Menang di Sg Bakap. Kenapa PAS semakin sombong terhadap Bersatu?

 

Menang di Sg Bakap. Kenapa PAS semakin sombong terhadap Bersatu?


Pilihanraya kecil Kuala Kubu Baru (KKB) dan sg Bakap baru berakhir. Di KKB Bersatu bertanding dan kalah. Di Sg Bakap PAS bertanding dan menang. Duanya sama, Negeri di perintah oleh PH dengan demographic pengundi lebih kurang sama.


Bezanya Bersatu kalah dan PAS menang. Di KKB PAS boikot bersatu kerana mereka mahukan calon PAS dan Bersatu kalah. Di Sg Bakap, PAS di boikot bersatu dan mereka tetap menang. Dari situ mereka merasakan, kenapa perlu BERSATU untuk bertanding di Nenggiri sedangkan akhirnya akan guna jentera dan logo PAS?


Di sini dilema PAS dan Bersatu. Mereka berada di persimpangan. PAS kini berasa tertekan dengan biawak yang mereka kena pikul. Dana PAS tidak perlu bergantung kepada Bersatu dah. Mereka boleh kerahkan Pengikut mereka menderma ratusan ribu dan di buktikan di Sg Bakap apabila iklan PAS di Meta blackrock Yahud* di facebook sahaja mencecah lebih RM100 000 dalam tempoh dan sebelum kempen bermula. Itu di facebook. Tidak termasuk di tiktok, whatsapp blast dan social media yang lain. Jadi kenapa perlu bersatu yang hampir bankrap dan dengan akaun yang telah di beku? 


Ditambah dengan beban kes Muhyidin, slogan BEST (BERSIH DAN STABIL) tidak lagi kedengaran kerana PAS tahu ia akan makan diri. Perikatan Nasional tidak lagi Bersih. Sebaliknya kotor dengan skandal anak beranak pemimpin bersatu seperti kes 300 juta Muhyidin, 6 juta rasuah wan saiful, anak menantu hamzah dan Muhyidin serta terpalit kepada anak Menteri besar Perlis dari PAS.


Slogan BEST sudah jadi tidak BEST dalam kempen sungai bakap.


Kisah tarik menarik PAS dan Bersatu akan diuji dalam Nenggiri. Sementara kerajaan perpaduan telah menetapkan UMNO bertanding, PAS dan BERSATU masing-masing masih tarik tali dan sudah mula menamakan calon. Bersatu perlu mengekalkan kerusi di Kelantan. PAS tidak mahu BERSATU yang khianat lagi.


Kemenangan di Sg Bakap ia berita baik buat PAS Namun ia bukan satu berita baik buat Perikatan Nasional dan Bersatu. Ia indikasi PAS sudah selesa berada tinggi di kedudukan sokongan rakyat sedangkan bersatu masih mencari cari rentak untuk bertapak, dan dalam mencari rentak itu, ia menambhkan lagi retak yang ada.


Dengan kepimpinan yang mempunyai skandal rasuah dan salah guna kuasa kepada pemimpin mereka yang dilihat "dungu" dan "sembam" di dalam dan luar parlimen, tidak hairanlah kalau PAS sudah mula mencari jalan sendiri.


Pengikut PAS mahu menutup kelemahan kelemahan ini dengan menyatakan kerajaan ini lemah dan gagal. Namun, jelas, sebenarnya mereka hanya mahu menutup kelemahan kapal mereka yang hampir tenggelam.


Kasihan... 


Iswardy Morni



No comments: