TERDESAK GAMAKNYA YA... NAK MASUK SANGKAR BESI MASIH TAK LAMA.... J

 


Betul-betul terdesak 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵, 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 dan 𝗣𝗡 ni. Mungkin dah nampak 𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮 agaknya. Cuma dengan 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 je dapat halang mereka ke penjara.





Tiba-tiba boleh nak kerjasama dengan UMNO. Bukan sebelum ni korang banyak main isu 𝗗𝗡𝗔𝗔 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 ke? Kalau Zahid setuju bergabung, dia 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘀𝘂𝗰𝗶 ke macamana?


Berhenti je la dari bercakap soal 𝘁𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝗽 ni. PRU lagi 3 tahun lebih kurang. Tak lama. Lagi 3 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗿𝗮𝘆𝗮 je. Ini masanya korang tunjuk kepada rakyat yang PN adalah 𝗮𝗹𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻.


Tunjuklah formula apa yang korang ada supaya boleh atasi pencapaian PH. Sebab PH sekarang cemerlang. Dari segi 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 sampailah ke isu bekalan bahan keperluan asas.


Hampir semua masalah yang 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗡 dulu 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻. Bekalan 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸, 𝗮𝘆𝗮𝗺, 𝘁𝗲𝗹𝘂𝗿 malah pengurusan bencana pun 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 jauh lebih cemerlang berbanding PN.


Zaman PN rakyat 𝗸𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵. Pemimpin PN buat apa? 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻. Berbeza MADANI yang buat program 𝗜𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 (𝗜𝗣𝗥) dan telah berjaya bantu rakyat miskin dan B40 jana pendapatan tambahan.


PN sepatutnya  𝘱𝘳𝘰𝘮𝘰𝘵𝘦 idea-idea sebegitu. Barulah rakyat yakin PN boleh memerintah. Ini tak. Kerjanya hanya 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 dan 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗰𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗶. Buat lawak bodoh persendakan kerajaan. Macam tu siapa nak percaya PN boleh memerintah?


Paling penting, buktikan dahulu PN 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵. Pastikan menang kes-kes yang menimbun di mahkamah tu. Ini tak. Usaha nak tebuk atap tu meyakinkan rakyat yang pemimpin PN 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Tebuk atas sebagai 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 untuk lepas dari pertuduhan.


Rakyat dah jemu cerita tebuk atap. 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗴𝗮𝗿. Rakyat tengah sibuk ambil peluang untuk perbaiki kehidupan. Rakyat malas dah dengan cerita 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗶.


Hamzah oi. Kalau betul korang tak bersalah, jangan risau la. Lawan di mahkamah. Bila dah menang nanti, lawan dalam PRU pulak. Tak payah nak tebuk atap. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



No comments: