MEREKA TAK LAKUKAN KERANA SIBUK MEMPERTAHANKAN KUASA.


Zainuddin Omar 


Saya setuju undang-undang lapuk ini dihapuskan tetapi kenapa semasa PN berkuasa 33 bulan tidak buat apa-apa mengenai undang-undang ini? 



***************

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Harapan dalam kerajaan adalah hipoktrit kerana menggunakan Akta Hasutan terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, kata setiausaha agung parti itu Hamzah Zainudin.

Dalam kenyataan di Facebook, Hamzah membidas Anwar dan PH kerana berulang kali secara zalim menggunakan Akta Hasutan selepas berkuasa.


“Bersatu mengecam sekeras-kerasnya sikap hipokrasi Anwar serta pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dahulunya lantang menentang Akta Hasutan dan berjanji untuk menghapuskan akta yang dikatakan undang-undang zalim atau ‘draconian law’ dalam manifesto PH sekiranya membentuk kerajaan selepas PRU15.

Ironinya, setelah menjadi kerajaan mereka telah menggunakan Akta Hasutan berulang kali secara zalim untuk menekan dan menindas lawan politik, katanya.


Terdahulu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menegaskan bahawa kerajaan tidak ada kaitan dengan pertuduhan menghasut terhadap Muhyiddin.

Beliau berkata Jemaah Menteri dimaklumkan dalam mesyuarat hari ini bahawa pertuduhan terhadap Muhyiddin bukan berdasarkan laporan polis oleh kerajaan, sebaliknya oleh wakil Istana Pahang.

Pihak kerajaan tak masuk campur dalam hal ini. Siasatan dilakukan oleh polis dan pendakwaan dibuat berdasarkan siasatan tersebut, kerajaan tidak terlibat, katanya.

Bagaimanapun, Hamzah mendakwa pertuduhan terhadap Muhyiddin bermotifkan politik, menyatakannya sebagai keputusan ‘tergesa-gesa’ untuk mendakwa tanpa mengendahkan fakta dan kenyataan daripada individu-individu utama yang terlibat serta memperhalusi dokumen-dokumen yang diserahkan.


Pertuduhan terhadap Muhyiddin sesungguhnya amat luar biasa apabila ketua polis negara memperakui bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara pada hari yang sama kenyataan Muhyiddin Yassin direkodkan bersama dokumen-dokumen, katanya.



No comments: