𝗛𝗘𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗦𝗬𝗔𝗙𝗜𝗘 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗪𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡

 


𝗛𝗘𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗠𝗔𝗠 𝗦𝗬𝗔𝗙𝗜𝗘 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗪𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡



✍️  Ahmad Mursi 


1.  Bila Ustaz PAS timbulkan kontroversi, mulalah disebar kata-kata 'palsu' Imam Syafi'i yang tak ada sumber yang sah dan dijaja dalam ceramah di surau dan masjid. Ramai pula percaya tanpa soal.


2.  Apa yang disebarkan: "𝘊𝘢𝘳𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘶𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘯𝘤𝘪 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘧𝘪𝘳 & 𝘮𝘶𝘯𝘢𝘧𝘪𝘬, 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘢 𝘶𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘮𝘣𝘪𝘯𝘨𝘮𝘶. 𝘑𝘢𝘶𝘩𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘶𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘧𝘪𝘳 & 𝘮𝘶𝘯𝘢𝘧𝘪𝘬, 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘴𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯𝘮𝘶 & 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘶𝘩𝘬𝘢𝘯𝘮𝘶 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘥𝘩𝘢𝘢𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘞𝘛."


3.  Asalnya, kata2 palsu ini mula tersebar di Indonesia di awal wujudnya media sosial, sebelum sampai ke Malaysia melalui pihak2 yang mengejar kepentingan tertentu.


4.  Ulama sebenar diukur berdasarkan ilmu, akhlak, dan taqwa mereka, bukan semata-mata berdasarkan apa yang orang lain fikir tentang mereka, sama ada Islam atau bukan Islam.


5.  Kalau betul ulama yang benar mesti dibenci, atau mereka sengaja berusaha untuk dibenci oleh orang kafir, macam mana mereka nak berdakwah? Bukankah tugas utama ulama adalah menyebarkan dakwah?


6.  Nabi Muhammad SAW tunjukkan akhlak yang sangat mulia, ramai yang tertarik kepada Islam hanya kerana contoh peribadi Baginda. 


7.  Islam ajar kita berdakwah dengan cara yang hikmah, bukan dengan cara menjana kebencian orang: "𝘚𝘦𝘳𝘶𝘭𝘢𝘩 (𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢) 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘛𝘶𝘩𝘢𝘯-𝘮𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘩𝘪𝘬𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘪𝘬, 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘦𝘣𝘢𝘵𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘢𝘪𝘬." (An-Nahl: 125).


8.  Kalau seseorang diangkat sebagai ulama tapi akhlaknya buruk, suka berbohong, mencarut, bersikap ekstrem, tak amanah, makan gaji buta, atau suka melabel dan menghina, maka bukan hanya orang kafir, orang Islam pun patut benci sikap macam ni.


9.  Kebencian tak boleh jadi ukuran kebenaran. Kebenaran mesti diukur dengan panduan Al-Quran dan Sunnah. Ada yang dibenci oleh satu kelompok kerana pendapat mereka tak popular atau sebab mazhab berbeza, tapi itu tak jadikan kebencian sebagai bukti mutlak seseorang ulama itu benar.


10.  Islam ajar kita untuk berbuat baik dan adil kepada semua, termasuk bukan Islam, terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum. Allah berfirman: "𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘥𝘪𝘭 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘶𝘴𝘪𝘳 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘢𝘪𝘳𝘮𝘶. 𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘶𝘬𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘥𝘪𝘭." (Al-Mumtahanah: 60:8).


11.  Tok Guru Nik Aziz adalah contoh pemimpin yang cuba tonjolkan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Lil Alamin), dengan pendekatan yang inklusif dan slogan 'PAS for All'. Beliau disayangi oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Pendekatan inilah disambung oleh Parti AMANAH.


12.  Di bawah kepimpinan Haji Hadi, PAS berubah jadi parti perkauman yang eksklusif, dengan pendekatan yang bengis dan ekstrem. PAS dah tak lagi perjuangkan keadilan sosial yang luas seperti dulu. Sebab itu lah kata-kata palsu Imam Syafi'i ini dijadikan modal untuk pertahan fikrah PAS yang salah.



No comments: