Nazri Hamdan
Langkah Saudi Aramco untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebenarnya bukan kerana kekurangan sumber, tetapi kerana perubahan laluan eksport akibat konflik di Selat Hormuz.
Secara tradisinya, lebih 70% hingga 80% eksport minyak Arab Saudi melalui laluan ini, dengan jumlah eksport sekitar 7 hingga 7.1 juta tong sehari (bpd) sebelum konflik.
Akan tetapi apabila laluan ini terganggu, Aramco terpaksa mengalihkan eksport melalui pelabuhan Yanbu di Laut Merah menggunakan saluran paip East-West (Petroline).
Data menunjukkan eksport melalui Yanbu melonjak daripada sekitar 770,000 bpd kepada hampir 3 hingga 4 juta bpd dalam tempoh singkat, malah berpotensi mencecah 5 juta bpd.
Masalahnya, walaupun Yanbu lebih selamat kerana tidak melalui kawasan konflik Teluk, kapasiti laluan ini tetap terhad.
Secara teknikal, paip East-West boleh membawa sekitar 7 juta bpd, tetapi hanya sekitar 4 hingga 5 juta bpd boleh digunakan untuk eksport kerana selebihnya digunakan untuk penapisan domestik.
Ini bermaksud walaupun Aramco cuba “redirect” minyak, mereka masih kehilangan kapasiti eksport berbanding laluan asal.
Sebab itu kita nampak angka eksport keseluruhan jatuh kepada sekitar 4.3 hingga 4.4 juta bpd setakat Mac dan ini jauh lebih rendah berbanding paras normal sebelum krisis. Ini bukan soal tak cukup minyak, tapi bottleneck logistik.
Kalau tengok sejarah, Arab Saudi sebenarnya sudah lama bersedia untuk senario macam ini. Saluran paip East-West dibina sejak 1980-an ketika perang Iran-Iraq untuk mengurangkan kebergantungan kepada Selat Hormuz yang mengendalikan hampir 20% bekalan minyak global.
Akan tetapi krisis kali ini membuktikan satu perkara penting, walaupun ada “backup route”, ia tetap tak mampu menggantikan sepenuhnya laluan utama.
Sebab itu walaupun Yanbu kini jadi “lifeline” eksport, dunia tetap berdepan risiko kekurangan bekalan, dan inilah faktor utama kenapa harga minyak global terus volatile dan cenderung naik dalam situasi geopolitik seperti ini.

No comments:
Post a Comment