ORANG MELAYU DI BELAKANG ANWAR


Umno harus sedar majoriti Melayu teras kekuatan Anwar Ibrahim
Mohd Rashidi Hassan
Wed Apr 16, 08 4:46:52 pm MYT
Peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri sekali gus Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan disusuli pemecatan sebagai Timbalan Presiden Umno pada 3 September, melakar sejarah baru dalam politik Malaysia.

Anwar bukan sahaja dipecat, malah dihadapkan dengan dakwaan 10 pertuduhan yang membabitkan penderhakaan terhadap negara, rasuah dan salah laku seks yang menyebabkan beliau terpaksa meringkuk enam tahun dalam penjara.

Tindakan keras Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad itu, mendorong penyatuan gabungan semua parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Nasional yang baru ditubuhkan, DAP dan PRM.

Presiden PAS ketika itu, Dato' Fadzil Mohd Noor merupakan pemimpin pembangkang yang pertama tampil ke hadapan mengkritik Dr Mahathir di atas kezalimannya menganiaya Anwar.

Diikuti dengan Lim Kit Siang dan Dr Syed Husin Ali, turut menziarahi Anwar di rumahnya bagi menyatakan sokongan pembangkang terhadap Anwar.

Gabungan erat empat parti pembangkang ketika itu, membentuk sebuah gagasan politik yang dinamakan Barisan Alternatif dengan mengemukakan manifestonya bertajuk 'Ke Arah Malaysia Yang Adil' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum tahun 1999.

Bermula era reformasi

Sebelum daripada penggabungan pembangkang, era reformasi bermula sebaik pemecatan Anwar. Rakyat di seluruh negara bangkit menentang kezaliman Dr Mahathir terhadap orang yang dilatih selama 16 tahun untuk menjadi pengganti beliau.

Masjid Negara menjadi lokasi pertama perhimpunan 100 ribu umat, menyaksikan kebanjiran penyokong keadilan memenuhi setiap pelusuk kota dari Masjid Negara hingga ke Dataran Merdeka.

Pada malam itu juga kediaman Anwar di Bukit Damansara diserbu anggota UTK yang lengkap dengan senjata automatik, menangkap dan mengheret Anwar ke Bukit Aman.

Serentak dengan itu berpuluh-puluh pengikut Anwar ditahan di bawah ISA. Tindakan keras pihak berkuasa itu, tidak menghalang laungan reformasi untuk terus bergema, demonstrasi berterusan setiap minggu di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Laungan reformasi terus bergema di penghujung tahun 1998, walaupun Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang terbelengu di sebalik pasung jeriji besi di Penjara Sungai Buloh.

Pasca PRU 1999 dan 2004

Keputusan PRU 1999 membuktikan majoriti orang-orang Melayu menolak Barisan Nasional. Sehingga ada statistik kajian melaporkan suatu ketika, 7 daripada 10 orang Melayu menyokong Anwar.

Secara puratanya, rekod PRU 1999 membuktikan 60 peratus Melayu menyokong Anwar dan gabungan pembangkang, manakala hanya 40 peratus Melayu kekal menyokong BN.

Walaupun wujud gabungan padu Barisan Alternatif, yang wujud di dalamnya keanggotaan dari kaum Cina, India dan lain-lain, namun ketika itu tidak ramai daripada kaum bukan Melayu yang menyokong Anwar.

Hanya ada segelintir pimpinan utama PRM dan Keadilan ketika itu yang 'all-out' membela nasib Anwar sehingga terpaksa meringkuk dalam lokap polis, dipukul dan ditendang sehingga mengalami kecederaan.

Hakikat yang ditunjukkan pada PRU 1999, peristiwa lebam mata Anwar dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor tidak menyelami lubuk hati kaum bukan Melayu.

Keadaan ini kekal sehingga PRU tahun 2004. Pindaan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang begitu 'bias' (berpihak) kepada BN pada tahun 2002 menjadikan kawasan-kawasan Parlimen dan Dun dirobek-robek dan dicampur adukkan dengan lokaliti pengundi bukan Melayu.

Ketika itu Umno/BN mengetahui bahawa Melayu tidak boleh diharapkan untuk menyokong mereka. Maka kaum bukan Melayu dipergunakan untuk terus menyokong BN.

Fakta PRU 2004 menunjukkan majoriti Melayu masih menolak Umno/BN dan menyokong PAS serta KeADILan dan lain-lain pembangkang. Ketika itu DAP tidak bersama dalam Barisan Alternatif.

Sehingga Pilihan Raya Kecil Dun Ijok pada April 2007, kaum bukan Melayu masih belum menunjukkan sokongan padu kepada pembangkang sehingga menyebabkan Tan Sri Khalid Ibrahim tewas dengan K Parthiban.

'Swing vote' atau tsunami pada PRU 2008 dari kalangan kaum bukan Melayu, sememangnya di luar jangkaan pemimpin Pakatan Rakyat, juga di luar jangkaan BN.

Melayu teras kekuatan Anwar

Semua peristiwa ini membuktikan hakikat bahawa, teras kekuatan sokongan Melayu yang majoriti beragama Islam ialah kepada Anwar dan pembangkang, terutamanya PAS.

Fakta yang harus diingat ialah, sejak kerjasama erat yang dihulurkan Almarhum Ustaz Fadzil, orang-orang PAS yang majoritinya Melayu memberikan kerjasama dan dokongan erat kepada pembangkang, khususnya Anwar dan KeADILan.

PAS mempunyai sejuta ahli dan hampir dua juta pengundi setia sejak beberapa kali PRU. Kekuatannya meluas di seluruh negara. PAS kawasan dan cawangan berada di mana-mana.

Sehingga banyak kali PRU, calon-calon pembangkang (yang bukan PAS), boleh bergantung sepenuhnya dengan jentera pilihan raya PAS kerana orang-orang PAS komited dalam soal kerja dan tugas menentang BN.

Komitmen ahli dan penyokong PAS dalam menjayakan gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat begitu besar dan ianya terus terbukti dalam PRU ke-12 8 Mac lepas.

Justeru tuduhan bahawa Anwar akan mengetepikan Melayu, Melayu diambang perpecahan, masa depan Melayu terjejas dengan Pakatan Rakyat sememangnya tidak betul sama sekali.

Fakta yang harus difahami ialah sejak tahun 1999 sehingga 2008, kekuatan Umno/BN hanya didokong oleh minoriti Melayu, sekitar 40 peratus dan ditambah dengan sokongan majoriti bukan Melayu.

Masalah yang berlaku hari ini ialah sokongan minoriti Melayu dalam Umno, terhadap Umno semakin berpecah. Jika Umno berpecah, Melayu dalam Umno bergaduh, kuasa politik Melayu terhakis, bukan salah Anwar, bukan salah PAS, ianya adalah kesalahan pemimpin-pemimpin Umno!

Hakikatnya, teras kekuatan Anwar adalah dengan dokongan majoriti Melayu daripada PAS, tanpa dokongan PAS belum tentu Anwar akan terus berada dalam kedudukan sekarang.

Oleh sebab itu, dakwaan bahawa, jika Anwar berkuasa menjadi Perdana Menteri, kuasa Melayu akan terhakis adalah propaganda jahat Umno/BN semata-mata.

Majoriti Melayu yang berada dalam PAS, juga dalam KeADILan adalah pendokong sebenar kekuatan Anwar Ibrahim.

Maka, jika kuasa berpindah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, orang-orang Melayu tetap terjamin haknya dari sudut politik, pendidikan, ekonomi dan sosial, malah mungkin lebih baik lagi!

MEREKA TIDAK DIKENALI.TETAPI JASA MEREKA PATUT DIHARGAI BLACK 14 UNTUK REFORMIS







RENCANA INI DI PETIK DARI KAMPUS NEGARA BLOG.IANYA MEMPUNYAI NILAI RENCANA YANG BAIK BAGI MENGENANGKAN BLACK 14.



NAMA-NAMA SEPERTI MEREKA -MEREKA INI TIDAK DIKENALI RAMAI KERANA MEREKA BUKAN YB-YB.



JAYATHAS,GOBALARISHNAN,MANIKAKAVASAGAM,WAK KERANG,HAIRI,NORA,BADRUL AMIN,PAK DIN SILAT, PAK DIN ISA ABANG NASIR,ABANG ANUAR SONGKOK TINGGI MICHEAL SUBANG,KAK YUS,KAK MAS,XSTUD IPTA/IPTS ERA HUJUNG 90an-AWAL 2000,XGAMIS,ABANG RAJA,ARWAH ABANG BAHRIN TAXI,ARWAH PAK LANG ZAKI DAN NAMA-NAMA SERTA WAJAH-WAJAH MEREKA YANG TIDAK DISEBUTKAN DISINI.







[Rencana sejarah di bawah ini digarapkan oleh Penulis hasil penyelidikan perpustakaan dan temubual oleh salah seorang aktivis *B.L.A.C.K 14* (yang masih aktif sehingga kini) yang enggan namanya ditintakan dalam artikel ini. Bagi Penulis, persembahan rencana sejarah ini masih mentah dan memerlukan pembetulan dan penggarapan semula oleh aktivis-aktivis *B.L.A.C.K 14* sendiri. Justeru, Penulis dengan rasa rendah diri memohon jasa baik pihak berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab sejarah ini. Akan Penulis terima dan paparkan semula dalam blog ‘kecil’ ini segala pembetulan tersebut dari semasa ke semasa jika ada yang sudi membantu kerja-kerja merekod sejarah oleh Penulis. Penulis boleh dihubungi melalui zainulfaqar_yaacob@yahoo.com.



BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut.
BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan. Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar agar tiada lagi kezaliman seumpama BLACK 14 ini wujud di maya pada ini.Sejarah B.L.A.C.K 14!
Tanggal 14 April 1999, Mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.
Keputusan Mahkamah pada ketika itu cukup mengejutkan mahasiswa, pengamal undang-undang, aktivis politik, ahli akademik, hatta rakyat marhaen.
Mereka tidak boleh menerima keputusan tersebut. Bagi mereka, keputusan tersebut bukan lagi hanya melibatkan kepentingan hak asasi diri DSAI; tetapi keputusan tersebut adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman dan kebobrokan (Tun) Dr. Mahathir Mohammad dan rejim UMNO/BN ke atas sistem keadilan dan demokrasi negara Malaysia.
Sebelum itu, bukan tidak ada kezaliman dilakukan oleh rejim UMNO dan Barisan Nasional. Namun, kezaliman itu ketara dalam salah satu dari 3 Badan ‘kuasa’ sebagaimana dalam Doktrin Pengasingan Kuasa / Demokrasi di Malaysia – (1)Badan Pentadbiran / Eksekutif; (2)Badan Perundangan / Legislatif; dan (3)Badan Kehakiman / judiciary.
Berbeza dalam isu DSAI. Rakyat melihat isu kezaliman DSAI ini seolah-olah wujud suatu konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ tersebut secara sepadu dan zalim.
Mahkamah telah pun hilang kredibiliti bebas dan adilnya. Sebagai contoh, jatuhan hukuman pada 14 April 1999 sebagaimana di atas.
Dalam isu DSAI juga, Badan Pentadbiran / Eksukutif tidak lagi berfungsi secara bebas dan demokratik.
Kementerian, badan berkanun kerajaan, Universiti, BPR, Polis, media massa (milik Kerajaan), SUHAKAM dan pelbagai badan berkanun / sektor kerajaan yang lain tidak mampu menjadi agen semak dan imbang (check and balance) kepada Rejim (Tun) Dr. Mahathir Muhammad serta rejim UMNO/BN kerana telahpun terjebak dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme.
Jika ada individu atau pihak tertentu tampil menentang kezaliman (Tun) Dr. Mahathir Mohammad atau gejala rasuah-kronisme-nepotisme, maka mereka ini tentu akan mendapat nasib yang tidak jauh berbeza dengan diri DSAI.
Sebagai contoh, Universiti Malaya bersikap diam diri dan tidak mahu menyambung kontrak akademia Prof. Chandra Muzaffar (pada bulan Februari 1999) disebabkan ahli akademia tersebut secara terbuka menyokong agenda R.E.F.O.R.M.A.S.I.
Prof. Chandra Muzaffar diakui berkeupayaan dalam arena akademia dan kebolehannya telah mengangkat nama Malaysia di persada nasional/antarabangsa sebelum itu; khususnya dalam pengajian ASIA dan Asia Tengah.
Beliau akhirnya menjadi mangsa kezaliman Universiti/(Tun) Dr. Mahathir Mohammad kerana menentang kezaliman ke atas DSAI sebenarnya pada waktu tersebut.
Contoh lain, adalah fitnah liwat DSAI dengan Shamsidar Taharin melalui pengakuan kontroversi dan surat terbuka Ummi Hafilda Ali kepada Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad melalui media arus perdana.
Semua media arus perdana yang (telah) dikuasai oleh Media Prima telah secara buas memanipulasi fitnah tersebut dan hilang kredibilitinya. Pendek kata, badan pentadbiran atau Legislatif telah pun dikuasai oleh kelompok zalim.
Dalam isu DSAI juga, Badan Perundangan atau Legistatif tidak mempunyai autonomi kuasa sebagaimana yang sepatutnya berlaku dalam negara-negara demokratik dan sivil.
Sebagai contoh, penahanan DSAI di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mampu dihalang melalui perintah kuasa Parlimen Malaysia.
Kondisi ini berlaku kerana ISA dikendalikan secara mutlak oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan realiti ini melambangkan penyalahgunaan supreme power telah wujud dalam dua (2) Badan secara imuniti dan sepadu – Legislatif dan Eksekutif.
Tuntasnya, kezaliman ke atas DSAI tersebut melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ dan jatuhan hukuman oleh Mahkamah ke atas diri DSAI pada tanggal 14 April adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman di Malaysia.
Sejak hari malang tersebut, Rakyat mengambil keputusan menjadikan 14 April saban tahun sebagai perayaan rakyat. Tujuannya bukan sekadar mengingati peristiwa malang yang telah menimpai DSAI semata-mata.
Malah, perayaan rakyat tersebut dilaksanakan dengan penuh semangat dan berani demi menuntut keadilan hak dan sistem demokrasi kembali subur di bumi Malaysia sehingga hari ini. Perayaan tersebut disebut oleh mereka sebagai *B.L.A.C.K. 14*
Tragisnya Perayaan BLACK 14 Sebelum ini!
Saban tahun, aktivis-aktivis rakyat yang sedar, mengalami dan mengambil BLACK 14 tersebut senantiasa cuba meraikan perayaan tersebut.
Mereka ini bukan meraikan hari tersebut dengan gelak ketawa atau dihamparkan permaidani merah oleh Sang Penguasa – (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Mereka ini diburu pada setiap inci perjalanan dan pergerakan mereka. Kediaman/premis peribadi mereka senantiasa diintai oleh Special Branch (SB).
Majikan mereka senantiasa diugut agar melucutkan jawatan aktivis-aktivis ini. Ibu bapa mereka lebih-lebih lagi lagi diuji dan terus diuji sejak menjelangnya perayaan BLACK 14 tahun 2000 di ibu negara.
Kezaliman yang didepani oleh para aktivis dalam meraikan BLACK 14 lebih ketara pada tahun 2001.
Beberapa hari sebelum perayaan BLACK 14 diraikan (bermula 9 April 2001 sekitar jam 5 petang), pihak Polis telah menangkap 10 orang aktivis REFORMASI dan maangsa-mangsa ini ditahan di bawah ISA , tahanan tanpa bicara.
Nama-nama aktivis tersebut adalah (1)Sdr. Tian Chua; (2)Sdr. Mohammad Ezam Mohd Nor; (3)Hj. Saari Sungib; (4)Sdr. N. Gobalakrishnan; (5)Sdr. Hishamuddin Rais; (6)Raja Petra Kamaruddin; (7)Sdr. Abdul Ghani Harun; (8)Dr. Badrul Amin Baharom; (9)Sdr. Lokman Adam; dan (10)Sdr. Badaruddin Ismail.
Mereka ini dituduh di bawah seksyen 71(3); kononnya sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.
Sebenarnya tahanan tersebut demi menimbulkan culture of fear di kalangan masyarakat agar mendorong mereka tidak keluar dan berkumpul di hadapan bangunan SUHAKAM pada keraian Black 14 tahun 2001 tersebut.
Namun, BLACK 14 tetap diraikan dengan penuh berani dan aksi demi mengajak rakyat menentang kezaliman rejim (Tun) Dr. Mahathir Mohammed dan UMNO/BN berlangsung; serta menuntut agar Malaysia kembali dalam lunas demokrasi dan keadilan hak.
Aktivis rakyat telah membuat kenyataan media. Dan ada beberapa aktivis tersebut telah ditangkap dan dikasari oleh pihak Polis disebabkan partisipasi mereka dalam BLACK 14 hari tersebut.
Tahun 2002 turut menyaksikan perayaan BLACK 14 pada hari tradisinya. Tema perayaan tahun tersebut adalah ‘BERSAMA MEMBEBASKAN 10 TAHANAN ISA’. Perayaan bersejarah tersebut telah dibuat di Taman Melewar (Gombak, Selangor).
Aksi perayaan tahun tersebut lebih berani dan agresif apabila terdapat belasan aktivis rakyat mengambil keputusan mogok lapar. Aksi tersebut telah mendapat liputan media dan badan-badan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
Implikasinya, Diktator (Tun) Dr. Mahathir Muhammad teruk dicemuh oleh media, universiti, badan-badan hak asasi manusia dalam siri diplomatiknya di peringkat nasional/antarabangsa. Imej Malaysia merudum.
Akhirnya, beliau terpaksa membebaskan kesemua (10 orang) tahanan ISA tersebut.
Inisiatif tersebut bukan atas prikemanusiaan dan peduli sensitiviti rakyat, tetapi lebih pada melindungi kepentingan peribadi (kezaliman) semata-mata.
Tahun 2003, berlaku konflik berpandangan di kalangan aktivis-aktivis BLACK 14. Kelompok pertama masih mahu pada perayaan secara tradisi – anti-establishment, pilihan jalanraya, lantang menentang rejim UMNO dan BN dan sebagainya. Aksi BLACK 14 tersebut telah dipimpin sendiri oleh Sdr. CheguBard
Memang mereka tetap melancarkan perayaan tersebut di Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur. Dalam aksi BLACK 14 tahun tersebut juga, mereka tetap berdepan dengan kegilaan Polis dan Special Branch (SB) sebagaimana yang didepani mereka sebelum ini.
Kelompok kedua, mahu perayaan tahun tersebut lebih toleransi dan sederhana. Mereka hanya menjalankan perayaan BLACK 14 secara dalaman (internal) dan mengambil sikap tidak lantang menentang rejim UMNO/BN pada ketika itu.
Pertimbangan kelompok kedua pada ketika itu, dengan pendekatan toleransi-sederhana tersebut, mungkin boleh memujuk hati rejim UMNO/BN untuk membebaskan DSAI dari ISA dalam masa terdekat.
Tahun 2004, BLACK 14 dilancarkan pada hari tradisinya selepas Malaysia menyaksikan Pilihanraya Umum Malaysia Ke-11 (PRU11) yang paling kotor dalam sejarah demokrasi Malaysia.
Berbekalkan tema ‘DEMOKRASI YANG TELAH MATI’, komuniti aktivis BLACK 14 telah menggebling kesedaran rakyat. Aksi aktivis pada waktu tersebut turut menyaksikan kekasaran dan tangkapan oleh pihak Polis.
Lokasi perayaan BLACK 14 tahun tersebut di depan SUHAKAM. Namun, 2 tokoh politik nasional iaitu Sdr. Mustapha Ali (MT PAS) dan Rahman Othman (Timb. Presiden PKR pada ketika itu) telah membuat kenyataan media membatalkan perayaan tradisi tersebut.
Pertimbangan kedua-dua tokoh tersebut adalah mood dan emosi rakyat seharusnya lebih digembling ke arah isu kepincangan sistem demokrasi Malaysia pasca PRU11 lanjutan konspirasi UMNO/BN-SPR-JPN.
Komuniti anak muda dan mahasiswa rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan eksklusif kedua-dua tokoh tersebut kerana BLACK 14 ada sejarah keraiannya dan patut diraikan secara tradisi. Akhirnya, mereka tetap meraikan BLACK 14 tersebut di ibu negara.
DSAI masih tidak dibebaskan pada tahun 2005. Fenomena kegelitaan demokrasi Malaysia tersebut menyebabkan kesedaran untuk meraikan BLACK 14 tersebut semakin pudar. Tahun tersebut, bukan tidak ada keraian, namun keraian tersebut secara kecil-kecilan dan bukan lagi perayaan nasional sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
Kondisi perasaan dan kesedaran rakyat berhubung BLACK 14 ini semakin pudar dan pudar; berlanjutan sehingga tahun 2006 dan 2007. Cukup memilukan!
MENGAPA BLACK 14 2008 kembali diraikan?
Tahun 2008 menyaksikan transisi semula emosi rakyat marhaen terhadap perayaan keramat BLACK 14 ini.
DSAI telah pun dibebaskan secara berperundangan dari terlibat dalam politik kepartian dan sebagainya. Malah tanggal 14 April 2008 tersebut adalah tarikh akhir pembebasan DSAI dari hukuman Mahkamah – dihalang berpartisipasi dalam politik nasional.
Selepas 14 April 2008, DSAI sudah boleh bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. DSAI juga boleh memegang jawatan Presiden PKR atau Pengerusi Pakatan Rakyat secara konvensional selepas tarikh tersebut.
Persoalannya, mengapa BLACK 14 2008 masih diraikan? Masih relevankah keraian tersebut?
Menurut komuniti aktivis BLACK 14, perayaan kali ini dalam wajah yang cukup unik dan berbeza dengan tradisi sebelum ini.
Pertimbangan melancarkan perayaan ini, selain untuk countdown pembebasan politik DSAI; sebenarnya demi meraikan perjuangan, perubahan dan kemenangan rakyat pasca 8 Mac tahun ini.
Sebab itu, tema kali ini cukup progresif – ‘Dari BLACK 14 Ke Arah Kemenangan Rakyat!’.
Cita-cita aktivis BLACK 14 hanya satu, perayaan ini diharap dapat menyemarakkan dominasi Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah hampir-hampir menafikan 2/3 Parlimen dan menguasai 5 negeri agar membuat satu lagi memonten sebelum masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya kelak.
Untuk melonjak momentom ini, Kampung Baru (di Kelab Sultan Sulaiman) telah dipilih. Kampung Baru dilih sebagai tempat perhimpunan raksasa ini kerana latar belakang sejarahnya yang tidak pernah sunyi dengan sejarah perjuangan anak bangsa Malaysia sebelum ini.

Kampung Baru pernah menyaksikan pra penubuhan PEKEMBAR (kini UMNO) demi menentang Malayan Union yang digagaskan oleh kolonial British.
Kampung Baru juga telah menyaksikan Tragedi Berdarah 13 Mei hasil konspirasi/propaganda kapitalis-kapitalis UMNO/BN tahun pada tahun 1969.
Ketika DSAI dipecat oleh Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, DSAI telah meniupkan gelombang F.E.F.O.R.M.A.S.I dan Kampung Baru adalah antara lokasi bersejarah yang telah menyaksikan peristiwa keramat tersebut.
Dan yang lebih penting, Kampung Baru juga adalah salah satu simbol himpitan kehidupan rakyat di tengah-tengah bangunan-bangunan mencakar langit milik kapitalis UMNO/BN dan sekutu-sekutunya.
BLACK 14 yang dilancarkan tidak lama lagi, bukanlah yang terakhir; tetapi penyuburan semula BLACK 14 sehingga Malaysia kembali demokratik dan rejim zalim terus ditumbangkan di Malaysia ini.
Jangan lupa tarikh keramat 14 April 2008 jam 8.45 malam. Kita bertemu dan beraksi di Kelab Sultan Sulaiman secara penuh sedar dan berani sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan semangat demokrasi negara.
Ayuh berpesta B.L.A.C.K 14 ! ! ! ! -END
Sumber: http://zainulfaqar.wordpress.com/2008/04/12/black-14-sejarah-yang-tidak-patut-dilupakan/
Posted on Sunday, April 13, 2008 @ 13:37:23 MYT by mumayu

SIAPAKAH "PORKMAN" ITU???BUAT PENYOKONG UMNO.SILA BACA INI.



Kerajaan Selangor mendedahkan foto-foto yang membuktikan pentadbiran BN sebelum ini berhasrat membangunkan projek ladang berpusat penternakan babi di Kuala Langat.Exco kerajaan negeri Yaakob Sapari mendedahkan, antaranya, foto yang menunjukkan pemimpin Umno dan juga wakil rakyat Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berdiri di luar petak ternakan dengan tangan menunjukkan lambang "bagus".



Katanya, projek ternakan babi yang dirancang menggunakan teknologi Jerman itu mendapat bantahan termasuk dari Umno.

Menurut beliau, sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun semalam..

Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.

Syarikat tersebut, dikatakan terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB

Yaakob berkata foto itu diharapkan boleh menjelaskan kepada ahli-ahli Umno bahawa parti itu tidak menentang projek tersebut."Kita harap beliau (Karim) berhenti mempolitikkan perkara itu mulai sekarang," kata Yaakob petang semalam, selepas taklimat projek tersebut kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor.Karim dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo antara ahli politik Umno yang lantang menentang projek itu yang didakwa diluluskan sejak pentadbiran kerajaan BN lagi.





Selepas seorang pemimpin MCA mendedahkan pembabitannya beberapa hari lalu, Karim - bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir - mengakui beliau terlibat dengan beberapa lawatan di luar negara, termasuk Jerman, untuk mengkaji sistem moden menternak babi.Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng dilaporkan berkata sebuah syarikat bumiputera berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.Karim dilaporkan pernah berkata projek itu akan menyebabkan masalah kerana daerah Kuala Langat akan dikenali sebagai daerah penternakan babi.





Yaakob sebelum itu turut memberikan taklimat mendalam kepada wakil media tentang projek tersebut yang dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun.Berbeza dengan laporan awal, Yaakob berkata kerajaan negeri tidak membiayai projek tersebut kerana ia dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, usahasama antara Persatuan Penternak Babi Kuala Langat dan sebuah lagi syarikat yang tidak dinamakan.Yaakob berkata, syarikat itu - yang dijangka melabur R360 juta - akan dinamakan kemudian.





Dalam projek itu, penternak-penternak akan melabur RM125 juta.Beliau juga memberi jaminan ia tidak akan mencemarkan kawasan sekitarnya kerana ladang itu tertutup dan dilengkapi penghawa dingin, manakala sisa ternakan dikitar semula untuk kegunaan ladang.Mengulas bantahan penduduk Melayu di daerah itu, Yaakob berkata ladang itu akan dialihkan ke tempat yang lebih jauh daripada lokasi cadangan asal.Beliau juga berkata projek itu akan dibangunkan di kawasan tanah bukan Melayu dan jumlah haiwan yang diternak dihadkan kepada 250,000 ekor.Ladang Tumbuk di Kuala Langat menjadi tumpuan kegiatan penternakan binatang itu dan menerima rungutan penduduk sejak bertahun-tahun.





Karim, dihubungi Malaysiakini kelmarin, menafikan beliau membantah projek tersebut seperti dilaporkan media berbahasa Melayu. Malah, katanya, beliau terlibat dalam usaha memodenkan projek penternakan babi bermula sejak 2002 lagi.Bagi mengatasi masalah ladang haram penternakan haiwan itu dan pencemaran yang dihasilkannya, projek pemodenan itu diperkenalkan mulai 2005.Tambahnya, mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands). Berita asal

PULUHAN RIBU HADIR DI MALAM BLACK 14







PULUHAN RIBU HADIR DIMALAM BLACK 14

OLEH: Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Sejarah tercipta sejak 1998.Itulah ungkapan yang dapat diberikan.Anwar yang kelihatan bersemangat berucap selama satu jam telah memberi panduan dan pandangan beliau pada pimpinan Pakatan Rakyat dan juga amanat kepada orang ramai yang hadir dan mendengar ucapan beliau.


Terdahulu, sebelum upacara di jalankan semua pimpinan yang hadir termasuk Anwar yang diiringi dengan paluan gendang kaum India dan paluan kompang bangun untuk menyanyikan lagu negaraku . Beliau kemudiannya menerima cerderahati dari Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia.

Turut hadir ialah para reformis.Antara yang hadir pimpinan Dr Badrul Amin, YB Tian Chua,YB Gobalakrisnhnan,YB Cikgu Bard,Tan Sri Khalid,YB Fauziah Salleh, YB Fairos, dan pimpinan tertinggi PKR dan RAKYAT JELATA .sayangnya tidak kelihatan ialah Hishamuddin Rais,Black,Ezam dan beberapa nama lagi yang tidak kelihatan.Dahulunya muka-muka inilah yang hadir dan hanya ratusan sahaja kerana takut pada sekatan polis. Kini suasana berubah setelah kemenangan rakyat yang dikecapi, dan rakyat kini telah faham dan yakin bahawa ketakutan tidak akan membawa perubahan yang diharapkan




KERAJAAN DAN KETUANAN MELAYU

Pertama sekali yang disentuh ialah berenaaan dengan ketuanan Melayu.menurut anwar , sebelum pilihanraya tidak seorang pun yang bercakap berkaitan dengan ketuanan Melayu. Kini apabila telah merasai ditolak oleh rakyat, pemimpin UMNO yang sentiasa berpecah belah dan kini semakin teruk, telah bercakap mengenai ketuanan Melayu. “Sebelum pilihanraya, soal ketuanan Melayu tidak pernah dibangkitkan.malah orang Melayu dijadikan hamba untuk berkhidmat kepada pemimpin.Kini Pakatan rakyat tidak akan meneruskan tradisi ini, malah akan berbincang,dan menerima maklumat dan pandangan dari rakyat”. Demikian jelas Anwar disambut dengan laungan REFORMASI dan juga tepukan yang bergema.

PIMPINAN BARISAN RAKYAT TIDAK BOLEH BERNIAGA

Beliau juga dengan tegas dan dengan penuh yakin menyatakan bahawa soal ketuanan Melayu yang dicanangkan oleh UMNO kini sudah ketinggalan zaman.tidak ada lagi soal perkauman,dahulunya di sinilah 60 tahun dahulu dipadang inilah Dato Onn ,Burhanuddin Al Helmi,Ahmad Bostamamdan ramai lagi pejuang-pejuang yang datang ke padang ini bagi menyatakan ketuanan Melayu menentang British.Kini kita daaing ke sini untuk menentang apa yang hampir sama dengan yang telah dilakukan British ke atas orang-orang Melayu.Pagi kita pakatan Rakyat akan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa meminggirkan bangsa-bangsa lain.malahan kita akan mengubal undang-undang bagi menghalang para EXCO pakatan rakyat dari menjalankan perniagaan , dan ini disahut rakyat dengan laungan REFORMASI .Sekiranya kita dapati berlakunya rasuah dalam kerajaan Pakatan Rakyat,kita akan singkirkan peimpin tersebut
.

MAHATHIR MAMBANTU KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT.

Sambil menempelak Mahathir yang menyatakan bahawa dibawah pimpinan beliau tidak berlakunya sebarang rasuah dan juga salahguna kuasa, beliau yang berkata bahawa pertuduhan yang dikenakan keatas beliau adalah berpunca dari Mahathir dan dengan tersingkapnya kes Linggam dan “correct…correct…correct” itu membuktikan bahawa pimpinan beliau adalah antara yang paling korup dan menghancurkan UMNO.

Anwar juga mendakwa bahawa ada sebilangan besar kepimpinan UMNo dari sabah dan Sarawak yang enalefon beliau untuk menyertai pakatan Rakyat. Beliau juga menyatkan bahawa kesdiaan menerima kemasukan pimpinan ,tersebut tanpa sebarang syarat dan wang.

Majlis kemudiannya terpaksa dihentikan kerana dihalang oleh pihak polis.majlis yang pada mulanya berjalan lancer kemudiannya dihalang polis pada jam 11 malam setelah sejam DSAI berucap.Pihak polis mula memasuki padang pada jam 1045 malam.
.



ORANG RAMAI TIDAK DIBENARKAN MASUK DAN FRU SEDANG BERSIAP SEDIA

SATU KOMEN DARI NEGERI SEMBILAN DARUL NIPAH

Nak cakap sikit pasal projek khinzir raksaksaApril 11, 2008 : 09.31

NAK BAGI RAKYAT SELANGOR MANDI PANTAI PORT DIKSON YANG ADA NAJIS BABI KOT.TAK RELA U.NANTI VIRUS NIPAH AKAN MEREBAK KE SELANGOR PULAKKKKKKK


DALAM TAHU...RUPANYA MEMANG TAK TAHU.KUANG...KUANG....KUANG



Projek Khinzir Raksasa (PKR) yang dilaksanakan oleh gabungan kerajaan pakatan tiga parti di Selangor bolehlah disifatkan sebagai ‘hadiah’ kepada rakyat oleh kerajaan yang ada kini, di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat.
“Hadiah’ ini pula sebenarnya bukan diberi khas dengan penuh ikhlas dan sepenuh hati oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sebaliknya ia adalah pemberian dalam keadaan yang terpaksa.
Saya difahamkan, Menteri Besar dan PKR tiada pilihan lain terhadap cadangan yang dibawa oleh Teresa Kok, seorang ahli mesyuarat kerajaan negeri yang baru, MB terpaksa aqkur dengan kehendak DAP kerana parti itu ada meletakkan syarat.
Syaratnya ialah, jika projek PKR ini ditolak, maka DAP tidak keberatan untuk menarik diri daripada kerajaan campuran. Jika ini berlaku, maka Parti Keadilan Rakyat akan terancam. Mereka akan kehilangan 18 kerusi yang kini diwakili DAP. DAP pula sudah mengetahui dan yakin bahawa PKR pasti tidak bersedia kehilangan kawan. Jika benarlah apa yang saya dengar iaitu DAP lebih berkuasa daripada MB, maka tunggulah masanya rakyat Selangor pasti akan mendapat lebih banyak hadiah lagi. Wakil-wakil PAS kenapa senyap sahaja? Mat Serba Tahu,Nilai

BERADA DI LUAR KAWASAN

TIDAK AKAN DI UPDATE UNTUK ESOK.BLOGGER BERADA DILUAR KAWASAN KERANA ADA URUSAN PENTING YANG HARUS DISELESAI.INSYA ALLAH AKAN KEALAM CYBER MALAM SELASA JIKA DIIZIN TUHAN .SALAM

SEBENARNYA DIA PUN ALAH DENGAN CARA ANWAR.BUKAN PAK LAH SAHAJA.




INILAH MANUSIA YANG SELALU SAHAJA MENYALAHKAN ORANG LAIN. UMNO MUSNAH ANGKARA DIA.SISTEM KEHAKIMAN MUSNAH ANGKARA DIA,WANG PETRONAS DIGUNAKAN SEWENANG-WENANGNYA JUGA ANGKARA DIA,SEMUA ANGKARA DIA,TAKTIK MENGGUNAKAN JENTERA KERAJAAN JUGA ANGKARA DIA,SISTEM BERAJA DIMALUKAN JUGA ANGKARA DIA,YANG MEROSAKKAN SEKOLAH AGAMA JUGA DIA,YANG MENGHENTAM ULAMA JUGA DIA MALAH YANG MERUBAH SISTEM BAHASA MELAYU UNTUK MEMBELA KRONI JUGA DIA.UMNO TIDAK BOLEH MENYALAHKAN PAK LAH SEMATA-MATA.
CUBA PEMBACA CERITAKAN LAGI........APA MAHATHIR TAK BUAT UNTUK MENGHANCURKAN AGAMA ,BANGSA , DAN NEGARA, JUGA SISTEM BERAJA ...................




PAK LAH HANYA MELANJUTKAN PENDEKNYA USIA UMNO KERANA DISEKELILING PAKLAH ADA TUKANG PECACAI YANG TIDAK CERDIK.PERMAINAN POLITIK ADALAH UNTUK PIHAK YANG CERDIK DAN RAKYAT JUGA TELAH CERDIK.




MENGAPI-APIKAN PERKAUMAN BUKAN LAGI BUDAYA KITA.MENYATAKAN PERLUNYA MEMPERTAHANKAN RAJA-RAJA JUGA HARUS DIAMBIL SERIUS.KERANA BUKAN PAKATAN RAKYAT YANG MEMPERLEKEHKAN RAJA-RAJA MELAYU , TETAPI UMNO.(sila lihat dan rujuk kes2 UMNO).






APA YANG MENYEBABKAN ORANG MELAYU LEKEH DARI SEGI EKONOMI ,BUDAYA DAN JUGA PENDIDIKAN BUKAN PAKATAN RAKYAT.TETAPI UMNO.RAJA-RAJA MELAYU JUGA HARUS SEDAR BAHAWA PERANAN MEREKA JUGA HARUS DIAMBIL KIRA KERANA MEREKA BERTANGGUNGJAWAB BERBINCANG DENGAN PEMERINTAH UMNO.













Karpal, Anwar 'big fans' of Pak Lah
Andrew Ong Apr 12, 08 11:36pm



Dr Mahathir Mohamad has accused opposition leaders Karpal Singh and Anwar Ibrahim of being “supporters” of current Premier Abdullah Ahmad Badawi’s leadership. The former prime minister said both Karpal and Anwar were taking advantage of the situation to preserve Abdullah’s ‘weak’ administration to benefit the opposition in the long term. “They both know that the longer the prime minister stays on, more Umno members would vote the opposition,” Mahathir told his audience at the Hulu Langat Umno general election ‘post-mortem’ discussions. “I didn’t know Karpal was a big support of Abdullah... now he doesn’t want me to speak up on Abdullah’s flaws,” he said in reference to his ongoing spat with the DAP chairperson. On Anwar, Mahathir said he had cemented his ‘support’ for Abdullah by declaring that the opposition would not push for a motion of no-confidence against the premier. “Why doesn’t he want to see Abdullah fall?




This is because he knows that it’s the prime minister’s administration that cause the people to vote for the opposition,” he said. Mahathir said that traditional Barisan Nasional voters had voted for the opposition not out of support, but as a means to send a message to Barisan’s top leaders. “They don’t love the opposition. In fact, they love Umno and Barisan. With the current Umno leadership, the party would crumble. They are trying to wake the leaders up, but to no avail,” he added. During his 50-minute speech, Mahathir also pointed out that Abdullah is the first serving prime minister who comes from a state that is controlled by the opposition - Penang.Below are excerpts from his speech and the Q&A session that followed: On how Abdullah should listen to the grassroots




He should go down to the ground and ask our supporters: “What is wrong with me? I’m trying to improve. If you don’t like my son-in-law, then I’ll find a new one”. On university students being barred from politicsWe are always finding excuses. We always blame others. On the other hand we must understand that students can take action. Look at the number of students who campaigned for the opposition. [...]I don’t think the law is that strict and that it would restrict our efforts to ensure our welfare [...] If we love our bangsa, we must take risks. Don’t always look for excuses. However, I am of the opinion that the time has come to review this law (University and University Colleges Act).On Abdullah cracking down on Umno members who ‘sabotaged’ the partyIf he wants to take action, take lah. Let's see how many people would be left in the party.






On the possibility of Barisan Nasional MPs motioning for a no-confidence vote against AbdullahI don’t think they are brave enough to push for a no-confidence vote. On the possibility of opposition parties motioning for a no-confidence vote against AbdullahAnwar said he won’t do it because he is afraid. He knows Abdullah is useful for the opposition. If Abdullah is no longer around, there would be no more protest votes and he (Anwar) would lose (in the upcoming elections). On whether he regrets appointing Abdullah as his successorAt this point of time, I regret. When I appointed him. He was ‘Mr Clean’. He bathes 15 times a day. At the time I didn’t know that he would do all these things [...] I didn’t know that when I ‘hand over’, it became his. Umno now belongs to him and his family. He didn’t tell me that he would have a ‘second cabinet’ which comprises of Khairy Jamaluddin, Reezal Merican, Kamal Abdullah... he didn’t tell me. I could have made them ministers. He did this only after he took over. By then, it's hard for me to cancel the appointment.

PROFESIONAL MUDA MELAYU LEBIH PERCAYA MEDIA ALTERNATIF-


REALITINYA


TV3 DAN RTM RENDAHKAN INTELEK RAKYAT






Seramai 80 orang profesional muda Melayu yang menghadiri satu pertemuan dengan Pemuda UMNO Malaysia memberitahu rata-rata mereka lebih percaya pada media alternartif dari arus perdana.

Perjumpaan dengan golongan profesional muda Melayu yang masih menaruh harapan dan sayangkan UMNO itu berlangsung hampir lima jam dalam suasana hangat dalam kesejukan bilik mesyuarat tingkat 38 Menara Dato' Onn, pada malam Rabu.
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan mempengerusikan perjumpaan tersebut yang turut disertai Exco Pemuda yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Ahmad Ikmal Ismail, Exco Pemuda juga Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Harrison Hassan dan Setiausaha Kerja Pemuda Shahrul Zaman Datuk Yahya.

Para profesional muda Melayu yang menghadiri perjumpaan itu terdiri dari pelbagai bidang seperti peguam, pensyarah, doktor, pemegang jawatan penting dalam persatuan dan pertubuhan, wakil kelab UMNO luar negara dan kakitangan syarikat multinasional.
Agendadaily bertemu dengan Abdul Rahman bagi mendapatkan butiran berhubung perjumpaan tersebut.

Beliau menjelaskan langkah awal adalah bertemu dengan golongan profesional muda Melayu dan akan disusuli dengan perjumpaan dengan golongan peringkat lain pula.
Ianya adalah bertujuan bagi mendapatkan cadangan, pandangan dan maklum balas berhubung dakwaan golongan muda yang didakwa tidak memberi sokongan secara terbuka pada kerajaan memerintah dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Menurut Abdul Rahman, kehadiran mereka adalah kerana sayangkan UMNO, bukan datang untuk hentam UMNO membabi buta, bukan untuk kritikan bagi jatuhkan UMNO tetapi mereka sayang dan mahu sesuatu dilakukan untuk membina semula kekuatan UMNO.
Antara kesimpulan dari perjumpaan tersebut terdapat pandangan :

1 - meminta agar UMNO dikembali dan mendengar pandangan ahli-ahli UMNO
diperingkat akar umbi.
2 - UMNO tidak boleh terlalu elit hingga pemimpinnya tidak boleh
didekati dan dilihat pemimpin berada dikalangan mereka sahaja dan
orang di bawah hanya dikalangan mereka saja.
3 - Meminta supaya persengketaan antara pemimpin dihentikan segera.
4 - Mengurangkan program dan cakap-cakap retorik.
5 - Mereka tidak percaya pada media arus perdana, mereka
lebih mempercayai media alternatif.
6 - Minta UMNO menggunakan internet sebagai wadah baru untuk menyebarkan maklumat.
7 - Kurangkan birokrasi dalam UMNO yang menghalang golongan muda gagal
mendaftar diri sebagai ahli UMNO.
8 - Menganggap UMNO gagal dan telah kalah dalam perang siber.

Abdul Rahman memberitahu perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan untuk dibawa dalam mesyuarat exco pemuda akan datang.
Sebagai langkah awal juga, Abdul Rahman akan membawa cadangan agar setiap orang calon yang akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia diwajibkan mempunyai laman web atau blog sendiri khusus untuk menjelaskan pada perwakilan pemuda tentang visi dan misi masing-masing.
UBAH DULU TV3 DAN RTM KEPADA PERDEBATAN YANG LEBIH TERBUKA.BUKAN JADIKAN SIARAN TV HENTAM PEMBANGKANG MEMBABI BUTA.AWAT INGAT RAKYAT BUTA KAYU KA...NI........20 TAHUN DULU MUNGKIN YA...TAPI SEKARANG TIDAK KOT....PION PEJABAT,KERANI PEJABAT,TUKANG GUNTING RAMBUT...LAGI CERDIK DARI PEMBACA BERITA DAN MENTERI PENERANGAN

"Mereka boleh berdiskusi dalam alam siber disamping menjelaskan segala persoalan yang ditimbulkan oleh perwakilan secara langsung dan tidak menyentuh peribadi calon lain," katanya.
Beliau juga akan membawa cadangan agar website Pemuda UMNO Malaysia diberi kebebasan untuk menemuramah pemimpin-pemimpin parti pembangkang seperti Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat atau lain-lain secara terbuka tanpa sekatan bagi mendengar pandangan mereka.

Katanya,"kita mahu menyelami dan mengulas segala tuduhan yang diperkatakan pada kita".
Berhubung dengan birokrasi dalam parti hingga menyebabkan golongan muda diketepikan untuk menjadi ahli UMNO, Abdul Rahman akan menyarankan agar ditubuhkan satu 'task force' untuk memastikan semua permohonan golongan profesional muda menjadi ahli UMNO diterima.
NAK DEKAT DENGAN UMNO KENA SEMBAH PECACAI DULU...PAS TU PECACAI PULAK TUNJUK MUKA SEMACAM..KONONNYA LEBIH BIJAK DAN TAHU SEGALANYA.PECACAI PULA SEKOLAH TAKAT PMR DAN SPM SAJA...TAPI LAGAK MACAM ADA Phd

"Kita akan cuba mengurangkan birokrasi ini dengan melihat permohonan ahli ke cawangan dan bahagian jika ditolak, kita akan wujudkan 'task force' di pejabat Pemuda UMNO untuk menerima keahlian secara automatic daripada atas sebab mereka kata ramai dikalangan muda ini dihalang dari menyertai UMNO", jelasnya.
AHLI UMNO YANG ADA TAKKAN NAK TERIMA YANG CERDIK DARI MEREKA KERANA TAKUT MEREKA JUGA DISINGKIRKAN.INILAH YANG TERJADI DI PERMATANG PAUH.YANG ADA TAK BERAPA CERDIK...SAMPAI LETAK CALON PUN ALAHAIIIII.

Beliau juga membayangkan bahawa satu perubahan akan dilakukan dalam Putera UMNO yang akan melibatkan perlaksanaan program dengan memberi contoh usaha memulihkan 'Mat Rempit' jika ianya tidak memberi kesan positif akan diubah pula ke arah memartabatkan golongan professional muda yang betul-betul boleh menyumbang kepada usaha memulihkan parti.
PATUT JADIKAN MAT-MAT REMPIT NI PENGGUNA JALANRAYA YANG BAIK.TETAPI GUNAKAN MAT REMPIT YANG TAK BERAPA CERDIK NI UNTUK KEPENTINGAN PEMIMPIN.BAWA MOTOSIKAL MACAM ORANG GILA SEMASA PILIHANRAYA.CAKAP TARAK SERUPA BIKIN..BIKIN TARAK SERUPA CAKAP

"Kita akan kaji semula program 'Mat Rempit' sekiranya tidak mendatangkan hasil, program yang terlalu 'grand' seperti terjun di Kutub Utara walaupun ianya merupakan satu usaha untuk menaikkan semangat tetapi golongan ini menganggap ianya adalah satu pembaziran,
kita akan bawa untuk dibincangkan dan dikaji semula," terang beliau.

Abdul Rahman juga diminta agar Pemuda UMNO membanyakkan program di peringkat akar umbi disamping menggesa agar biro-biro pemuda memberi pandangan dan mengkritik kerajaan terutama perkara-perkara yang menguntungkan orang Melayu harus dipertahankan.
"Bagi saya, sungguhpun kita berada di pihak kerajaan kita boleh memberi pandangan yang berbeza," tambahnya.
SELAGI TAK DITUKAR PEMIMPIN YANG ADA DARI AKAR UMBI SAMPAI KEPALA UMBI SAMPAI BILA PUN UMNO TAK AKAN MENANG

Abdul Rahman memberitahu pada golongan tersebut bahawa Pemuda UMNO akan cuba mendapatkan kumpulan exco yang paling mantap dengan cuba mengetengahkan calon-calon tertentu disamping memberi ruang pada ahli-ahli Pemuda menilai calon tersebut.
"Saya juga menjelaskan bahawa dalam politik memang ada idealisma yang bagus tetapi perlu ada 'reality check' kerana apa yang kita mahu itu bila turun ke bawah realitinya amat sukar," katanya.

Disamping itu, Abdul Rahman berkata, pemuda diminta mengadakan hubungan rapat dengan NGO, tidak memperlecehkan golongan muda dan menganggap laporan media arus perdana sering memutarbelitkan dan berubah-ubah mengikut keadaan.
TV3 DAN RTM MERENDAHKAN INTELEK RAKYAT

"Mereka juga tidak sukakan sangat pada cara Tun Dr. Mahathir tetapi melihat Tun sebagai orang yang boleh menyelesaikan masalah, disamping meminta Pemuda UMNO memperluaskan penyebaran maklumat melalui internet", Abdul Rahman berkata, terdapat permintaan agar Pemuda UMNO turun ke bawah dan melakukan perubahan.
BUKAN TIDAK SUKA SANGAT, TETAPI MEMANG TIDAK SUKA.KERANA MENUDUH DSAI MELIWAT.BAIK TUDUH SIMPAN PEREMPUAN KA,CURI DUIT KA,TERIMA KOMISYEN KA,............................

Katanya, "bagaiamanapun saya ingin jelaskan bahawa perubahan ini bukan sahaja pada pemimpin tetapi ianya juga perlu ada perubahan pada pengikut. Kalau pemimpin saja berubah sedangkan pengikut tidak berubah maka ianya tidak akan membawa kejayaan secara total.

"Contohnya, jika pemimpin turun ke bawah, pengikut di bawah sentiasa membebani pemimpin dengan pelbagai permintaan terutama projek sehingga ada yang menekan pemimpin jika tidak diberi projek maka tidak akan ada sokongan. Sekiranya pengikut mengambil kesempatan begini akhirnya agenda untuk memperkasakan parti tidak akan berlaku," jelasnya.

Soal muhasabah, Abdul Rahman berkata, "kita kena bermuhasabah diri di peringkat atasan hingga ke bawah kerana pemimpin serta pengikut di bawah perlu memikirkan bagaimana untuk memperkasakan orang Melayu."

Ditanya suasana selepas sebulan pilihan raya berlangsung, Abdul Rahman menyimpulkan bahawa memang ada kekeliruan, "sebulan kita alami truma kekalahan dibeberapa negeri, para pemimpin serta ahli-ahli di bawah masih terkial-kial mencari hala tuju parti, kita telah gagal untuk menunjukkan 'leadership'.

"MCA, Gerakan dan MIC sudah mula turun ke bawah tetapi kita masih lagi memikirkan siapa nak turun dan siapa nak naik, ini telah memakan banyak tenaga kita yang sepatutnya kita turun ke bawah untuk menerangkan bagaimana cara untuk memperkasakan semula parti. Kita kena bagi 'direction' dan hala tuju," tegasnya.
MCA DAN MIC TOLONG BANGSA DENGAN MENUBUHKAN KOLEJ-KOLEJ PROFESIONAL.MISALNYA KOLEJ UNIVERSITI PERUBATAN DI SUNGAI PETANI.MCA DENGAN TAR KOLEJ,MELAYU DENGAN ITM...TAPI HANCUS.....BERAPA KERAT SANGAT YANG KELUR JADI DOKTOR...TAPI TGK KAUM CINA DAN INDIA...DIMANA SILAPNYA UMNO.ANAK-ANAK ORANG KAMPUNG NAK BELAJAR KENA JUAL TANAH DAN PINJAM SANA SINI.UMNO BELA MACAMNANA????CUBA CARI SATU KAEDAH YANG LEBIH TELUS......PEMBANGKANG CADANG NAK BAGI PERCUMA...CUBA BAGI PEMBANGKANG PERINTAH...TGK PERCUMA KA TIDAK......MESTI BOLEH PUNYA....TAK BOLEH KITA TOLAK MEREKA

Ditanya tentang kegagalan Pemuda UMNO untuk membawa kejayaan pada Barisan Nasional dalam PRU12, Abdul Rahman dengan jelas berkata,"Ya,saya rasa kita gagal. Kita gagal, program kita tidak diterima, keris kita adalah perkara yang amat remeh kerana itu adalah budaya orang Melayu, ianya telah digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang dan memanipulasikannya."
"Kita juga gagal menjelaskan ke akar umbi di bawah. Pemuda bukan sahaja akan buat muhasabah diri tetapi kita akan pastikan pembangkang yang menguasai negeri-negeri tersebut mengotai apa yang mereka janjikan, kita akan berada dalam keadaan 'check and balance'", kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman yang juga memenangi kerusi Parlimen Kota Belud membangkitkan soal tidak konsisten pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dalam hal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya tidak mahu mengiktiraf kerajaan negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan kerana mereka menang dengan pengundi hantu. Saya nampak bas-bas bawa pengundi, adakah SPR telah dibeli oleh mereka dan sebab itulah mereka menang, kalau dulu mereka boleh tuduh SPR dan kerajaan BN memanipulasikan semua hal ehwal SPR, sekarang saya ingin tanya balik kepada mereka. Kalau mereka 'gentlemen', jawablah"

"Kenapa mereka harus hipokrit, sebelum pilihan raya, hari-hari hentam SPR tapi sekarang, sudah menang beberapa negeri, senyap pula, kenapa pula SPR dilihatkan sebagai pihak yang mendaulatkan mereka."

"Berdasarkan tuduhan sebelum ini, saya buat satu kesimpulan bahawa kerajaan Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan adalah kerajaan tidak sah. Jika berdasarkan apa yang mereka kata sebelum ini bahawa SPR tidak telus, SPR dibeli, proses penipuan banyak berlaku,adakah proses yang memenangkan mereka hari ini sebagai satu proses yang tidak telus, penipuan telah berlaku, saya ingin pulangkan semula pada mereka". ujarnya.- 11/4/2008
NI BANG..NAK BAGI TAU..TAKKAN KALAH MELALUT PULAK...AMBOI..AMBOI ..AMBOI...

BERITA-BERITA DARI INDONESIA BERKAITAN DENGAN BAKAL PM MALAYSIA DIABAD KE 21







TUAN TUAN DAN PUAN-PUAN.NAK BACA KLIK PADA KERATAN AKHBAR INI UNTUK BESARKAN









ABDULLAH DIMINTA BERUNDUR - DARI UMNO KEDAH.HABIH MADU SEPAH DIBUANG.TU LA UMNO



Abdullah Diminta BerundurMajoriti pemimpin UMNO peringkat bahagian di Kedah sependapat bahawa kekalahan teruk BN dalam PRU12, termasuk di Kedah, adalah angkara kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Khairy Jamaluddin selaku menantu Abdullah juga turut menyumbang kepada kekalahan berkenaan.Oleh itu, hampir keseluruhan pemimpin UMNO Kedah menggesa Abdullah untuk segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, pengerusi BN dan Presiden UMNO. Khairy juga didesak meninggalkan UMNO dengan serta merta.


Pendapat dan gesaan di atas disuarakan oleh majoriti kepimpinan UMNO Kedah peringkat bahagian dalam satu majlis tertutup dengan delegasi UMNO Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Perani. Kedah, padi tadi. (10 April 2008)Kepimpinan UMNO yang hadir juga mencadangkan supaya Najib diberikan mandat jadi Perdana Menteri dengan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menyertai delegasi berkenaan, sebagai Timbalannya. Saranan ini menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.Perkembangan di Kedah ini mencerminkan realiti sentimen sebenar anggota dan pemimpin UMNO akar umbi pasca PRU12 di seluruh negara. Malangnya, Abdullah yang terus berada dalam state of denial tidak mahu menerima hakikat ini.



Sebab itulah Abdullah kini dalam proses memburu pihak-pihak yang kononnya mensabotaj UMNO dan BN sehingga kononnya menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU12.Lantaran itu, wajarlah kepimpinan UMNO peringkat akar umbi terus bersuara dengan lantang, jelas dan nyata seperti apa yang disuarakan oleh kepimpinan peringkat bahagian UMNO Kedah hari ini.Fikir-fikirkanlah. Bulan depan UMNO akan merayakan harijadinya yang 62 tahun. Mungkinkah sempena hari berkenaan semua pimpin dan ahli UMNO akar umbi di seluruh negara akan memberitahu Abdullah bahawa masanya sudah tiba untuk beliau berundur secara terhormat daripada persada kekuasaan negara dan kepimpinan parti? – Ruhanie Ahmad
Dalam pertemuan di Sungai Petani, 7 bahagian UMNO mendesak Abdullah meletakkan jawatan, 2 bahagian menyokong Abdullah terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri, 2 bahagian lagi berkecuali.Di Pulau Pinang, 9 bahagian mendesak Abdullah mengundurkan diri, 1 bahagian – Tanjung - berkecuali dan 3 bahagian lagi – Kepala Batas (Bahagian Abdullah), Bukit Mertajam dan Nibong Tebal - menyokong Abdullah terus memimpin negara.Sementara itu, seorang AJK UMNO Bahagian di Kedah yang menggunakan nama samaran AAH telah mengirimkan komen kepada blog ini pada jam 7.44 petang semalam mengenai pertemuan di Kedah seperti berikut:
Saya berada dalam dewan (perjumpaan di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah) dari mula hingga tamat. Apa yang dapat saya simpulkan ialah: UMNO Kedah tidak lagi mempunyaai keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah dan Mahdzir Khalid. Mereka inilah angkara kekalahan Kedah (dalam PRU12). Mereka (para pemimpin UMNO Kedah) rata-rata berpendapat Abdullah dan mantan Menteri Besar Kedah adalah “pengkhianat” paling besar di Malaysia.Calon Tanpa RestuSementara itu, Utusan Malaysia 11 April 2008, telah memetik Najib sebagai berkata seperti berikut:SUNGAI PETANI 10 April – UMNO mengenal pasti masalah pemilihan calon yang tidak mendapat restu ketua-ketua UMNO bahagian adalah antara punca calon Barisan Nasional (BN) dikhianati pada pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, maklum balas yang diterima Jawatankuasa Pengurusan parti dengan pemimpin bahagian menunjukkan ramai di antara mereka melahirkan rasa kecewa kerana tidak dibawa berunding semasa pemilihan calon dibuat.“Antara perkara pokok yang disuarakan ialah supaya pada masa akan datang, dalam pemilihan calon-calon bertanding, maka proses rundingan dengan bahagian dilakukan dengan cara lebih menyeluruh lagi.“Kita menerima pandangan ini dan saya akan sampaikan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti nanti,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan parti bersama lebih 150 pemimpin Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini hari ini.Hadir pada majlis tertutup hampir tiga jam itu ialah kedua-dua Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd. Ali Rustam. Turut serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib; Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Bendahari parti, Datuk Mohd. Azim Zabidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Luahan PerasaanNajib menjelaskan, pertemuan Jawatankuasa Pengurusan parti dengan UMNO Kedah tersebut diadakan bagi membolehkan pemimpin bahagian meluahkan segala perasaan dan teguran untuk tujuan memulihkan semula parti..“Pada masa yang sama, pandangan serta teguran yang dibangkitkan oleh mereka itu boleh dikumpulkan sebagai kesimpulan dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan parti,’’ katanya.
Tegas Najib, beliau selaku Timbalan Presiden parti juga memberi jaminan akan memberikan pertimbangan ke atas segala cadangan tersebut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.Dalam pada itu, beliau memberitahu, UMNO tidak akan mengambil tindakan sembarangan terhadap ahli-ahli parti hanya kerana mereka dituduh melakukan salah laku pada pilihan raya lalu.Bagaimanapun, tegasnya, tindakan tersebut akan diambil setelah perkara tersebut benar-benar terbukti dan telah dirujuk kepada pengurusan parti terlebih dahulu.“Kalau dalam soal salah laku semasa pilihan raya, mereka beri pandangan bahawa jangan sewenang- wenang ambil tindakan tanpa asas yang kukuh. Pertimbangan yang kita nak buat nanti, mestilah berdasarkan kepentingan parti pada keseluruhan,’’ jelasnya.

AZMIN KATA TAK LAMA-INI BETUL BETUL....BUKAN COBAANNNNNN


Rundingan PKR dengan ahli-ahli parlimen BN "berjalan lancar" dan perkembangan lompat parti itu akan diumumkan "bila tiba masanya", kata seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu.


"Ia (sambutan) di luar jangkaan kita. "Kita hanya memerlukan 30 lagi ahli parlimen, tetapi sambutannya memberangsangkan sekarang, 30 kerusi itu jumlah minimum yang kita boleh dapat,"


kata naib presiden PKR Azmin Ali."Kita tidak menawarkan wang kepada ahli parlimen tersebut tetapi perjuangan untuk membela rakyat dan negara."Ahli parlimen Gombak itu berkata, wakil-wakil BN yang bakal menyertai PKR itu bertanggungjawab terhadap pengundi di kawasan mereka.


"Umno tidak lagi relevan kepada orang Melayu dan tindakan wakil rakyat tersebut untuk menjamin survival dan ketuanan Melayu," katanya lagi.Tambahnya, ahli parlimen terbabit tidak meletakkan jawatan dan bertanding semula untuk menyertai PKR kerana mempunyai banyak pilihan berbuat demikian.


Menurutnya, PKR tidak mengejar masa untuk membawa masuk ahli-ahli parlimen itu kepada parti pembangkang. "Apa maknanya mereka terus berada dalam Umno kerana parti itu telah kalah dan tidak lagi diterima rakyat," tambahnya. PKR juga, kata Azmin, akan menfailkan petisyen untuk membuktikan penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya umum 8 Mac.(MALAYSIAKINI)


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah anggota parlimen BN yang berhasrat berpindah kepada parti-parti pembangkang setelah parti pemerintah itu mengalami ketewasan besar-besaran baru-baru ini.


"Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar.Bekas timbalan perdana menteri itu menambah, beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil rakyat BN dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan diberikan ganjaran."Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya.


Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".Anwar mengesahkan beliau kini sedang mendapatkan dukungan ahli-ahli parlimen BN dari Malaysia timur, kumpulan sokongan besar yang boleh menumbangkan parti itu jika berlaku pertukaran parti.BN menguasai 51 kerusi di Sabah dan Sarawak, sementara DAP hanya menang dua. PKR gagal di semua kerusi.Parti-parti pembangkang kini memperolehi 82 daripada 222 kerusi parlimen, kurang 40 kerusi lagi untuk memerintah dengan majoriti mudah.

MODEL WANG IHSAN AKAN DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN BN


JITRA-8Hb -Wang EHSAN itulah model yang telah diperkenalkan di Terengganu akan dilaksananakan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Menurut Johari Baharum, menteri di jabatan perdana menteri bahawa ini adalah bertujuan bagi melancarkan lagi bantuan kepada rakyat akar umbi yang memerlukan.

Johari yang diamanahkan untuk meninjau rancangan ini berkata projek wang ehsan yang dilaksna kan di Sabah ,Terengganu dan Kelantan ini akan dilaksanakan di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan juga Selangor.


Menururt Johari lagi kaedah yang dijalankan di Terengganu adalah penting bagi dilaksanakan di keempat-ekmpat negeri ini , namun cara dan jentera perlaksanaan nya akan dikaji .


Apa pun kerajaan harus menyedari bahawa duit yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah duit rakyat yang didapati melalui cukai,dan juga wang hasil dalam negara sepeti PETRONAS.


Namun ini akan menyebabkan rakyat berpendapat bahawa duit dari kerajaan persekutuan yakni kerajaan yang memerintah ,akan dianggap sebagai duit kerajaan negeri .Kebanyakkan rakyat mengganggap ianya adalah dari kerajaan negeri kepada rakyat. Kerana sebab itulah BN kalah dalam pilihanraya.

Jadi pendapatan duit kerajaan negeri boleh dilakukan sepertimana yang dilaksanakan oleh YB Saifuddin melalui Yayasan Tok Kenali.Rakyat juga yang untung.

Jika ini diteruskan bermakna bahawa tsunami ke II akan berlaku lagi.selamat mencuba BN.

KES BABI-KITA KATA KITA TIDAK MAHU BERBAU BUSUK JADI INILAH DIA KAEDAHNYA




1.Ini gambaran jelas kenapa projek rm 100 juta dilaksanakan.Lihat gambar-gambar dibawah dimana babi diternak disatu kawasan tanpa mencemarkan alam sekitar.Teknologi digunakan.
2. Jika tidak dilaksanakan lagi banyak sungai dan pencemaran berlaku.Kini ada 400,000 ekor diSelangor.Tidak ada jaminan penternak tidak akan menambah dan membuka kawasan yang baru.
3. Jika dilaksanakan,semua penternak diletakkan disatu kawasan.Tidak ada lesen baru yang akan dikeluarkan,dan umat Islam dan hubungan antara kaum akibat babi ini tidak akan terjadi.
4. Sampai bila kita nak menghadapinya jika kita tidak melaksanakannya sekarang untuk 100 tahun akan datang????
5. tak kan pimpinan Pakatan Rakyat bertindak semacam wakil UMNO sekarang.Bersepah kandang-kandang babi dan dikelilingi dengan kandang.Tujuan penempatan untuk penyelengaraan yang mudah,teratur,dan dikawasan yang telah dikenalpasti.Tak kan nak buat belakang rumah kotttttt.......pikiaq...pikiaq....



BUSUK... Ketua Kampung Tumbuk, Sepang, Mohd. Tarmudi Tushiran (baju hitam) bersama penduduk kampung terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi yang dibuang terus melalui pembetung ke Pantai Morib, semalam. Sisa kumbahan itu boleh mengancam industri dan projek pelancongan di pesisiran pantai sekitar Sepang. Laporan lanjut Utusan Meloya KLIK
Imej diatas menjelaskan betapa kawasan Sepang dan Morib sudah lama tercemar. Ia terhasil bukan di dalam 3 hari atau 3 minggu tetapi bertahun tahun yang lalu.








BANTAH...Sebahagian daripada 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam, sebagai membantah keputusan Exco meneruskan projek mega ternakan babi di daerah itu. – Gambar SAHARUDDIN ABDULLAH



SEPANG 9 April – Kegiatan menternak babi yang tidak terkawal di beberapa kampung sekitar Tanjung Sepat dekat sini mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk hingga menyebabkan penduduk hilang mata pencarian.
Kegiatan itu menyebabkan perairan sekitar kawasan tersebut tercemar teruk hingga menjejaskan aktiviti nelayan di samping kerosakan harta benda.


Ini hasil penternakan babi di Malaysia.Orang UMNo berdebat dengan saya kenapa babi 100 juta tidak menguntungkan orang-orang Melayu.Gambar diatas dipetik dari Utusan Malaysia.tetapi orang yang cuba menentang tadi tidak menilai hasil untuk umat islam bukan dari segi kesucian yang harus dijaga.Cuba bandingkan gambar-gambar yang saya sedut dari industri babi di luar negara.selain bersih dan hasil digunakan,ianya juga tidak mencemar alam sekitar .











Yang peliknya ...... Pilihanraya pada 8 Mac yang lalu, Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan pada 13 Mac yang lalu dan anggota exco baru sahaja mengangkat sumpah pada 24 Mac, tidak sampai sebulan dan isu babi yang diwar-warkan pada sekitar minggu ini seolah olah Kerajaan Pakatan Rakyat sudah lama memerintah. Pilih kasih atau menolak kehendak rakyat. Itu kata media dan NGO.


















ini bukan ladang di Melaka










Kita buat sedikit perbandingan. Akibat mahu pilihanraya, isu Babi di Melaka ditutup. DS Najib, Timbalan PM kata ianya sudah selesai. Tapi hakikatnya babi tidak berkurang, malah sampai sekarang ia masih membiak dan membiak. Tanah kerajaan turut digunakan secara haram. Tapi semua ini tidak lagi menjadi isu kerana media dikawal oleh Kerajaan BN. Tutup semua cerita dan rakyat pun tutup mata. Karam Singh Walia pun dilarang kesana. Dihantar keluar negeri untuk buat liputan tentang lain cerita. (R.jowo)









Apa punya mentaliti orang-orang di RTM ini pun kita tak faham. Kita ingatkan apabila sudah kalah dalam pilihanraya yang lepas dan sudah mendapat pengajaran dari peranan RTM dan dapat Menteri Penerangan baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya. Perangai haprak mereka nampaknya tak kunjung reda sehingga rakyat usung mereka ramai-ramai dan buang ke dalam laut. Tapi mereka ini nampaknya masih seperti bangal yang tidak tahu menilai .Kini yang bermasalah ialah UMNO dan bukan Pakatan Rakyat.


Apa dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor ini. Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Kenapa PAS menyetujui projek yang dicadangkan ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, di dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air. Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini. Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.



Buat ahli UMNo tadi,persoalannya ialah apa sahaja pembahruan yang dibuat ialah UMNo telah kalah,jadi terimalah seadanya kerana pembangkang telah menerimanya selama 50 tahun dan hasilnya seperti yang didedahkan oleh Utusan malaysia sendiri.



Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?

















Medium to large sized pig farms take an additional role in ensuring environmental quality. By filing nutrient management plans with the Department of Natural Resources, they make sure everything on their farm is in balance.

SENATOR DATO SERI ANWAR IBRAHIM???


Senator…Datuk Seri Anwar Ibrahim ?





MUNGKIN JUGA...... KERANA..... INI LEBIH SENANG. KERAJAAN NEGERI TERUTAMANYA MENTERI BESAR BOLEH MENCALONKAN 2 KUOTA NAMA YANG DIPERUNTUKKAN.



KEDUANYA - UNTUK MEGADAKAN SATU-SATU PILIHANRAYA KECIL MEMERLUKAN 6 BULAN SELEPAS SATU-SATU PILIHANRAYA DIADAKAN.
Apa akan jadi bulan 5?
Wahai rakyat MalaysiaS
udahkah anda bersedia
Bertenanglah menerimanya
PM baru dalam bulan lima
Teori RAHMAN masih sama
Tapi N bukan Najib Mongolia
Tapi N sebenarnya ialah Nana Orang Pulau Pinang juga
Bukan hangpa tak kenai dia
Tokoh Reformasi se antero dunia
Dari Ceruk Tok Kun ke Putrajaya
Pak Lah tak bertahan lama
Setiap penjuru dok kena
Dulu senang tidur lena
Tapi la ni susah nak pejam mata
Mahathir hentam teruk juga
Lepas tu Mukhriz pula
Pilihan dia ditolak raja
Wooi kesianlah kat dia
Mai sini kami belanja air nira
Atau minumlah air kelapa
Untuk menenangkan kepala
Bulan 5 kami semua pi Australia
Tunggu Pak Lah kat sana
Untuk mengucapkan Selamat Bersara
Tak patut depa buat undi tak percaya
Marilah kita sama-sama berdoa
Malaysia dalam aman senantiasa
Dilindungi Bulan yang bercahaya
Dan PM baru dari Pulau Mutiara
Tuan-tuan nak tahu sapa diaI
tu kena tunggu bulan lima.
Keris Silau1 April 2008