
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan dijalankan seperti dirancang Khamis ini walaupun terdapat pandangan berbeza daripada beberapa pihak ketika ini. Foto Faiz Rusadio
KUALA LUMPUR, 25 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata majlis pecah tanah bagi pembinaan masjid di Jalan Masjid India akan diteruskan.
Berucap pada Sambutan Hari Polis Ke-218 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Perdana Menteri berkata, ia akan dijalankan seperti dirancang Khamis ini walaupun terdapat pandangan berbeza daripada beberapa pihak ketika ini.
Anwar turut mengesahkan akan merasmikan majlis pecah tanah masjid berkenaan biarpun dipertikai badan bukan kerajaan (NGO).

Pada masa sama, Perdana Menteri juga mahu supaya pihak pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman meneruskan perbincangan dengan pemilik tanah iaitu syarikat swasta serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi urusan pemindahannya ke lokasi lain.
“Kawasan-kawasan amalan di situ, masjid-masjid berdekatan, sesak. Perlu ada tempat baharu. Jadi, sebab itu saya akan teruskan untuk meletakkan batu asas di masjid pada 27 hari bulan (Mac) ini.
“Saya minta jawatankuasa kuil sepertimana mereka lakukan, runding dengan baik,” katanya.
Yang turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain serta para pegawai tertinggi PDRM.
No comments:
Post a Comment