KONA ARAH LAIN BILA ISU EKONOMI TAK TERJAWAB


 Bila mereka tak dapat jawab bab ringgit, pasaran saham, KDNK, pelaburan, isu Palestine, maka..




Mereka mula fitnah.


Faktanya harga beras walaupun import di Malaysia adalah lebih murah dari Pengeluar beras di Thailand dan Indonesia. 


Keduanya kerajaan sering buat jualan Madani.


Beras jualan Madani tu, bukan beras tempatan. Murah sebab kerajaan subsidi. Tujuan dia nak bagi orang yang memerlukan dapat beras murah.


Hawa Yaakub ni terpaksa bodohkan diri dia untuk buat fitnah.


Kesian..belajar tinggi jadi bodoh sebab ikut PAS.


Malu anak-anak mak macam ni.


Kes di Muar mati bukan sebab dia tak ada beras. Tapi warga emas yang meninggal akibat tua/sakit..disebabkan dia juga yang menjaga anaknya OKU, anak tersebut mungkin mati akibat kelaparan kerana ayahnya telah mati.


Ini isu terpencil dan melibatkan masyarakat. Ya isu ini perlu diatasi, tapi bukan fitnah dan tunggang. Hanya kerana benci kerajaan. 


Perkara ini boleh berlaku lagi pada masa hadapan melibatkan ramai orang tua yang tinggal bersendirian. Negara kita menuju negara tua.


Cuba lah guna kebijakan anda untuk  tawarkan Solusi. Bukan fitnah.


Terima kasih 


Fairul al Qasas 

Jengka




No comments: