ABDULLAH DIMINTA BERUNDUR - DARI UMNO KEDAH.HABIH MADU SEPAH DIBUANG.TU LA UMNO



Abdullah Diminta BerundurMajoriti pemimpin UMNO peringkat bahagian di Kedah sependapat bahawa kekalahan teruk BN dalam PRU12, termasuk di Kedah, adalah angkara kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Khairy Jamaluddin selaku menantu Abdullah juga turut menyumbang kepada kekalahan berkenaan.Oleh itu, hampir keseluruhan pemimpin UMNO Kedah menggesa Abdullah untuk segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, pengerusi BN dan Presiden UMNO. Khairy juga didesak meninggalkan UMNO dengan serta merta.


Pendapat dan gesaan di atas disuarakan oleh majoriti kepimpinan UMNO Kedah peringkat bahagian dalam satu majlis tertutup dengan delegasi UMNO Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Perani. Kedah, padi tadi. (10 April 2008)Kepimpinan UMNO yang hadir juga mencadangkan supaya Najib diberikan mandat jadi Perdana Menteri dengan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menyertai delegasi berkenaan, sebagai Timbalannya. Saranan ini menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.Perkembangan di Kedah ini mencerminkan realiti sentimen sebenar anggota dan pemimpin UMNO akar umbi pasca PRU12 di seluruh negara. Malangnya, Abdullah yang terus berada dalam state of denial tidak mahu menerima hakikat ini.



Sebab itulah Abdullah kini dalam proses memburu pihak-pihak yang kononnya mensabotaj UMNO dan BN sehingga kononnya menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU12.Lantaran itu, wajarlah kepimpinan UMNO peringkat akar umbi terus bersuara dengan lantang, jelas dan nyata seperti apa yang disuarakan oleh kepimpinan peringkat bahagian UMNO Kedah hari ini.Fikir-fikirkanlah. Bulan depan UMNO akan merayakan harijadinya yang 62 tahun. Mungkinkah sempena hari berkenaan semua pimpin dan ahli UMNO akar umbi di seluruh negara akan memberitahu Abdullah bahawa masanya sudah tiba untuk beliau berundur secara terhormat daripada persada kekuasaan negara dan kepimpinan parti? – Ruhanie Ahmad
Dalam pertemuan di Sungai Petani, 7 bahagian UMNO mendesak Abdullah meletakkan jawatan, 2 bahagian menyokong Abdullah terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri, 2 bahagian lagi berkecuali.Di Pulau Pinang, 9 bahagian mendesak Abdullah mengundurkan diri, 1 bahagian – Tanjung - berkecuali dan 3 bahagian lagi – Kepala Batas (Bahagian Abdullah), Bukit Mertajam dan Nibong Tebal - menyokong Abdullah terus memimpin negara.Sementara itu, seorang AJK UMNO Bahagian di Kedah yang menggunakan nama samaran AAH telah mengirimkan komen kepada blog ini pada jam 7.44 petang semalam mengenai pertemuan di Kedah seperti berikut:
Saya berada dalam dewan (perjumpaan di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah) dari mula hingga tamat. Apa yang dapat saya simpulkan ialah: UMNO Kedah tidak lagi mempunyaai keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah dan Mahdzir Khalid. Mereka inilah angkara kekalahan Kedah (dalam PRU12). Mereka (para pemimpin UMNO Kedah) rata-rata berpendapat Abdullah dan mantan Menteri Besar Kedah adalah “pengkhianat” paling besar di Malaysia.Calon Tanpa RestuSementara itu, Utusan Malaysia 11 April 2008, telah memetik Najib sebagai berkata seperti berikut:SUNGAI PETANI 10 April – UMNO mengenal pasti masalah pemilihan calon yang tidak mendapat restu ketua-ketua UMNO bahagian adalah antara punca calon Barisan Nasional (BN) dikhianati pada pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, maklum balas yang diterima Jawatankuasa Pengurusan parti dengan pemimpin bahagian menunjukkan ramai di antara mereka melahirkan rasa kecewa kerana tidak dibawa berunding semasa pemilihan calon dibuat.“Antara perkara pokok yang disuarakan ialah supaya pada masa akan datang, dalam pemilihan calon-calon bertanding, maka proses rundingan dengan bahagian dilakukan dengan cara lebih menyeluruh lagi.“Kita menerima pandangan ini dan saya akan sampaikan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti nanti,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan parti bersama lebih 150 pemimpin Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini hari ini.Hadir pada majlis tertutup hampir tiga jam itu ialah kedua-dua Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd. Ali Rustam. Turut serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib; Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Bendahari parti, Datuk Mohd. Azim Zabidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Luahan PerasaanNajib menjelaskan, pertemuan Jawatankuasa Pengurusan parti dengan UMNO Kedah tersebut diadakan bagi membolehkan pemimpin bahagian meluahkan segala perasaan dan teguran untuk tujuan memulihkan semula parti..“Pada masa yang sama, pandangan serta teguran yang dibangkitkan oleh mereka itu boleh dikumpulkan sebagai kesimpulan dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan parti,’’ katanya.
Tegas Najib, beliau selaku Timbalan Presiden parti juga memberi jaminan akan memberikan pertimbangan ke atas segala cadangan tersebut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.Dalam pada itu, beliau memberitahu, UMNO tidak akan mengambil tindakan sembarangan terhadap ahli-ahli parti hanya kerana mereka dituduh melakukan salah laku pada pilihan raya lalu.Bagaimanapun, tegasnya, tindakan tersebut akan diambil setelah perkara tersebut benar-benar terbukti dan telah dirujuk kepada pengurusan parti terlebih dahulu.“Kalau dalam soal salah laku semasa pilihan raya, mereka beri pandangan bahawa jangan sewenang- wenang ambil tindakan tanpa asas yang kukuh. Pertimbangan yang kita nak buat nanti, mestilah berdasarkan kepentingan parti pada keseluruhan,’’ jelasnya.

No comments: