Shahir
𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐎𝐇: 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐀𝐊𝐔𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐌𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊
Minggu lepas Ahli Parlimen Temerloh bertanya soalan lisan dalam Parlimen kepada Perdana Menteri untuk menyatakan dari negara mana produk petroleum seperti petrol, diesel dan petrokimia diimport oleh Malaysia dan siapakah yang menguruskan import tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyatakan bahawa Malaysia mengeluarkan minyak sebanyak 450 ribu tong sehari manakala Malaysia memerlukan 700 ribu tong sehari untuk menampung keperluan dan permintaan bahan api domestik.
Yang kelakarnya tiba-tiba dalam hantaran dekat Facebook dia, MP Temerloh Salamiah Mohd Nor tulis "𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗰𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝟳𝟬𝟬 𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘁𝗼𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗻𝘁𝗮 𝟰𝟱𝟬 𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘁𝗼𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶. 𝗜𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗻𝘂𝗵𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗸."
Kenapa kelakar?
Kerana fakta bahawa pengeluaran minyak mentah Malaysia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik telah lama diwarwarkan oleh Kerajaan dan juga PETRONAS malah sepanjang 10 tahun lepas sudah dimaklumkan berkali-kali minyak mentah yang negara kita hasilkan tidak cukup untuk apa yang negara kita guna.
Kerajaan mahupun PETRONAS tidak pernah menafikan hal ini dan fakta bahawa Malaysia adalah pengimport minyak bersih sejak 2014 adalah fakta yang diumumkan Kerajaan dan data yang boleh disemak melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Sebagai contoh pada tahun 2010 Malaysia mempunyai lebihan eksport minyak bernilai RM12.96 bilion dan bermula 2014 Malaysia mula mengalami defisit perdagangan minyak bernilai RM4.96 bilion apabila import minyak melebihi eksport.
Kemudian defisit perdagangan minyak ini terus membengkak setiap tahun kepada RM38.8 bilion pada tahun 2024 sebelum turun kepada RM27.32 bilion tahun lepas (2025).
Sebab itu apabila harga minyak dunia melonjak selepas perang meletus, harga petrol dan diesel tanpa subsidi juga ikut melonjak naik.
Pokoknya tak perlu tanya dalam Parlimen data ini tersedia dalam laman web DOSM.
Begitu juga rungutan MP Temerloh jawapan yang Kerajaan bagi kepada dia kononnya terlalu umum berkaitan dari negara mana minyak diimport dan jumlah import setiap negara.
Data tersebut boleh dicari dalam Statistik Perlombongan Petroleum dan Gas Asli yang diterbitkan DOSM setiap tiga bulan yang menyenaraikan data-data pengeluaran, eksport, import minyak dan gas secara terperinci.
Sebagai contoh Malaysia mengimport minyak mentah bernilai RM54.1 bilion antaranya dari Asia Barat iaitu:
Arab Saudi: RM18.0 bilion
UAE: RM11.1 bilion
Oman: RM4.9 bilion
Dari Afrika:
Cameroon: RM2.1 bilion
Congo: RM1.3 bilion
Angola: RM895 juta
Dari Amerika:
USA: RM2.6 bilion
Brazil: RM882 juta
Argentina: RM365 juta
Ini semua data yang hanya dihujung jari boleh diakses sesiapa sahaja yang ada capaian internet.
Begitu teruk kualiti MP-MP PAS berkaitan hal data.
Sekurang-kurangnya carilah pegawai penyelidik yang rajin dan cakna berkenaan statistik yang tersedia kepada umum supaya soalan parlimen tidak dibazirkan dengan soalan-soalan seperti ini.
Lainlah statistik itu memang tidak tersedia kepada umum.
Yang lebih menggelikan hati sempat pulak cakap "akhirnya Kerajaan mengakui..." sedangkan dah lama Kerajaan akui Malaysia mengimport minyak kerana pengeluaran minyak Malaysia tidak mencukupi.
Yang taknak mengakui minyak mentah Malaysia tidak cukup adalah pemimpin dan ahli politik parti lebai tu sendiri macam Dr Azman Ibrahim yang cakap minyak Malaysia tak lalu Selat Hormuz dan macam Isham Jalil yang merapu-rapu cakap minyak mentah kita cukup.
Badut dalam sarkis.




No comments:
Post a Comment