Seorang penjawat awam yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini , tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi permohonan reman.
Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, Nur Farah Kartini Abdullah, ditemukan mati di sebuah Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, jasad mangsa yang berusia 25 tahun itu ditemukan pada 6 petang, pada Isnin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Foto: Astro AWANI / @shahiromar
#AWANInews