juga dilihat dari bawah sebagaimana rakyat biasa lihat.Rakyat mahukan ketelusan,jujur,ada bakat,berdaya saing dan juga ada kreadibiliti, bukan sahaja dalam Umno, tetapi untuk semua rakyat melihat,jika tidak pun,sekadar dikalangan komponen parti.Najib harus melihat ini sebagai satu hambatan yang perlu buat Umno dan jadikan ianya sebagai satu yang perlu dilakukan di dalam Umno dan juga haruslah menjadikan rakyat menghormati beliau dan pimpinan secepat mungkin.Najib memerlukan langkah-langkah yang perlu ke arah itu.




5. Lakukan perubahan dalam Barisan Nasional


Najib harus lakukan perubahan dalam Umno dan Barisan nsional dimana perlu diubah taraf pemikiran dimana hanya Umno yang memerintah dan bukan parti lain.Perlu dilakukan perkongsian kuasa.Lakukan di dalam Barisan nasional dahulu, namun dalam Umno sebagai langkah utama.Najib harus perlu melakukan untuk perubahan,persaingan yang adil dan telus,dan jujur serta amanah terhadap komponen parti.Secara langsungnya sebagai seorang pemimpin


6.Perkenalkan undang-undang lompat parti


Kerajaan seharusnya lah telah menyedari dan memahami kini bertapa kejadian yang melanda di Bukit Gantang dan apa perasaan rakyat terhadap cara mendapatkan kerajaan negeri Perak melalui melompat parti.Ini arus dilihat secara serius.Berdasarkan dari kejadian tersebut adalah diharapkan kerajaan dan juga pembangkang telah memahami dan menyedari betapa melompat parti itu akan menjadikan ianya tidak demokratik dan juga dalam keadaan yang tidak stabil.Adalah lebih baik jujur dalam berpolitik.


7.Kredibiliti,bersih dan berdayasaing dalam kabinet

Najib jangan hanya mengekalkan muka yang sama dalam kabinet beliau dengan mengambil semula calon-calon yang lama.Najib perlu mendapatkan sesuatu yang baru ,muka-muka baru yang bersih,jujur dan yang bertanggungjawab terhadap negara sebelum mereka-mereka ini menjadi calon yang lebih mementingkan diri sendiri dari berkhidmat kepada rakyat dan negara.


Ada juga cadangan dan kekuatan di mana masukkan lebih banyak golongan teknokrat dimana mereka ini akan menjalankan kedua-dua tanggungjawab dimana menjalankan tanggungjawab terhadap negara dan kerajaan,meletakkan politik disebelah. Mungkin ini jalan terbaik,untuk mengelak dari melakukan perbuatan rasuah.


8. Naikkan semula semangat dan maruah kakitangan awam

Kini perkhidmatan awam negara telah hilang seri dan juga kemegahannya.Tanyalah orang lama dalam perkhidmatan awam.Mereka-mereka ini "hilang"kerana politik telah menjadikan mereka begitu jauh hilang kemegahannya, ini adalah kerana orang-otang politik telah mengajar mereka apa yang perlu dibuat dan perlu dipatujhi, dan mereka menjadi terkongkong dengan dasar-dasar yang berbagai,


Kembaikan semula mereka-merka ini kepada perkhidmatan yang lebih cemerlang,didik dan arah mereka cara yang terbaik,bangkitkan dan hargai meraka dan berilah pujian yang sewajarnya kepada golongan ini.Mereka akan menjadi jujur dan juga bertanggungjawab jika lebih dihargai.Bawalah golongan profesional kembali ke perkhidmatan awam.



9. Adakan penasihat kewangan khas

Oh..jangan diletakkan yang tak ada pengalaman dalam pengurusan wang negara.walau pun mereka ini bijak,kita masih banyak lagi merasai betapa kes kenaikan harga minyak dan ini menyebabkan barang-barang lain naik melambung.Harga minyak telah jatuh, namun harga brangan masih tinggi.


Najib memerlukan seseorang yang betul-betul bijak dalam ekonomi,dihormati,bergeliga boleh dan punya pengalaman ekonomi dan juga sebagai seorang ketua yang cekap mengawal sekumpulan pemikir eknomi dan juga pekerja sokongan yang membuat dasar dan bagaimana melaksanakannya.


Mereka ini boleh dari keakitangan kerajaan sendiri, oarang-oarng dari bank negara,dan sudah tentulah dari sektor swasta juga.Ianya tidak semestinya sebanyak 50 orang, adakalanya 5 orang pun memadai bagi staff sokongan.



10. Harus tahu masa yang sesuai,tempat yang betul dan juga jika keadaan politik tidak menyenangkan,bila dan bagaimana mengatasinya


Najib tidak seharusnya melakukan kesilapan sepertimana yang dialami oleh yang lepas-lepas.Menerima nasihat dari hanya satu golongan yang memikirkan sesuatu terlalu tinggi menggunung tetapi tidak nampak hasil dibawah.Situasi yang sukar harus di selesaikan dengan cara yang juga sukar.bukan mudah.awak tidak boleh lari dari mereka dan mengharapkan mereka menyelesaikan masaalah.Awak boleh melayani semuanya -dengan berbagai falsafah namun apa yang penting ialah apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.Jika ianya sukar..lakukan dengan apa cara yang munasabah.Bukan mudah untuk melakukannya, dan pilihanraya yang ke 13 tidak lama lagi mungkin dalam 2 atau 3 tahun akan datang, dan ini tentu meletihkan bagi Najib. namun marilah kita lihat apa yang sedang menanti beliau.

That means he must start with a bang. Let’s see what he does.


If u believes there is always hope.

MAT BANGLA GANTUNG BENDERA CALON BEBAS...HA..HA MEMANG BEBAS




CALON BEBAS INI MENGGUNAKAN BANGLA UUNTUK MENGGANTUNG BENDERA. NAMPAKNYA MEMANG BEBAS.WARGA BANGLA BOLEH GANTUNG BENDERA.BILA DI TANYA UPAHNYA "MAKAN NASI SAMA MINUM"


KRETIF JUGA CALON INI...


1 menggunakan tenaga Bangla kerana tiadanya pekerja...


2. Upah murah


3 Memaksimumkan guna tenaga


4.Akan ada hubungan yang baik dengan kerajaan Bangldesh.......barangkali.


5. Siapa tahu beliau akan menang dari 13 calon yang bertanding........






DIALOG DSAI DAN NGOs


SEBAHAGIAN DIALOG ANTARA DSAI DAN NGOS



BUKIT SELAMBAU-Satu dialoq antara beberapa NGOs telah di adakan di kelab Cinta Sayang pagi tadi dimana beberbagai isu yang berkaitan keadaan negara kini di jelaskan kepada badan-badan-badan bukan kerajaan hari ini.












AGENDA PERUBAHAN UMNO DAN JUGA DASAR PPSMI SERTA MEMBANTU KAUM YANG TERPINGGIR


Usaha membantu memartabatkan rakyat miskin bukan sahaja terhadap kaum dan kerangka pemikiran lama hanya parti melayu yang boleh membantu dan di bantu, akan tetapi dsar ini kemudiannya dilaksanakan dengan cara yang lebih tidak telus akhir nya di mana jika sessuatu projek itu dinilai pada 40 juta ianya akan menjadi 45 juta , maka ianya bukan satu dasar bagi membantu golongan susah tetapi mengayakan golongan tertentu.


Menurut DSAI lagi malah agenda ekonomi ini harus diubah.dalam bab bahasa pula ialah ianya akan kekal dan jika di teliti ucapan khas DSNRazak ianya akan di teruskan dan jika di peringkat awal ialah dengan pendekatan populis iaitu pembebasan dan penarikan semula akhbar dan tahanan , ianya bukan satu pendekatan reform yang berterusan.


Menururt DSAI lagi kerajaan tidak akan meneruskan agenda reformasi ini kerana dan jika dasar-dssar membebaskan media ini adalah agenda yang dianggap sebagai satu agenda biasa sahaja di mana sekejap di benarkan dan kemudiannya di tahan dan perkara ini tidak dapat dijangka untuk masa akan datang.




Komitmen pakatan rakyat ialah membantu dan meningkatkan kesedaran rakyat dan memerdekakn pemikiran,membantu yang miskin dan mensejahterakan masyarakat malaysia,mengenai mengenai isu calon Bukit Selambau, ialah dengan mengambil pendekatan berbincang dan bukan semuanya tuntutan yang kita setujui, yang merobohkan kuil yang ditahan tanpa bicara, yang bantu golongan miskin dan serahkan rumah yang robek dan kalau kita yang Melayu dan islam dapat memberi ketegasan begitu, maka jangan mereka memikirkan yang lebih dimana calon yang mesti mereka tentukan kalau macam tu, orang Melayu akan mempertikaikannnya pula kerana orang Melayu menganggap bahawa sampai ketahap ini pun masih meminta lagi bagaimana pulak dengan orang Melayu.


Jika masyarakat Cina pun ,misalnyad DSM Nizar , di fitnah kerana memberi tanah kepada golongan itu sedangkan itu harus di bantu ,kita tidak boleh lari dari menjaga hak golongan majoriti negara kita iaitu bangsa melayu dan yang termaktub dalam negara persekutuan .Kita boleh angkat kedudukan Islam dan Melayu dengan bersikap adil ,mengenai bahasa apa yang belaku dalam Bahasa Melayu dan bagaimana saya mempertahankan bahasa Melayu tetapi bukan dengan mengorbankan bahasa dan mengangkat bahasa lain .Malah kedudukan bahasa Inggeris di Indonesia hari ini meningkat dengan baik sekali tanpa meminggirkan bahasa Indonesia.



PEMBENTUKAN KERAJAAN DALAM AGENDA 916


Menurut DSAI lagi agenda itu sebenarnya memang wujud waktu itu, malah beliau mengakui mempunyai senarai lengkap.Apa yang menjadi sedikit masalah ialah ianya haruslah berlaku secara serentak kesemua yang ingin berhijrah itu. ianya harus dilakukan bersama.Untuk masa akan datang , agenda ini akan tetap diteruskan dan mungkin tidak minggu ini, bula ini tahun ini tetapi siapa yang tahu?demkian menurut DSAI lagi.








BUKAN SEKADAR TUKANG KEBUN TUKAR GURU,KERANI SEKOLAH,KERANI PEJABAT ,PPD,LEBIH HEBAT DARI MENTERI.MACAMANA UMNO NAK MENANG?????


Tukang kebun sekolah pun boleh tukar guru


Mohd Nor Yahya Fri Apr 03, 09 6:47:02 pm MYT


KOTA BHARU, 3 April (Hrkh) - Pernah anda mendengar seorang tukang kebun sekolah boleh merasmikan mesyuarat PIBG. Pelik dan tidak masuk akal.

Namun semuanya tidak mustahil apabila tukang kebun itu ada jawatan dalam Umno.
Ia bukan kisah omongan, tetapi itulah realiti yang pernah berlaku di Tanah Merah beberapa tahun lalu.


Lebih menarik lagi apabila ketua cawangan Umno boleh mempengaruhi Pejabat Pelajaran Daerah untuk menukarkan guru.
Mungkin mengambil kira situasilah agaknya Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussien mahu guru kumpulan A dibolehkan berpolitik.
Bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Muhamad Fadzli Hassan berkata, hasrat untuk memberi ruang kepada guru kumpulan A berpolitik perlu dilakukan secara adil.


"Seharusnya dilihat secara adil dan tidak menyekat mereka berpolitik dalam mana-mana parti politik.
"Namun apa yang berlaku sekarang guru hanya dihalal berpolitik dengan Umno sahaja. Kriteria kenaikan pangkat pun diambil kira sentimen politik di Kelantan," katanya di sini.
Menurutnya juga sejak 1990 sehingga sekarang wakil-wakil rakyat bukan Barisan Nasional langsung tidak dibenarkan masuk ke sekolah di bawah kementerian.


Sedangkan katanya, wakil-wakil rakyat BN bebas menggunakan sekolah untuk kepentingan politik.
"Malah ada tukang kebun yang menjadi ketua cawangan lebih berpengaruh daripada seorang pengetua sekolah.
"Inilah yang berlakunya sekarang, ketua cawangan atau ketua bahagian menggunakan sekolah untuk berkempen sedangkan wakil-wakil rakyat di pihak lain tidak dibenarkan langsung.
"Bagi saya bukannya setakat penglibatan guru kumpulan A sahaja, malah ia seharusnya untuk semua penjawat awam," katanya yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan.


Beliau berkata, berilah kebebasan memilih parti yang dekat dengan naluri mereka.
Menurutnya orang yang berpendidikan tinggi seharusnya diberi kebebasan untuk berpolitik kerana mereka merupakan golongan intelek.
Kata beliau sebagai golongan terpelajar tentunya dapat membahagikan masa di antara kerjaya dan politik. - mj _


UMNO PATUT BERI PELUANG INI 20 TAHUN DULU LAGI.BUKAN SEKARANG??????

WOW!!!!! DATO NAJIB BUAT KEJUTAN.......








PM baru DSNRazak hari ini mengumunkan pembebasan 13 tahanan ISA dan kembalikan akhbar Harakah dan juga Suara Keadilan.Pengumuman ini sudah tentu tidak boleh dijadikan isu lagi oleh pembangkang.




Malahan DSNR juga hari ini bercadang untuk mengkaji semula ISA dan semua tahanan mungkin di bebaskan atau di adil seadilnya.


