KITA HADAPI KRISIS . NAMUN KERAJAAN MASIH MENGEKALKAN HARGA MINYAK DAN KUOTA DIKURANGKAN

 


Dunia berdepan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat.









Dua minggu lalu, Kerajaan memaklumkan subsidi bahan api meningkat kepada sekitar RM3.2 bilion. Hari ini, jumlah itu terus melonjak sehingga mencecah RM4 bilion sebulan.


Sejak awal konflik ini, Kerajaan MADANI telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga kekal mencukupi tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat.


Namun, ikhtiar ini berdepan cabaran besar susulan situasi yang kian meruncing di Asia Barat. Kerajaan perlu mengimbangi antara kemampanan fiskal dengan keperluan memastikan bekalan tenaga terus dapat dinikmati rakyat sepanjang krisis ini.


Justeru, saya telah umumkan beberapa langkah penting:

⛽ Harga RON95 kekal RM1.99 seliter dengan pelarasan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026

📊 Hampir 90 peratus rakyat tidak terkesan

🏍️ Had 800 liter dikekalkan bagi e-hailing

🚛 Had pengisian diesel dilaksanakan secara sementara di Sabah, Sarawak dan Labuan

👮 Penguatkuasaan dipertingkat bagi mengekang ketirisan


Langkah sementara ini memastikan majoriti rakyat terus dilindungi, bekalan kekal stabil dan negara kekal bertahan dalam ketidaktentuan global.


Saya turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang cakna dan tampil melaporkan aktiviti mencurigakan di stesen minyak, sekali gus membantu melindungi subsidi daripada diseleweng.


Dalam tempoh mencabar ini, disiplin dan kebersamaan kita menjadi kekuatan utama. Saya memohon kerjasama semua untuk terus berhemah dan memahami langkah yang diambil demi memastikan bekalan kekal terjamin untuk semua.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI 

#YakinMADANI





No comments: