MSO
Sikit lagi fasal kegagalan PH untuk rampas kerusi Sungai Bakap. Apa yang berlaku di Sungai Bakap bukan KALAH, tetapi tidak berjaya merampas kerusi milik PN yang diewakilkan kepada Pas.
Kerusi itu memang hak Pas, manakala Bersatu hanya tumpang gembria atas kemenangan itu sahaja. Sebab itu kita tidak dengar apa apa ulasan berlebihan daripada presiden Bersatu Mahaiaddin Yassin, atau Azmi Ali atau Hamzah Zainuddin dengan kemenangan Pas itu.
Mungkin mereka sedar kemenangan besar Pas itu bakal menghuruharakan hubungan mereka dengan Pas. Pas boleh jadikan kemenangan itu sebagai azimat besar untuknya.
Dari sudut lain kegagalan PH untuk merampas kerusi itu memberi beberapa pengajaran kepada pihak PH. Pertama menjadikan mereka akan bekerja lebih kuat di masa akan datang dan tidak menganggap remeh kepada bentuk kempen dijalankan Pas.
Kepada oknum terbabit dengan kempen untuk rampas kerusi itu akan terus belajar dan belajar bagaimana cara untuk menguasai masyarakat agar menyokong mereka. Sungai Bakap menghadirinya pengalaman cukup berharga untuk masa hadapan.
Pirake itu saya nampak diuruskan oleh mereka yang tidak banyak pengalaman dalam pilihan raya, manakala cara konvensional yang diguna pakai sebelum ini tidak jamin kemenangan maka ia memerlukan pendekatan bersesuaian dengan keadaan semasa.
Selebihnya dengan kekalahan itu memberi peluang kepada pendokong, simpati kerajaan Madani mengemukakan cadangan, idea dan sebagainya bagi memastikan pilihan raya akan datang khas piraum ke-16 dimenangi oleh PH. Jangan hanya tahu mengkritik tetapi tidak menyediakan solusi atau jalan keluarga, kurangkan sikap menjadi pahat yang sibuk setelah rumah siap.
Sudah pasti segala macam kelemahan yang ditemui sepanjang pilihan raya itu akan diperbetulkan dengan tuntas bagi memastikan ia tidak akan berlaku di mana-mana pilihan raya.
Kesimpulannya kegagalan untuk memiliki kerusi Sungai Bakap itu memberi peluang kepada PH memperbanyak homework mereka dalam berpolitik.
Sesuatu diharapkan kejayaan Pas mengekalkan kerusi Sungai Bakap itu memberi keyakinan kepada parti itu untuk sedia melakukan perubahan politik demi negara, dan memaknakan kewujudan parti itu dengan kekuatan yang ia miliki demi rakyat dan negara bukan disia-siakan begitu saja. Trims.