PADAN MUKA,,,DAH KATA,PAS NAK CARI YANG PAS BOLEH TUMPANG PARTI YANG KUAT..










 

Tanpa Pas, Muhyiddin tekad perkukuh PN

Bersatu mengakui dukacita dengan keputusan Pas menghentikan kerjasama politik antara kedua-dua parti, namun menegaskan ia akan terus kekal dalam Perikatan Nasional (PN) sebagai parti pengasas gabungan tersebut serta memperkukuh perjuangannya.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan untuk memutuskan hubungan politik itu dibuat atas kehendak Pas, walaupun kerjasama yang dibina sebelum ini berasaskan semangat dan persefahaman yang luhur.

“Keputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah atas kehendak Pas.

“Sebagai parti pengasas PN, Bersatu akan terus kekal dalam PN dan memperkukuh teras perjuangannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Muhyiddin dibuat sehari selepas Pas mengumumkan keputusan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Keputusan itu hadir beberapa minggu selepas Abdul Hadi memberi amaran bahawa kesabaran Pas terhadap Bersatu mempunyai batas.

Mengulas hala tuju parti, Muhyiddin berkata Bersatu akan terus memperkukuh PN dan memperkasa agenda prihatin rakyat yang menjadi asas perjuangan gabungan tersebut sejak penubuhannya.

Beliau turut menegaskan bahawa Bersatu akan terus mendukung hasrat rakyat yang mahukan perubahan serta kepimpinan yang mampu mewakili aspirasi seluruh warga Malaysia.

“Bersatu akan terus memperkukuh teras perjuangannya dalam PN serta memperkasa agenda prihatin rakyat yang dibawa gabungan ini sejak penubuhannya,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin menyeru seluruh pimpinan dan ahli parti supaya tidak terpengaruh dengan perkembangan semasa, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh PN.

“Ahli parti dan rakan seperjuangan harus fokus kepada usaha memperkukuh PN. Setiap lapisan pimpinan dan ahli mesti terus meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus utama, malah lebih bersemangat dengan ujian terbaru ini,” katanya.

Kenyataan itu dilihat sebagai isyarat bahawa Bersatu tidak berhasrat meninggalkan Perikatan Nasional meskipun hubungan politiknya dengan Pas telah berakhir, sebaliknya mahu meneruskan perjuangan dalam gabungan tersebut dengan memberi fokus kepada agenda rakyat.





No comments: