Isu Kuil. Pengakhiran yang baik.

Aman Mohamad. 





1. Isu Kuil vs Jakel akhirnya berjaya diselesaikan dengan harmoni selepas 10 tahun rundingan berjalan.


2. Dan alhamdulillah ia diselesaikan di zaman PMX.


3. Kuil akhirnya akur untuk berpindah ke sebuah tanah kerajaan yang akan digazetkan sebagai rumah ibadat.


4. Pengazetan ini bermaksud kuil tidak memiliki hak ke atas tanah dan kerajaan masih mempunyai hak ke atas tanah dan boleh arah kuil berpindah bila-bila masa di masa hadapan.


5. Apa yang menarik dalam penyelesaian kes ini ialah, Menteri Wilayah menegaskan penyelesaian kali ini Kuil vs Jakel adalah khusus untuk kes ini sahaja dan tidak akan menjadi 'precedent case'.


6. Dengan kata lain, jika berlaku pertikaian mana-mana rumah ibadat di masa hadapan, semua pihak mesti merujuk kepada undang-undang.


No more!


7. Dan antara penambahbaikan yang boleh kerajaan Madani adalah mewujudkan satu akta baru untuk mengawal pembinaan rumah ibadat bukan Islam dan menghukum mereka yang membina secara haram.


8. Akta sedia ada masih ada banyak kelompongan dan perlu reformasi menambahbaiknya.


9. Alhamdulilah, semoga ketegasan PMX dan Menteri Wilayah menjadi asbab berakhirnya masalah rumah ibadat haram ini di masa akan datang. 


10. Madani tidak sama dengan PN yang membiarkan masalah ni berterusan tanpa penyelesaian. Apa yang PN hanya buat ialah bagi je tanah kepada kuil haram pastu baling bantu sembunyi tangan. Bila orang lain buat dia marah tapi dia buat halal belaka.


11.Akhir kata, aku quote kata-kata seseorang, "walaupun ada yang menyampah dengan PMX, namun mahu jadikan PN sebagai kerajaan adalah menghina akal kurniaan Tuhan".



No comments: