
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersama dan bertemu mata dengan warga Muar dan Bakri pada 15 Jun 2026.
KUALA LUMPUR, 15 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersama dan bertemu mata dengan warga Muar dan Bakri, Johor petang ini.
Menerusi hantaran di media sosial, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, Anwar dijadual menghadiri Majlis Hi-Tea YAB PMX Bersama Komuniti Nelayan, Petani, Usahawan IKS, Belia Tempatan, Warga Pendidik dan Masyarakat Setempat di Medan Selera Pantai Leka sekitar jam 6 petang.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka menunaikan Solat Maghrib di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar jam 7.15 malam sebelum bergerak ke Majlis Santai Rakyat Muar di Muar Soup House kira-kira jam 7.45 malam.
Program ketiga beliau pula di parlimen Bakri ialah menghadiri Majlis Ramah Mesra Rakyat di Medan Selera 928, Pekan Bukit Bakri jam 8.30 malam dan diakhiri dengan Ceramah Umum Pakatan Harapan ‘HARAPAN untuk Bangsa Johor’ bagi kawasan Parlimen Bakri, Dun Bukit Naning) di Kawasan Parking Restoran Yin Nan.
“Dijemput seluruh warga Bakri, Muar dan sekitar untuk hadir beramai-ramai.
Kehadiran Anwar ke kedua-dua kerusi parlimen itu bagi meninjau serta mendengar sendiri permasalahan rakyat melibatkan pelbagai lapisan masyarakat setempat sebelum dijadual berlepas ke Rusia dan Turkmenistan esok.



No comments:
Post a Comment