Oleh JAMZURI ARDANI
Hamzah tidak akan berani memberontak lawan Muhyidin jika tidak mendapat sokongan dari Pas.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas pernah secara terbuka menyeru Zahid dijatuhkan dan digantikan.
Muslihat Pas jelas. Mereka mahu semua parti Melayu yang lain melutut kepadanya dengan strategi pecah dan perintah.
Pas telah berjaya memecahkan dan melemahkan Bersatu sehingga Muhyidin tersungkur dan tersingkir dari rumah PN yang diasaskan.
Sekarang, Pas mahu melakukan perkara yang sama ke atas Umno. Mereka sedang berusaha membina watak ‘Hamzah’ di dalam Umno.
Mereka suruh penyokong mereka undi BN, tetapi pada masa yang sama menghasut Umno menggulingkan Presiden parti itu.
Telunjuk lurus kelingking berkait.
Atas nama ‘perpaduan ummah’ rupanya Pas sedang aktif memecah-belahkan parti-parti politik Melayu. Mereka mahu menjadi parti Melayu yang paling dominan.
Retorik melawan DAP hanya ‘smoke screen’. Pas tidak pernah mahu DAP dihapuskan kerana itulah modal besar politik mereka.
Ia hanya wayang untuk menutupi tindakannya memecahkan dan melemahkan parti-parti politik Melayu lain.
Ketika bergabung dengan DAP dulu, apa yang Pas tidak lakukan dan katakan kepada Umno? Wajib undi DAP, haram undi Umno, dan macam-macam lagi.
Ini parti yang sama yang pernah mengatakan Umno itu ‘taghut’. Ini parti yang sama yang pernah mengatakan ‘mati syahid melawan Umno’. Ini parti yang sama yang mencetuskan fenomena dua imam dan kafir mengkafir.
Bersatu telah bersepai angkara percaturan politik Pas. Mangsa seterusnya mungkin Umno jika Umno leka.
Kami dalam AMANAH sangat mengenali watak mereka.
Mereka antara pemain politik paling nekad dan paling licik yang menggunakan pendekatan Machiavelli bahawa ‘apa sahaja halal dilakukan asalkan atas nama perjuangan Islam’.
Label ‘khawarij’ yang dilemparkan terhadap mereka bukan muncul secara suka-suka, sebaliknya ada asas yang menyebabkan gelaran itu diberikan.
No comments:
Post a Comment