MSO
PH TIDAK BOLEH BIARKAN POLITIK BOBROK
PH menerima keputusan pilihan raya Sungai Bakap secara terbuka dan lapang dada. Nurul Izzah Anwar sebagai pengerusi Keadilan Pulau Pinang dalam kenyataanya bersama calon Cikgu Joohari Ismail, menyatakan penghormatan dan akur kepada pilihan warga Sungai Bakap itu.
Kekalahan itu kata Nurul Izzah ia diterima sebagai satu cabaran untuk bermuhasabah dan dijadikan nekad untuk terus bekerja lebih kuat dimasa depan untuk membantu rakyat di Pulau Pinang. Kekalahan itu tidak menyekang mereka untuk terus berkhidmatan kepada rakyat.
Dalam pada itu, beliau menyatakan sedikit dukacita dengan pihak pembangkang yang melemparkan fitnah, dan memainkan isu perkauman sempit bagi mempengaruhi sentimen pilihan raya tersebut. Apa hendak diceritakan Izzah, bahawa pilihan raya itu berjalan secara tempang atau melanggar perinsip demokrasi dan ajaran agama.
Baguslah kalau PH gentlemen dan dapat menerima pilihan rakyat Sungai Bakap itu. Sebenarnya sikap professional begitulah yang kita dambakan. Itulah praktis politik demokrasi tulen. Soalnya apakah sikap demikian baik dalam praktis politik kita?
Dalam konteks politik negara ini, berhadapan dengan masyarakat yang punya rumusan politik sendiri dan sanggup memperdagangkan demokrasi, sehingga sanggup menaburkan fitnah berleluasa, PH tidak boleh membiarkan kerana ia bukan sahaja kontradik dengan nilai hidup, adat tetapi agama juga.
PH terutama PKR perlu melakukan sesuatu yang sepadan (sesuai) dengan tindakan pembangkang itu. Pencegahan berkesan terhadap kemungkaran pembangkang itu perlu dilakukan segera. Politik moral, harmonis dan menepati prinsip dan ajaran agama hendaklah diterapkan sesuai dengan proses pembinaan tamadun bangsa.
Dalam negara yang masyarakatnya masih cetek, dan tidak mementingkan mengenai moral dan integriti demokrasi kerana obses dengan kemenangan tanpa mengira halal dan haram perlu dipantau dan diajar. Justeru sikap bersangka baik,(husnuzon) tasamuh tidak boleh dipratiskan kerana ia akan memakan diri sendiri. Nawaitu kita hendak membina tamadun dan menambahkan nilai kemanusiaan akan sia-sia saja.
Oleh kerana itu PKR harus merangka gerak kerja yang boleh mematikan atau melemahkan penyebaran fitnah atau politik tidak bermoral itu. Melawan fitnah lebih penting daripada mendapat kerusi? Untuk pilihan raya akan datang PH selaku sebahagian daripada kerajaan kena pastikan politik beretika menjadi amalan semua pihak. Matlamat menghalalkan cara yang jadi falsafah politik hendaklah dikikis.
Selagi PH kekal mengizinkan politik tasamuh, husnuzon kepada dolongan yang jahil, maka selama itulah golongan itu sanggup membelakang moral dalam politik dan terus mendapat kepercayaan rakyat dan akan menang. Kalau itu berlaku maka selama itulah rakyat tidak berdosa tertipu dalam praktis politik yang mereka sangkakan bernuansakan agama, tetapi sebenarnya tidak.
Dalam hubungan ini satu mekanisme harus dibentuk untuk membendung penularan dan pengamalan politik bobrok itu secara serius. Jika PH enggan bertindak dan rela membiarkan politik tidak bermoral berterusan, maka PH akan menghadapi kekalahan demi kekalahan pada masa akan datang. Apakah kita sedia untuk menyaksikan negara ini diperintah oleh kumpulan orang yang mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara. Trims.