Arus Malaysia
Landskap politik Negeri Sembilan dijangka berdepan satu lagi episod mengejutkan apabila seorang Exco Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Rafie Ab Malek dikatakan telah mengumumkan pengundurannya daripada PKR dan masuk Pas.
Perkembangan itu mula menjadi bualan hangat di kalangan pemerhati politik selepas desas-desus mengenai ketidakpuasan hati tokoh berkenaan semakin kuat diperkatakan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir.
Menurut sumber dalaman beberapa pimpinan PKR Negeri Sembilan yang dihubungi Arus Malaysia, bekas Exco tersebut dikatakan kecewa selepas gagal mencapai kesefahaman dengan kepimpinan parti selain dipercayai tidak diberikan ruang untuk bertanding pada PRN kali ini.
Situasi itu dikatakan menjadi punca utama yang mendorong beliau mempertimbangkan langkah drastik meninggalkan parti yang pernah diwakilinya sekian lama.
Lebih menarik, beberapa pihak dalam PKR dilaporkan sedang giat mengadakan rundingan dan usaha memujuk agar bekas Exco berkenaan kembali kepada semula dalam parti.
Mereka dipercayai bimbang tindakan keluar parti pada saat genting ini mampu memberi kesan psikologi yang besar kepada akar umbi selain mencetuskan persepsi bahawa wujud pergolakan dalaman yang masih belum selesai dalam PKR Negeri Sembilan.
Pemerhati politik pula berpendapat sekiranya pengumuman itu benar-benar berlaku, ia berpotensi menjadi antara isu terbesar menjelang PRN Negeri Sembilan.
Malah terdapat dakwaan bahawa beberapa lagi tokoh parti sedang memerhati perkembangan ini sebelum menentukan hala tuju masing-masing.
Jika gelombang keluar parti terus berlaku, ia bukan sahaja boleh menggugat kekuatan PKR di negeri itu, malah berisiko memberi kelebihan besar kepada pihak lawan dalam perebutan kerusi-kerusi penting pada pilihan raya nanti.
EDITORIAL

No comments:
Post a Comment