CARILAH PODCAST YANG LEBIH SESUAI BERBANDING SARBU SINGH


 Nazri Hamdan



Setuju Awi Awi



Seorang ahli politik tu boleh pakai dua topi


Topi 1: ahli politik


Topi 2: pentadbir


Bila dia pakai topi politik, cakap politik. Tanya politik, jawapan pun bersifat politik


Bila pakai topi pentadbir, kena cakap pasal perkara yang lebih menjurus kepada perancangan, polisi dan hala tuju negara


Tajuk podcast ni ialah Yang Bakar Menteri


Ada perkataan Menteri di situ


Sepatutnya perbincangan dengan menteri lebih kepada konteks perbincangan ilmiah dan kritis terhadap polisi kerajaan


Dalam episod ni, ia lebih pada bual politik. Tak ada nilai intelektual di situ


Saya fikir ramai lagi yang lebih layak jadi tetamu jemputan yang boleh membawa pandangan yang kritis dan mendidik masyarakat


Contoh; 


- ahli akademik IPTA/IPTS

- wakil persatuan perniagaan

- wakil badan profesional

- wakil think tank

- influencers yang membawa content education

- wakil mahasiswa / pelajar

- ahli perniagaan (seperti boss Mydin)


Diharap YBM dapat tapis tetamu jemputan selaras dengan nama podcast ni dan target audience 


Ramai orang boleh jadi ahli politik


Tapi bukan semua orang layak jadi menteri


Just my to cents.



No comments: