WOIII SANUSI...YELLEK..MANA DIA ?

 


Dah setahun tunggu LOD, mana dia Sanusi


Tahun lalu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengancam akan memfailkan undang-undang terhadap seorang individu susulan isu tunggakan gaji pekerja Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB).


Individu menggunakan akaun Facebook Zuraini Abd Ghani Zuraini mendedahkan apa yang berlaku terhadap KAHB, mendakwa syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah mengambil pendapatan KAHB dan ‘mencuri’ kakitangan syarikat itu.


Dia mendakwa pengurusan tertinggi KAHB dilantik dalam lingkungan kenalan Sanusi yang hanya tahu membazirkan duit rakyat.


Susulan pendedahan itu, Sanusi berkata beliau akan memfailkan saman terhadap individu terbabit.


“Haaa, jumpa dah tukang reka cerita karut sejak belasan tahun dia bersembunyi di sebalik muka manis. Okay, jom tengok dia boleh pertahankan atau tidak tuduhan keterlaluan dia kali ni. Sila duduk jangan lari. See you in court!,” katanya menerusi Facebook pada Mac tahun lalu.


Pun begitu selepas setahun, Sanusi dikatakan masih belum lagi menghantar LOD kepada individu terbabit.


“Hey Panglima Nusi! Di mana LOD? Mak lintah masih di sini. Akur perintah, “sila duduk jangan lari”. Tapi aku rasa lah kan hang memang suka sembang kari,” kata Zuraini dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya.







No comments: