KEH.. KEH.. KEH... KALAH.

 

Jamzuri Ardani


Kalah di Sungai Bakap. 


Bagi saya ini keputusan yang agak di luar jangkaan awal. Apatah lagi majoriti kemenangan calon PN meningkat. Yes ... it is an upset result. 


Saya sebenarnya tidaklah sedih atau kecewa dengan keputusan ini. Ia tidak mengubah status quo. Bagi saya ia sekadar mengukur sentimen semasa rakyat. Dan ini mungkin bagus untuk Malaysia, bergantung sejauh mana parti-parti politik bersifat responsif terhadap keputusan ini. 


Sekali imbas, kita lihat mungkin ramai penyokong kerajaan yang tak keluar mengundi. Ada pun penyokong pembangkang yang sememangnya didorong emosi marah mahu mengambil peluang ini menyatakan sikap. 


Tetapi satu sentimen yang dikongsi bersama oleh penyokong kerajaan dan pembangkang ialah para menteri kerajaan madani dilihat sudah 'detached' dengan grassroot mereka. 


Mereka adakala bersikap terlalu elitis dan sukar mendengar keluhan di akar umbi. Bukan sombong atau lupa diri, tetapi alpa dengan perasaan dan harapan penyokong dan pendokong akar umbi. Ada yang fikir mereka dilantik ke sesuatu jawatan kerana mereka lebih bijak dan layak dari orang lain. Mereka lupa bahawa mereka berada diposisi itu antaranya hasil jerih perih dan pengorbanan para penyokong akar umbi. 


Jadi menteri atau exco memang sibuk. Tidak dinafikan. Jaga rakyat dan negara banyak urusannya. Benar. Tapi itu bukan alasan. Kalau pun itu memang alasan yang valid, ia tetap bukan alasan yang boleh diterima oleh akar umbi. Itu hakikat. 


Jadi, bagus juga muhasabah yang pengundi Sungai Bakap berikan. Supaya mereka yang sedang terawang-awang di kayangan segera berpijak di bumi nyata. 

.


No comments: