Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata rakyat perlu menjadi hakim terhadap dakwaan kewujudan komplot menjatuhkan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Menurut beliau, memandangkan DUN telah dibubarkan dan negeri itu bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), segala penilaian berhubung isu tersebut wajar diserahkan kepada pengundi.
Beliau turut memaklumkan bahawa fokusnya kini tertumpu kepada persiapan menghadapi PRN Negeri Sembilan .
Sementara itu, ketika diminta mengulas keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan BERSATU, beliau enggan mengulas lanjut dan menyifatkan perkara itu sebagai urusan kedua-dua parti berkenaan.
Sumber Berita Harian Metro
#PRNNegeriSembilan2026
#NegeriSembilanKiNi

No comments:
Post a Comment