Terkejut beruk juga pembangkang barangkali dengan penggumuman baru ini dihari pertama beliau menjadi Perdana Menteri.Mungkin ramai yang menjangkakan DSNR akan melakukan perubahan kepada pekerja yang bergaji kecil dan semua pekerja atau mengurangkan pengganguran dan menjana semula ekonomi.




Mungkin DSNR juga boleh membuat kejutan dimana kem tahanan kemungting tadi dijadikan tempat perumahan kos rendah rakyat????




Apa pun rakyat melihat ini sebagai sesuatu yang positif, namun jangan sampai jadi macam yang lepas-lepas kerana membuat kejutan awal tetapi kemudiannya kembali seperti dahulunya......di tahap lama ,sama tak berubah,tak macam nampak perubahan....akhirnya orang kembali benci....







BOLEH PERCAYAKAH?????





Malaysian blogger loses libel suit by politician




Published: April 3,2009



Kuala Lumpur, Apr 3 (AP) A Malaysian court has ordered a prominent online commentator to pay more than USD 277,000 to a senior ruling party politician, a court official said today, the latest in a series of troubles for bloggers.Raja Petra Raja Kamaruddin, editor of the popular Malaysia Today news Web site, was told yesterday to pay USD 277,840 in libel damages to Abdul Azim Mohamad Zabidi, treasurer of the ruling United Malays National Organisation, said a court official who declined to be named because she was not authorised to speak to the media.



Details of Raja Petra&aposs commentary about Abdul Azim were not immediately known. However, Raja Petra, one of the country&aposs best-known online writers, frequently accuses senior government officials and corporate figures of corruption and other crimes.



He has also claimed that Prime Minister Najib Razak, who took office today, and his wife were linked to the 2006 slaying of a Mongolian woman. The couple has denied the accusations, dismissing them as"lies."



Critical online commentary has mushroomed in the country as an alternative to the country&aposs government-linked mainstream. But recently bloggers have increasingly faced detention and court action by government officials. They accuse the bloggers of spreading false information and rumours.



Source: PTI



Najib says will be sworn in Friday as Malaysia PM


04/01/2009 6:43 PM

KUALA LUMPUR - Malaysia's incoming leader Najib Razak said he expects to be sworn into office as prime minister Friday, cementing a smooth transfer of power.
Najib, currently deputy prime minister and president of the dominant United Malays National Organisation (UMNO) party, said he would meet Malaysia's king early Thursday with outgoing Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

Officials close to the prime minister have said Abdullah would tender his resignation during that meeting.
"Tomorrow (Thursday), the PM will invite me to accompany him to have an audience with the king and subject to the king's consent, then Friday will be the (swearing-in) ceremony," Najib told reporters.
"I have not had an audience with the king yet, so hopefully the king will graciously give his consent," he added.

Najib was last Thursday officially declared president of UMNO, a role that effectively clears the way for him to be premier because of its dominance of the political scene.
He said he would also Friday reveal details of the direction he wanted to take Malaysia amid economic crisis and political uncertainty, with the core of his roadmap being a programme aimed at uniting the multi-racial nation.
"I think this new thrust will ensure there will be a fairer distribution of government allocations and assistance to all communities," he said.

UMNO leads the ruling Barisan Nasional coalition which has ruled Malaysia for more than half a century since the former colony gained independence from Britain in 1957.
However, last year it put up its worst electoral performance for 39 years, leading to calls for Abdullah to step down.

The coalition of race-based parties -- which also represent ethnic Chinese and Indian communities -- were mauled by the opposition led by former deputy prime minister Anwar Ibrahim.

ANAK MUDA BEKERJA UNTUK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT




Sungai Petani-Bukit Selambau.Diketika pimpinan Pakatan Rakyat hamper habis berceramah di 36 tempat semalam,jntera dan anak-anak muda ini turut membanting tulang dengan cara tersendiri,iaitu dengan memasang poster yang menunjukkan bahawa kenyataan-kenyataan yang di tulis semacam menghina.

Namun apabila di Tanya, jawapan yang diberi ialah”memang patut kerana media mereka hari-hari memfitnah kita,dan ini bukannya fitnah tetapi satu simbolik bahawa apa yang tertera ini adalah benar.”maka kerana itu kami anggap ianya patut di buat sebegini rupa.Kami anak muda .ada yang lepasan universiti dalam dan luar negara.maka kami melakukan ini kerana kami seolah-olah di perbodohkan”

Turut singgah di taman Peruda , dan sempat singgah di rumah Permatang Pauh.Ramai juga anak-anak muda di sini.Sengaja tidak diambil gambar di rumah Umno, jika diambil sudah tentu nampak golongan saluran 1 yang banyak,itu pun boleh dikira sekitar 5 orang ke 6 orang..Manakala jentera memasang bendear pula semacam anak-anak sekolah.entah lah tapi hakikatnya memang begitu.Anak –anak muda lebih banyak bergerak dengan parti oposisi berbanding pemerintah.

Kenapa ini terjadi???sebabnya kerana Umno gagal sebagaimana yang di laungkan pimpinannnya bahawa gagal mendekati anak-anak muda dan mungkin Tv memainkan peranan mengapa anak-anak muda ini membenci pimpinan pemerintah.Tambahan pula jika apa yang didakwa itu “TIDAK” oleh pemerintah , ianya seakan-akan menjadi “YA” kepada golongan anak muda ini.Misalnya jika di katakan tiadanya rasuah,sedangkan makin banyak rasuah di kalangan pemimpin yang jelas nampak jika dilihat dari harta benda yang dimiliki.Kemewahan yang terlampau barangkali????maka itu menjadi persoalan bag anak muda....

Masih banyak yang perlu di lakukan Umno untuk menawan hati anak muda bagi menyokong mereka……


HUJAH GANTI HARAKAH.SUARA KEAMANAN GANTI SUARA KEADILAN


SUARA KEAMANAN .Itulah akhbar yang menggantikan SUARA KEADILAN dimana ianya sudah mula dijual dipasaran.manakala HUJAH pula akan dikeluarkan pada hujung minggu ini.Kerajaan oula hari ini mengharamkan dibicarakan mengenai Altantunya melalui sebarang ceramah.Haru juga macam ini...........

Rasanya macam pernah dengar kerajaan nak berubah..nampaknya tak juga.anak muda pasti menilai ini semua.

YB ROZIAH DIPELANCARAN SRIKANDI KEDILAN






BUKIT GANTANG-Baru-baru ini , di hari penamaan calon Bukit Gantang YB Roziah telah merasmikan jentera pilihanraya Srikandi keadilan dimana ianya dikenali sebagai “Pasukan Gerak Gempur WIN” yang membawa tema wanita berdaya harapan negara.

Menurut YB Roziah lagi wanita PKR negeri Perak , tidak akan hanya berdiam diri tetapi akan menggerakkan seluruh jentera wanita PKR bagi membantu calon PKR Bukit Gantang iaitu YB Dato Seri Nizar bagi memenangi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

Dengan menggerakkan seluruh jentara ini dilihat sebagai satu langkah bekerjasama diantara parti dalam Pakatan Rakyat.Beliau juga selepas itu bergerak ke beberapa kawasan bagi menyampaikan maklumat kepada penduduk kampong serta risalah penerangan untuk rakyat di negeri Perak.

HARI PENAMAAN CALON BUKIT GANTANG.MUNGKIN ANDA DAPAT ANGGARKAN JUMLAHNYA




















Hari penamaan calon Bukit Gantang menyaksikan sokongan dari penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mengiringi calon dan perarakan di tengah-tengah Bandar Taiping seolah-olah menyaksikan satu demontrasi bagi membantah pembatalan akhbar harakah.Lebih 50 ribu penyokong hadir malah ada yang mengaanggarkan ianya hampir 100,000 penyokong yang hadir dari seluruh negara bagi menyatakan bantahan kepada Umno/Bn dan sokongan kepada Dato seri mohd Nizar yang mana jawatan beliau dirampas oleh Umno dan BN.


Hari penamaan calon juga menyaksikan persaingan sengit calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan calon BN Ismail Safian yang dianggap "bantahan " terhadap Najib dan menteri besar Pakatan Rakyat itu dianggap sebagai hero rakyat negeri Perak .Dato Nizar yang berpakaian serba hijau dilihat melambaikan tagann kepada pemberita dan penuh keyakinan . Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris yang berpakaian serba hitam.

Berbagai banner dan juga laungan dari para penyokong memeriahkan suasana.malah turut kelihatan juga kelab penyokong PAS dari kaum India yang memukul gentang ,manakal di sudut lain pula sekumpulan masyarakat kaum Tionghua melaungkan dan menyanyikan lagu “Antantunya”.Ini adalah cabaran hebat buat PAS dan juga Umno kerana walau pun berbagai slogan dan janji untuk berubah semasa perhimpunan agong Umno ,pertentangan rakyat dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang adalah juga satu cabaran hebat buat Timbalan Perdana Menteri Dato Najib yang dianggap sebagai satu hadiah buat beliau dan juga kemenangan manis buat PAS dan Pakatan Rakyat jika menang dan membuktikan tindakan Umno/Bn tidak dipersetujui rakyat Perak khasnya.