PEMBANGKANG YANG TAK BERGUNA MENYUSAHKAN

 



INI BEBERAPA PERTANYAAN UNTUK KJ


26 Mac 2026


Khairy Jamaluddin atau KJ menyifatkan pembangkang yang ada sekarang sebagai tidak berguna kerana gagal memanfaatkan peluang terbuka untuk mereka menyinar di pentas politik negara.


Beliau berhujah, walaupun terdapat "pentas" yang disediakan untuk pembangkang "bersinar"  tetapi mereka "terlalu bodoh dan tidak cekap" untuk memanfaatkan peluang itu.


“Kita benar-benar mempunyai pembangkang yang paling tidak berguna sekarang… berharap untuk menang sendiri tanpa buat apa-apa bukanlah strategi yang meyakinan,” bekas menteri kesihatan itu lagi.


Beliau juga mengkritik Dr Sam atau Ahmad Samsuri Mokhtar yang baru-baru ini dilantik mengetuai blok pembangkang PN.


“Anda mengatakan anda seorang jurutera aeronautik, tetapi anda tidak mempunyai pendapat tentang apa-apa isu yang penting,” tambahnya.


Berikutan kenyataan KJ itu, di sini ada beberapa pertanyaan untuk beliau:-


Jika pembangkang yang ada sekarang tidak berguna, apakah kerajaan semasa yang ada lebih berguna?


Mana yang lebih membawa keburukan -  pembangkang tidak berguna atau kerajaan yang tak berguna?


Sebagai pemimpin yang sedang dalam proses untuk kembali kepada UMNO dan UMNO pula merupakan ebahagian daripada kerajaan semasa, tidakkah pembangkang yang tak berguna sepatutnya membuatkan KJ tambah gembira?


Tetapi kenapa KJ nampaknya tidak gembira apabila pembangkang kelihatan tdak berguna?


Apakah KJ sebenarnya mahu PN jadi berguna daripada kedudukan yang dianggapnya tidak berguna sekarang kerana beliau mahu PN mengambil alih kerajaan selepas ini?


Daripada sudut lain, apakah kekecewaan KJ terhadap pembangkang yang ada sekarang yang disifatkannya tidak berguna kerana beliau lebih suka PH kembali jadi pembangkang dan seterusnya menjadi pembangkang yang berguna? - ShahbudinHusin 26Mac2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1246098524179931&id=100063393840098



No comments: